Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN MINGGUAN

MINGGU TARIKH HARI MASA TEMPAT TAJUK

: : : : : :

1 7 Januari 2014 Selasa 8-11 pagi Astaka (i) Pengenalan Olahraga (ii) Undang-Undang Olahraga

Hari ini merupakan kuliah pertama bagi kursus WAJ 3112 Kurikulum- Olahraga. Semua guru pelatih diwajibkan berkumpul di Astaka IPGKTAA untuk menjalankan kuliah mengikut pensyarah penasihat masing-masing. Setelah kehadiran telah diambil oleh pensyarah dengan bantuan Ketua unit dan penolong unit, kami telah bermulakan kuliah pertama kami yang mengenai sejarah-sejarah antarabangsa dan Malaysia. Seperti mana yang saya tahu, kekuatan menjadi sesuatu yang diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Encik telah menerangkan bahawa tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk

meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan

muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai. Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masingmasing. Untuk mencapai kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguhsungguh dan akan mempamerkan kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia. Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun matlamat dan tujuannya sama. Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno. Selain itu, Encik juga mendedahkan maklumat tentang acara olahraga. Antara acara olahraga yang akan kami belajar pada masa yang akan datang adalah acara padang dan acara balapan. Acara padang mengandungi dua jenis acara iaitu acara melempar dan acara lompatan. Jenis-jenis acara dalam acara melempar adaah melempar cakera, membaling tukul besi, merejam lembing dan melontar peluru. Manakala acara melompat adalah melompat jauh, melompat tinggi, melompat kijang dan melompat galah. Acara balapan adalah acara larian dan lumba kaki. Disamping itu, Encik juga memberi maklumat tentang undang-undang olahraga (KOAM) secara ringkas dan jelas. Encik telah menerangkan perkara-perkara yang diperlukan dalam sesuatu pertandingan berdasarkan KOAM. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah nama kejohanan, tarikh dan tempat pertandingan, kategori dan acara-acara yang dipertandingkan, ukuran , berat alatan dan jarak, syarat-syarat penyertaan, nombor-nombor peserta, atur cara dan jadual pertandingan.

Anda mungkin juga menyukai