Anda di halaman 1dari 11

Sejarah Lisan Di Malaysia

Bab 2
Keperluan Sejarah Lisan
1. Sumber lisan sebagai bahan sejarah tempatan
• Ada usaha oleh RTM dan Arkib bagi mengumpul sejarah
tempatan dengan mengadakan temuramah dengan tokoh-
tokoh tertentu. (rakaman disimpan)
• Contoh temubual dengan tokoh-tokoh terkenal setempat
yang terlibat secara langsung dengan peristiwa setempat.
• Ada maklumat sejarah setempat yang tidak bertulis dan
tidak diketahui. Melalui sejarah lisan, maka sejarah tersebut
dapat dikongsi.
• Sejarah lisan sebagai usaha mengisi kekosongan dan jurang
yang terdapat dalam rekod-rekod bertulis. Oleh itu, sumber
lisan akan dapat memperkuatkan lagi sejarah sedia ada.
2. Kesukaran memperoleh bahan-bahan bertulis
• Di Malaysia, ada setengah peristiwa sejarah itu sukar di dapati
kerana tiada tulisan tentangnya. Sebagai contoh peristiwa
pendudukan Jepun di Sarawak. Bahan-bahan bertulis
mengenainya amat kurang di dapati khususnya tentang
keadaan kehidupan semasa zaman tersebut. Oleh itu sejarah
lisan dapat membantu menggambarkan zaman tersebut.
• Ada rekod-rekod yang tersimpan di Arkib tidak lengkap. Ada
yang hanya mengandungi surat-surat pengesahan yang
dibuat ekoran daripada tercapainya persetujuan tanpa
butiran yang jelas.
• Sesetengah bahan-bahan bertulis sejarah tersimpan di
tempat-tempat khusus seperti di London dan Amsterdam.
Sukar bagi pengkaji-pengkaji tempatan untuk
mendapatkannya. Oleh itu sejarah lisan dapat membantu.
3. Cerita yang benar-benar dilalui oleh individu dan kumpulan
• Pelajar perlu sedar bahawa sumber-sumber sejarah lisan boleh
didapati dengan mudah. Dengan perkembangan semasa,
jangka hayat manusia semakin panjang. Oleh itu ramai saksi-
saksi sejarah masih hidup lagi.
• Oleh itu sejarah lisan dapat meningkatkan maklumat sejarah
sekiranya temubual dengan mereka yang terlibat dapat
dijalankan.
• Ahli sejarah lisan mengutip, mengumpul dan menyediakan
semua ingatan dan keterangan mengenai peristiwa dan tokoh
sejarah untuk kegunaan berbagai jenis penyelidik.
• Ia akan menjadi lebih objektif lagi daripada apa yang
dilakukan oleh seseorang penyelidik. Sumber lisan akan
memperkukuhkan lagi maklumat sejarah yang terdapat pada
sumber bertulis.
4. Kekuatan sejarah lisan adalah sebagai pengukuh kepada
pelbagai bahan bertulis
• Di Malaysia, banyak peristiwa sejarah yang kurang tersurat.
Banyak sumber kedua (tulisan sejarah) dibuat oleh penulis-
penulis barat. Tulisan mereka mungkin dipengaruhi oleh
pandangan dan budaya penulis.
• Sejarah lisan dapat mengurangkan bias, pandangan yang
kurang jelas melalui sejarah yang diceritakan oleh pelaku
atau saksi sejarah.
• Sejarah lisan dapat mengukuhkan lagi bahan bertulis sedia
ada.
5. Memperbanyakkan penulisan sejarah tempatan dalam
pelbagai tema
"Jika sekiranya tiap-tiap orang (di dunia ini) dapat menyimpan
suatu rekod mengenai aktivitinya tiap-tiap hari, ini akan dapat
menghindarkan wujudnya kenyataan yang salah (mistatement)
dalam sejarah.”
(Harry S. Truman, Presiden Amerika Syarikat yang ke 33)
• Pelbagai tema dalam penulisan sejarah tempatan boleh
dikembangkan. Contoh:
• Sejarah penubuhan tempatan
• Tokoh
• Budaya
• Kecemerlangan setempat/ tokoh/ institusi
6. Memperkayakan tradisi sejarah
• Sejarah lisan akan memperkayakan tradisi sejarah
• Ada dokumen-dokumen yang telah dicapkan RAHSIA RASMI.
Boleh dikembangkan lagi maklumat sejarah yang terdapat
dalam dokumen berkenaan dengan temubual dengan tokoh
yang terlibat sekiranya masih hidup.
• Tradisi sejarah melalui kajian arkeologi, kajian perpustakaan,
kajian sumber kedua dapat dikukuhkan lagi melalui sejarah
lisan. Ini akan menambahkan lagi sumber sejarah
• Adanya alat-alat kajian sejarah lisan yang lebih sistematik
sekarang akan mengkayakan lagi tradisi sejarah.
Tutorial
Pada pandangan anda mengapakah sejarah
lisan perlu digalakkan di Malaysia?

ISL
Berdasarkan rencana Tradisi Lisan – Sejarah
Lisan dalam Usaha Mengkaji Sejarah Malaysia,
nyatakan perbezaan antara tradisi lisan
dengan sejarah lisan dan kepentingan sejarah
lisan. Sila buat dalam bentuk powerpoint.
Lima sumber lisan di Malaysia
i Keterangan proto
ii Keterangan saksi mata
iii Keterangan kata dengar
iv Tradisi lisan terkawal
v Tradisi lisan tidak terkawal
Tradisi lisan terkawal (TLT):
• berbentuk puisi, perbilangan adat – versinya sama dan
terjaga
• transmisi- dituturkan oleh pemegang tradisi ; ketua adat
• dipercayai berasal daripada peristiwa sebenar; naratif
sejarah, salasilah
• juga daripada ciptaan generasi terdahulu; hukum adat,
perlembagaan
• berlaku melalui beberapa kaedah; latihan, penghafalan
• berfungsi seperti ‘arkib hidup’- menuturkan apabila
diperlukan
• bertujuan menjaga ketulenan tradisi; daripada generasi
ke generasi.
Tradisi lisan tidak terkawal(TLTT):
• berbentuk prosa, mudah berubah dalam proses transmisi
dilalui.
• transmisi bebas - tiada pemegang tradisi tertentu
• penyebaran berleluasa, tiada sekatan, tiada penutur tertentu
• tiada fungsi khusus kepada penutur; tidak perlu mempelajari
dan menghafal
• keterangan lisan berbentuk bebas; kemungkinan terbitnya
pelbagai versi
• sering berlaku tokok tambah dalam pelbagai versi
• termasuk ungkapan lisan budaya; mitos, legenda, cerita
rakyat, pantun, perumpamaan, peribahasa, bidalan dan
salasilah.

Anda mungkin juga menyukai