Anda di halaman 1dari 7

Bincangkan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam Tamadun Mesir pada zaman klasik.

Pengenalan :

Tamadun Mesir purba merupakan tamadun yang paling awal terlibat dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Kajian arkeologi dan inskripsi yang terdapat pada dinding kuil Dier el-Bahri mengandungi maklumat tentang aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Mesir purba. Antara matlamat utama penjelajahan dan penerokaan orang Mesir purba adalah perdagangan, penaklukan, meluaskan pengetahuan, semangat ingin tahu dan memenuhi aspirasi pemerintahn. Isi : Tujuan Penjelajahan dan Penerokaan Mesir Perdagangan :

Matlamat penjelajahan dan penerokaan adalah untuk mendapatkan barang-barang dagangan. Ekspedisi dihantar ke Nubia dan Punt untuk memperolehi barang-barang dagangan seperti kapur barus, ebony dan gading gajah. Ratu Hatshepsut menghantar lima buah kapal perdagangan ke Punt pada 1453 S.M. untuk mendapatkan barangbarang dagangan seperti damar, dupa, emas, perak dan minyak wangi. Ekspedisi juga bertujuan untuk mengawal pengedaran dan penjualan komoditi berharga. Ekspedisi perdagangan diketuai oleh Harkhuf yang dihantar untuk mencari jalan perdagangan ke Yam. Penaklukan Untuk Kepentingan Ekonomi :

Ekspedisi tentera juga dihantar untuk menguasai jalan perdagangan. Pyophi Nahkt dihantar ke Nubia untuk menakluk kawasan tersebut. Tujuan penaklukan tersebut adalah untuk mengawal kegiatan perdagangan barang-barang berharga. Penaklukan Untuk Kepentingan Strategik dan Keselamatan :

Orang Mesir purba melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan untuk menakluk, menjajah dan meluaskan pengaruh di kawasan lain. Kejayaan orang Mesir purba menakluk tanah-tanah jajahan disebabkan oleh pasukan tentera laut yang kuat. Pasukan tentera mengiringi konvoi perdagangan untuk mempertahankan konvoi daripada serangan musuh. Ini menyebabkan kurangnya ancaman kepada empayar Mesir. Untuk membolehkan kawasan-kawasan yang jauh dari pusat pemerintahan selamat daripada ancaman musuh. Menimba Ilmu Pengetahuan :

Orang Mesir purba juga menjalankan penjelajahan dan penerokaan untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pelayaran

Orang Mesir purba mempelajarii pelbagai kemahiran dalam bidang pelayaran daripada bangsa Phonesia seperti : Mereka mempunyai kemahiran membina kapal-kapal besar yang dikenali sebagai kapal Babylos daripada kayu cedar. Kapal-kapal ini dibina dengan menggunakan teknologi tinggi dan mampu belayar di lautan luas. Orang Mesir juga berusaha untuk menguasai pengetahuan dalam bidang geografi, hidrologi dan meteorlogi. Memenuhi Aspirasi Pemerintah :

Aktiviti penjelajahan dan penerokaan juga dilakukan untuk memenuhi aspirasi pemerintah Mesir purba. Pemerintah Mesir purba memberi dorongan dan menaungi kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Ratu Hatshepsut menggalakkan pelayar Mesir purba melakukan ekspedisi penerokaan ke seberang laut. Firaun Snefru mengetuai ekspedisi perdagangan yang terdiri daripada 40 buah kapal dari Byblos ke Phonesia pada tahun 3200 SM. Hannu mengetuai ekspedisi yang dinaungi oleh Firaun pada tahun 1750 SM dari Coptos ke Seba. Firaun Necho melancarkan ekspedisi mengelilingi benua Afrika dengan bantuan pelayar dari Phonesia. Semangat Ingin Tahu :

Aktiviti penjelajahan dan penerokaan didorong oleh minat untuk mendapat maklumat tentang alam persekitaran. Mereka berminat untuk mendapatkan ilmu mengenai keadaan geografi dan sumber ekologi menerusi pemerhatian terhadap alam sekitar. Firaun Necho mengupah pelayar Phonesia untuk menjalankan ekspedisi bagi menentukan saiz kerajaan Mesir purba. Keperluan Agama :

Bagi mendapat bahan-bahan untuk upacara keagamaan , contohnya Ratu Hatshepsut telah menghantar ekspedisi ke Punt Somalia, untuk mendapatkan barang-barang seperti dammar, dupa, minyak wangi dan lain-lain yang digunakan dalam upacara keagamaan dan persolekan. Orang Mesir melakukan penjelajahan dan penerokaan tidak didorong oleh untuk menyebarkan agama. Kesimpulan :

Tamadun Mesir purba merupakan antara tamadun yang paling awal memulakan tradisi penerokaan dan penjelajahan. Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Mesir purba meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
Bandingkan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam dan Tamadun Barat. A. Pengenalan Definisi penjelajahan dan penerokaan. 1. Menurut Kamus Dewan penjelajahan ialah perihal menjelajahi, mengelilingi atau berjalan ke merata tempat untuk menyelidiki . Manakala penerokaan ialah perihal perbuatan meneroka dan menerokai.

2. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun Islam 3. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun barat B. Isi-isi penting Tujuan penjelajahan dan penerokaan Islam dan Barat (5isi x 4M=20M) 1. Penyebaran Agama Para pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Saad b Abi Waqas telah berdakwah di China. Selain itu, Syeikh Abdul Aziz dan Maulana Malik Ibrahim dihantar ke alam Melayu. Muaz b Jabal pula dihantar ke Yaman untuk berdakwah di sana. Pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Umat Islam telah menjelajah hingga ke Parsi, Rom, dan China untuk menyebarkan Islam. Begitu juga orang Eropah dalam Tamadun Barat menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian. Orang Kristian dan Islam bermusuhan sejak perang salib. Oleh itu, orang Kristian berhasrat untuk menghapuskan pengaruh Islam dan menggantikannya dengan agama Kristian. Caranya ialah mereka menguasai jalan perdagangan dan menghapuskan monopoli perdagangan yang dikuasai oleh orang Islam di Eropah dan Asia. Idea penjelajahan juga disokong oleh pihak gereja dan raja-raja Eropah. Oleh itu,agama kristian cuba disebarkan ke seluruh dunia menyebabkan mereka gemar menjelajah ke benua Afrika dan Asia. 2. Meningkatkan Ilmu Pengetahuan Bidang geografi dan pelayaran telah diteroka oleh umat Islam. Selepas wilayah Islam berkembang luas, pengetahuan umat Islam semakin bertambah tentang kedudukan sebuah negara dan bumi. Para intelektual slam mempelajari pelbagai ilmu seperti astronomi, geografi,perubatan daripada peradaban-peradaban lain. Begitu juga dalam tamadun barat melakukan penerokaan dan penjelajahan bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan. Melalui perkembangan teknologi perkapalan orang Eropah telah membina kapal-kapal laut yang kukuh. Di samping itu bidang geografi juga menggalakkan penjelajahan. Perkembangan dalam bidang pelayaran turut disebabkan oleh kesedaran orang Eropah tentang konsep bumi bulat dan boleh dijelajah dengan selamat. Oleh itu, ilmu penting sebagai faktor penggalak penerokaan dan penjelajahan barat. 3. Kegiatan Perdagangan Pedagang-pedagang Arab dihantar ke negara luar untuk mendapatkan makanan, kuda, kayu, logam, dan hamba.Pedagang Arab berdagang di Khanfou, China pada abad ke-2 H, Asia Tenggara abad ke-10M, India Abad ke-3 dan ke-4, Yaman, Habsyah, Mesir, dan Asia Timur. Begitu juga dengan Tamadun Barat, mereka datang ke timur untuk mendapatkan keperluan barangan seperti rempah, sutera, dan lain-lain. Faktor ini dapat memecahkan monopoli dan penguasaan pelabuhan- pelabuhan Itali terhadap barangan timur. Penemuan jalan laut mempercepat proses perdagangan antara barat dan timur. 4. Perluasan kuasa dan Pengaruh. Pada zaman Umaiyah, Khalifah al Walid b Abd Malik Islam telah bertapak di China, India, Asia tengah, Utara Afrika dan Sepanyol. Pemerintah Islam berusaha memperkukuh politik Islam di seluruh Afrika Utara dari pantai Atlantik hingga Laut Merah.

Begitu juga dengan Tamadun Barat, perkembangan fahaman kapitalisme pada abad ke-16 dan 17 dan konsep merkantilisme membantu perkembangan perdagangan. Oleh itu, orang Eropah berusaha meneroka dan menjelajah benua Asia dan Afrika untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh mereka. Pengukuhan kuasa dan pengaruh ini meningkatkan penguasaan terhadap perdagangan di kawasan tersebut. 5. Memenuhi perasaan ingin tahu Dalam Tamadun Islam, perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka mendorong umat Islam melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan. Begitu juga Tamadun Barat, Zaman Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat Eropah. Mereka mula menumpukan terhadap falsafah dan pemikiran yang moden daripada pemikiran yang kuno 6. Membebaskan manusia dari cengkaman penjajahan dan kejahilan. Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan membebaskan manusia dari cengkaman penjajahan dan kejahilan. Sebaliknya, Tamadun Barat tidak mementingkan aspek ini. 7. Menambah keimanan dan ketaqwaan Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan memerhati ciptaan Allah dan menghadapi cabaran semasa pelayaran. Objektif ini dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Ilahi. Sebaliknya, Tamadun Barat lebih mengutamakan keseronokan dan kepuasan diri. 8. Mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan tamadun Islam. Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan tamadun Islam.Contohnya Insaf melihat peninggalan kaum Thamud dan Ad yang ingkar terhadap ajaran Allah. Sebaliknya Tamadun Barat tidak mempunyai tujuan ini. 9. Dorongan al-Quran Umat Islam melakukan penjelajahan dan penerokaan didorong oleh seruan al-Quran. Contohnya Firman Allah yang bertmaksud Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah swt. menciptakan manusia dari permulaannya, kemudian Allah swt. menjadikannya sekali lagi. Sebaliknya, Tamadun Barat didorong oleh golongan gereja dan raja. Terangkan faktor-faktor yang mendorong kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan Tamadun Islam.
Pengenalan (3 markah)

1. Definisi Penjelajahan

Bermaksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat @ daerah. 2. Definisi Penerokaan

Bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi. 3. Definisi Pelayaran

Bermaksud menjelajah menggunakan jalan laut 4. Tokoh-tokoh Pengembara Islam

Ibn Battutah, Ibn Hawqal, Al-Masudi, Ibn Majid


Isi : Faktor penjelajahan dan penerokaan Tamadun Islam 1. Mengagungkan serta Membesarkan Allah swt

Mengagungkan dan memperbesarkan Allah terhadap hamba-hambanya setelah memerhatikan segalaciptaan Allah swt dan proses pelaksanaannya.
2. Menambahkan Keimanan dan Ketaqwaan Terhadap Allah swt.

Objektif ini dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Ilahi.
3. Menambah Ilmu Pengetahuan

Dilakukan menerusi pemerhatian dan penelitian terhadap makhluk2 Allah swt serta kesan-kesan peninggalan masyarakat pada zaman lampau Orang Islam juga dapat mempelajari ilmu pengetahuan tamadun lain seperti India, Italy dan Andalus Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya intelektual Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan Parsi. Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India di pelajari dan mempengaruhi perkembangan intelektual Islam.
4. Dorongan Al-Quran

Dorongan al-Quran supaya umat Islam keluar melakukan pelayaran dan penerokaan. Firman Allah dalam:

Surah al- Jumuah ayat 9

Surah al- Mukmin ayat 82 Surah al- Haj ayat 46 Firman Allah yang bermaksud; katakanlah : Berjalanlah di muka bumi maka perhatilah bagaimana Allah swt menciptakan manusia dari permulaannya. Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi.
5. Mengambil Ikhtibar/ Pengajaran

Manusia boleh mengambil pengajaran yang berkaitan dengan kehidupan daripada peristiwa yang berlaku ke atas masyarakat terdahulu di samping peninggalan tamadun silam. 6. Memakmurkan alam dengan aktiviti ekonomi dan perdagangan Umat Islam juga dapat diperkenalkan kaedah perniagaan di dalam Islam yang berdasarkan konsep keadilan dan kejujuran Pada zaman khalifah al-Walid, para pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke negeri China. Pedagang Islam terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan perdangangn laut antara barat dan timur. Mereka juga berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari timur. 7. Menyebarkan Dakwah Islamiah Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman untuk kegiatan dakwah. Pada zaman khalifah Umar Al-Khattab, ramai pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan ajaran Islam. Antara pendakwah yang berjaya ialah;

Sheikh Abdul Aziz yang mengislamkan Melaka Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Aceh Maulana Ibrahim menyebarkan Islam ke Gerisik, Jawa. 8. Peningkatan Ilmu Pengetahuan ; Geografi & Pelayaran Disiplin Geografi telah diterokai oleh umat Islam melalui aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Tokoh-tokoh Islam seperti al-Masudi, al-Idrisi dan Ibn Hawqal merupakan ahli geografi dan pelayaran Arab yang berusaha meningkatkan ilmu geografi dan pelayaran.

Melalui ekspedisinya, al-Idrisi berjaya memperkemaskan rekod-rekod pelayaran dan membetulkan kesilapan yang direkodkan oleh penulis terdahulunya. Al-Masudi sepanjang pengembaraannya telah membuat pemerhatian terhadap perubahan angin monsun, iklim negara yang dilawati dan kedudukan laut serta sungai. 9. Memperkukuhkan Politik Islam Bagi memperkukuhkan politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemerintah Islam. Semasa pemerintahan zaman Bani Umayyah, khalifah Abdul Malik bin Marwan dan khalifah alWalid bin Abdul Malik telah meluaskan wilayah Islam. Seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara telah berjaya dikuasai oleh Islam. 10. Perasaan Ingin Tahu Perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka. Contoh : tokoh Al-Masudi, Ibn Hawqal dll. Perasaan ini menyebabkan mereka melakukan penjelajahan dan penerokaan ke kawasan lain. 11. Persaingan dan Cabaran Orang Islam berlumba-lumba dengan kuasa Barat seperti Portugal, Inggeris dan Sepanyol untuk mendapatkan bahan mentah yang diperlukan seperti rempah ratus di Timur. Hal ini mendorong mereka melakukan penerokaan dan penjelajahan. Kesimpulan 1. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas baru dalam proses perkembangan intelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi masyarakat Islam. 2. Penjelajahan dan pelayaran ini telah menyebabkan agama Islam turut tersebar di seluruh dunia

Anda mungkin juga menyukai