- Mengikut pandangan Bapa Sejarah, Sejarah merupakan satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seorang tokoh, masyarakat dan juga peradaban. Sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan smanusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.
(2) ARISTOTLE (384SM - 7 MAC 322SM)
- Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.
(3) IBNU KHALDUN (1332 - 1395)
- Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. Ia juga menceritakan dan mengupas perihal kehidupan manusia bermula zaman primitif hingga kehidupan di bandar.
(4) W.H.WALSH (1823 - 1888)
- Sejarah menitikberatkan kepada pencatatan yang memilih bagi umat manusia. Catatan tersebut dapat meliputi berbagai jenis tindakan serta pengalaman umat manusia pada masa lampau dengan pelbagai perkara penting sehingga menjadi sebuah cerita yang bererti.
(5) SYED NAQUIB AL-ATTAS (1931)
- Menurut beliau, pengertian sejarah yang dapat disimpulkan secara menyeluruh daripada karya-karyanya ialah suatu ilmu yang menerangkan tentang keadaan atau peristiwa masa lalu khususnya mengenai pencapaian sesebuah tamadun dan kebudayaan bangsanya, dan mempunyai disiplin kajian yang tersendiri yang perlu dipatuhi agar kebenaran yang ingin dikemukan dapat dicapai. (6) R.G. COLLINGWOOD (1889 - 1943) - Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau.
(7) MOHD YUSOF IBRAHIM (1871 - 1955)
- Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa yang lalu. Ia juga mengkaji tentang ilmu dan disiplin sejarah.
(8) MUHAMMAD YAMIN (1903 - 1962)
- Sejarah menurut Muhammad Yamin adalah kajian ilmu pengetahuan yang disusun berdasarkan hasil dari sebuah penelitian. Di mana kejadian di masa lampau dibuktikan secara nyata dengan adanya bukti-bukti yang konkrit.
(9) E.H. CARR (1892 - 1982)
- Sejarah merupakan satu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. Ia juga merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta yang ditulis oleh sejarawan.
(10) KHOO KAY KIM (1937 - 2019)
- Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang.
(11) Alif Yusri ( 2002)
- Pengertian sejarah menurut saya Secara menyeluruh sangat perlu diketahui, dengan tujuan dapat memahami asal mula dari beberapa pengetahuan mendasar baik umum maupun khusus. Sejarah merupakan dasar, pondasi, ataupun tiang dari berbagai hal yang menunjang segala penjuru pengetahuan.