Anda di halaman 1dari 5

ii) Penjelasan / huraian pelaksanaan dalam bilik darjah Simulasi

Perlaksanaan simulasi di dalam bilik darjah ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasi, peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi. Pertama sekali, guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas. Sebelum menjalankan aktiviti simulasi tersebut, guru perlu mengadakan set induksi untuk menarik minat murid. Contohnya, penerangan yang ringkas tentang masalah, peranan watakwatak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan dahulu. Guru juga perlu membaca arahan dengan jelas supaya murid-murid faham apa yang akan perlu dibuat seterusnya. Guru juga perlu menyediakan segala alatan yang diperlukan supaya murid-murid dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna. Sebelum guru mengedarkan alat-alat untuk menyempurnakan aktiviti simulasi ini, murid-murid yang akan terlibat dalam aktiviti simulasi adalah digalakkan memahami tugas yang diberikan kepada mereka. Manakala bagi murid-murid yang lain pula akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang akan dijalankan. Kemudian, guru telah memecahkan kelas kepada beberapa kumpulan. Sebagai contohnya, guru sebagai seorang fasilitator akan memulakan aktiviti simulasi ini dengan mengedarkan kad tugasan 1, 2,3 dan 4 kepada 4 kumpulan yang berasingan. Setiap ahli kumpulan akan membaca dan menghayati peranan masing-masing seperti yang dinyata di dalam kad tugasan. Semasa sesi simulasi, guru perlu memastikan para pelajar yang lain menjadi penonton menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu. Selepas sesi simulasi itu, guru perlu berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan. Guru juga meminta mereka memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan. Pelajar-pelajar yang terpilih akan melakukan simulasi. Pelajar-pelajar yang lain pula akan

meramalkan akibat dari tindakan yang bertentangan sama ada positif atau negatif dengan apa yang disimulasikan oleh rakan mereka. Salah satu contoh situasi yang boleh dibincang adalah: Pelajar A dan kawan Pelajar B menunggang motosikal ke sekolah. Suatu hari anda dan kawan anda sudah lewat untuk ke sekolah. Anda sampai di satu persimpangan empat yang mempunyai lampu isyarat. Lampuisyarat di laluan anda menunjukkan warna merah. Anda hanya tinggal lima minitlagi sedangkan anda masih lagi 15 km dari sekolah. Kawan anda yang menjadipembonceng menjadi batu api dan mendesak anda supaya melanggar lampuisyarat. Tunjukkan apa tidakan yang harus anda buat. ( Seorang pelajar memainkan peranan pelajar A dan seorang lagi menjadi pelajar B ). Selepas itu, satu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran. Sebagai contohnya, pelajar akan membuat rumusan aktiviti simulasi dalam setiap kes iaitu, Apakah sikap saya dalam setiap situasi yang akan berlaku ? Aktiviti simulasi ini telah memberikan pemahaman kepada kanak-kanak tentang peranan dan keperluan bertindak yang dijangkakan dalam situasi tertentu. Main simulasi merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan, kerana ia merupakan aktiviti yang mengalami diri sendiri atau terlibat secara langsung dan memerlukan penglibatan aktif secara fizikal dan kognitif serta kesannya juga berlaku secara langsung ke atas individu yang mengalami atau yang melakukannya. Selain itu, pelajar juga dapat memahami sesuatu konsep berdasarkan situasi yang ada, meningkatkan keupayaan kognitif, memupuk pemikiran yang inovatif, kritis, dan kreatif serta memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan, membantu dalam menyelesaikan masalah dan membina kemahiran sosial.

Selain itu, juga membolehkan kanak-kanak belajar memahami perasaan orang lain, menerima kekalahan atau kemenangan dengan kecerdasan emosi yang baik. Seseorang akan mampu memiliki kecerdasan interpersonal atau intrapersonal sekiranya memiliki kecerdasan emosi. Bagi John Mayer dan Peter Salovey, mereka berpendapat bahawa kecerdasan emosi merupakan

kecerdasan sosial yang melibatkan keupayaan memantau emosi sendiri dan emosi orang lain, menguasainya, serta menggunakan maklumat tersebut untuk membimbing pemikiran dan tindakan seseorang. Sehubungan itu, guru ialah pendidik hati dan personaliti murid. Guru perlu insaf dan sedar bahawa pendidikan tidak bermakna sekadar mengajar subjek seperti terkandung dalam buku teks sahaja. Guru perlu menyelitkan ilmu berhubung kecerdasan emosi dan sentiasa melatih murid agar memilki ilmu dalam mengurus emosi mereka agar sesuatu aktiviti dapat dijalankan dengan lancar di bilik darjah. Menurut Albert Bandura, manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian. Teori ini dikenali sebagai teori pembelajaran sosial. Secara semula jadi, manusia belajar melalui proses peniruan. Melalui main simulasi , pelajar dapat meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam aktiviti simulasi. Oleh yang demikian, aktiviti simulasi dalam bilik darjah perlu menggunakan situasi yang realistik. Pembelajaran akan berlaku apabila tumpuan perhatian dan peniruan seseorang individu wujudnya. Peniruan juga boleh dilakukan secara tidak langsung melalui sumber yang tidak berunsur baik. Sebagai contohnya, sebuah lakonan yang mengenai vandalisme harta benda sekolah telah dilakon oleh sebahagian pelajar. Pelajar yang tidak mengambil bahagian pula akan menonton dan meniru tingkah laku sama ada positif atau negatif yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam aktiviti simulasi itu. Peranan guru di sini adalah memberikan peneguhan yang sesuai kepada semua pelajar. Sebagai contohnya, pelajar yang menyayangi harta benda sekolah akan diberi hadiah. Manakala bagi pelajar yang tidak menyayangi harta benda sekolah pula akan menerima peneguhan negatif iaitu hukuman

seperti kena sebat dan denda duit. Pelajar akan menerima peneguhan positif sebagai suatu ransangan kepada tingkah laku seterusnya. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk. Aktiviti simulasi di bilik darjah adalah aktiviti yang dapat memupuk bakat pelajar yang masih terpendam dalam diri sendirinya. Cara setiap murid memberikan tindak balas terhadap pengajaran guru adalah berbeza. Terdapat murid yang sangat responsif, menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap pengajaran guru, tekun serta melaksanakan setiap tugasan dalam jangka masa yang ditetapkan oleh guru. Namun, ada juga kalangan pelajar yang lambat memahami pengajaran guru, leka, pasif dan lambat menyudahkan tugasan. Ini dikatakan setiap individu mempunyai perbezaan dari segi kelebihan dan kelemahan. Sebagai seorang guru yang sedang mengajar di dalam bilik darjah, harus peka dan memberi perhatian kepada pelajar yang lebih lambat dan memberikan bimbingan yang sesuai untuk melancarkan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran. Secara tidak langsung, aktiviti ini telah memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dan membina pemikiran secara analitis dan kritis dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. Murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang akan dilakukan. Keseluruhannya, simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan. Pelajar akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar. Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif. Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah.

http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/08/tekniksimulasi.htmlhttp://www.scribd.com/doc/36876504/kaedah-simulasi

http://aliassidek.blogspot.com/2009/06/bilik-darjah-kolaboratif.html
http://pomizipedagogy.wordpress.com/kaedah/simulasi/ http://www.scribd.com/doc/16983320/Teknik-PP-Simulasi

Anda mungkin juga menyukai