Anda di halaman 1dari 3

Transkripsi Sejarah Lisan (Tugasan 1 SJHK3043)

(Rakaman 1)

Assalamualaikum w.b.t. berikut merupakan rakaman wawancara Dokumentasi Lisan


mengenai sejarah sesebuah institusi pendidikan atau sekolah dan pengalaman Puan Stii
Zaleha Binti Ramlan yang menjadi Guru Besar di Sekolah Kebansaan Sri Jamil, Muar,
Johor. Rakaman ini dijalankan di atas talian menggunakan aplikasi What’sApp call pada hari
hari Ahad lepas bersamaan 14 Mac 2021. Pada jam 9.00 pagi. Wawancara ini dikendalikan
secara ringkas oleh diri saya sendiri menggunakan perakam suara dari telefon untuk
merakam setiap perbualan kami. Saya dengan berbesar hati memulakan wawancara pada
ini.

Interviewer/ Isi kandungan wawancara


interviee

Hifzhan Assalamualaikum puan, saya Hifzhan Hidayat, siswa guru dari IPG
Kampus Ilmu Khas, telah memilih SK Seri Jamil sebagai kajian sejarah
saya dalam menyelesaikan tugasan sejarah saya. Terima kasih kerana
sudi berkongsi maklumat dan bercerita tentang sejarah sekolah puan.
Pn. Siti Zaleha Waalaikumussalam, Alhamdulillah, terima kasih juga telah memilih
sekolah saya sebagai rujukan dalam membuat tugasan kamu.
Hifzhan Sebelum saya meneruskan wawancara, adakah puan dalam keadaan
sihat dan mempunyai masa terluang? Saya bimbang jika ada beberapa
perkara yang mengganggu puan semasa menyampaikan maklumat.
Pn. Siti Zaleha Buat sementara ini, tiada gangguan untuk saya meneruskan wawancara
pada hari ini.
Hifzhan Okay baiklah, kalau begitu bolehlah kita terus ke isinya untuk memulakan
wawancara kita pada hari ini. Lebih cepat mula, lebih cepat habis,
betulkan puan.
Pn. Siti Zaleha Hahaha ya betul-betul.
Hifzhan Baiklah soalan pertanyaan saya yang pertama, bolehkan puan
menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah sekolah SKSJ ini?
Pn. Siti Zaleha Tokoh yang membina sekolah ini ialah encik Jamil Bin Abdullah iaitu
seorang penduduk yang berasal dari Indonesia dan telah membuka
kampooung Parit Jamil pada tahun 1882 bersama 15 orang sahabatnya
yang datang bersamanya ketika itu. Nama sekolah ini dipilih
berdasarkan tokoh yang membuka kampung Parit Jamil ini encik Jamil
Bin Abdullah yang merupakan tokoh sejarah yang hebat di Parit Jamil ini.
Beliau juga penduduk asal yang membuka kampung ini dan telah
menyediakan beberapa kemudahan di Parit Jamil ini untuk penduduk
setempat.
Hifzhan Ouh begitu, lama juga ya sekolah itu sudah dibina. Jadi begitu, sekarang
berpakah kapasiti maksimum jumlah guru dan murid yang boleh
ditempatkan di sekolah tersebut?
Pn. Siti Zaleha Sekolah ini boleh menampung kapasiti murid dan guru seramai, kalau
guru tu boleh dikatakan dalam 40 orang guru dan murid boleh
mencecah 250 orang murid.
Hifzhan Wahh ramai rupanya guru dan murid boleh ditempatkan ke sekolah itu.
Boleh saya tahu berapa lamakah sekolah tersebut sudah beroperasi?
Pn. Siti Zaleha Sekolah ini telah beroperasi lebih kurang 62 tahun iaitu sejak 1959
sehingga sekarang.
Hifzhan Okay baiklah, bagaimana puan boleh berkhidmat ke sekolah ini? Apakah
hubungan dengan sekolah ini dan sudah berapa lama puan kerkhidmat di
sekolah ini?
Pn. Siti Zaleha Saya merupakan guru besar sekolah ini yang bertugas bermula
16/5/2020.
Hifzhan Hebat ya puan, walaupun baru di sekolah ini tapi dapat memberikan
penerangan sejarah sekolah ini dengan baik. Tahniah saya ucapkan
kepada paun.
Pn. Siti Zaleha Terima kasih.
Hifzhan Sama-sama. Baiklah kita ke soalan seterusnya. Apa yang menarik atau
yang menarik minat puan tentang sekolah ini sepanjang puan berkhidmat
di sekolah berkenaan?
Pn. Siti Zaleha Sekolah ini amat menarik bagi saya sebab pada zaman dahulu sekolah ini
merupakan Sekolah Inggeris Lelaki yang terletak di luar bandar iaitu di
pekan Parit Jawa dan sekolah ini merupakan sekolah inggeris selain
sekolah tinggi Muar yang terletak di luar bandar.
Hifzhan Wah, itu juga perkara yang menarik untuk saya. Siapa sangka sekolah
lelaki boleh bertukar kepada sekolah terbuka kan.
Pn. Siti Zaleha Betul tu.
Hifzhan Jadi bagaimana pula tentang sumbangan puan kepada sekolah ini dalam
memakmurkan lagi nama sekolah ini?
Pn. Siti Zaleha Saya sepanjang setahun disini, saya pernah menaikkan keceriaan
sekolah ini yang lebih ceria supaya sekolah ini lebih dikenali di
serantau Muar dan saya akan jadikan sekolah ini sebagai satu sekolah
yang hebat terutama sekali dalam akademik dan juga sukan.
Hifzhan Baiklah, soalan seterusnya ialah apakah peristiwa yang boleh dianggap
sejarah sepanjang puan berada di sekolah tersebut.
Pn. Siti Zaleha Rasanya peristiwa sejarah bagi sayalah, saya merupakan guru besar
perempuan pertama yangb dilantik di Sekolah Sri Jamil sebab
sebelum ini dimonopoli guru besar lelaki.
Hifzhan Ouhh begitu, tahniah puan kerana menjadi guru besar perempuan
pertama sekolah tersebut setelah sekian lama guru besar lelaki sahaja
yang mentadbir sekolah itu. Semoga maju jaya.
Pn. Siti Zaleha Tambahan, Sekollah Sri Jamil ini memang dianggap sejarah sebab ia
merupakan sekolah inggeris luar bandar yang pertama ditubuhkan
dan asalnya dalah sekolah rendah lelaki inggeris dan kemudian
ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sri Jamil. Sri Jamil itu sendiri
merupakan singkatan sekolah rendah inggeris Jamil. Ini merupakan nama
yang agak unik dan sekolah ini diberi nama #SMILES iaitu Sri Jamil
English School.
Hifzhan Okay, terima kasih atas perkongsian yang puan telah kongsi bersama
saya, semoga banyak manfaat yang saya dapat timba daripada
maklumat-maklumat yang telah puan berikan. Saya berharap saya dapat
terus berhubung dengan sekolah ini jika ada sesuatu yang ingin saya
tahu. Selain itu harapan saya adalah, sekolah ini dapat melahirkan
generasi yang hebat sehingga boleh membantu saya dalam membuat
sejarah yang menarik untuk sekolah ini. Terima kasih sekali lagi ya puan
atas Kerjasama puan dalam menyelesaikan wawancara ini.
Pn. Siti Zaleha Sama-sama, saya harap tugasan kamu dapat dibuat dengan baik dengan
info-info yang saya beri ini.
Hifzhan Baiklah sampai disini sahaja wawancara kita pada hari ini, terima kasih
dan Assalamualaikum.
Pn. Siti Zaleha Sama-sama, Waalaikumussalam.

Anda mungkin juga menyukai