Anda di halaman 1dari 3

Minggu Praktikum :3

Tarikh : 4 Julai 2019


Tajuk Jurnal : Murid Tidak Dapat Memberikan Perkongsian Tentang Pengalaman
Individu Berdasarkan Tajuk Yang Diberikan.

1. ISU YANG DIFOKUSKAN:

Semasa saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tentang kemahiran bertutur
di kelas Tahun 4m, hanya sesetengah murid dapat berkongsi pengalaman mereka dengan
rakan sebelah dan hanya beberapa murid yang aktif untuk berkongsi pengalaman mereka di
depan kelas.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):


Punca murid tidak dapat bertutur pengalaman mereka dalam kelas bukan sebab tajuk yang
diberikan tidak sesuai kerana tajuk yang diberikan ialah sebuah penyalahfahaman antara
rakan ataupun orang lain. Tajuk ini bersesuaian dengan tahap kognitif murid Tahun 4 dan
saya berpendapat biasanya manusia adanya bersalah faham dengan orang lain terutamanya
murid sekolah rendah yang masih kecil. Saya berpendapat bahawa punca utama isu ini ialah
murid tidak cukup masa untuk mengimbas kembali pengalaman mereka. Kesannya, terdapat
beberapa murid menyatakan mereka tidak pernah bersalah faham dengan orang lain. Selain
itu, saya berpandangan rangsangan luaran tidak mencukupi untuk membimbing murid
mengimbas kembali pengalaman mereka sendiri. Saya hanya menceritakan satu cerita
tentang seorang murid perempuan bersalah faham bahawa rakannya mencuri penselnya.
Kesannya, terdapat banyak murid mencontohi cerita ini sebagai pengalaman mereka sendiri
dalam penulisan buku latihan.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS):

Menurut Jean Piaget (1896- 1980), bagi mengajar kanak-kanak peringkat operasi konkrit iaitu
tujuh hingga sebelas tahun, teruskan penggunaan bahan yang konkrit terutama untuk
mempelajari kemahiran yang baru. Bahan-bahan konkrit ini mestilah mempunyai ciri-ciri yang
boleh menarik perhatian kanak-kanak. Penggunaan bahan-bahan yang ada di persekitaran
kanak-kanak juga boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan pengetahuan sedia
ada mereka.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:

Selepas membuat refleksi, saya sedar akan masa yang diberikan untuk murid berfikir tidak
mencukupi, tambahan pula persekitaran kelas tidak sunyi, kemungkinan ini murid tidak dapat
berfikir pengalaman mereka sendiri. Saya berpendapat masa yang diberikan berfikir sebelum
murid bertutur boleh dipanjangkan. Guru juga harus memberikan beberapa contoh tentang
tajuk tersebut dengan membentangkan gambar dan media lain yang dapat menarik perhatian
murid ataupun berkongsi pengalaman guru sendiri.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN:


2 minggu.

6. TINDAKAN SUSULAN:
Bagi kelas kemahiran bertutur pada minggu depan, saya akan pesan murid untuk berfikir
tentang konteks bertutur sebelum hari PdPC. Kemungkinan murid dapat mengimbas kembali
pengalaman mereka dalam rumah dan berkongsinya dengan lebih lancar dalam kelas. Selain
itu, saya juga akan menunjukkan pelbagai media yang menarik tentang tajuk tersebut untuk
merangsang pemikiran mereka. Saya juga menyediakan pengalaman sendiri untuk berkongsi
sebagai teladan kepada murid tentang cara bertutur ayat yang lengkap dan lancar.

7. TARIKH SUSULAN:
3 JULAI 2019

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN:


Saya telah memberi pesanan kepada murid untuk memerhati alam sekitar dan sekeliling
sebab tema kelas kemahiran bertutur pada kelas akan datang ialah penemuan baharu dalam
kehidupan. Terdapat segolongan murid bersedia untuk berkongsi pengalaman mereka. Saya
juga berkongsi pengalaman saya kepada murid dan ini berjaya menarik minat murid untuk
berkongsi pengalaman mereka. Sebelum memberi masa untuk murid berkongsi pengalaman,
saya memberi bimbingan kepada murid tentang empat bidang penemuan yang boleh
difikirkan oleh mereka iaitu melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat, mendengar sesuatu
lagu yang baharu, rasa sesuatu makanan yang baharu dan mengetahui sesuatu yang baharu
tentang seseorang. Saya juga mempersembahkan gambar dan memberikan contoh bagi
empat aspek ini. Kesannya, murid dapat berkait empat bidang ini dengan pengalaman
mereka dan saya menemui sebahagian besar murid dapat berkongsi pengalaman mereka
sendiri dengan rakan sekumpulan. Sesetengah murid aktif mengangkat tangan untuk
berkongsi pengalaman mereka di depan kelas.

9. KESIMPULAN/ REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA):


Masa yang cukup untuk murid berfikir dan berkongsi pengalaman mereka sendiri sangat
penting kerana termasuklah guru sendiri juga memerlukan masa untuk bersedia. Saya bersa
puas hati dan gembira kerana ramai murid saya menjadi lebih aktif untuk bertutur dalam kelas.
Saya juga menyedari bimbingan yang bersesuaian perlu diberikan supaya murid mempunyai
fikiran idea tentang konteks yang ingin berkongsi. Namun begitu, jangan guru selalu memberi
contoh kerana ini akan menyebabkan murid malas untuk berfikir dan seterusnya meniru
contoh guru.

Anda mungkin juga menyukai