Anda di halaman 1dari 2

Jelaskan kepentingan ekskavasi dalam eksplorasi sumber-sumber yang berbentuk monumen dan artifak.

Ekskavasi merupakan kegiatan penggalian yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat


tentang sesuatu tinggalan zaman purbakala yang melibatkan kerja lapangan dan kerja makmal.
Ekskavasi sangat penting kerana hanya melalui proses ekskavasi, barulah pengkaji arkeologi dapat
menemui tinggalan artifak seperti alat batu, senjata besi dan tembikar, dan tinggalan monumen. Rekod-
rekod tidak bertulis seperti artifak dan monument merupakan sumber mustahak dalam kajian aktiviti
dan kebudayaan masyarakat silam.

Salah satu kepentingan ekskavasi dalam eksplorasi sumber artifak dan monument ialah dapat
mendedahkan kepada orang awam tentang kerja-kerja lapangan yang dilakukan oleh ahli arkeologi di
tapak kajian serta analisis terhadap artifak dan monumen yang ditemui. Selain itu, ekskavasi juga
berperanan mustahak untuk mengesah keaslian, ketulenan dan kesahihan sesuatu bahan bersejarah
seperti monumen dan artifak. Ekskavasi yang merupakan kegiatan cari gali bahan bersejarah
merangkumi kerja-kerja lapangan dan analisis terhadap artifak dan monument yang ditemui melalui
ekskavasi. Melalui ekskavasi, maklumat yang lebih tepat dan betul akan diperoleh berkenaan pengkajian
sesuatu bahan bersejarah sepeti artifak dan monumen dan selanjutnya membukti kebenaran sesuatu
isu atau peristiwa sejarah yang diperkatakan. Contohnya, ekskavasi yang menemui Orang Perak, iaitu
rangka manusia tertua yang pernah ditemukan di Malaysia telah membuktikan kewujudan manusia di
tanah Malaysia pada zaman Paleolitik.

Ekskavasi penting untuk mendapatkan data dan bukti yang paling maksimum dalam eksplorasi
sumber-sumber yang berbentuk monumen dan artifak. Ekskavasi moden hari ini sering menggunakan
pendekatan multidisiplin yang melibatkan kumpulan penyelidik dari pelbagai bidang seperti geologi,
botani, zoologi, kimia, dan sains perubatan. Selain itu, ekskavasi arkeologi juga memerlukan arkeologis
membuat pilihan dan keputusan tentang kaedah ekskavasi dan perekodan yang digunakan serta
persampelan, peralatan dan kepakaran yang diperlukan. Ketelitian proses ekskavasi ini membolehkan
ahli arkeologi mendapatkan data yang maksimum dalam kajian aktiviti dan kebudayaan masyarakat
silam.

Ekskavasi juga berkedudukan penting dalam usaha memulihara artifak dan monumen yang
ditemui di tapak ekskavasi. Melalui ekskavasi, artifak dan monumen ditemui, dianalisis, dikaji dan
akhirnya dipulihara di dalam muzium atau tapak ekskavasi. Ekskavasi dapat menyelamatkan bahan
artifak dan monumen daripada dimusnahkan oleh pihak lain. Contohnya, penyelidikan dan eskavasi
penyelamatan di tapak pembinaan tiang kerja gergasi Bukit St. Paul, Banda Hilir Melaka yang bertujuan
untuk menilai tapak dari segi potensi arkeologi sebelum cadangan pembangunan dilaksanakan bagi
merancang pelan strategik seterusnya berdasarkan kepada hasil kajian. Eskavasi penyelamatan ini telah
menyelamatkan artifak seperti pecahan tembikar tanah, pecahan porselin Cina biru &
putih, stoneware, duit syiling China, batang paip pengisap rokok Belanda dan sebagainya.

Kesimpulannya, melalui kajian ekskavasi, kebenaran terhadap sesuatu isu atau peristiwa sejarah
boleh dibuktikan kerana maklumat yang tepat dan bahan bersejarah akan diperoleh. Dalam hal ini, guru
Sejarah sewajarnya mengaturkan lawatan ke tapak-tapak bersejarah untuk membolehkan murid-murid
mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang monumen dan artifak yang bertindak sebagai sumber
rujukan dalam pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai