Anda di halaman 1dari 10

Dalam pengurusan bilik darjah yang kolaboratif pelajar sebaliknya dibawa masuk ke dalam persekitaran yang sebenar dan

pelbagai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan perkembangan kognatif pelajar dipilih serta digabungjalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru akan dilihat sebagai pemimpin yang bersedia bersama-sama pelajar dalam membentuk dan membantu pelajar belajar. Dalam cara bilik darjah yang tradisi pelajar hanya dapat mencapai objektif tertentu mengenai perkara yang dirancang sebelumnya , iaitu pelajar mendapat pengetahuan bukan berkaitan dengan masalah dunia sebenar.

Pembelajaran kolaboratif

Kolaboratif berlaku di dalam kumpulan yang besar mahupun kumpulan terdiri dari empat atau lima orang pelajar. Pembelajaran koperatif pula menunjukkan kepada satu kelompok kecil pelajar yang bekerja dan memahami secara bersama. Jadi pembelajaran koperatif adalah satu bentuk kolaboratif , iaitu kelompok besar belajar bersama sama bagi mencapai matlamat yang boleh dikongsi bersama (Johnson & Johnson,1989).

Kajian jelas menunjukkan beberapa kebaikan pembelajaran koperatif mengatasi pembelajaran secara persendirian dan secara bertanding. Bilik darjah yang kolaboratif dapat meninggikan pencapaian kumpulan dan individu, lebih kepada metakognatif, tertumpukan kepada idea- idea baru dan pendekatan penyelesaian masalah yang sebenar di ketengahkan. Tambahan pula pelajar dalam bilik darjah yang diolah secara kolaboratif lebih bermotivasi dalaman , mempunyai sifat ingin tahu , ada perasaan mengambil berat orang lain , bertandig secara psaikologi yang sihat dan bekerja secara individu yang terarah.

Sebagai contoh pertandingan hanya sesuai sekiranya ada hanya satu sahaja tempat yang berjaya , sebagaimana dengan pertandingan satu satu acara sukan dan ikhtiar secara individu sesuai sekiranya matlamat perseorangan tidak mempengaruhi matlamat orang lain. Akan tetapi jika dilihat dalam konteks pengajaran pembelajaran , semua pelajar ingin memahami , ingin menyelesaikan sesuatu kerja yang diberikan , ingin meneroka , ingin memperbagaikan cara dan sebagainya selain daripada kemajuan perseorangan mengatasi individu lain dalam kelompok yang sama.

Sifat Bilik Darjah Kolaboratif

Ada empat sifat-sifat umum iaitu dua perkara berkenaan dengan perubahan hubungan antara guru dan pelajar , yang ketiga berkaitan dengan pendekatan baru penyampaian guru dan yang keempat menyatakan kandungan bilik darjah kolaboratif.

a) Perkongsian ilmu pengetahuan pelajar dan guru

Pelajar menilai dan sentiasa membina ilmu pengetahuan , pengalaman personal , pembinaan bahasa komunikasi , strategi dan konsep pengajaran pembelajaran berteraskan teori yang sesuai , menggabung keadaan sosiobudaya yang pelajar ada semasa aktiviti dengan situasi pembelajaran. Sebagai contohnya, bila guru mengajar tajuk matematik bentangan. Pelajar yang mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan konsep bentangan diberi diberi peluang menyatakan sesuatu pada sessi pengajaran dan berkongsi idea serta memberi takrifan kasar mengikut aras komunikasi pelajar. Tambahan lagi apabila pelajar tahu dan melihat pengalaman dan pengetahuannya dihargai dan dapat dikongsi bersama dalam jalinan pembelajaran mereka serta pembelajaran guru, mereka akan bermotivasi untuk melihat dan mendengar. Mereka juga dapat

membuat satu perkaitan antara belajar dengan dunia sebenar dengan belajar dalam bilik darjah.

b) Perkongsian kuasa

Dalam bilik darjah kolaboratif , guru memberi peluang pelajar memahami apa yang telah diajar dalam ruang lingkup yang ditetapkan oleh objektif guru di mana guru menyediakan tugasan yang memberatkan kepada arah dan kegemaran pelajar dan menggalakkan pelajar menilai apa yang diajar. Menggalakkan pelajar mengembeling pengalaman mereka sendiri , memastikan pelajar berkongsi strategi dan pengetahuan , menghormati pelajar lain menyokong menggalakkan idea idea yang bernas , terlibat dalam pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk dan menggalak pelajar ambil bahagian secara terbuka dan bermakna.

Sebagai contohnya, dalam matapelajaran sejarah , tajuk yang diajar adalah pemerintahan british di Tanah Melayu. Antara aktiviti yang akan dihasilkan ialah gambar gambar berkaitan dengan masa penjajahan british , melakukan sedikit penyelidikan dari sumber original yang lain yang menyokong buku teks rujukan dan mungkin menulis secara kronologi perkara perkara penting yang berlaku ketika itu.

c) Guru Sebagai Pengantara (mediator)

Peranan guru di bilik darjah sebagai pengantara di mana ia menolong menghubung pengetahuan baru dengan pengalaman sedia ada serta membantu pelajar bila pelajar buntu dan bersedia menunjuk cara bagaimana hendak belajar. alam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi dan

menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau professional

d) Kumpulan Pelajar Yang Heterogenus

Perkembangan pengalaman pelajar adalah penting bagi mengkayakan lagi pembelajaran di bilik darjah. Dalam bilik darjah yang kolaboratif pelajar bebas belajar secara kebolehan mereka , tidak disekat daripada membuat sumbangan dan mendengar atau membahas sumbangan pelajar lain bagi membuka pintu maklumat.

Satu sifat bilik darjah kolaboratif ialah pelajar tidak diasingkan mengikut keupayaan , pencapaian , kegemaran dan apa apa penilaian yang lain. Pengasingan pelajar yang bercirikan perlombaan individu dilihat akan

melemahkan dan menghakiskan semangat bekerjasama dan menyekat peluang pelajar belajar melalui berinteraksi secara bermakna dan berkesan. Pelajar yang lemah tidak ada peluang untuk belajar daripada pelajar yang berkebolehan dan sebaliknya.

Guru yang mengajar mengajar di bilik darjah yang diolah secara kolaboratif dapat melihat perkembangan pembelajara pelajar mereka yang lemah dengan jelas dan terarah.

Perbandingan Bilik Darjah Kolaboratif dengan Bilik Darjah Tradisional Secara perbandingannya ialah seperti di bawah : -

Peranan Guru Dalam Bilik Darjah Kolaboratif

Seperti yang telah dibincangkan guru bertindak sebagai perantara ( mediator ) dalam aktiviti dan proses pembelajaran melalui perbincangan ( sumbangsaran ) dan perlakuan kolaboratif dalam bilik darjah. Renven Fenerstein dan Lev Vygotsky mentakrifkan pengantara (mediator) sebagai pemudahcara , model dan jurulatih. Semua guru terlibat dengan aktiviti begini dan apa yang lebih penting di sini ialah perlakuan pergerakan pengajaran dan bilik darjah diuruskan secara kolaboratif mempunyai tujuan dan ke arah konteks kolaboratif.

a) Fasilitator ( pemudah cara )

Memudahcara dalam perkara perkara terlibat dalam mewujudkan persekitaran yang aktif dan kaya dengan idea baru , memberi ruang kepada bekerja secara

kolaboratif dengan penyelesaian masalah , dan menyediakan pelbagai tugasan bermakna kepada masa depan pelajar.

b) Susun Atur Bilik Darjah

Bilik darjah dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan. Dalam bilik darjah ditempatkan ruangan jurnal , majalah , buku buku rujukan , surat khabar dan berbagai media lain di mana pelajar boleh mengakses sebagai penghubung idea. Pelajar mampu menjalankan aktivit atau projek dengan berpusatkan objek semasa bagi menjalankan eksperimen dan kepelbagaian konjektur yang boleh diselesaikan dalam alam sebenar mereka.

c) Tugas Pelajar

Guru juga menyusun atur pelajar dalam bilik darjah dan mereka ini diberi tugas dan tanggungjawab masing masing. Suasana kebergantungan ini dilihat bergerak seacara aktif dan bukan pasif demi keharmonian dan keberkesanan , kelancaran proses pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam suasana yang lain guru juga boleh melibatkan pelajar dengan pelajar yang lain ( kumpulan rakan sebaya , badan disiplin ) pelajar dengan guru guru yang lain (guru penasihat , mento mente , guru matapelajaran ) dan Ibubapa dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru guru Sekolah ( PIBG ) serta lain lain pertubuhan tempatan.

d) Perlakuan dalam bilik darjah

Guru juga dapat melihat beberapa kepelbagaian susunan sosial yang boleh menyumbang kepada perlakuan pelajar dalam bilik darjah yang memudahkan lagi komunikasi dan kerjasama antara pelajar di dalam bilik darjah. Dalam keadaan ini guru seolah olah menetapkan satu iklim bilik darjah yang perlu dipatuhi bersama. Seperti bertanya untuk penjelasan , beri peluang kepada semua menyumbang idea , menghargai pendapat yang berbeza dan termasuk juga membuat bantahan dan menolak idea bukannya individu.

e) Tugasan oleh guru

Tugasan yang guru berikan mestilah menggalakkan berbagai arah jawapan. Tugasan yang menjuruskan penilaian aras tinggi seperti membuat keputusan dan selesaian masalah. Tugasan sebegini menggalakkan pelajar mengaitkan kepada keadaan yang sebenar , peristiwa , situasi yang dapat dilihat dan dirasai oleh pelajar melalui berbagai pentafsiran dan pengalaman sendiri. Pelajar lebih yakin dalam masa yang sama dilatih suka akan cabaran.

Konflik dan Cabaran

Beberapa isu akan timbul apabila pihak sekolah dan guru memilih pembelajaran secara kolaboratif. Di antaranya ialah :-

a) Kawalan Bilik Darjah

Keadaan bilik darjah akan bising berbanding dengan kaedah yang biasa. Dengan kata lain ia akan mengambarkan kelemahan kawalan guru serta disiplin yang longgar, pelajar pula tidak dilihat belajar dengan betul. Mereka yang membantah lupa bahawa pelajar perlu diberi peluang untuk bergerak ( kinestatik ) , bercakap ( verbal ) , Tanya soalan ( penerokaan ) , meninjau ( auditori ) dan sebagainya. Keadaan bising semasa pengajaran pembelajaran berjalan boleh diertikan dan menandakan pembelajaran secara aktif sedang berlaku namun begitu pelajar perlu diberitahu had had perlakuan dari pembelajaran bermula.

b) Masa

Guru dan juga penatadbir sekolah menganggapkan rancangan pengajaran yang baru perlu dibuat bagi memenuhi matlamat yang baru. Dalam keadaan yang tertentu telahan mereka adalah betul. Akan tetapi hendaklah diingat bahawa guru guru telahpun sedia ada rancangan aktiviti yang lepas dan boleh digunakan di dalam situasi yang baru. Guru juga perlu ke arah kolaboratif sesama mereka jika hendak lihat teori pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga perlu berkongsi idea sesama mereka dapat menghasilkan satu pengajaran yang berkesan. Sekiranya keadaan bilik darjah secara kolaboratif berlaku dengan sempurna guru dapat melihat perubahan pada motivasi pelajar , menyemak buku , kurang masalah disiplin dan kehadiran.

c) Perbezaan Antara individu

Pelajar dikumpulkan dalam kumpulan kepintaran yang berbeza. Ini berlainan dengan perjalanan bilik darjah biasa di mana pelajar dikategorikan secara homogenus. Ramai orang bertanya tentang kelebihan cara ini. Ada dua isu utama di sini, pertama pencapaian boleh menyumbang kepada situasi perbelajaran yang berkesan dan yang keduanya bilik darjah hanya dihidupkan oleh pelajar yang pintar sahaja.

Dari pemerhatian gurumendapati yang lemah boleh bersiang dengan yang lain di luar jangkaan guru sebelum ini. Manakala pelajar apintar mendapat kelebihan hasil dari kepelbagaian pengalaman ( interpersonal ) dan juga dari membimbing rakan sebaya ( intrapersonal ).

Penutup

Akhirnya ditegaskan di sini dalam bilik darjah kolaboratif pelajar tidak lagi sebagai pendengar dan pemerhati yang pasif tetapi penyelesai masalah yang aktif kerana pelajar perlu berbincang , pelajar perlu bersedia awal. Fokus pembelajaran akan berganjak dari bertanding ke arah saling keberkaitan , saling kebergantungan dan saling bekerjasama. Pelajar juga diberi kuasa mengatakan sesuatu pendapat dipandukan kepada hipotesis dan konjektur yang diperolehi daripada kerangka minda mereka sendiri.

http://aliassidek.blogspot.com/2009/06/bilik-darjah-kolaboratif.html

Anda mungkin juga menyukai