Anda di halaman 1dari 3

Laporan Hari Ke- 4 Khamis 30 OGOS 2012

Hari ini saya tiba pada pukul 7.00 pagi. Hari ini merupakan hari yang terakhir untuk saya menjalankan PBS di sekolah ini. tidak dapat dinafikan bahawa perasaan berat hati telah menyerang pada ketika masa itu. Malah, saya juga perlu menerima hakikat ini dan menamatkan PBS ini dengan hari yang bermakna. Seperti biasa, saya dan Coey telah melawat ke bilik darjah prasekolah. Hari ini saya dan Coey akan memerhati perkembangan fizikal kanakkanak prasekolah. Hal ini kerana pada setiap hari selasa dan khamis akan mempunyai kelas pendidikan Jasmani yang selama 30 minit. Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak berpeluang aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya untuk mendapat keseronokan. Bagi pendapat saya, bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa, guru, dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam usaha agar

kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. Jangan hanya terlalu mementingkan akademik sahaja. Bagi tujuan ini Huraian Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (2003) telah memberi penekanan tentang pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan

meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Saya telah menangkap gambar-gambar kanak-kanak prasekolah semasa menjalankan aktiviti. Aktiviti yang dijalankan adalah sesuai mengikut tahap kemampuan kanak-kanak prasekolah. Antara aktiviti yang telah dimain adalah

melari ulang-alik secara berkumpulan, melompat ketinting ulang-alik secara berkumpulan, membaling bola kepada kawan dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak adalah sangat suka bermain Saya dapat melihat kebanyakan kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti bermain ini dengan penuh semangat. Hal ini kerana bermain adalah aktiviti yang akan membawa perasaan gembira kepada semua orang. Tekanan dan perkara yang tidak gembira juga akan dilupai. Saya telah menangkap beberapa gambar untuk persiapan lampiran tugasan nanti. Saya sangat suka waktu Pendidikan Jasmani dijalankan kerana kanakkanak pada waktu itu adalah paling gembira dan seronok. Selepas itu, saya dan coey telah menangkap gambar dengan dua kelas prasekolah iaitu prasekolah 1 dan prasekolah 2 sebagai kenangan. Saya dan coey telah balik ke bilik seminar dan mengemaskini segala maklumat yang telah diperoleh daripada pihak sekolah. Perbincangan sesame kumpulan kecil telah dijalankan untuk mendapatkan pandangan daripada semua guru pelatih tentang sesuatu perkara. Sebagai contohnya, amalan pemakanan yang dikirakan seimbang adalah diuji dari segi aspek apa? Pada pukul 12 tengah hari, Guru besar sekolah tersebut telah memberi satu tugas kepada kami semua. Beliau menyatakan bahawa satu mesyuarat telah diadakan secara tiba-tiba. Beliau meminta pertolongan daripada kami semua untuk menggantikan kelas yang perlu dijalankan seperti biasa. Saya telah diberi tugas untuk menggantikan kelas 6K. Semasa saya masuk ke dalam bilik darjah itu, murid-murid dalam kelas tersebut adalah sangat bising. Saya telah diarahkan oleh guru Bahasa Melayu mereka untuk menyalin jawapan di papan putih. Murid di dalam kelas tersebut adalah tidak berdisiplin dan susah untuk dikawal. Selepas saya menyalin soalan di papan putih, saya telah membuat perkenalan diri saya kepada murid-murid kelas tersebut. Saya juga membuat beberapa kuiz yang berada dalam tahap yang sederhana supaya semua murid berpeluang menjawab.

Pada pukul 1 petang, sudah tiba masa kami semua berpisah. Saya telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan memohon maaf jika melakukan kesilapan. Pada 1.30 petang, saya telah tamat PBS kali yang ke-dua dan balik ke rumah.

Anda mungkin juga menyukai