Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN KBAT



Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi Tunjang kerohanian, sikap dan nilai
yang akan saya jalankan adalah Marilah belajar haiwan. Aktiviti ini telah disepadukan
dengan tunjang komunikasi iaitu bahasa melayu dalam Kurikulum Standard Prasekolah
bagi menerapkan nilai yang berfokus bertanggungjawab, hormat-menghormati, kasih
sayang, dan kerjsama. Aktiviti ini akan dijalankan secara sistematik di bawah
perancangan awal guru dengan bantuan bahan bantu mengajar yang menarik, berkualiti
dan bertahan lasak. Aktiviti Marilah belajar haiwan amat sesuai dilaksanakan dalam
lingkungan masa 20-30 minit. Aktiviti ini akan mengambil masa 30 minit dan telah
dijalankan dalam 4 bahagian iaitu set induksi, langkah pertama, langkah kedua, dan
langkah ketiga. Aktiviti ini mampu mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi kanak-
kanak apabila mereka menggunakan otak untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
Aktiviti ini bermula dengan set induksi yang dijalankan sepanjang 10 minit. Guru
prasekolah memulakan set induksi dengan mengaplikasikan strategi pemusatan bahan
pengajaran. Guru akan menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang telah
disediakan untuk menarik perhatian murid. BBM yang disediakan adalah sebuah buku
yang memperkenalkan nama dan gambar haiwan yang direka cipta oleh guru
prasekolah sendiri. Buku ini adalah cantik dan menarik minat belajar kanak-kanak. Isi
kandungan buku ini adalah mengandungi gambar dan nama haiwan yang ingin diajar
oleh guru kepada kanak-kanak prasekolah. Haiwan-haiwan yang ingin diajar adalah
arnab, kucing, lembu, harimau dan itik. Guru akan duduk di atas kerusi di depan bilik
darjah dan kanak-kanak prasekolah pula akan duduk di permaidani bersama dengan
guru prasekolah. Guru prasekolah akan menunjukkan nama dan gambar haiwan
tersebut dengan satu per satu. Sebagai contohnya, guru prasekolah akan menunjukkan
gambar haiwan dan memperkenalkan haiwan tersebut dalam tiga bahasa yang
berlainan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Dalam bahagian set
induksi ini, guru prasekolah akan mengembangkan kemahiran berfikir dan kemahiran
berbahasa dalam kalangan murid. Bagi mencungkil dan memupuk kemahiran berfikir
aras tinggi dalam kalangan murid, guru perlu menekankan teknik penyoalan yang
berkesan. Guru prasekolah tersebut akan memberi soalan kepada kanak-kanak
prasekolah selepas gambar haiwan tersebut telah ditunjuk. Kanak-kanak perlu berfikir
dan menjawab dengan yang betul. Teknik penyoalan guru yang baik akan mendorong
kemahiran berfikir kanak-kanak meningkat. Antara soalan yang boleh ditanya adalah
saiz badan, habitat, makanan, cara bergerak, cara pembiakan, dan di mana dapat
berjumpa dengan haiwan-haiwan tersebut. Sebagai contohnya, kanak-kanak akan
menjawab harimau adalah haiwan yang besar dan makan daging untuk kehidupan.
Harimau adalah melahirkan anak dan bukannya telur dan harimau boleh dijumpa di zoo
atau di hutan dan sebagainya. Kanak-kanak adalah diberi peluang untuk menjawab
soalan asalkan peraturan kelas angkat tangan sebelum bercakap diamalkan. Jawapan
yang diberi oleh kanak-kanak adalah berasaskan pemikiran yang kreatif dan inovatif.
Guru prasekolah perlu menghargai respon yang telah diberi oleh setiap kanak-kanak
supaya kanak-kanak berasa berjaya dan meningkatkan kemahiran berfikir pada tahap
yang lebih tinggi. Kemahiran berfikir perlu dijadikan sebagai satu budaya kepada kanak-
kanak sejak kecil lagi. Selain itu, guru juga perlu mengingatkan kanak-kanak sebagai
seorang insan yang diberi kemahiran untuk berfikir, kita adalah harus sentiasa berfikir
supaya memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang baru. Guru juga perlu
memupuk perasaan kasih sayang kepada haiwan supaya haiwan yang ada di bumi ini
tidak mengalami masalah kepupusan. Kanak-kanak akan mengamalkan kemahiran
berfikir dan kasih sayang selepas bersama induksi dengan guru.
Langkah pertama aktiviti ini akan mengambil masa selama 10 minit. Setiap
kanak-kanak akan mengambil bahagian. Kanak-kanak akan menjalankan aktiviti ini
secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdapat 5 orang kanak-kanak dan setiap kanak-
kanak akan diberi satu topeng haiwan yang telah disediakan oleh guru. Topeng yang
disediakan terdapat lima jenis, iaitu arnab, kucing, harimau, lembu dan itik sahaja.
Kanak-kanak akan menjalankan aktiviti ini di ruang aktiviti kelas yang luas dan
dikehendaki beratur dalam satu barisan yang lurus di depan kon yang telah disediakan.
Kanak-kanak disusun mengikut arahan guru. Susunan setiap haiwan dalam setiap
barisan kumpulan adalah perlu sama. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mendapat
topeng arnab akan menjadi kanak-kanak yang berada di depan sekali garisan, diikuti
oleh kanak-kanak yang memegang topeng kucing, seterusnya harimau, lembu dan
seterusnya itik. Semua urutan haiwan yang berada dalam barisan masing-masing
adalah sama. Setelah bunyi wisel guru dibunyikan, kanak-kanak akan bermula aktiviti ini.
Arahan guru diterima dan dipatuhi oleh kanak-kanak telah menggambarkan sikap
hormat-menghormati seorang kanak-kanak kepada guru. Langkah pertama aktiviti
perlumbaan di zoo adalah berunsur satu latihan tubi bagi memastikan semua kanak-
kanak dapat menjalankan aktiviti ini.
Kanak-kanak akan bergerak seperti haiwan yang berkenaan sambil berbunyi
seperti haiwan tersebut. Kanak-kanak hanya perlu bergerak secara berulang alik
dengan mengeliling kon yang telah disediakan dengan kadar lambat sahaja. Selepas
murid yang memakai topeng arnab balik daripada mengelilingi kon itu, haiwan yang
seterusnya iaitu kucing akan bergerak dan berbunyi seperti kucing setelah bunyi wisel
dibunyikan. Aktiviti seterusnya akan dijalankan selepas semua kanak-kanak telah
mengelilingi kon secara berulang berulang-alik.
Langkah kedua aktivti ini adalah bersifat bermain dalam bentuk kumpulan dan
pertandingan. Aktiviti ini adalah sama seperti aktiviti di atas. Hanya kanak-kanak akan
bergerak dengan lebih cepat dalam kumpulan. Bunyi wisel akan dibunyikan satu kali
sahaja sebelum pertandingan dimulakan. Selepas bunyi wisel dibunyikan, kanak-kanak
perlu mengeliling kon secara ulang-alik seperti apa yang telah dijalankan di langkah
kedua. Apa yang berbeza adalah murid-murid akan mengeliling kon berulang-alik dan
murid yang seterusnya tidak perlu menunggu arahan wisel guru. Kumpulan yang paling
cepat mengeliling akan mendapat hadiah. Nilai bekerjasam akan dipupuk melalui aktiviti
kumpulan melalui bermain. Arahan guru adalah perlu jelas dan ringkas supaya kanak-
kanak faham dan menjalankan aktiviti dengan arahan yang telah diberi.
Langkah terakhir adalah berbentuk refleksi. Peralatan yang diguna telah simpan
di tempat asalnya. Selepas itu, kanak-kanak akan duduk bersama-sama dengan cikgu
dan cikgu akan mengimbas kembali apa yang telah dijalankan. Guru juga membantu
kanak-kanak menyedari dan menghayati nilai-nilai yang tersirat dalam aktiviti
perlumbaan di zoo yang telah dijalankan. Sebagai contoh kasih sayang terhadap
haiwan. rasa hormat kepada guru, tanggungjawab sebagai seorang murid prasekolah
simpan balik barang di tempat asalnya.








3.0 PENULISAN AKADEMIK : KEPENTINGAN MORAL DITERAPKAN KEPADA
KANAK-KANAK DI PERINGKAT PRASEKOLAH.

Tunjang Kerohanian dan Moral mengandungi Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral. Pendidikan Islam untuk murid Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan
Islam. Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan kepada Al- Quran dan As-Sunnah. Pendidikan Moral
memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan yang
berakhlak mulia dan bermoral.
Tunjang Kerohanian dan Moral penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai
murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya
kepada Tuhan, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Pendidikan kerohanian dan moral adalah amat penting diterap kepada kanak-
kanak di peringkat prasekolah lagi. Hal ini kerana generasi masa hadapan Negara
ditentukan oleh kanak-kanak sekarang. Seperti peribahasa melayu pemuda hari ini,
pemimpin masa depan. Menurut pandangan seorang penulis atau pendidik Thomas
Lickona (1991) menyatakan bahawa insan yang bermoral akan mempunyai ciri
keperibadian mulia dan pembawaan diri yang stabil untuk bertindak balas kepada
sesuatu situasi dengan bermoral, kejujuran, tanggungjawab dan menghormati orang lain.
Sebagai bakal generasi yang akan menjadi pemimpin, setiap kanak-kanak di di dunia ini
perlu menerima pendidikan kerohanian dan moral supaya dapat mentadbir dan
menguruskan Negara dengan minda yang penuh dengan kebijaksanan. Kemakmuran
Negara dapat dijaga dan rakyat juga dapat hidup dengan aman dan damai.
Amalan kerohanian dan moral merupakan satu aspek yang paling penting untuk
menjadikan sebagai satu pegangan pada setiap hari. Hal ini kerana peribadi seseorang
dapat dicermin melalui tingkah laku yang telah dilakukan, Orang lain akan memberi
penghormatan kepada orang yang mempunyai moral sahaja. Sekiranya kanak-kanak
tersebut adalah kanak-kanak yang tidak mengamalkan nilai moral, maka dia tidak akan
mendapatkan rasa hormat daripada orang lain. Perwatakan seseorang yang tidak
bermoral tidak akan disenangi oleh orang ramai. Keadaan ini akan menjejaskan
perkembangan sosial kanak-kanak yang sihat. Oleh itu, tingkah laku kanak-kanak perlu
dibimbing oleh ibu bapa semasa berada di rumah dan dibimbing oleh guru semasa
berada di sekolah supaya kanak-kanak dapat mengamalkan nilai yang betul.
Sebagai contohnya, semasa pengalaman berasaskan pemerhatian (PBS)saya,
saya mendapati beberapa orang murid yang tidak mengamalkan nilai moral semasa
berada dalam kawasan sekolah. Sedangkan slogan sekolah tersebut adalah melahirkan
anak-anak murid yang bermoral tinggi. Murid-murid tersebut tidak bertegur sapa dengan
saya kerana saya hanya seorang guru pelatih sahaja. Tingkah laku ini adalah amat
kecewa dan perlu diubah. Mengikut buku panduan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK), guru prasekolah akan menjalankan aktiviti pengajaran yang akan
memupuk nilai-nilai yang ada dalam buku KSPK. Guru prasekolah perlu mempratikan
amalan hormat-menghormati guru dan melafazkan ucapan tatasusila yang bersesuaian
dengan murid seperti Selamat Pagi Cikgu Yew, Selamat Petang Cikgu Yew ,Terima
Kasih Cikgu Yew dan sebagainya. Standard kandungan dan pembelajaran yang
tercatat dalam buku KSPK adalah perlu diambil perhatian dan dipratikkan oleh setiap
guru prasekolah kerana guru prasekolah merupakan guru yang pertama mendidik anak-
anak murid di sekolah.
Menurut John Locke (lahir 29 Agustus 1632 meninggal 28 Oktober 1704 pada
umur 72 tahun) adalah seorang filsuf dari Inggris, kanak-kanak merupakan sehelai
kertas yang putih putih (tabula rasa) yang kemudian mendapatkan isinya daripada
pengalaman belajar yang diberi oleh guru. Bah kata melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Peribahasa melayu ini adalah digunakan dalam situasi mendidik kanak-
kanak biarlah mendidik sejak kecil lagi. Sifat kanak-kanak yang asal adalah meniru
daripada teladan-teladan yang berada di sekelilingya. Sekiranya ibu bapa dan guru
memberikan teladan yang sesuai, maka kanak-kanak akan mendapat peluang untuk
belajar nilai-nilai, amalan dan sikap yang betul dan menjadikan sebagai budaya
kehidupan tanpa mengira di mana berada. Perasaan ingin belajar kanak-kanak adalah
kuat. Oleh yang demikian, Ibu bapa dan guru prasekolah yang memainkan peranan
membentuk peribadi kanak-kanak adalah perlu memastikan bahawa nilai-nilai
kerohanian dan morak yang disampaikan adalah betul.
Sebagai seorang pembimbing yang bertanggungjawab, ibu bapa dan guru
prasekolah perlu sentiasa menjelaskan sebab dan akibat tingkah laku yang telah
dilakukan. Kanak-kanak adalah berhak mengetahui setiap sebab dan akibat tentang
tingkah laku yang telah dibimbing oleh ibu bapa dan guru. Menurut Thomas Lickona
(1991) menyatakan bahawa untuk menjadi seorang yang bermoral, seseorang itu perlu
mengetahui kebaikan dahulu supaya menginginkan kebaikan dan melakukan tingkah
laku tersebut. Sebagai contohnya, kanak-kanak yang bermoral akan mendapat kawan
yang ramai. Kanak-kanak akan dapat bermain dengan kawan-kawan sekelas tanpa
dipinggir oleh mana-mana pihak. Kanak-kanak akan mengamalkan nilai-nilai moral
seperti menghormati supaya mendapat lebih ramai kawan.
Selain itu, kepentingan tunjang kerohanian dan moral adalah penting kerana ilmu
pengetahuan yang disampaikan daripada tunjang kerohanian dan moral akan memberi
satu gambaran kepada kanak-kanak keperluan mengamalkan nilai-nilai murni di
kehidupan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan alam sekitar. Mengikut Kandungan
Sukatan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, topik yang berkaitan dengan dan
dibincang dalam sukatan adalah merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam
sekitar dan negara. Secara tidak langsung, kemahiran berfikir kanak-kanak dapat
ditingkatkan. Hal ini kerana kanak-kanak berpeluang berfikir secara mantap tentang
tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan alam sekitar. Nilai-nilai
yang ada adalah kepercayaan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah
tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian,kejujuran, kerajinan,
kerjasama, kesederhanan, toleransi, berdikari dan berdisiplin. Kanak-kanak akan sedar
bahawa nilai-nilai yang perlu diamalkan pada diri sendiri pada setiap hari.
Kanak-kanak yang memegang nilai kepercayaan akan yakin bahawa manusia
adalah ciptaan tuhanh Kanak-kanak akan dididik supaya mengetahui dan menghormati
kepercayaan kepada orang lain. Moral telah memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk menjalinkan hubungn silatulahim antara satu sama lain. Hubungan yang terjalin
antara satu sama lain adalah penting kerana ia memberi satu pendedahan kepada
kanak-kanak untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain supaya peminpin pada
masa depan dapat berhidup bersama dengan kaum yang berbagai secara harmoni.
Nilai-nilai berterima kasih dan hemah tinggi merupakan nilai murni yang akan
mendorong kanak-kanak menjadi seorang yang bersopan santun. Pemimpin Negara kita
perlu sentiasa bersopan dan banyak berinteraksi dengan rakyat seperti slogan yang
telah ditetapkan pencapaian didahulukan, rakyat diutamakan. Pemimpin yang sopan
adalah pemimpin yang bijak. Mereka memahami sikap melayan orang lain dengan
sopan akan mendapat layanan yang sama daripada orang lain. Nilai keadilan,
keberanian dan kejujuran adalah nilai-nilai yang perlu ada pada seseorang pemimpin.
Pemimpin yang disanjung oleh orang ramai perlu sentiasa mengamalkan sikap adil
dalam perlakuan seharian. Kanak-kanak akan dibimbing oleh cikgu apa itu keadilan dan
mengapa keadilan perlu diwujudkan dalam kehidupan kita. Keberanian pula akan
mendorong kanak-kanak berani mencuba dan meneroka perkara baru dan
mengaplikasikan pengetahuan baru. Kanak-kanak merupakan ahli sains yang semula
jadi. Sifat kanak-kanak yang suka meneroka memerlukan nilai keberanian supaya
kanak-kanak mampu melibatkan aktiviti secara aktif di dalam atau luar kelas. Kejujuran
seseorang kanak-kanak perlu dijadikan satu kebiasaan supaya kanak-kanak dapat
bersikap jujur dalam pergaulan harian. Melalui tunjang kerohanian dan moral, kanak-
kanak dapat mengamalkan banyak nilai murni. Kanak-kanak akan menjadi seorang
insan yang cemerlang dari segi aspek sahsiah jika mendapat bimbingan yang betul
daripda ibu bapa dan guru.
Pendidikan moral diterapkan sepanjang masa murid berada dalam prasekolah.
Guru perlu merancang dan melaksanakan aktiviti yang seronok supaya kanak-kanak
mudah melibatkan diri dalam aktiviti. Kanak-kanak adalah lebih aktif dan cenderung
kepada aktiviti berkumpulan yang berasaskan bermain. Seorang tokoh pendidikan dari
Jerman yang bernama Friedrich Froebel telah memberi pandangan bahawa pendidikan
adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak dan ia hendaklah berdasarkan
kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak
mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Beliau menekankan kaedah bermain kepada
kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Sebagai contohnya, kanak-kanak akan
diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti simulasi. Sekiranya, simulasi yang
bertajuk satu Malaysia, kanak-kanak akan berlakon dan menghayati nilai-nilai yang telah
tersirat dalam aktiviti simulasi ini.
Moral adalah penting untuk setiap kanak-kanak kerana nilai yang mendidik
kanak-kanak sehingga menjadi dewasa tidak akan terlari dengan nilai
bertanggungjawab. Justeru, kanak-kanak akan menjadi seorang kanak-kanak yang
berupaya meningkatkan potensi minda ke arah kejayaan dan kecemerlangan.
Tambahan pula, kepentingan kerohanian dan moral juga memberi pembentukan
kehidupan yang beretika. Etika merupakan hal-hal moral, adab dan nilai dalam
perlakuan manusia. Etika menerangkan perlakuan baik dan buruk, betul dan salah,
benar dan palsu dan menjelaskan apa yang seharusnya manusia lakukan. Md.Salleh &
Saiful (2000) mendefinasikan etika sebagai peraturan perlakuan atau prinsip moral yang
memberikan panduan kepada sesuatu tindakan boleh atau sesuai bagi sesuatu keadaan.
Manakala Bourke (dipetik dari Md.Salleh & Saiful, 2000) mendefinasikan etika
sebagai daya intelek manusia yang membolehkan mereka menggunakan taakulan untuk
menentukan dan membezakan yang baik daripada yang buruk bagi perkara berkaitan
dengan kehidupan harian mereka.
Kerohanian dan moral adalah penting kerana kandungan yang akan belajar oleh
kanak-kanak akan dibawa bersama dengannya sehingga menjadi seorang dewasa yang
layak menjadi seorang pemimpin. Seorang insan yang beretika merupakan seorang
insan yang dapat membezakan betul atau salah. Kebolehan membezakan sesuatu
perkara adalah betul atau salah memerlukan kefahaman nilai yang tinggi. Kanak-kanak
adalah perlu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai yang ada supaya mempunyai
kemahiran untuk membezakan sesuatu perkara sama ada betul atau salah berdasarkan
perspektif yang betul dari segi etika.
Sebagai contohnya, berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya telah menuntut
pedidikan moral selama 10 tahun termasuk semasa Sekolah Rendah dan Menengah.
Walaupun sukatan pelajaran adalah berbeza, malah mesej yang disampaikan adalah
sama. Saya telah menghayati nilai-nilai yang telah diajar semasa di sekolah. Saya amat
bersetuju bahawa pendidikan moral telah memurnikan kehidupan saya. Hal ini kerana
pendidikan moral telah membimbing saya ke arah yang lebih beretika. Saya dapat
membezakan apa yang sepatutnya buat dan apa yang tidak sepatutnya buat. Saya telah
mengamalkan nilai-nilai moral sepanjang masa pada setiap hari. Saya berasa sebagai
seorang insan yang mempunyai kebolehan untuk berfikir, kita seharusnya berhidup di
dunia ini dengan tingkah laku yang bermoral. Hal ini kerana tingkah laku bermoral yang
akan mendorong kita menambahbaikan diri sendiri supaya mencapai tahap
perkembangan diri yang lebih tinggi. Dengan dididikan moral yang uggul, saya akan
menjadi seorang guru yang mempunyai pesonaliti yang bagus dan memenuhi aspek
kerohanian dan moral.
Disamping itu, kurikulum Pendidikan Islam pula dapat menyumbangkan ke arah
melahirkan murid Islam yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertaqwa dan beramal
soleh. Melalui ilmu, kemahiran dan amalan yang disarankan, Pendidikan Islam
prasekolah dapat disampaikan melalui aktiviti bercerita, tunjukcara, latihan amali,
nyanyian lagu dan nasyid, permainan, lakonan, penjelajahan, pemerhatian alam sekitar
dan melihat kegiatan manusia. Sekolah digalakkan mengadakan lawatan di persekitaran
sekolah, kebun bunga, tempat bersejarah dan mengadakan perkelahan di kawasan
pemandangan semula jadi. Dengan cara ini, mereka dapat menikmati keindahan alam
sambil mengenali tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Tuhan dan
menjadikan pendidikan agama sebagai amalan dan perlakuan. Penyampaian
kandungan Kurikulum Pendidikan Islam hendaklah disepadukan dan diseimbangkan
dengan lima tunjang kurikulum prasekolah yang lain semasa pengajaran dan
pembelajaran. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan
membentuk murid agar mempunyai cita-cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang,
gigih berusaha dan mampu mempertingkatkan harga diri dan menyumbang kepada
asas kemajuan masyarakat, bangsa dan Negara.
Akhir kata, kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara
bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi
semangat. Kurikulum memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik
bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai
warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu
pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan
murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam
kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai