Anda di halaman 1dari 1

Sumber pembelajaran di sekolah ini adalah tidak lengkap dan tidak banyak pilihan.

Sebagai seorang guru, mereka tidak dapat menjalankan kelas secara kreatif dan
mewujudkan kelas yang menarik. Hasil daripada pemerhatian saya, sekolah ini hanya
terdapat 1 LCD sahaja yang bertempat di Lab Sains. Pada dunia yang semakin canggih,
pengajaran yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah sangat
penting. Murid tidak dapat terdedah dengan pengajaran yang menggunakan TMK.
Usaha yang telah dibuat oleh guru-guru di sekolah tersebut untuk mengatasi kekangan
ini adalah membeli alat LCD secara peribadi dan membekalkan pengalaman proses
P&P yang berunsur TMK kepada murid-murid. Pihak sekolah harus berusaha lagi
dengan menyediakan LCD kepada para guru supaya guru dapat memainkan peranan
dengan lebih sempurna.

Anda mungkin juga menyukai