Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH

Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru meminta contoh daripada mmurid dan menyemak idea dan konsep itu telah difahami atau tidak.

Contoh yang baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa kepada murid. Mengaitkan contoh dan idea atau konsep, guru akan mengajar perkara yang telah diketahui kepada perkara yang akan diketahui.

Menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan menimbulkan minat terhadap pelajarannya.

Tujuan kemahiran mengilustrasi dengan contoh


Membimbing pelajar dari konsep yang mudah kepada yang lebih rumit.

Menjelaskan peraturan, konsep, prinsip dan teori.

Menjadikan idea yang abstrak atau sukar lebih mudah difahami.

Perhatikan kelakuaan dan respon lisan pelajar untuk memastikan contoh yang diberi bersesuaian. Sediakan sebelum pengajaran.

Sediakan contoh yang mencukupi dan pelbagai.

Libatkan pelajar secara verbal atau membuat lakaran.

Prinsip Mengilustrasi dengan contoh

Gunakan contoh mudah melaui penggunaan analogi, cerita, objek konkrit dan gambar berdasarkan pengetahuan pelajar.

Contoh yang menarik yang mampu merangsang sifat ingin tahu dari minat pelajar.

Media bersesuaian berdasarkan umur dan kebolehan pelajar serta konsep dan prinsip yang hendak diajar.

Contoh yang relevan yang boleh diaplikasikan kepada konsep, prinsip atau teori tertentu yang hendak diajar.

Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh.

Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini:  Pendekatan induktif = contoh diikuti dengan peraturan  Pendekatan deduktif = peraturan diikuti dengan contoh. Soalan digunakan untuk mendapatkan contoh:1. Contoh mudah guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan jelas dan boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu. 2. Contoh ingin tahu menggunakan contoh yang boleh membangkitkan naluri ingin tahu dan minat murid.

3. Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep menggunakan contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan. 4. Media yang sesuai menngunakan media yang sesuai dengan kebolehan, umur dan pelajaran yang diajar. 5. Pendekatan memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid dan pelajaran yang diajar. 6. Penglibatan murid murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di papan hitam atau menunjukcara dengan menggunakan contoh atau model.

Anda mungkin juga menyukai