Anda di halaman 1dari 30

KAEDAH DAN SUMBER SEJARAH

Bab 1
Oral history is a very subjective and personal
form of evidence – but this is also one of its
great strengths. In the words of the Italian oral
historian, Alessandro Portelli, oral sources tell
us not just what people did, but what they
wanted to do, what they believed they were
doing, what they now think they did…
Subjectivity is as much the business of history
as the more visible ‘facts’…
(History Workshop Journal, 12, Autumn, 1981)
• Tradisi Lisan adalah “sumber-sumber sejarah
yang berbentuk istemewa kerana ianya sumber
yang tidak bertulis, dicipta sesuai dengan kaedah
penyampaiannya secara lisan, diperturunkan dari
generasi ke generasi. Penyimpanannya
bergantung pada kekuatan ingatan seseorang
penutur”
• semua keterangan lisan mengenai masa lalu yang
telah diperturunkan dari seorang ke seorang
dengan cara pertuturan.
Apa perbezaan antara sejarah lisan dan tradisi lisan?
Tradisi Lisan
Jenis Tradisi Lisan (W. Bauer dlm M. Starr, 1968)
1. Terdiri dari semua sumber tanpa mengira samada
yang terselamat atau yang telah berubah semasa
dalam proses penyampaiannya. Perubahan dapat
dikesan kembali pada individu tertentu yang telah
diamanah untuk menyimpan dan mempertutur
kembali untuk tujuan tertentu.
2. Sumber-sumber yang tidak dapat dikesan
penciptanya dan berkembang tanpa penyimpan dan
penutur tertentu seperti peribahasam lagu rakyat,
cerita pendek. Ia perlu diteliti dari segi
penciptaannya
JENIS TRADISI LISAN
1. Tradisi Lisan Terkawal
• berbentuk puisi, perbilangan adat – versi sama
• transmisi- dituturkan oleh pemegang tradisi ; ketua adat
• dipercayai berasal daripada peristiwa sebenar; naratif
sejarah, salasilah
• ciptaan generasi terdahulu; hukum adat, perlembagaan
• berlaku melalui beberapa kaedah; latihan, penghafalan
• berfungsi seperti ‘arkib hidup’- menuturkan apabila
diperlukan
• bertujuan menjaga ketulenan tradisi; daripada generasi
ke generasi.
2. Tradisi Lisan Tidak Terkawal
• berbentuk prosa, mudah berubah dalam proses transmisi
dilalui.
• transmisi bebas - tiada pemegang tradisi tertentu
• penyebaran berleluasa, tiada sekatan, tiada penutur
tertentu
• tiada fungsi khusus kepada penutur; tidak perlu
mempelajari dan menghafal
• keterangan lisan berbentuk bebas; kemungkinan terbitnya
pelbagai versi
• sering berlaku tokok tambah dalam pelbagai versi
• termasuk ungkapan lisan budaya; mitos, legenda, cerita
rakyat, pantun, perumpamaan, peribahasa, bidalan dan
salasilah.
Makna dan Konsep Sejarah Lisan
• Proceedings of the National Colloquium on Oral History pada
tahun 1966 “tiada takrif sejarah lisan yang ekslusif”. (Nadzan
Haron, 2012: 74)
• Sejarah lisan sebagai satu cara mendapat keterangan sejarah yang
berbentuk lisan untuk menambah bukan untuk menggantikan
sumber bertulis yang sedia ada seperti rekod, surat dan catatan
harian (Dixon Elizabeth & James V. Mink, 1969)
• William Moss – sejarah lisan merupakan satu preses menghasilkan
sumber-sumber sejarah menggunakan temubual yag dibuat atas
pita rakaman. (tokoh sejarah lisan di perpustakaan John. F.
Kennedy)
• Pengumpulan, salin semula, penyusunan, penerbitan dan
penyimpanan bahan-bahan rakaman dibuat mengikut sistem-
sistem tertentu yang merupakan sebahagian kaedah sejarah lisan
• A.R. Fry dan W. Baum (1969) dipetik oleh Mohd Amin
Hassan (1974), pakar-pakar dalam bidang sejarah
lisan yang bersidang pada tahun 1968 telah bersetuju
untuk menerima definisi oral history (sejarah lisan)
secara umum sebagai:
“suatu metode untuk mendapat dan mengumpulkan
sekumpulan keterangan sejarah di dalam bentuk
lisan, biasanya di atas pita rakaman.”
• Sejarah Lisan = satu kaedah untuk mendapat dan
mengumpul keterangan-keterangan sejarah melalui
teknik temubual/ wawancara/ soal jawab yang
dirakam ke dalam pita rakaman.
• Muhd. Yusof Ibrahim (2009), sumber lisan ialah sumber yang
didapati daripada pertuturan atau perkhabaran seseorang
tentang sesuatu peristiwa yang berlaku.
• Sejarah lisan - penerus kepada proses mengumpul data
sejarah setelah hilangnya tradisi penulisan sejarah.
• Sejarah lisan- proses melibatkan orang yang menceritakan
peristiwa dengan pengumpul maklumat yang
memperkatakan peristiwa lepas dan dirujuk daripada
ingatan seseorang, kertas, surat, diari, gambar dan
sebagainya.
• Allan Nevis dan Louis Starr – Sejarah lisan satu cara
mengumpul data-data yang tidak bertulis tentang sesuatu
peristiwa sejarah untuk kegunaan ahli sejarah dan sebagai
asas biografi.
Jenis Sejarah Lisan
1. Projek-projek Am - Untuk tambah dokumen sejarah
yang ada.
2. Projek berkaitan perkara tertentu – untuk kumpul
keterangan-keterangan sejarah.
3. Projek sejarah kedaerahan – pengumpulan
maklumat berkaitan sejarah daerah dan untuk
memberi perkhidmatan kepada penyelidik.
4. Projek pelajaran dan latihan – metodologi sejarah
lisan digunkan sebagai suatu bentuk historiografi.
5. Projek yang dilaksanakan secara sukarela oleh
badan-badan tertentu.
TUTORIAL
• Apakah perbezaan tradisi lisan dengan
sumber lisan?
• Berikan contoh-contoh sumber lisan
yang anda tahu dan mengapa anda
berpendapat demikian.
Ciri-ciri Sejarah Lisan
1. Sumber sejarah dari pelaku/ orang sumber terlibat dalam
peristiwa sejarah
• Merupakan unsur utama sebab keterlibatan mereka dalam
peristiwa sejarah.
2. Sumber sejarah daripada saksi sejarah
• Saksi sejarah adalah orang yang menyaksikan atau melihat
suatu peristiwa sejarah namun bukan pelakunya. Keterangan
mereka ini sepatutnya disokong oleh sumber lain
3. Latarbelakang peritiwa sejarah
• Perlu jelas dan sesuai dengan zaman/ bila peritiwa itu berlaku.
4. Kaedah – temubual/ wawancara
5. Perlu ada alat mendapatkan maklumat sejarah
Peranan Orang Sumber
1. Terbuka
2. Penglibatan dan pengalaman
3. Kesediaan
4. Tidak dipengaruhi – ideologi, perasaan
5. Berkongsi
6. Berprasangka baik
Kepentingan Sumber Lisan
1. Memelihara dan menambahkan sumber-sumber sejarah yang
ada
• Rozeman Abu Hassan (2004), mengatakan bahawa pada
dasarnya, tujuan sejarah lisan adalah untuk mendapat dan
memelihara rekod-rekod sejarah yang semakin berkurangan
dan sudah hilang.
2. Menampung kekurangan sumber-sumber bertulis
3. Memahami peristiwa-peristiwa yang saling berkait dari sudut
yang luas. Sesungguhnya, sejarah lisan amat unik kerana ia
dapat menghubungkan zaman yang lalu dan zaman sekarang
melalui rakaman pengalaman-pengalaman yang bersejarah
(Universiti Kebangsaan Malaysia, 2007).
4. Memelihara pengetahuan-pengetahuan sejarah melalui
pengkisahan.
5. Sumber lisan juga amat penting kepada generasi
baru mengenali dan mendalami peristiwa-
peristiwa yang telah berlaku melalui kaca mata
orang yang telah mengalami dan menyaksikan
peristiwa tersebut.
6. Sumber lisan inilah yang akan digunakan oleh
sejarawan untuk menulis sejarah yang bercorak
tempatan (Universiti Kebangsaan Malaysia, 2007).
7. Sebagai alat pengajaran. Pita rakaman dan
transkrip sejarah lisan boleh menghidupkan
kaedah pengajaran di sekolah dan institusi.
Sumber lisan penting untuk
memelihara dan menambahkan sumber-sumber sejarah yang ada,
Tampung kekurangan sumber-sumber bertulis bagi sesuatu
peristiwa yang dikaji
membantu memberikan gambaran yang lebih lengkap dan jelas
mengenai sesuatu peristiwa sejarah,
memelihara pengetahuan-pengetahuan sejarah melalui
pengkisahan,
penting kepada generasi baru, khasnya generasi yang tidak
melalui zaman peperangan, penjajahan dan perjuangan dalam
menuntut kemerdekaan
menjadi sumber bagi sejarawan untuk menulis sejarah bercorak
tempatan kerana rakyat biasa tidak meninggalkan sumber
bertulis.
Sumber lisan sebagai Sumber Sejarah
• Sumber lisan merupakan sumber yang wujud melalui
percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut oleh
seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu
peristiwa yang telah berlaku.
• Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan
ianya tidaklah ditulis atau dirakamkan.
• Sumber lisan boleh menjadi sumber bertulis apabila
ia dirakam setelah mengalami proses temu bual,
perbincangan, dan temuduga dengan orang sumber.
Pada kebiasaannya, sumber ini turut menjadi rujukan
bagi ahli sejarawan dalam bidang sejarah lisan.
Sumber lisan boleh jadi sumber pertama atau
kedua.
• Sumber pertama = didapati daripada penyaksi-
penyaksi atau orang-orang yang terlibat dalam
sesuatu peristiwa sejarah itu. Maklumat asal. Jika
maklumat ini dirakam dan didengari ia masih
menjadi sumber utama
• Sumber kedua = maklumat daripada mereka yang
tidak menyaksikan atau terlibat dalam sesuatu
peristiwa yang diterangkan.
Tutorial
• Bincangkan bagaimana sumber lisan boleh
dijadikan sumber sejarah?
Sejarah lisan sebagai warisan yang
harus dipelihara
Tugasan perbincangan ISL
• Dalam kumpulan bincangkan apakah usaha-
usaha yang harus dilakukan untuk
memelihara sejarah lisan agar ia mampu
menjadi warisan sejarah.
• Hasil perbincangan harus dimasukkan dalam
folio masing-masing.
Perbezaan Sumber Lisan dan Bertulis
SUMBER LISAN CIRI-CIRI SUMBER BERTULIS
Dianggap tulen jika Ketulenan Sumber primer dan sekunder
keterangan hanya daripada (originality) dianggap tulen.
sumber proto dan saksi mata

Melalui proses wawancara Proses Melalui proses kritikan dan


dengan orang sumber, di penyelidikan tafsiran sumber sebelum
transkripsi dan dikritik dijadikan sumber rujukan.
sebelum didokumentasikan

Biasa dipengaruhi emosi, Objektiviti Lebih objektif kerana


bias,memori yang lemah dan kebanyakan bersifat fakta
penyembunyian fakta. terutama rekod-rekod kerajaan

Berlaku daripada mulut ke Transmisi Bersifat statik. Akses kepada


mulut,generasi ke generasi, (penyebaran) sumber bertulis sebahagiannya
akhirnya menjadi tradisi bersifat prosedural dan sulit
lisan. disebabkan faktor kerahsiaan
dan keselamatan.
Perdebatan Aliran Ranke dan Thompson
Leopold Von Ranke (1795 -1886): ALIRAN
OBJEKTIVISME
• melihat sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang sistematik dan
saintifik.
• menganggap sejarah “sebagaimana yang berlaku” dan
mengetengahkan prinsip sejarah berasaskan fakta dan
kenyataan sebenar tanpa penokokan dan penambahan.
• Contoh: bila menghuraikan penentangan terhaadap Malayan
Union, faktor penentangan adalah disebabkan oleh pemberian
taraf kerakyatan dan tergugatnya kuasa raja-raja Melayu.
• Dalam aliran ini, fakta seumpama ini sepatutnya diterima
umum dan tidak boleh diubah-ubah.
• Memperjuangkan sejarah yang ditulis berdasarkan fakta
sebenar serta bebas daripada dipengaruhi perasaan, bias,
emosi dan prasangka.
• Aliran ini menekankan pentingnya kesahihan fakta walaupun
pengarangnya mempunyai kepentingan dalam peristiwa
sejarah tersebut.
• Perasaan bias, emosi serta prasangka pengarang perlu
diketepikan agar sejarah yang ditulis itu tidak menampakkan
unsur-unsur berat sebelah.
• Penggunaan sumber sejarah berdasarkan sumber dan
dokumen yang benar-benar asli sahaja.
• Sebagai contoh, sekiranya pengarang ingin menulis tentang
Sejarah Melaka, ia perlu ditulis berdasarkan peristiwa yang
benar-benar berlaku.
• Penulisan sejarah sepatutnya menolak unsur penilaian
peribadi, mitos dan lagenda. Penulisan sejarah adalah
berdasarkan bukti yang benar-benar berlaku dan tidak boleh
dicampur aduk dengan unsur-unsur mitos dan legenda.
Rumusan Pemikiran Objektivisme Von Ranke
• Mengenepikan terus pengadilan moral yang dianggapnya
membawa kepada kemasukan unsur berat sebelah dan
prasangka sezaman.
• Sumber-sumber yang penting adalah buku kenangan,
catatan harian, surat-surat, laporan diplomatik serta
gambaran asli saksi-saksi.
• Disebabkan objektiviti yang dipentingkan oleh ahli-ahli
objektivis, penggunaan keterangan lisan sebagai sumber
sejarah tidak begitu disokong dan sebahagiannya ditolak.
• Ranke misalnya masih menerima keterangan-keterangan
pelaku sejarah (keterangan proto) dan keterangan saksi
mata iaitu orang yang benar-benar mengalami dan melihat
sesuatu peristiwa dan mampu menggambarkannya semula .
• Golongan objektivis menolak sejarah lisan yang bersifat kata
dengar (oral hearsay) yang dianggap tidak dapat dibuktikan
kesahihannya.
• Sebab- orang sumber kata dengar tidak mempunyai
keupayaan menceritakan gambaran yang sebenarnya
berdasarkan yang terjadi serta keterangan yang bergantung
kepada pendengarannya semata-mata sebelum ini.
• Tradisi lisan (oral history) dan folkfore ditolak sebagai
sumber sejarah.
David Thomson : ALIRAN SUBJEKTIVITI
• mempertikaikan kemampuan ahli sejarah untuk
menghasilkan penulisan sejarah yang benar-benar objektif
• Berpendapat kecenderungan semula jadi manusia sesuatu
yang dianggap penting akan menjadi penting dan akan
mengenetepikan sesuatu yang dianggap tidak penting
• Harold Perkin (1976) telah memperjuangkan “sejarah dari
bawah” dengan mengangkat tema sejarah rakyat marhaen
dan sejarah kaum buruh di United Kingdom.
• Aliran ini melihat perjuangan rakyat marhaen adalah
sesuatu sejarah yang benar-benar lahir dari peristiwa sejarah
sebelumnya. Usaha ini adalah dilihat menyaingi golongan
objektivis yang melihat sejarah dari ruang lingkup
pemerintah dan negara dan kurang memberi penekanan
terhadap sejarah kemasyarakatan dan sosial.
• dianggap selari dengan Aliran Annales yang
memperjuangkan sejarah merentasi kelas dan sejarah yang
disembunyikan.
• berpendapat golongan bawahan juga mempunyai sejarah
setanding dengan golongan atasan atau di raja. Mereka juga
merasakan perjuangan golongan bawahan perlu
diketengahkan, dinilai dan di paparkan dalam buku supaya
semua golongan tahu sejarah dan perkembangan golongan
ini. Contoh : Perjuangan Rentap di Sarawak
• Pendokong Aliran ini juga dikenali sebagai golongan oralist
• mengemukakan The Handbook of Oral History yang
memperincikan kaedah kajian sejarah lisan yang dianggap
tidak terkeluar daripada penyelidikan sejarah yang saintifik.
• persoalan bias dan memihak serta kelemahan ingatan orang
sumber boleh diatasi melalui kaedah penyelidikan sejarah
sedia ada termasuk mengkritik sumber, banding silang dan
merujuk sumber yang pelbagai.
• berpandangan bahawa kebanyakan ruang sejarah masih
berada di kotak pemikiran manusia yang tidak
didokumenkan dan diselidiki
• Antara perdebatan utama yang ditimbul oleh golongan
objektivis terhadap golongan aliran oralist adalah berkait
dengan isu “memori dalam sejarah”.
• Keperluan sejarah lisan juga diperjuangkan bagi menulis
sejarah golongan bawah seperti golongan-golongan
marhaen, pekerja dan minoriti dalam usaha
mempelbagaikan lagi topik dan ruang lingkup sejarah.
• Masalahnya, kebanyakan sejarah bawahan seperti ini tidak
boleh didapati melalui rekod secara bertulis.
• Justeru, penggunaan keterangan lisan sebagai sumber
sejarah menjadi semakin penting dan berkembang sehingga
ke hari ini.
Tugasan Tutorial
Berdasarkan nota dan bahan yang dibekalkan
anda diminta membuat perbandingan antara
aliran objektiviti dan subjektiviti. Berikan
contoh-contoh yang sesuai dengan setiap
perbandingan tersebut.
Criteria Objective Subjective
Observation of Personal opinions,
measurable facts assumptions,
interpretations and
Based upon beliefs

Encyclopedia, Newspaper editorials,


textbooks, news blogs, biographies,
Commonly found reporting comments on the
in Internet

Suitable for Yes (usually) No (usually)


decision making?
Suitable for news Yes No
reporting?

Anda mungkin juga menyukai