Anda di halaman 1dari 33

1

1.0 PENGENALAN
Awal abad 20 menyaksikan satu era penting buat Jepun. Negara yang berada di timur jauh ini
mengorak langkah ke arah kemajuan, pada masa sama China yang dikenali sebagai Middle
Kingdom pula semakin dihimpit kesulitan pentadbiran. Pemodenan yang dilakukan pemerintah
seperti Maharaja Meiji menaikkan lagi semangat penduduk dari segenap lapisan untuk
menjadikan Jepun sebagai sebuah negara hebat. Pada tempoh itu, negara matahari terbit
menghadapi kekangan dalam memperluaskan kuasa lantaran Rusia cuba memainkan peranan
mengaut keuntungan di Timur Jauh. Manchuria dan Korea merupakan dua kawasan penting yang
diminati Jepun dan Rusia. Pada tahun 1891, pembinaan projek kereta api Trans-Siberia
dilancarkan Rusia. Projek tersebut yang dibina di Manchuria mampu menjimatkan perbelanjaan
kerana menyingkatkan tempoh perjalanan. Antara tahun 1897 hingga 1903 pula satu lagi
landasan dibina Rusia yang dinamakan Landasan China-Timur yang mampu memendekkan lagi
perjalanan.
1
Hal tersebut sebenarnya adalah salah satu cara Rusia mengukuhkan kuasanya dalam
aspek perdagangan di sekitar wilayah itu
Pengawalan ekonomi yang dibuat Rusia ke atas Manchuria membimbangkan Jepun.
Maka, pengintip diupah bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan rancangan Rusia. Pajakan
yang diberi China kepada Rusia di kawasan selatan Semenanjung Liaotung menyebabkan Jepun
semakin tidak berpuas hati kerana Rusia akan mengaut hasil ekonomi di wilayah yang turut
diminati Jepun seperti Port Arthur. Maka atas, sebab-sebab tersebut Jepun melancarkan perang
terlebih dahulu kepada Rusia kerana degil mengeluarkan tenteranya dari wilayah itu pada 1904.
Dendam Jepun terbalas untuk merampas kembali kawasan yang pada dahulunya diberikan China
kepada mereka untuk bebas melakukan kegiatan ekonomi. Perang Rusia-Jepun merupakan
tumpuan dunia ketika itu, apatah lagi ia merupakan konflik pertama pergelutan abad ke 20 oleh
kuasa ketenteraan yang sama-sama kuat dan berhempas pulas menggunakan senjata mahupun
teknologi baharu supaya dapat menonjolkan kekuatan kedua-dua buah negara. Penulisan ilmiah
ini akan menekankan latar belakang faktor di sebalik peperangan dan kesan yang diterima Jepun
hasil pertembungan yang akhirnya memberi kejayaan kepada Jepun sekali gus menjadi sebuah
kuasa Asia Timur yang digeruni barat dalam bidang pertahanan dan ketenteraan.kuasa Asia

1
Geoffrey Jukes. (2002). The Russo-Japanese War 1904-1905. London: Osprey Publishing. Hlm 8
2

Timur yang digeruni barat dalam bidang pertahanan dan ketenteraan. Semangat dan tahap
nasionalisme dalam kalangan penduduk jepun yang terlampau, telah menjadikan Jepun sebagai
sebuah negara penakluk.
China merupakan mangsa pertama kerana yang menjadi negara taklukan Jepun. Sejak
kejayaanya mengalahkan China dalam tahun 1894 sehingga 1895, Jepun mula menonjolkan
dirinya sebagai satu kuasa terunggul di sebelah Timur. Dan selepas kejayaan ketika Perang
China-Jepun, meletus pula Perang Rusia-Jepun pada 1904-1905 yang juga telah memihak kepada
Jepun. Jepun juga telah merampas Korea pada tahun 1910, campur tangan di Siberia pada 1917
dan pada tahun yang sama tanpa menghiraukan kedaulatan negeri China, Jepun cuba menduduki
wilayah Shantung, menakluki Manchuria pada 1931, menceroboh China pada 1937 dan akhirnya
dengan perasaan angkuh, mereka telah memulakan Perang Pasifik pada tahun 1941.
2
Tambahan
pula, pendapat bahawa Jepun merupakan kuasa Asia pertama yang menewaskan kuasa Barat
turut disokong oleh Yoshihisa Tak Matsusaka yang menyatakan bahawa selepas kemenangan
Jepun telah menyebabkan semangat pemerintah Jepun semakin meningkat untuk meluaskan
kuasa dan menyebabkan persepsi pihak Barat terhadap Jepun yang mengatakan Jepun sebuah
negara yang kuat dan tidak dapat ditandingi. Selain itu, Jon Livingston, Joe Moore dan Felicia
Oldfather turut menyokong bahawa Jepun menjadi sebuah negara yang kuat selepas dapat
menewaskan Rusia dan kejayaan Jepun tersebut menjadikannya sebagai hero baru dalam kuasa
dunia yang tidak dapat dinafikan lagi oleh kuasa-kuasa besar yang lain. Tambahan pula,
pendapat ini turut disokong oleh W. G. Beasley yang menyatakan bahawa kekalahan Rusia telah
menyebabkan Jepun menjadi sebuah kuasa Asia yang kuat dan tidak dapat ditandingi.
Justeru itu, kemenangan Jepun yang dapat menewakan kusa Barat iaitu Rusia
membolehkan Jepun semakin disanjungi oleh kuasa-kuasa Barat yang lain. Perkara ini jelas
dapat dilihat apabila tercetusnya peperangan antara Rusia dan Jepun. Oleh itu, terdapat beberpa
faktor yang membawa kepada peperangan tersebut dan menyebabkan berlakunya kekalahan
Rusia ke atas Jepun serta menyebabkan beberapa kesan terhadap Jepun itu sendiri dan juga pihak
Rusia.


2
Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing
Sdn.Bhd.hlm.152
3


2.0 FAKTOR PERANG RUSIA- JEPUN 1904
Tiada satu sebab yang boleh dianggap sepenuhnya sebagai punca Perang Rusia-Jepun
1904. Peperangan ini boleh dianggap berlaku sejak awal tahun 1875 lagi, dan perang yang
sebenar hanya tercetus pada tahun 1904. Terdapat banyak faktor yang membawa kepada Perang
Rusia Jepun sama ada dari segi dalaman Jepun sendiri mahupun faktor luar yang mencetuskan
peperangan ini.

2.1 Perkembangan Ketenteraan Jepun
Kejayaan Jepun dalam Perang Rusia- Jepun tidak dapat dinafikan lagi didorong oleh
kejayaan Jepun dalam memperkuatkan ketenteraannya. Bermula dari kejayaan pemulihan kuasa
Meiji, meletusnya perang dengan China 1895 yang menandakan tamatnya Zaman Pemulihan
Jepun serta permulaan zaman baharu bagi Jepun
3
. Perkembangnnya berterusan sehinggalah
kepada perluasan kuasa Jepun ke benua Asia dari tahun 1895 sehingga 1945. Menurut Edwin. O.
Reischauer, zaman 45 tahun pemerintahan Meiji hakikatnya adalah merupakan zaman Jepun
belajar, meminjam, dan secara beransur-ansur mengasimilasikan unsur unsur tamadun Barat
4
.
Zaman pemerintahan Meiji yang penuh dengan kegemilangan tersebut digelar sebagai Zaman
Victoria Jepun.
Sejak itu, golongan tentera telah mendominasi senario politik Jepun. Mereka bertindak
melakukan pencerobohan keatas Manchuria China, yang akhirnya mengheret Jepun ke kancah
Perang Dunia Kedua. Jepun adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai tradisi
ketenteraan yang sangat kuat sehinggakan terdapat juga karya yang mencatatkan bahawa tidak
ada negara lain yang dapat menandingi Jepun dimana anggota tentera mereka disambut dengan
sanjungan yang cukup tinggi. Lantaran daripada itu dapat dilihat bahawa kerajaan baharu Jepun
dibawah kuasa Meiji
5
sangat memberi keutamaan dalam perkembangan tentera darat dan lautnya

3
Joginder Singh Jessy (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 165
4
Maswari Rosdi.(1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd.
Hlm. 196
5
Joginder Singh Jessy (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 165
4

yang bakal mengubah keseluruhan perkembangan negara Jepun kelak. Lantaran itu, kerajaan
Jepun memberikan keutamaan terhadap pembangunan tentera darat dan lautnya.


2.2 Kedatangan Barat Ke Jepun
Awal kurun ke-19, ramai pegawai Amerika dan Eropah yang berulang ke Jepun
menghantar angkatan tentera bagi mempengaruhi Jepun membuka pelabuhannya kepada kapal-
kapal asing namun tidak diperdulikan Edo. Kehadiran orang Eropah yang semakin meningkat
terutamanya selepas kekalahan China dalam Perang Candu mendorong segelintir pelajar yang
berpendididikan ketenteraan barat menggesa kerajaan Jepun meningkatkan sistem
pertahanannya melalui persenjataan dan organisasi Barat. Hanya sekitar tahun 1841 sahaja idea
tersebut dipertimbangkan kembali.
Terdapat juga dalam kalangan mereka yang belajar di Eropah menganjurkan pembukaan
Jepun namun ditentang keras penduduk Jepun. Lantaran itu, Amerika telah bertindak menghantar
angkatan lautnya yang besar memasuki perairan Teluk Jepun dibawah pimpinan Komander
Matthew C. Perry pada Julai 1853
6
bagi menyampaikan surat Presiden Amerika menuntut
pembukaan pelabuhan Jepun. Angkatan Perry kembali semula pada Februari 1854, dan dengan
gertakan daripada meriam kapal-kapal Amerika, Tokugawa terpaksa membuka dua buah
pelabuhannya kepada Amerika
7
. Dengan pembukaan pintu Jepun, dalam masa dua tahun, Edo
terpaksa menandatangani perjanjian membuka pintunya kepada England, Rusia dan Belanda.
Kini Jepun sudah terbuka luas kepada dunia luar dan jelas bakal menerima sistem ketenteraan
Barat serta perkembangan sains dan teknologi mereka.
2.3 Pengorganisasian Tentera
Jepun tahu bahawa untuk muncul sebagai kuasa yang kuat di Rantau Asia, mereka
memerlukan permodenan dan perubahan pertama yang dilakukan adalah pengorganisasian
tentera. Maka timbul keinginan mencipta Jepun moden dengan membangunkan kuasa tentera

6
Joginder Singh Jessy.(1981) Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 169
7
Ibid. hlm.170
5

melalui pembaharuan dalam aspek ekonomi, sosial dan intelek. Organisasi ketenteraan adalah
merupakan pemula kepada peralihan kuasa Tokugawa kepada Meiji melalui penyerapan
organisasi
8
bercorak Barat serta menggaji penasihat asing. Organisasi ketenteraan darat dan laut
lantas menjadi organisasi terbesar dalam masyarakat Jepun dan merangsang pembangunan
sistem-sistem yang lain. Pada 1850, Jepun berhadapan Barat tanpa adanya angkatan darat dan
laut yang kukuh. Pendekatan terbaik untuk menjadikan organisasi tentera sepenuh masa adalah
menggunakan unit samurai dalam tugas pengawalan dan polis.
Ketua Turus Angkatan Tentera yang dahulunya terletak di tangan Menteri Awam telah
dijadikan sebagai badan bebas sekitar tahun 1878. Tiga tahun kemudiannya, setelah lama
menggunakan penasihat orang Perancis dan tambahan kekalahan Perancis di Tangan Prussia,
kerajaan Jepun telah menggantikan mereka dengan penasihat Jerman. Hal ini demikian kerana
orang-orang Jerman telah membuktikan bahawa mereka lebih handal dari orang Perancis ketika
Perang Franco-Prusia
9
di Eropah.
Sejak Jepun menghapuskan dasar Isolasi, perhubungannya dengan kuasa-kuasa Barat
adalah lebih kukuh berbanding sebelumnya. Orang-orang Jepun sentiasa mengawasi
perkembangan- perkembangan dalam bidang sains moden dan teknologi yang dibangunkan oleh
orang-orang Eropah pada ketika itu. Selepas 1868, ramai juruteknik luar yang muncul terdiri
daripada orang Inggeris Britain, Amerika, Perancis, Jerman dan Belanda
10
. Mereka digaji oleh
Jepun sebagai nakhoda, jurutera keretapi dan kapal laut, penasihat keewangan dan undang-
undang, pakar pertanian, guru-guru universiti dan sekolah serta model pelatih tentera darat dan
laut. Menjelang tahun 1875, terdapat sekitar 600 penasihat asing dan jumlah mereka mencecah
3000 orang pada 1890. Semua penasihat diletakkan di bawah pegawai Jepun dan perkhidmatan
mereka bakal ditamatkan setelah Jepun yakin boleh melakukan kerja berkenaan tanpa mereka
lagi.
.
2.4 Penubuhan Akademi Ketenteraan

8
Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 203.
9
Ibid.hlm.204
10
Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun . Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 167
6

Kejayaan Jepun dalam perang Russia Jepun juga dibantu oleh Dasar reformasi 1867 yang
dibentuk telah mendorong pembukaan akademi latihan bagi tentera di Edo yang dianggotai oleh
pegawai tentera Perancis. Bakufu juga menggunakan nasihat teknikal dari Perancis dalam
pembinaan foundari besi dan limbungan kapal. Ramai pelatih Perancis dilahirkan daripada
institut latihan ketenteraan yang ditubuhkan di Edo itu. Beberapa domain pula telah meneruskan
pengimportan senjata, sebagai contohnya pengimportan beberapa ribu senapang jarum dari
Jerman pada 1870 yang diiringi oleh pegawai Jerman bagi mengajar cara penggunanya.
Kebanyakkan sekolah utama juga diperluaskan untuk mempelajari ketenteraan Barat. Sebagai
orang baharu, satu penyelarasan dan kawalan telah ditubuhkan termasuk kakitangan Am, jemaah
nazir untuk menyelia dan menyeragamkan pendidikan dan latihan tentera seperti yang
dilaporkan seperti Staf Jeneral terus kepada Maharaja
11
. Model-model utama untuk perubahan ini
telah diambil dari Jerman. Tentera Perancis menekankan peranan sekolah tentera, kepentingan
semangat dan nasionalisme.
Pada 1870, penentuan beberapa buah sekolah bagi melatih tentera darat dan laut dibuat
berasaskan nasihat tentera asing namun bersandar sepenuhnya kepada pengetahuan dan
pengalaman daripada pelajar senior yang lebih awal atau mereka yang baharu pulang dari belajar
di luar negara. Sekolah latihan tentera dibawah rejim baru yang pertama ditubuhkan di Kyoto
pada 1868 dengan kokurikulumnya adalah berorientasikan kajian Barat namun ianya
dikendalikan oleh pihak Jepun. Menjelang 1871, kerajaan Meiji memutuskan mengembalikan
dasar lamanya dan membawa seramai 16 pegawai Perancis ke Jepun pada 1872. Perancis akan
menyediakan kakitangan teras kelas pertama di Akademi tentera (Shikan Gakko). Sekolah
tentera laut Meiji pertama ditubuhkan pada 1869 di Yokohama dan Jepun telah mengupah tenaga
pengajar dari British. Kurang daripada separuh dari 450 000 samurai yang menganggur telah
dimasukkan kedalam angkatan tentera yang baharu dan tentera laut berasaskan model barat.
Bilangan mereka melebihi kekuatan tentera sebenar yang dikuasai oleh jepun
12
.
2.5 Sistem Kerahan
Pertambahan jumlah tentera serta semangat tentera yang kuat hasil daripada pelaksanaan
sistem keras mendorong kejayaan Jepun dalam perang mereka. Pengumuman yang dibuat lewat

11
Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun . Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 167
12
Ibid.hlm.168
7

1872 dan Perintah Kerahan 1873 telah diktiraf Tentera darat dan laut secara berterusan menerima
sukarelawan samurai. Bilangan penduduk yang dikerahkan pula adalah sedikit sahaja sekitar 3
peratus daripada kesesuaian umur lelaki untuk berkhidmat dalam tentera pada 1870. Dalam
perintah pengerahan tersebut, terdapat pengecualian bagi perkhidmatan iaitu seseorang lelaki
yang menjadi ketua keluarga, orang yang mewarisi ladang dan perniagaan keluarga. Selepas
pengembalian, kerajaan telah mengambil langkah-langkah permulaan ke arah pembentukan satu
angkatan tentera yang moden bagi menandakan komitmen kerajaan Jepun membina negara
bangsa moden mengikut model barat apabila peruntukan Undang-undang Kerahan yang pertama
telah diluluskan pada awal tahun 1872.
Melalui undang-undang ini, kerajaan mampu untuk memiliki satu kuasa angkatan tentera
tetap seramai 240 00 orang anggota yang kemudiannya terus meningkat hampir setengah juta
jumlahnya. Mengikut Yamagata, orang Jepun sama ada dari golongan tentera mahupun tidak,
berasal daripada darah yang sama dan apabila tertakluk dengan tata tertib tentera maka mereka
pasti tidak akan gagal menjadi askar-askar. Sebelum pengenalan undang-undang itu sendiri,
dapat dilihat disebabkan status samurai yang tinggi dan penting dalam masyarakat feudal Jepun
maka ianya agak sukar dihapuskan. Menyedarinya, Choshu
13
mencari jalan bagi melucutkan
taraf samurai dalam kasta hulubalang dengan memperkenalkan perkhidmatan tentera negara
yang seterusnya menjurus kepada Undang-Undang Kerahan.

Perlu diketahui juga, dalam proses pertama pembaharuan, Meiji bertindak pada mulanya
dengan menghapuskan penggunaan senjata-senjata kuno. Dengan ini juga, golongan samurai
yang selama ini mewarisi jawatan kepahlawanan secara turun temurun telah dihapuskan. Hal ini
termasuklah melarang rakyatnya daripada membawa senjata terutamanya pedang kecuali tentera
dan polis. Terdapat kira-kira setengah juta samurai semasa sistem feudal telah dihapuskan.
Golongan samurai ini seterusnya telah menceburkan diri mereka dalam kegiatan perdagangan
dan perindustrian baharu di Jepun
14
.
Terdapat cadangan diwujudkan Jabatan Hal Ehwal ketenteraan dan Pengerahan, 1872.
Hal ini kerana angkatan tentera diperlukan bagi mempertahankan negara mereka. Seorang

13
Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun . Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 168
14
Ibid.hlm.169
8

pemuda, apabila umurnya telah meningkat kepada 20 tahun, mereka akan dikerahkan untuk
bertugas dengan aktif selama tiga tahun yang dikenali sebagai Khidmat Wajib Tentera. Ini diikuti
pula selama empat tahun mereka terpaksa berkhidmat sebagai askar simpanan serta bersedia
untuk menunaikan kehendak- kehendak darurat sehingga mereka mencapai umur 30 tahun. Pada
tahun yang sama, kerajaan telah membubarkan Jabatan Hal Ehwal Tentera dan
mengabungkannya dengan Jabatan Perang dan Angkatan Laut. Badan Pemimpin Agung yang
berada di bawah Jabatan Perang telah dijadikan sebagi badan bebas pada tahun 1878 dan sebuah
akademi ketenteraan telah ditubuhkan pada 1882. Dibawah pimpinan pegawai-pegawai muda
yang berkebolehan seperti Yamagata dari Choshu
15
, satu pasukan tentera daripada kaum petani
telah dikerahkan dan dibentuk. Permulaanya ia menggunakan contoh tentera Perancis, dan
kemudiannya beralih kepada Jerman.
Jepun telah menghantar pemudanya yang terbaik ke segenap Eropah bagi mempelajari
setiap teknologi baharu seperti ke England bagi mempelajari tentang angkatan laut dan
perkapalan perdagangan, ke Jerman untuk mempelajari tentang tentera darat dan perubatan, ke
Perancis untuk undang-undang dan ke Amerika bagi mempelajai teknik perniagaan. Asasnya
sudah tentulah bertujuan untuk membina kekuatan tentera darat dan laut yang kuat yang
bermodelkan Barat. Bagi merealisasikannya, mereka memerlukan sokongan dari sistem politik
yang kukuh, rakyat yang sihat jasmani dan cekap teknik strategi serta satu rangkaian sistem
ekonomi yang kukuh dan maju dalam perusahan yang akhirnya akan membawa kepada matlamat
mereka.

2.6 Rusia Menduduki Pulau Sakhalin
Pada akhir abad ke-18 pihak Bakufu berasa amat gentar terhadap perluasan kuasa Rusia
ke Selatan apabila meluaskan daerahnya hingga ke Sakhalin dan mengugut Pulau Yedo
(Hokaido). Pada tahun 1875, apabila nasionalisme secara beransur-ansur berkembang di Jepun,
Rusia cuba untuk menduduki Pulau Sakhalin yang merupakan milik Jepun. Oleh kerana Jepun
tidak bersedia untuk berperang di peringkat ini, Rusia tidak pernah dilupakan oleh Jepun yang

15
Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun . Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 168
9

mahu mengambil peluang untuk pemulihan pada masa yang sesuai. Antara kepentingan Pulau
Sakhalin ialah menambahkan lagi pasaran bagi barangan keluaran Jepun.
2.7 Kepentingan Manchuria
Manchuria terletak di atas garisan lintang 39-53 30 Utara. Iklimnya sangat sejuk pada
musim dingin dan sangat panas pada musim panas. Kebanyakan kawasan tersebut mengeluarkan
hasil tanaman seperti kacang, sekoi, kaolin dan gandum. Pada asalnya, Rusia ingin memajukan
daerah Siberia Timor yang lebih mundur daripada Manchuria, namun oleh kerana Manchuria
mempunyai hasil kayu kayan dan galian seperti arang batu, besi dan emas menyebabkan Rusia
memilih Manchuria yang difikirkan dapat menjadi asas untuk pekan baru dan perusahaan Rusia
ingin mengembangkan ekonominya ke Manchuria.
Rusia perlu melanjutkan landasan kereta apinya ke Manchuria. Rusia membina landasan
keretapi Trans-Siberia di Manchuria. Projek kereta apiTrans-Siberia telah dilancarkan pada tahun
1981. Dari tahun 1891 hingga tahun 1916, Rusia membina landasan kereta api Trans-Siberian.
Sehingga landasan kereta api itu siap pada 1916, Rusia percaya landasan Trans-Manchuria dapat
menghubungkan Eropah dan Asia Rusia. Landasan kereta api dikenali sebagai Chinese Eastern
Railway (CER) yang mempunyai laluan sepanjang 1782 batu yang menghubungkan China
dengan Vladivostok dan kawasan selatan ke Port Arthur. Chinese Eastern Railways (CER) ini
mula beroperasi pada 1889. Perluasan Empayar Rusia merupakan faktor utama yang
menyebabkan Rusia ingin membina Chinese Eastern Railway. Rusia telah lama berminat di Asia
Timur sebagai nama yang dicadangkan iaitu Vladivostok yang merupakan pelabuhan yang
terpenting Rusia yang boleh diterjemahkan kepada Ruler of the East
16
.
Rusia memerlukan Manchuria untuk tujuan politik terutama dari aspek ketenteraan
17
. Hal
ini dapat dilihat yang mana Rusia sangat memerlukan Manchuria untuk mendapatkan pangkalan
tentera laut bagi menggantikan pelabuhan Vladivostok yang berada di Timur jauh. Rusia
berminat untuk mendapatkan sebuah pelabuhan yang tidak terpengaruh dengan cuaca iklim atau
pelabuhan yang tidak membeku pada musim sejuk (ice-free). Kuasa Eropah bersaing untuk
mendapatkan kepentingan yang sebanyak mungkin di Timur. Rusia dari segi geografi dan

16
W. Scott Morton (2006) Jepun : Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur : Universiti Malaya Hlm. 189
17
Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 205.
10

sejarahnya, tidak tercabar dengan kuasa-kuasa lain kerana telah meluaskan pengaruhnya di
Timur selama 500 tahun.
Perluasan kuasa ke Manchuria merupakan fasa yang terbaru dalam menjelajah di Asia
Timur. Kepentingan ekonomi merupakan faktor yang lain yang menyebabkan Rusia ingin
meluaskan pengaruhnya. Menteri Peperangan iaitu Jeneral Aleksei Nikolaevich Kuropatkin
menulis pada tahun 1900 bahawa apabila Rusia mempunyai kuasa landasan kereta api antara
Laut Baltik dan Lautan Pasifik dan apabila Rusia mendapatkan Bosporus di Lautan India dan
Lautan Pasifik, kemudian Rusia banyak sekali bekalan sumber semula jadi akan menyebabkan
semua kuasa dunia akan mengagumkan persaingan ekonomi. Tsar Nicholas II juga percaya
akan Russian East Asia akan dapat membiaya diri sendiri.
Keselamatan negara merupakan faktor ketiga dan merupakan faktor segera dari kaca
mata pemimpin Rusia. Dalam tempoh waktu dari Perang China-Jepun Pertama (1894-1895)
bersambung sehingga Perang Rusia-Jepun (1904-1905), landasan kereta api Rusia berkembang
di Asia Timur boleh dilihat sebagai dasar asingnya. Pembinaan landasan kereta api di Asia
Timur merupakan reaksi kepada keperluan keselamatan negara Rusia. Pada 1881, China
memaksa Rusia untuk berundur dari kawasan yang didudukinya sejak 1871 sehingga
penentangan besar-besaran China Muslim yang berada di Xinjiang (Sinkiang) dari tahun 1862
hingga tahun 1978. China cuba untuk menghentikan penentangan ini dan menduduki kawasan ini
yang merupakan kawasan Rusia. Oleh kerana masalah kewangan disebakan oleh Perang Rusia-
Turki (1877-1878), Rusia menghentikan Persetiaan Livadia 1879 dengan memberi wilayah ini,
untuk menandatangani Persetiaan St. Peterburg 1881
18
.
Manchuria pada dasarnya di perintah oleh China secara langsung. Bukan hanya Jepun
yang risau akan kemaraan Rusia ke atas Manchuria, namun kuasa-kuasa Barat yang lain seperti
Amerika Syarikat dan British juga bimbang akan perluasan kuasa Rusia di atas dasar-dasar dan
usaha yang dilakukan Rusia di Manchuria. Manchuria dilihat sebagai pembekal dan perhubungan
yang lebih baik kedudukannya di Siberia Timur. Manakala negara Jepun pula amat berminat

18
Maswadi Rosdi.(1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd.
Hlm. 166.
11

terhadap Manchuria yang kaya dengan sumber asli seperti arang batu dan besi
19
. Walaupun
iklimnya keterlaluan, tetapi kebanyakan dari kawasan itu banyak mengeluarkan hasil.

2.8 Campur Tangan Tiga Kuasa Iaitu Rusia, Perancis Dan Jerman, 1895
Pada 23 April 1895, Jerman, Rusia dan Perancis menuntut supaya kerajaan Jepun
membatalkan pemilikannya terhadap Semenanjung Lioutung dengan alasan keamanan di Timur
Jauh. Campur tangan tiga kuasa iaitu Rusia, Jerman dan Perancis mengenai Lioatung
menaikkan kemarahan Jepun. Oleh kerana menganggap China lemah lebih daripada yang
disangkakan menyebabkan campur tangan kuasa Perancis, Jerman dan Rusia yang kononnya
inginkan pembayaran pampasan untuk melindungi China menentang Jepun untuk mengambil
alih Jepun yang telah mendesak China namun telah ditolak oleh China. Kemenangan Jepun,
dalam peperangan dengan China pada tahun 1895
20
, menyebabkan Jepun menjadi kuasa yang
hebat dan agung di Asia. Oleh itu, Jepun dapat bertapak di China dengan mudah selepas China
kalah kepada Jepun dalam Perang China-Jepun. Namun begitu, Rusia dilihat kerap ingin
menguasai kawasan di China. Boleh dikatakan bahawa Rusia yang menimbulkan rasa cemas di
Jepun.
Sesetengah kawasan pelabuhan dibuka untuk syarikat asing. Wilayah sempadan bagi
Perancis dan Rusia di kawasan utara ke selatan serta Jerman di Shantung. Selain itu juga boleh
dilihat, Perancis dan Jerman kerap memberi bantuan kewangan kepada China yang dilihat seperti
ingin membantu China untuk memodenkan dan pembaharuan di China. Pada tahun 1895 hingga
tahun 1900 dikatakan mempunyai kata sepakat bagi kuasa-kuasa ini. Terdapat tiga ciri iaitu yang
pertama, perolehan kereta api istimewa dan konsesi perlombongan di wilayah China, kedua
kawasan pajakan termasuklah pusat operasi kapal laut yang mana kepentingan mereka dapat
dilindungi dan perjanjian dengan China akan memastikan kawasan mereka tidak dicerobohi
kuasa-kuasa lain. Kawasan di China seperti sudah tersusun untuk kuasa Barat bertapak seperti
kemasukan Perancis ke wilayah Yunnan, Kwangsi dan Kwangtung pada tahun 1895-1896,

19
Ibid.hlm.167
20
Joginder Singh Jessy (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 189
12

Jerman di Shantung pada tahun 1897-1898 manakala Rusia pula di Manchuria pada tarikh yang
berbeza di antara tahun 1896 hingga tahun 1898.



2.9 Rusia Berminat Ke Atas China
Pada tahun 1896, China telah menandatangani perjanjian sulit dengan Rusia yang
berkaitan dengan melindungi China dari kemaraan Jepun. China membayar pampasan kepada
Rusia untuk campur tangan dalam Perjanjian Shimonoseki bagi pihak China termasuk pajakan
bagi kawasan Port Athur dan Dairen yang bersebelahan dengan Semenanjung Shantung dan
Liaotung. Rusia menganggap tindakannya adalah kerana serangan dan ancaman Jepun ke arah
keamanan di China. Peranan Rusia lebih menonjol dalam keselamatan di China tetapi dengan
syarat menyediakan kestabilan di area tersebut. Fobia terhadap Rusia di kalangan orang Jepun
yang dikenali sebagai Russophobia berfokuskan kepada hubungan Sino-Rusia yang merujuk
kepada hubungan China dan Rusia
21
. Di Jepun, telah tersebar luas mengenai China telah menjadi
boneka kepada Rusia.
2.1.1 Rusia Ingin Menduduki Korea
Semasa Perang Sino-Japanese, Korea telah berada di bawah perlindungan tentera Jepun
melalui persetiaan yang ditandatangani di Seoul pada 26 Ogos 1894. Walaupun kemerdekaan
telah diakui melalui Perjanjian Shimonoseki, Jepun mendapat pengaruh dan perhatian yang
utama selepas peperangan. Pada tahun 1895, permaisuri Korea telah dibunuh dan dikatakan
kementerian Jepun menjadi dalang di sebalik kematiannya. Menurut Peter Duus, Miura
merupakan seorang yang fanatik dengan aktivis kepada Jepun mengambil inisiatif sendiri dengan
merancang pembunuhan Permaisuri Min yang di sangkakan merupakan orang yang menjadi
ketua kepada puak anti-Jepun.

21
Abdullah Zakaria Ghazali et.al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963.
13

Pada awal tahun 1896, tentera laut Rusia telah singgah di Chemulpo (Inchon) dan Raja
Korea telah berlindung di kementerian Rusia. Rusia sekarang menumpukan perhatian ke atas
Korea dan Rusia mendapat hak istimewa di China dan Korea. Hal ini secara tidak langsung
menyebabkan kemaraan Jepun kerana Jepun terasa terancam. Rusia dan Jepun berminat untuk
mendapatkan Korea. Dari segi kekuatan, Rusia mengatur secara terperinci protokol baru dengan
Jepun berkaitan dengan Semenanjung Korea
22
. Protokol ini memaksa Jepun untuk melepaskan
dominasi kepentingan politik dan ketenteraan ke atas Korea.
Perjanjian Nishi-Rosen yang ditandatangani pada 25 April 1989 adalah untuk meminta
Jepun dan Rusia sama-sama untuk menahan diri supaya tidak campur tangan dalam urusan
Korea dan berunding sesama sendiri sebelum melantik tentera atau penasihat kewangan,
termasuklah Rusia berjanji tidak akan menghalang pembangunan Jepun, pengaruh Jepun dan
kepentingan ekonomi di Rusia. Hal ini bermakna idea Inoue pada Julai 1895 untuk membentuk
pengaruh Jepun di Korea akhirnya dapat dijalankan. Hal ini dapat dilihat dalam perbankan,
Jepun akhirnya dapat menonjolkan dirinya dan mendapat kelebihan yang besar. Bank Shibusawa
Eiichis Dai Ichi mempunyai kepentingan dalam kewangan perdagangan Jepun dengan Korea
setelah membuka cawangan baru di Pusan pada tahun 1878
23
.
Kekurangan kekuatan dalam ketenteraan dan politik menyebabkan Jepun mengelakkan
diri dari sebarang konfrontasi dengan Rusia. Jepun menganggap protokol ini sebagai lampu
hijau bagi dirinya untuk terlibat dengan perkembangan komersial perniagaan di Korea. Pada
tahun 1900, perdagangan Jepun-Korea dan jumlah orang Jepun yang menetap di Korea semakin
meningkat. Jepun memperoleh hak dalam pembinaan landasan kereta api bagi landasan Seoul-
Inchon dan Seoul-Fusan. Konsortium bagi kepentingan perniagaan Jepun terjamin untuk
membina laluan kereta api yang menghubungkan Seoul dengan bandar utama iaitu Pusan dan
Inchon dan Kementerian Jepun berusaha untuk mengatur pinjaman-pinjaman dari bank Jepun
untuk melabur kewangan dalam kerajaan Korea.
Kepentingan landasan kereta api merupakan salah satu kepentingan Jepun di Korea. Hal
ini boleh dilihat dalam salah satu artikel di dalam majalah Tokyo iaitu Taiyo menyatakan bahawa

22
Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 205
23
W. Scott Morton (2006) Jepun : Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hlm. 190
14

pada Julai 1899, makna memperluas wilayah tanpa menggunakan askar-askar ialah polisi
landasan kereta api. Jepun telah mengambil alih konsesi landasan kereta api dari kerajaan Korea
bagi landasan Seoul-Pusan dan Seoul-Inchon (Chemulpo). Namun begitu, konsesi bagi Seoul-
Inchon telah diserahkan kepada Amerika. Oleh kerana kesukaran untuk membangunkan modal,
oleh itu kerajaan Jepun menjual kepentingannya pada tahun1897 kepada sindiket persendirian
Jepun yang diketuai oleh Shibusawa dalam empat Syarikat Zaibatsu
24
(Mitsui, Mitsubishi,
Yasuda dan Okura).
Dari segi strategik Korea menjadi sebuah pusat yang penting bagi pertahanan Jepun dan
juga menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Timur pada masa
hadapan. Pada tahun 1890, Yagamata Aritomo Perdana Menteri Jepun ketika itu memberi
pandangan beliau mengenai memorandum polisi luarnya bahawa ia merupakan prinsip asas yang
mana untuk mengekalkan kedaulatan Jepun, Korea diperlukan untuk melindung Pulau Jepun.
Jepun telah mendirikan banyak pengkalan tentera darat, laut dan udara serta telah membina
landasan-landasan keretapi dan jalan raya dengan tujuan memenuhi keperluan ketenteraannya.
Selain itu juga, Jepun dan Korea juga telah meletakkan askarnya dalam jumlah yang kecil di
beberapa bahagian Korea untuk tujuan ketenteraan. Dengan perjanjian tempatan antara Jepun
dan Korea pada tahun 1896
25
, Jepun mempunyai kepentingan untuk meletakkan askarnya dalam
jumlah yang kecil di Seoul, Pusan dan Wonsan agar dapat membentuk telegraf ketenteraan jika
ada-ada kecemasan dan maklumat yang ingin disampaikan.

2.1.2 Persetiaan Anglo-Japanese 1902
Pada tahun 1900, Jepun cuba mencari rakan sekutu untuk menguatkan kedudukannya di
Timur. Kemaraan Rusia di Timur menyebabkan Jepun mula terasa tergugat dan mula mencari
jalan bagaimana untuk menghalang kemaraan Rusia. Kemaraan Rusia di Timur menyebabkan
Perdana Menteri Jepun iaitu Taro Katsura yakin bahawa Rusia tidak akan berhenti untuk
menghuni Manchuria. Percaya kepada teori mendominasi domino theory di Timur, Taro

24
Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 209

25
Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 205
15

Katsura mengatakan bahawa Rusia akan dan pasti memperluaskan pengaruhnya ke Korea dan
tidak akan berhenti sehingga tiada ruang lagi untuk kita. Bagi Jepun, isu Korea berkaitan
dengan soal hidup dan mati. Oleh itu, Jepun memerlukan rakan sekutu bagi menguatkan dirinya.
British berminat untuk menguasai China adalah kerana faktor ekonomi untuk
mendapatkan keuntungan dan bukanlah untuk menguasai Korea. Oleh itu, bagi Jepun, Britain
adalah negara yang sesuai untuk dijadikan sekutu. Kekalahan China dalam Perang China-Jepun
1894-1895 telah mengakibatkan dua masalah kepada England yang mana ia mencabar
kedaulatan British di China dan membawa masalah kepada England untuk berhadapan dengan
masalah untuk menyelesaikan polisinya dalam proses pemecahan China
26
. British pula mula
bimbang akan kemaraan Rusia di China kerana kepentingan ekonominya. Ditambah pula
persetiaan di antara Perancis dan Rusia yang mana mereka akan bersatu untuk menentang Britain
jika berlaku apa-apa. Persetiaan antara Rusia dan Perancis juga membimbangkan Jepun jika
berlaku konflik ketenteraan antara Jepun dan Rusia. Oleh sebab kepentingan perdagangan British
di China, British risau akan pemecahan China dan kemaraan Rusia di Timur akan mengganggu
gugat kepentingan British. Oleh itu, Britain memerlukan sekutu untuk mengatasi masalah ini.
Persetiaan yang dipersetujui antara Jepun dengan kuasa Eropah ini membentuk keyakinan diri
dalam kalangan masyarakat Jepun
27
.
Persetiaan di antara Britain dan Jepun ditandatangani di London pada 30 Januari 1902,
yang diwakili oleh Hayashi untuk Jepun dan Lansdowne bagi Great Britain. Persetiaan Anglo-
Japanese 1902 dikatakan merupakan peristiwa romantik dalam sejarah dunia yang mana ia
merupakan kesatuan pertama di antara Timur dan Barat, pengesahan pertama Kesatuan Asia
berkebolehan memberikan bantuan kepada kuasa yang terkenal di Barat. Hal ini adalah kerana
tidak pernah ada kuasa di Asia yang bersekutu dengan Barat. Perkara yang penting dalam
persetiaan ini ialah yang pertama England dan Jepun akan membantu satu sama lain di dalam kes
peperangan dengan China dan Korea, kedua persetiaan ini mengakui kepentingan istimewa Great
Britain di China dan Jepun di Korea, bila-bila masa England dan Jepun merasakan kepentingan
mereka terancam dan ketiga kedua-dua negara ini akan berkomunikasi sepenuhnya dan secara
terus-terang.

26
Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 177

27
Ibid.hlm.178
16

Persetiaan ini memberi kekuatan diplomatik perluasan kepentingan Jepun di Korea. Hal
ini disokong oleh Taylor yang mana, Persetiaan Anglo-Japanese ditandatangani pada 30 Januari
1902, memberi Jepun peluang dalam kepentingan istimewa mereka di Korea. Persetiaan ini
ditandatangani untuk mengekalkan kebebasan dan integriti wilayah di China dan Korea dalam
masa yang sama untuk melindungi peluang yang sama di China dan Korea dalam perdagangan
dan industri bagi semua bangsa. Persetiaan Anglo-Japanese merupakan penanda awal kepada
imperialism Jepun di Korea. Selain itu, akibat tekanan daripada Perancis, Jerman dan Rusia ke
atas Jepun menyebabkan Jepun membuat persetiaan dengan England pada tahun 1902 untuk
menguatkan kedudukan mereka. Hal ini di sokong oleh Peter Duus yang mana kesan dari
persetiaan ini akan memberi amaran kepada sekutu Rusia jika Rusia berperang dengan Jepun
28
.
Rusia dan Jepun juga dilihat sibuk untuk melakukan pembalakan di Sungai Yalu. Jepun
menentang tindakan Rusia kerana telah melanggar Persetiaan Anglo-Japanese. Oleh sebab yang
kecil ini, tentera Rusia dan Jepun melakukan serangan dan menyebabkan beberapa orang tentera
Rusia mati. Rusia tersinggung dengan peristiwa ini dan menghantar tentera-tenteranya ke Korea
untuk menghukum Jepun. Jepun bersungguh-sungguh untuk melawan namun Rusia tidak
memberi perhatian kepadanya. Oleh itu, Jepun telah mengisytiharkan perang menentang Rusia
pada 5 Februari 1904. Sesetengah tokoh berpendapat bahawa punca yang mencetuskan perang
Rusia-Jepun adalah kerana keadaan Jepun yang yakin akan kekuatannya.

3.0 KRONOLOGI PERANG RUSIA- JEPUN 1904
Peristiwa perang Rusia-Jepun merupakan peristiwa yang membuktikan bahawa Jepun
merupakan sebuah negara Asia pertama yang mampu mengalahkan kuasa Barat. Jepun berjaya
mendapatkan Manchuria, setengah Pulau Sakhalin dan Korea. Pada mulanya, Manchuria
merupakan kepentingan utama Rusia manakala Korea sangat penting bagi Jepun. Kepentingan
Manchuria bagi Jepun pada mulanya tidak mempunyai kepentingan. Namun setelah menemui
sumber ekonomi dan sebagai kawasan jajahan bagi menempatkan penduduknya yang
bersebelahan dengan negaranya, ia menjadi kepentingan ekonomi yang penting bagi Jepun
29
.

28
W. Scott Morton (2006) Jepun : Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur : Universiti Malaya Hlm. 189
29
Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 174
17

Pergelutan antara Rusia dan Jepun ini bermula sebaik sahaja Persetiaan Shimonoseki
ditandatangani. Perjanjian Shimonoseki ditandatangani pada 17 April 1895 dimana penyerahan
Farmosa, Kepulauan Pescadores dan Semenanjung Liotung termasuklah Port Athur kepada
Jepun. Jepun menyedari bahawa mereka terpaksa berkongsi kedudukan bersama Rusia di Korea.
Kedua- dua buah Negara ini menanamkan cita- cita untuk menguasai China. Perjanjian ini
merupakan titik permulaan Rusia untuk mendapatkan Port Athur
30
. Rusia telah menggunakan
pelbagai alasan untuk mendapatkannya.Pada awalnya, Jepun hanya ingin menahan penguasaan
Rusia di China. Keadaan ini menunjukkan perbezaan ketara dengan kerjasama imperialisme
apabila Jepun terpaksa bergabung dan berkongsi keistimewaan bersama Rusia seperti mana yang
termaktub dalam perjanjian tersebut. Rusia merupakan pencabar bagi Jepun kerana ia merupakan
Tiga Intervensi yang telah dibuat jelas dengan beberapa petunjuk sokongan daripada Britain dan
Amerika.
Pada 30 Januari 1902, Perjanjian Anglo-Jepun telah dimaterai di London bagi
mengukuhkan ikatan antara Negara Jepun dan Britain. Hal ini merupakan usaha meningkatkan
keselamatan Jepun pada masa hadapan. Dalam perjanjian ini, Britain bersetuju untuk
mengekalkan kemerdekaan dan integriti wilayah China dan Korea serta mendapatkan peluang
sama rata di negara-negara ini. Britain mengiktiraf perjanjian itu kerana kepentingannya di China
dan melindungi kepentingan Jepun ke atas Korea
31
. Perjanjian Anglo-Jepun adalah satu peristiwa
penting dalam sejarah hubungan asing Jepun. Dalam tempoh 35 tahun pemulihan Meiji, Jepun
telah mengalahkan China dan telah diikuti kemenangan Jepun mendapatkan kedudukan yang
kukuh di Korea. Jepun telah mendapat pengiktirafan berbentuk perjanjian, Jepun mendapat
kemajuan yang besar dalam tahun 1902. Namun Rusia dapatkan perundingan yang dibuat bagi
mencadangkan pertukaran hak Rusia ke atas Manchuria dalam pertukaran hak Jepun ke atas
Korea dengan membuat perjanjian dengan China untuk mendapatkan Manchuria pada April
1903. Ketegangan ini bertambah kerana kawalan Rusia terhadap Manchuria semakin meningkat
menyebabkan Jepun merasa tercabar. Pada bulan Julai 1903, Jepun telah memulakan satu siri
usaha diplomatik bagi mencapai persetujuan bagi pembahagia pengaruh China dan Korea.

30
Ibid.hlm.175
31
Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 174


18

Kepentingan Rusia di Manchuria ialah apabila diberi hak untuk membina jalan kereta api
Trans-Siberia yang merentasi Manchuria Utara dari Kampung di China iaitu Vladivostok.
Seterusnya Rusia diberi hak untuk membina jalan kereta api di selatan pula iaitu dari Harbin ke
Port Athur. Rusia juga memajak Semenanjung Liaotong walaupun sebenarnya ia di bawah
kekuasaan Jepun. Jepun pada mulanya berat hati untuk menyerahkan semula daerah Liaotong
kepada China namun telah memberinya kepada Rusia bagi memperbaharui kedudukannya. Pada
mulanya, cadangan perundingan datangnya dari Jerman, bukannya dari Jepun dan Great Britain
bagi mengadakan ikatan antara tiga kuasa. Perikatan ini telah bekerjasama dengan membuat
persetujuan dalam tahun 1900 untuk mengekalkan keadaan yang sedia ada di negeri China. Bagi
Jepun, dengan mengadakan ikatan dengan salah sebuah Negara Barat yang terkuat, ia merupakan
tanda kepada suatu kemajuan besar dalam pembangunan Jepun sebagai sebuah kuasa Asia. Ia
juga menandakan Jepun mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Lembaga Majlis Asia.
Sejak tertubuhnya Perjanjian Anglo-Jepun dengan bantuan ketenteraan daripada Britain,
Jepun boleh berurusan dengan isu- isu yang dibangkitkan berkenaan dengan pendudukan Rusia
di Manchuria tanpa risau dengan campur tangan dari pihak Tiga Intervensi . Pada tahun 1902 dan
1903, ia merupakan pengunduran tentera Rusia dari Manchuria dan Korea. Pada mulanya, ia
berjaya. Namun bagi kali kedua tidak pada semuanya berjaya dilakukan. Pada akhir tahun 1903,
keputusan yang diambil ialah peperangan. Jepun merasakan bahawa impian untuk menguasai
seluruh Asia terhalang apabila Rusia mara ke Manchuria dan Korea. Jepun ingin menjadikan
kawasan ini sebahagian daripada kawasan jajahannya. Ini kerana Manchuria merupakan sumber
ekonomi bagi Jepun manakala jika Rusia menguasai Manchuria, Rusia akan turut campurtangan
dalam Korea. Jadi Jepun merasakan bahawa peperangan adalah jalan yang memang sesuai untuk
menyelesaikan masalah ini. Rusia tidak terburu-buru memberikan respon kepada cadangan
Jepun. Apa yang terkandung cadangan itu bukanlah perkara yang baru. Pada 6 Februari 1904,
tentera Rusia telah mendahului dengan menyerang Sungai Yalu untuk memasuki Korea. Pada
masa itu juga, Jepun telah berlayar daripada Pengkalan Angkatan Laut Sasebo menuju ke
Cemulpo. Pada 8 Februari 1904, angkatan tentera laut Rusia menyerang Pelabuhan Arthur dan ia
19

dikepung. Pada masa itu juga tentera Jepun dikerahkan ke Incheon, korea. Dua hari kemudian,
jepun mengisytiharkan perang.
32

Perang diisytiharkan pada 10 Februari, tetapi persengketaan sudah pun bermula dua hari
lebih awal. Peperangan bermula di Korea dan di sepanjang pantai menuju ke Liaotung. Pada
bulan April kemenangan tentera laut di luar Port Arthur membolehkan Jepun mengawal seluruh
laut yang diperlukan bagi menggerakkan bala tenteranya sekaligus membolehkan sekumpulan
tentera pertama mereka untuk menyerang ke utara merentasi sungai Yalu ke Manchuria pada
bulan Mei dan sekumpulan tentera kedua mendarat di semenanjung Liaotung beberapa hari
kemudian. Dalam tempoh sebulan, sekumpulan tentera yang ketiga dibawah Jeneral Nogi
Maresuke telah mengepung Port Arthur sendiri. Pertempuran ini berlaku sepanjang Liaoyang
pada ogos dan awal september 1904. Penawanan Port Arthur oleh Jepun bermula pada awal
Januari 1905. Mukden pula ditawan pada 10 Mac 1905 dan terdapat banyak jiwa yang terkorban.
Namun pada akhir peperang tersebut, Jepun berjaya menewaskan Rusia.
33

Dalam peperangan tersebut, terdapat banyak kemusnahan dan kehilangan nyawa
walaupun Jepun terus berjaya dalam menentang Rusia. Jepun sebenarnya mula menyedari
bahawa mereka tidak mampu lagi untuk bertahan lama. Namun mereka tidak mahu
menunjukkkan kelemahan- kelemahan tersebut. Jepun membuat keputusan untuk membuat
rundingan damai dengan Rusia. Akan tetapi Rusia masih mahu untuk meneruskan perjuangan
mereka bagi menebus kerugian yang mereka alami tetapi tidak mampu ekoran dari masalah
kewangan dan keadaan negerinya. Jadi mereka terpaksa menerima rundingan tersebut. Pada
tahun 1905, termeterainya Perjanjian di Portsmouth antara Viscount Komura dengan Count
Witte. Dengan kemenangan ini, imej Jepun telah semakin meningkat di mata dunia. Kuasa-
kuasa Barat merasa terperanjat dengan kekalahan Rusia di tangan Jepun, sebuah Negara yang
kecil sedangkan Rusia merupakan sebuah Negara Eropah yang besar
34
.


32
Maswari Rosdi.(1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd.
Hlm. 257.
33
Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 176

34
Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 20

20


4.0 KESAN PERANG RUSIA-JEPUN 1904
Jepun merasakan kedudukannya adalah cukup kuat menjelang tahun 1905. Hal ini
kerana, Jepun telah mempunyai permulaan empayar baru dengan kawasan jajahan yang baru.
Antaranya Taiwan, yang digunakan sebagai kawasan penempatan bagi penempatan penduduk
Jepun yang berkembang pesat. Perang yang berlaku antara Jepun dan Rusia ini sedikit sebanyak
memberi kesan yang baik kepada perluasan kuasa mereka di samping peningkatan ekonomi
negara walaupun pada mulanya dilihat ekonomi Jepun mengalami kejatuhan selepas Perang
Rusia Jepun ini. Antara kesannya ialah perluasan kuasa Jepun di Pulau Sakhalin,
menyemarakkan semangat nasionalisme bukan sahaja dalam kalangan rakyat Jepun sendiri
malah penduduk di Asia Tenggara serta kesan dalam aspek ekonomi di Jepun.
4.1 POLITIK


4.1.1 Jepun Menjalankan Dasar Imperialisme

Permodenan Jepun yang bermula selepas pemerintahan Maharaja Meiji telah memacu
negara itu ke era penuh kegemilangan. Politik dan ekonomi tradisional Jepun telah diganti
dengan sistem pentadbiran dan ekonomi gaya Barat. Secara tidak langsung, permodenan Jepun
berjaya mengelakkan daripada menjadi mangsa penjajahan Barat. Sebaik sahaja berjaya
memansuhkan perjanjian berat sebelah (unequal treaty) yang dibuat dengan Barat pada era
Tokugawa dahulu, Jepun mula melancarkan dasar luar yang lebih agresif di Asia Timur,
terutamanya terhadap negara China. Peningkatan minat kuasa Barat meluaskan cengkaman
masing-masing di China setelah negara itu kalah kepada Jepun dalam perang pada tahun 1894
dan juga mendesak Jepun untuk terlibat sama dalam perlumbaan membuka kawasan pengaruh
di negara yang sangat berpotensi dalam melengkapi keperluan industrinya.
35



35
A.Ghapa Harun dan Rupawan Ahmad . Imperialisme Jepun dan Konsep Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur
Raya.. Sumber diperolehi daripada http://journalarticle.ukm.my/427/1/1.pdf
21

Kejayaan Jepun telah mengubah tindakan mereka menjadi sebuah negara penakluk.
Faktor-faktor ekonomi, semangat nasionalisme yang melampau dan tekanan politik serta
tentera menyebabkan Jepun menyertai kuasa-kuasa Barat menjadi negara penakluk. Mangsa
pertama Jepun ialah negara China. Peristiwa pembunuhan seramai 54 orang nelayan Kepulauan
Ryukyu di Taiwan pada tahun 1874 menjadi alasan bagi Jepun untuk menuntut Kepulauan
Ryukyu dan ganti rugi. Negara China terpaksa melayani tuntutan Jepun itu.
36
Pada tahun 1894
sehingga 1895, berlaku siri peperangan antara China dan Jepun yang dikenali Perang China-
Jepun. Jepun berjaya mengalahkan China sehingga menyebabkan China terpaksa menerima
syarat-syarat yang dikenakan oleh Jepun. Pada 17 April 1895, Perjanjian Shimonoseki
ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Perjanjian tersebut memberi hak kepada Jepun ke atas
Taiwan, Kepulauan Pescadores dan Semenanjung Liaotung. Namun, Semenanjung Liaotung
dikembalikan semula kepada Negara China akibat bantahan daripada Jerman, Rusia dan
Perancis.

Seterusnya, Jepun melihat Korea sebagai kawasan strategik dan mempunyai kepentingan
ekonomi. Jepun menganggap Korea merupakan sebuah kawasan yang boleh melindungi
negaranya kerana Korea boleh digunakan sebagai medan pertempuran bagi menggelakkan
negara matahari terbit itu menerima kehancuran apabila berlakunya peperangan. Salah satu
faktor berlakunya Perang China-Jepun adalah disebabkan berlakunya krisis dalam Korea
sehingga menyebabkan tercetusnya Pemberontakan Tonghak.
37
Korea sangat penting bagi
Jepun dari segi strategi sekiranya Jepun berhasrat memperluaskan tanah jajahannya hingga ke
Manchuria dan China. Korea akan dapat dijadikan batu loncatan bagi melangkau lebih jauh lagi
dalam menggapai cita-cita imperialisme Jepun. Oleh sebab takut akan ancaman luar khususnya
Rusia dan ingin menguasai Korea daripada Negara China, maka Jepun bertindak memaksa
Korea pada 26 Februari 1876, menandatangani perjanjian perdagangan dan persahabatan.

36
Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Hj. Mad Aros.et. (2005). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur
1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 406
37
Tonghak bermaksud satu aliran mazhab agama campuran iaiatu Confuciusisme, Taoisme dan Budhisme. Penganut
agama ini melancarkan pemberontakan kerana menentang kehadiran pengaruh asing di Korea terutama kuasa China
dan Jepun.
22

Perjanjian itu menyatakan pembukaan tiga pelabuhan Korea iaitu Pusan, Inchon dan Wonsan.
Jepun juga telah mengiktiraf kemerdekaan Korea.
38


Perang China-Jepun menjelaskan bahawa Jepun menjadi kuasa besar Asia. Menjelang
awal abad 20, ia berdepan pula dengan Rusia. Krisis Rusia-Jepun berpunca daripada masalah
Manchuria dan Korea. Rusia dikatakan semakin berminat dengan Manchuria. Manakala,
Perjanjian Li-Lobanov pada Jun 1896 antara Rusia dan Negara China telah menyetujui
pembinaan Jalan Kereta Api Trans-Siberia Manchuria. Perkhimatan kereta api ini secara
rasminya dibuka oleh Czar Nicholas II pada tahun 1891 yang menyambungkan Vladivostok
dengan Russia di sebelah Eropah.
39
Seterusnya pada Mac 1898, Rusia mendapat pajakan 25
tahun ke atas bahagian Selatan Semenanjung Liaotung yang mengandungi Port Arthur dan
Dairen. Sebelum ini Jepun ditekan oleh Rusia agar tidak mengambil Semenanjung Liaotung
tetapi pajakan ke atas semenanjung ini mencerminkan sikap Rusia yang ingin meluaskan
pengaruhnya ke Asia Timur.

Bagi mengawal kuasa Rusia di Asia Timur, Jepun telah mengambil jalan kekerasan. Oleh
sebab itu, berlaku Perang Rusia-Jepun pada 10 Februari 1904 dan akhirnya melalui perang ini
ianya menyebelahi pihak Jepun. Pada 5 September 1905, Perjanjian Portsmouth telah
ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Dalam perjanjian tersebut, Rusia mengakui kepentingan-
kepentingan Jepun di Korea. Manakala, pajakan Rusia ke atas Semenanjung Liaotung dan jalan
kereta api dari Port Arthur ke Mukden diserah kepada Jepun. Selain itu, Rusia terpaksa
menyerahkan pula bahagian selatan Pulau Shaklin. Kejayaan Jepun ini meletakkan Jepun
sebagai kuasa besar dunia. Selepas perjanjian tersebut, Jepun semakin melampau apabila
berjaya menakluk Korea pada tahun 1910.
40


Pada tahun 1914, Perang Dunia Pertama meletus di Eropah dan kuasa-kuasa Barat
terpaksa menumpukan perhatian mereka di Eropah. Perang ini membolehkan Jepun untuk
menguatkan kepentingan dan pengaruhnya di Asia Timur. Untuk mendapat sokongan kuasa

38
Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Hj. Mad Aros.et. (2005). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur
1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 406
39
Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm.162
40
Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Hj. Mad Aros.et. (2005). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur
1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 407.
23

British dan Amerika Syarikat serta sekutu mereka, Jepun telah mengisytiharkan perang ke atas
Jerman. Dasar ini ternyata berhasil apabila Jepun diberi mandat untuk melumpuhkan
kedudukan Jerman di Asia Timur. Jepun telah menawan Teluk Kiaochow dan merampas
konsesi-konsesi Jerman di Shantung. Manakala, beberapa pulau kepunyaan Jerman di Lautan
Pasifik seperti Kepulauan Mariana, Carolina dan Marshall juga telah ditawan.

Pada 18 Januari 1915, Jepun telah memberi penekanan terhadap China dengan membuat
Dua Puluh Satu Tuntutan ke atas Negara China. Kesibukan kuasa-kuasa Barat di Eropah
memberi jalan yang luas kepada Jepun memaksa China menerima tuntutan mereka. Dua Puluh
Tuntutan tersebut dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu :
41


1. Mengiktiraf kedudukan Jepun di Shantung
2. Kedudukan istimewa Jepun di Manchuria dan Mongolia Dalam
3. Usaha sama Jepun-China dalam industry besi keluli
4. Tidak akan menyerah mana-mana kawasan perairan kepada kuasa ketiga
5. Jepun mengawal beberapa pentadbiran tempatan penting di China.

Apabila Perang Dunia Pertama tamat pada 1918, negara yang menang termasuk Jepun
mengadakan satu persidangan damai di Paris. Akhirnya terbentuklah Perjanjian Versailles yang
telah memutuskan bahawa semua hak Jerman di Shantung akan diserahkan kepada Jepun.
Manakala Kepulauan Carolina, Marshall dan Marina akan ditadbir oleh Jepun sebagai wilayah
mandat Liga Bangsa-Bangsa. Perjanjian Versailles seolah-olah memberi pengiktirafan kepada
Jepun untuk menjadi kuasa imperialisme baru di Asia Timur. Manakala bantahan China terhadap
perjanjian tersebut tidak dilayan oleh kuasa-kuasa Barat malah tuntutan tersebut dipersetujui oleh
pihak Barat.
42




41
Ibid hlm.408
42
Ibid. hlm, 409
24

4.1.2 Kekuatan Organisasi Ketenteraan

Salah satu faktor mengapa Jepun dianggap sebagai kuasa imperialis yang sangat kuat di
Asia adalah disebabkan kekuatan tenteranya. Kekuatan tentera Jepun membuatkan Jepun lebih
agresif dan menjadi kuasa penakluk. Permodenan dan pembesaran angkatan tentera mendapat
perhatian utama sejak Maharaja Meiji mengambil alih tampuk pemerintahan Jepun daripada
pemerintahan Shogun. Maharaja Meiji sedar bahawa kekuatan bangsa barat adalah terletak pada
persenjataan yang moden. Oleh sebab itu, untuk menandingi bangsa barat Jepun haruslah
mempunyai senjata-senjata dan tentera moden
43
. Pihak tentera telah merangkumi bidang kuasa
politik yang luas. Maka di atas dasar ini, kerajaan Jepun memberi keutamaan terhadap
pembangunan angkatan tentera darat dan laut.
44

Dalam membentuk satu pasukan ketenteraan yang moden, Yagamata Aritmomo dari
Choshu merupakan salah satu tokoh yang penting dalam hal yang berkaitan kenteraan. Seperti
negara-negara Barat, Jepun telah mengadakan undang-undang kerahan tenaga kepada pemuda-
pemuda berumur 20 tahun dalam tahun 1872. Dalam tahun 1873, Jepun telah berjaya
membentuk Tentera Kebangsaan Jepun yang mana anggotanya diambil dari segenap lapisan
masyarakat, tidak dimonopoli oleh golongan samurai seperti zaman lampau. Pada 1878,
Semangat Ketenteraan diwujudkan bertujuan menanamkan semangat keperwiraan, taat setia dan
mengikut perintah.
45

Angkatan Laut Jepun juga tidak lepas dari mengalami permodenan. Puak Satsuma yang
terkenal sebagai kaum pelaut adalah bertanggungjawab dalam kebangkitan angkatan laut sebagai
satu angkatan laut yang kuat. Dalam perkara-perkara mengenai angkatan laut, Jepun
menumpukan perhatian ke Britain untuk mendapatkan pegawai-pegawai bagi melatih angkatan
laut Jepun kerana Britain terkenal sebagai kuasa terkuat dalam angkatan laut. Kapal-kapal perang
bagi angkatan laut Jepun dibeli dari Britain. Namun demikian, Jepun telah berusaha untuk
membina kapal perangnya sendiri. Pada tahun 1875, Jepun telah berjaya membina dua kapal

43
Alistair D. Swale.(2009). The Meiji Restoration : Monarchism, Mass Communication and Conservative
Revolution. Great Britain :CPI Antony Rowe. Hlm.179
44
Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm.148
45
Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn.Bhd.
hlm. 97
25

perang di limbungan Nagasaki. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh Jepun telah berjaya
membentuk satu pasukan tentera yang benar-benar moden dan kuat. Sebagai contoh kejayaan
Tentera Kebangsaan Jepun dalam tahun 1877 apabila tentera Jepun telah menumpaskan
pemberontakan golongan samurai pemimpin Saigo Takamori. Tentera Kebangsaan yang telah
terlatih secara barat dengan mudah sahaja mengalahkan pemerontakan itu.
46


Kekuatan angkatan laut Jepun terbukti apabila Angkatan Laut Jepun berjaya
mengalahkan Angkatan Laut China di Muara Sungai Yalu dalam bulan September 1894 ketika
berlakunya Perang China-Jepun. Sebelum peperangan itu meletus, Jepun menganggap bahawa
negara tersebut tidak yakin boleh mengalahkan China. Namun akhirnya, China mengalami
kekalahan dalam perang tersebut. Begitu juga ketika Perang Rusia-Jepun 1904-1905 yang mana
pihak Jepun berjaya mengalahkan angkatan laut Rusia dalam pertempuran di Selat Tsushima.
Kejayaan angkatan laut Jepun dalam kedua-dua pertempuran itu, tidak sahaja menaikkan imej
bangsa Jepun malahan nama pegawai-pegawai Inggeris juga turut harum kerana latihan yang
diberikan kepada angkatan laut Jepun. Begitu juga dengan senjata dan peralatan perang mahupun
kapal-kapal perang yang dibeli dari Barrow, Elswick dan Sheffield di England.
47


4.1.3 Perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan pengambilan Liaotung.
Sebelum ini Rusia telah menguasai Pulau Sakhalin. Pada akhir abad ke-18 pihak Bakufu
berasa amat gentar terhadap perluasan kuasa Rusia ke Selatan apabila meluaskan daerahnya
hingga ke Sakhalin dan mengugut Pulau Yedo (Hokaido).
48
Namun selepas perang Rusia Jepun,
Jepun mendapat kembali Pulau Sakhalin. Kesan yang paling ketara peperangan Rusia Jepun
ialah perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan Liaotung. Hal ini termaktub dalam perjanjian
Porstmouth iaitu diserahkan kepada Jepun sebahagian daripada Sakhalin yang di sebelah selatan
garis Lintang 50.
49


46
Ibid. hlm.98
47
Ibid.hlm.99
48
Norman E. H. (1991). Kemunculan Jepun sebagai Negara Moden (Masalah Politik dan Ekonomi Zaman Meiji).
Kuala Lumpur : Yayasan Penataran Ilmu. Hlm. 24.
49
Harold M. Vinacke. (1986). Sejarah Timur Jauh dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm 292.
26

Kepentingan Pulau Sakhalin ialah menambahkan lagi pasaran bagi barang keluaran
Jepun. Keunggulan Jepun di Korea mula diiktiraf oleh Rusia (melalui perjanjian Portsmouth) dan
kemudian oleh Amerika Syarikat dan Britain. Pada musim luruh 1905, Jepun telah bertindak
menjadikan Korea sebuah negara naungan. Ito telah menjadi Residen-Jeneral pertama. Berikutan
itu, Jepun menyerang Korea pada bulan Ogos 1910 dan semua hak-hak kedaulatan dipindahkan
kepada Maharaja Jepun.
50
Korea menjadi bahagian yang melengkapkan empayar Jepun.
4.1.4 Memberi kesempatan kepada Jepun untuk menguasai Manchuria.
Selepas termeterainya perjanjian Portsmouth 1905, Menteri Luar Jepun Komura telah
memperolehi persetujuan China untuk memindahkan hak-hak dan kepentingan Rusia di
Manchuria Selatan kepada Jepun. Perjanjian Peking itu telah ditandatangani pada 22 Disember
1905 dan telah memberi Jepun kuasa penuh ke atas Manchuria Selatan
51
. Dari segi ekonomi,
Manchuria Selatan telah dieksploitasi oleh Jepun. Dari segi strategik Korea menjadi sebuah
pusat yang penting bagi pertahanan Jepun dan juga menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk
meluaskan pengaruhnya di Asia Timur pada masa hadapan.
Jepun telah mendirikan banyak pangkalan tentera darat, laut dan udara serta telah
membina landasan-landasan keretapi dan jalan raya dengan tujuan memenuhi keperluan
militarinya. Kemenangan yang dicapai dalam peperangan ini merupakan perangsang utama
kepada perkembangan semangat nasionalisme di Jepun. Jepun berasa bangga dengan hakikat
bahawa orang-orang Eropah, Amerika dan Asia mengiktiraf kekuatan tentera Jepun dan bahawa
kuasa-kuasa Barat telah memberi Jepun status sebagai sebuah kuasa yang besar. Kejayaan ini
mengubah nasionalisme Jepun kepada satu ciri keyakinan yang lebih besar.
4.1.5 Kekacauan politik.
Walaupun Jepun mendapat keuntungan hasil daripada peperangan itu, namun terdapat
implikasi negatif berlaku terhadap Jepun. Orang-orang Jepun terutamanya golongan-golongan
ekstrimisme menunjukkan rasa kurang senang terhadap perjanjian Portsmouth. Orang Jepun

50
Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm
158.
51
Alistair D. Swale.(2009). The Meiji Restoration : Monarchism, Mass Communication and Conservative
Revolution. Great Britain :CPI Antony Rowe. Hlm.179
27

yang tidak mengetahui muslihat kerajaan untuk menamatkan peperangan yang menjejaskan
ekonomi dan tentera, berasa kecewa dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian itu.
Mereka tidak berpuas hati terhadap kerajaan kerana tidak berjaya mendapatkan ganti rugi dari
Rusia.
Golongan ekstrimisme berharap dengan adanya gantirugi dapat mengurangkan beban
rakyat dan membiayai pengawasan dan kos pembinaan jalan keretapi di Manchuria
52
. Tunjuk
perasaan telah berlaku yang diikuti oleh rusuhan-rusuhan oleh golongan ekstrimisme. Golongan
tentera terpaksa campurtangan dan undang-undang tentera telah diisytiharkan di Jepun. Perasaan
tidak berpuas hati yang wujud akhirnya membawa kepada penggulingan kerajaan Katsura dalam
bulan Januari 1906 diganti oleh Putera Saionji. Beliau memegang jawatan sehingga bulan Julai
1908.
53



4.3 EKONOMI

4.3.1 Kos Perang Tinggi

Ekonomi Jepun selepas berperang dengan Rusia menyaksikan pertumbuhan terbantut dari
tahun 1904 hingga 1914. Peperangan dengan kuasa barat tersebut menyebabkan Jepun terpaksa
menanggungkan perbelanjaan perang berjumlah lebih kurang 1700 juta yen. Malah hutang awam
yang dimiliki ketika tempoh tersebut adalah sekitar 147 juta yen.
54
Pada tahun 1905 sahaja,
Jepun menanggung lebihan import sebanyak 176 juta yen. Apabila berlaku lebihan import, ini
sudah tentu membawa petanda buruk terhadap pendapatan negara Jepun. Kelemahan eksport
sekali gus menyumbang kepada imbangan pembayaran negatif kerana berlaku penerusan lebihan

52
Julian Dierkes.(2010). Postwar History Education in Japan and the Germanys. New York: Routledge Madison
Eve. Hlm. 3.
53
Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm
171.
54
C.D. Cowan (ed). (1964). The Economic Development of China and Japan. New York: Routledge . Hlm 228
28

import sehingga iaitu wang dalam negara mengalir keluar kepada syarikat luar. Kabinet Katsura
yang dibentuk memaksa Jepun membuat pelbagai usaha mengukuhkan kestabilan ekonominya.
Dari segi pinjaman luar, Jepun meminta pertolongan dari Britain dan Amerika supaya
mendanai segala persiapan perang. Syarikat swasta menjadi sasaran utama Jepun menempah
peluru dan senjata lain bagi memperkuat ketumbukan tentera. Sungguhpun penyediaan inventori
peperangan merupakan antara perkara wajib dalam akaun belanjawan negara, ia secara tidak
langsung menjadikan ekonomi Negara Matahari Terbit itu dalam keadaan tergugat. Maka,
golongan pemerintah mengambil langkah mengurus persediaan perang melalui dasar fiskalnya.
Hasil daripada pinjaman yang dibuat dari pihak luar, negara itu dapat membayar perbelanjaan
perang untuk tempoh enam bulan, malah bakinya turut boleh sebagai simpanan persediaan
kepada pertarungan besar yang lain. Sungguhpun begitu, selepas perang dengan Rusia,
kebanyakan sumber manusia dan fizikalnya sudah pun kehabisan. Tambahan pula, Jepun tidak
menuntut sebarang ganti rugi kepada kerajaan Rusia.
Maka, penelitian terperinci terhadap kesan perang tersebut mengingatkan Jepun bahawa
dasar pemencilan bukan menjadi agenda utama sebagaimana pada pemerintahan tradisional
keshogunan, sebaliknya mereka lebih mengutamakan usaha pertumbuhan dan perkembangan
pantas seiring dengan kuasa-kuasa barat
55
. Pelajar tempatan yang dihantar menuntut pengetahuan
ke Eropah yang giat menghadiri taklimat ekonomi menjadikan ia sebagai batu loncatan buat
mereka menabur bakti kepada tanah Air seusai tamat pengajian. Dalam negara pula, impak
perang turut mendesak kerajaan menumpang hasil rakyat untuk kestabilan ekonominya.
Pinjaman yang dilakukan untuk biaya perang telah menyebabkan peningkatan mendadak
terhadap cukai. Cukai perniagaan umpamanya meningkat 70 peratus, malah cukai pertempatan
penduduk bandar dinaikkan dua kali ganda

4.3.2 Industri Berat Mengukuhkan Ekonomi Jepun
Meskipun berada dalam keadaan perang, eksport Jepun masih beroperasi. Jepun
berupaya menghasilkan produk industri berat. Perang dengan Rusia memang membawa

55
Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun . Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 205

29

kemerosotan ekonomi Jepun
56
. Tetapi, selepas peperangan tersebut pembangunan industri berat
masih giat berjalan. Pembinaan kapal, keluli, dan bahan kimia merupakan antara prospek yang
mengukuhkan industri berat di samping menjadi penyelamat kepada Jepun untuk meneruskan
pengeluaran hasil eksport yang menjadi pendapatan negara. Pada tahun 1896, loji pemprosesan
yang dilengkapi peralatan barat dibina bagi mempercepat produktiviti dalam industri besi dan
keluli.
57
Yawata Iron Works merupakan antara badan yang aktif memulakan pengeluaran besi
ketika itu. Hasil pengeluaran positif menyaksikan beberapa loji baru dibina oleh pemodal-
pemodal besar. Peperangan dengan Rusia tidak mengurangkan pertumbuhan ekonomi berat
kerana dari tahun ke tahun ia masih berkembang. Pada tahun 1913 hasil keluli mencapai jumlah
255 000 tan, manakala hasil bijih besi mencapai sebanyak 243 000 tan. Hal ini juga didorong
oleh kepelbagaian permintaan produk, umpamanya keluli yang siap dalam proses akhir diminta
untuk penghasilan industri cabang yang lain iaitu dalam pembuatan landasan, piring, rod wayar
dan sebagainya.
Pengenalan teknik moden dari barat juga, industri perlombongan arang batu mendapat
sambutan menggalakkan. Arang batu dihasilkan dalam skala besar oleh mereka yang bergabung
dengan zaibatsu iaitu konglomerat berpengaruh pada era Meiji dan akhir perang dunia kedua.
Purata arang batu yang dihasilkan pada 1905 hingga 1914 ialah 16.8 juta tan dan terus meningkat
tahun berikutnya. Selain itu, penubuhan Akta Galakan Pembinaan kapal mengukuhkan lagi
industri berat Jepun. Kemudian limbungan kapal turut rancak dibina sebagai tanda syarikat
tempatan merebut peluang yang diberi kerajaan di samping membantu penyediaan kapal perang.
Pekilang-pekilang tempatan juga mendapat keuntungan menerusi penjualan komponen-
komponen kapal dalam pelbagai bentuk serta jenis keluli
58
. Secara tidak langsung, kerancakan
industri ini melahirkan ramai tenaga mahir berpengalaman dalam pembuatan kapal. Lanjutan itu,
keluarga-keluarga berpengaruh dalam perniagaan di Jepun menubuhkan firma kejuruteraan dan
juga perusahaan lain. Perusahaan perlombongan tembaga serta industri penapisan diseliakan oleh
Sumitomo dan Furukawa. Perkembangan bidang perkapalan turut mendorong syarikat Kawasaki
membina loji kilang bagi pemprosesan enjin.

56
Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 205.
57
G.C. Allen. (1946). A Short Economic History of Modern Japan 1867-1937, Volume 1.
London: Routledge. Hlm 74

58
Ibid.hlm.75
30

4.3.3 Jepun Menguasai Ekonomi Korea
Perjanjian Portsmouth yang dibuat dengan Rusia ternyata memberi kelebihan kepada
Jepun kerana kuasa barat itu bersetuju memberi ruang kebebasan kepada Jepun berada di Korea.
Beras, bijirin dan hasil-hasil laut dari Korea mendapat pasaran yang baik di Jepun. Jepun telah
mengaut sumber ekonomi Korea melalui pembinaan industri berkaitan dengannya. Penekanan
khas diberi kepada pengeluaran alat perang seperti besi, keluli dan jentera. Majoriti industri di
Korea adalah kepunyaan Zaibatsu. Barang yang diperlukan masyarakat Korea juga dikeluarkan
Jepun contohnya mengeksport tekstil seperti baju dan benang.
59
Syarikat Toyo Spinning
merupakan pengilang utama mengeksport produk kapas. Ketika melanda masalah kekurangan
beras, Jepun mengambil keputusan mengimportnya dari tanah jajahan. Meskipun, Korea
bukanlah pengeluar beras yang besar, perkembangannya adalah lebih baik berbanding Jepun.
Maka kuasa imperialis itu memberi bantuan kewangan terhadap pertanian padi di Korea.
Tatkala Jepun menghadapi isu lebihan pertumbuhan penduduk, peluang pekerjaan
menjadi semakin terhad. Kerajaan menggalakkan warganya untuk berhijrah ke Korea bagi
mendapatkan kerja di sana di samping mengambil segala manfaat di tanah koloni itu. Bagi
mereka yang terlibat dengan sektor bukan pertanian seperti golongan pegawai dan birokrat pula,
gaji yang diberi adalah dua kali ganda berbanding di Jepun
60
. Hal ini terjadi berikutan
masyarakat Korea memiliki kemahiran yang sedikit berbanding Jepun yang lebih maju dan
berdaya fikir tinggi. Golongan pelabur, dan agen perdagangan turut memainkan pengaruh
ekonomi di tanah koloni dengan mengikut segala dasar kerajaan Jepun.
4.4 SOSIAL

4.4.1 KERUGIAN SUMBER DAN TENAGA MANUSIA
Anggaran 20,000 rakyat Jepun telah terkorban dalam peperangan tersebut. Jepun telah
membelanjakan sejumlah 1.5 billion untuk membiayai kos peperangan. Hal ini telah

59
Michael Smitka (ed). (1998). The Interwar Economy of Japan: Colonialism, Depression, and Recovery, 1910-
1940, Volume 2. USA: Taylor and Francis. Hlm 2.

60
Peter Duus (1998). Modern Japan Second Edition. Boston : Standford University . Hlm. 208
31

membazirkan serta mengurangkan sumber-sumber kewangan negara Jepun. Pada awalnya
kerajaan Meiji telah menyedari bahawa Jepun tidak lagi mampu menanggung pembiayaan
peperangan itu. Oleh sebab itu, kerajaan Jepun telah mengambil daya usaha untuk mewujudkan
perdamaian dengan Rusia dalam tahun 1905.
61
Kerugian yang dialami oleh golongan petani dan
buruh juga telah meningkat. Petani telah menanggung beban cukai yang tinggi iaitu sebanyak
70% untuk membiayai proses pembangunan industri dan modenisasi negara. Petani terpaksa
mengeluarkan modal sendiri untuk membeli peralatan, benih dan baja. Bagi menambahkan
pendapatan, petani telah melibatkan diri dalam perusahaan pembiakan ulat sutera. Golongan
pekerja menerima kesan yang negatif akibat daripada peperangan ini. Pekerja-pekerja di sektor
perindustrian kecil terpaksa bekerja dengan bayaran upah yang kecil. Pekerja terpaksa bekerja
lebih berat bagi menyara kehidupan seharian dan juga membiayai proses pembangunan industri
dan modenisasi negara.
4.5 KESAN KEPADA RUSIA
Perang ini bukan sahaja memberi kesan kepada pihak Jepun, malah Rusia turut menerima
impaknya. Rusia mendapat keuntungan daripada kekalahan itu kerana ia menyumbang kepada
tercetusnya Revolusi 1905. Kekalahan mereka menyebabkan rakyat Rusia mempersoalkan
kekuatan pasukan ketenteraan kerajaan pusat. Kekalahan dalam perang Rusia Jepun ini
merupakan kekalahan kedua selepas kekalahan mereka dalam Perang Crimea pada tahun 1853
hingga 1856
62
. Kegagalan pemerintahan Tsar itu juga akhirnya menyebabkan Rusia kehilangan
banyak negeri jajahannya. Contohnya, pengaruh Rusia di Asia iaitu di China berakhir dan pihak
Rusia menumpukan semula ke kawasan Balkan yang telah lama ditinggalkan. Kewibawaan
kepimpinan Tsar Nicholas II, pemimpin Rusia ketika itu semakin tercabar dan terpaksa
melaksanakan pelbagai perubahan. Kelemahan Tsar ini juga memberi peluang kepada rakyat
Rusia untuk membina kekuatan mencapai matlamat mereka, iaitu menghapuskan pemerintahan
autokratik.
Secara kesimpulannya, dapat dilihat bahawa kesan daripada Perang Rusia-Jepun ini
bukan menguntungkan sebelah pihak sahaja, malah turut memberi manfaat kepada kedua-
duanya. Pihak Jepun dapat meluaskan perluasan kuasanya seiring dengan matlamat mereka yang

61
Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun . Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 205
62
Peter Duus (1998). Modern Japan Second Edition. Boston : Standford University . Hlm. 202
32

disemarakkan oleh Maharaja Meiji. Walaupun Jepun memperoleh Pulau Sakhalin, namun Rusia
masih mendapat tawaran untuk menyewa semenanjung Liaotung daripada pihak Jepun. Selain
itu, kemenangan Jepun ini secara tidak langsung telah menaikkan semangat nasionalisme
penduduk di kawasan Asia Tenggara. Hal ini kerana, Jepun merupakan sebuah negara Asia yang
kecil tetapi mampu mengalahkan pihak barat dan ini menunjukkan satu kejayaan yang besar bagi
mereka. Dari aspek ekonomi di Jepun pula, walaupun ekonominya jatuh selepas perang,
kemenangan mereka telah membangkitkan semangat mereka untuk terus berusaha dan berjaya
memulihkan ekonominya. Rusia jua memperoleh manfaat daripada kekalahannya. Akibat
daripada kekalahan itulah tercetusnya Revolusi 1905 yang mana rakyat Rusia bangkit menentang
pemerintahan Tsar
63
. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa, kedua-dua pihak turut mendapat
manfaat akibat daripada perang yang berlaku tersebut.
4.6 KESAN KEPADA KUASA BARAT
Perang antara Rusia dan Jepun bukan sahaja mendatangkan kesan kepada negara Jepun
dan Rusia itu sendiri tetapi turut mendatangkan kesan kepada kuasa-kuasa Barat yang lain
khususnya daripada segi imbangan kuasa dunia
64
. Hal ini kerana keputusan Perang Rusia-Jepun
merupakan salah satu pandangan baru mengenai keamanan dan keselamatan dunia. Hal ini
kerana kemenangan Jepun yang merupakan sebuah negara yang kecil dapat mengalahkan kuasa
Eropah yang besar menyebabkan kuasa Barat mula melihat Jepun sebagai sebuah negara yang
besar dan mengiktiraf Jepun. Kesan yang dapat dilihat apabila Jepun mula bekerjasama dengan
Britain dan Amerika kerana telah mengamalkan dasar pintu terbuka. Hal ini jelas telah
menggugat campur tangan tiga kuasa iaitu Rusia, Perancis dan Jerman di kawasan mereka. Hal
ini telah menyebabkan berlakunya bibit-bibit ke arah Perang Dunia Pertama.




63
Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 205.

64
Ibid.hlm.207
33

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, peperangan antara Jepun dan Rusia merupakan satu titik tolak kepada
Jepun menjadi sebuah negara yang disegani dalam kalangan kuasa-kuasa besar Barat.
Sememangnya kekuasaan Jepun dalam bidang ketenteraan tidak dapat dinafikan lagi dan telah
menyebabkan Jepun muncul sebagai salah satu negara yang setanding dengan negara Barat
walaupun merupakan sebuah negara yang kecil. Faktor luaran dan juga faktor dalaman yang
telah menggerakkan peperangan antara Rusia dan Jepun telah menyebabkan Jepun semakin
dapat memperluaskan kuasanya di Asia. Rentetan daripada perang antara Jepun dan Rusia
meninggalkan kesan baik dan buruk kepada Jepun, Rusia dan kuasa-kuasa Barat yang lain. Bagi
Jepun pula peperangan ini telah meningkatkan semangat warga Jepun untuk melakukan
imprealisme. Justeru itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemenangan Jepun telah membawa
semangat imprealisme dalam kalangan pemerintah Jepun sehinggakan tercetusnya Perang Dunia
Pertama sehinggakan kepada Perang Dunia Kedua serta Jepun dapat menguasai negara-negara
lain seperti di Asia Tenggara.

Anda mungkin juga menyukai