Anda di halaman 1dari 2

AMADUN DUNIA : TEMA 7 FAKTOR PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN KUASA BARAT Pengenalan Konsep penjelajahan merujuk kepada mengelilingi

atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah. Penerokaan pula bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi Bangsa Eropah mempunyai tradisi penerokaan sejak zaman Yunani iaitu sekitar abad ke-8 S.M lagi.Contohnya orang Crete, Mycenea dan Phonesia telah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan sekitar laut Mediteranean untuk tujuan ekonomi dan politik Kuasa-kuasa barat seperti Portugal dan Sepanyol mula menjelajah dan meneroka disebabkan beberapa faktor yang mendorong dan juga untuk mengatasi perubahan politik, ekonomi dan agama yang berlaku pada zaman tersebut. 1. Peranan pemerintah Pada zaman Yunani orang Phonesia melakukan ekspedisi mengelilingi Benua Afrika dengan bantuan raja Mesir iaitu Firaun Necho. Iskandar Zulkarnain telah memimpin ekspedisi ketenteraan dari Macedonia dan Mesir di barat hingga Hindu Kush dan Punjab di Timur. Beliau juga menaja ekspedisi-ekspedisi yang disertai oleh pakar dan penulis untuk merekod sumbersumber asli di kawasan takluknya Dorongan daripada pemerintah seperti Putera Hendry dan Raja John III dari Portugal dan Sepanyol membawa kepada kemajuan dalam

bidang sains dan teknologi pelayaran serta penubuhan Akademi Laut. Raja-raja negara bangsa juga memberi galakan kepada masyarakatnya untuk menjelajah dan meneroka. Tujuannya adalah untuk mengumpul kekayaan. Para pemerintahan juga memberi hadiah yang lumayan dan gelaran sebagai insentif kepada para peneroka 2. Maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar Orang Yunani melancarkan ekspedisi untuk meninjau keadaan persekitaran dan keadaan geografi sesuatu kawasan. Contohnya orang Phonesia telah melancarkan ekspedisi belayar mengelilingi pantai Afrika dengan tujuan mengetahui keluasan kerajaan Mesir. Sumber maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar diperoleh daripada orang Islam Arab pada zaman pertengahan awal. Catatan Marco Polo mengembara ke China dalam buku The Travels of Marco Polo dan perkhidmatan rahib John Monte Carvino di India, Parsi dan China telah mendorong penjelajahan orang-orang Eropah Maklumat yang diperoleh tentang India dan China telah menarik minat para penjelajah seperti Chistopher Colombus. 3. Penyebaran agama Kristian Golongan paderi Kristian dan raja-raja Eropah bercita-cita untuk mengembangkan agama kristian di dunia luar. Para mubaligh kristian dengan para saudagar ingin meneroka ke tempat-tempat baru iaitu Amerika, Asia dan Afrika. Contohnya Portugal

menakluki kerajaan Melayu Melaka dan salah satu faktornya ialah menyebarkan agama Kristian Selain dari itu orang-orang Sepanyol dan Portugal ingin merampas balik tanah mereka daripada penguasaan orang Islam. 4. Perkembangan Kapitalisme dan Merkantilisme Sistem ekonomi Kapitalisme mengalakkan kegiatan mengumpul modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan. Perkembangan ini telah mendorong kemunculan dasar ekonomi Merkantilisme di negara-negara bangsa yang menekankan dasar pengumpulan kekayaan menambah kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk tempatan Bagi mencapai matlamat tersebut raja-raja negara bangsa mengalakkan penjelajahan dan penerokaan. 5. Kemajuan Teknologi Pelayaran Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan Alat-alat seperti kompas magnetik dan astrolab dicipta untuk memudahkan pelayaran. Kompas digunakan untuk menentukan arah dan astrolab digunakan untuk menentukan longitude. Masyarakat Eropah mempunyai peta yang lengkap tentang benua Eropah dan Laut Mediterranean pada abad ke-15 masihi yang memudahkan lagi aktiviti pelayaran mereka. Dengan bantuan alat-alat pelayaran, kapalkapal yang kukuh dapat dibina untuk belajar ke lautan yang luas

6. Persaingan Negara-Negara Bangsa Negara-negara bangsa seperti Sepanyol, Perancis dan Portugal bersaing untuk meneroka kawasan-kawasan yang baru di benua Asia, Afrika dan Amerika Tujuan mereka adalah untuk memperoleh bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang mereka. Semakin luas kawasan yang terokai semakin tinggi sanjungan yang diberi di kalangan negaranegara Eropah 7. Pengaruh Renaisance Pada zaman Renaisance, cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah telah berubah. Mereka lebih mempraktikkan ciri-ciri Individualisme, Humanisme, Sekularisme, sifat kritikal dan rasioanalisme. Institusi gereja tidak lagi mengongkong pemikiran masyarakat Eropah pada zaman ini. Keadaan ini telah mendorong kebebasan pemikiran manusia dan mula mementingkan kemajuan sains dan teknologi yang mengalakkan masyarakat Eropah menjelajah dan meneroka kawasan-kawasan baru. Penutup Jelaslah bahawa faktor-faktor yang dibincangkan telah mendorong penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa besar di Eropah. Akibat daripada penerokaan kawasan-kawasan baru telah meninggalkan kesan kepada penduduk tempatan dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai