Anda di halaman 1dari 4

Sejarah Dari Atas 'Sejarah dari atas' adalah suatu sejarah politik tradisional yang stereotaip dengan berfokus

pada tindakan 'orang besar' atau 'great men'. Dengan kata lain, sejarah sering kali dianggap sebagai hanya berkisar mengenai pemikiran dan tindakan individu yang berkuasa, yang terkenal dan kaya. Apa yang dirasakan orang biasa ataupun apa yang orang biasa cuba untuk melakukan melakukan sesuatu adalah dianggap remeh, bahkan tidak layak diterima sebagai sebahagian daripada sejarah. Pengkisahan sejarah dari atas telah menjadi tradisi atau amalan semenjak sejarah diperkenalkan sebagai satu ilmu pengetahuan oleh Herodotus lagi. Sejarah dilihat atau dikisahkan melalui peranan individu dalam sesuatu peristiwa yang berlaku. Diakui bahawa individu memang mempunyai peranan pentng dalam mencetuskan dan menjayakan sesuatu pergerakan atau peristiwa. Dengan kata lain, tindaktanduk seorang individu itu menjadi penentu berlakunya sesuatu peristiwa pada sesuatu masa termasuklah menentukan kejayaan atau kegagalannya. Hujah ini memperlihatkan sejarah adalah hasil tindak-tanduk seseorang yang penting atau sesuatu peristiwa itu berlaku semata-mata kerana kehadiran seseorang individu tertentu. Ini bermaksud, jika individu tidak wujud pada masa itu maka peristiwa pasti tidak akan berlaku. Hakikatnya, bahawa di dunia ini memang ada individu tertentu yang memiliki kebolehan atau keistimewaan yang lebih tinggi daripada individu yang lain. Misalnya, dari segi intelek, setiap individu mempunyai tahap intelek yang berbeza. Pemikiran individu pun berbeza mengikut tahap intelek masing-masing. Justeru, individu yang istimewa itu dipercayai dapat mempengaruhi dan menentukan haluan peristiwa sejarah. Maka tidak semua orang akan bertindak dalam corak yang sama. Misalnya, tindakan Datuk Maharajalela menikam mati James Birch di Perak pada abad ke-19. Itu adalah tindak tanduk seorang pembesar Melayu terhadap penjajahan British di Perak. Tindakan Datuk Maharajalela adalah sesuai dengan tahap pemikirannya. Sedangkan tindakan pembesar yang lain adalah tidak sama. Raja Abdullah telah menyokong campurtangan British bersesuai dengan tahap pemikirannya. Manakala Datuk Maharajalela merasakan campurtangan British dalam hal ehwal kerajaan Melayu adalah suatu perbuatan yang salah. Pemikiran kedua-dua individu tersebut ternyata berbeza dari sudut kepentingan masingmasing. Maka tentulah pemikiran, sama ada dianggap suatu kepintaran atau kebodohan mereka sendiri adalah menentukan haluan sejarah atau peristiwa itu. Ini kerana kejayaan atau kegagalan sesuatu peristiwa (pergerakan) itu adalah berkaitan rapat dengan pemikiran yang disusuli tindakan individu yang memimpin pergerakan itu. Contoh dalam sejarah moden - Dato Seri Anwar Ibrahim telah memulakan suatu gerakan 'reformasi' secara rasmi pada 14 Disember 1998. Beberapa bulan sebelum itu, terutamanya selepas dipecatkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 3 September 1998, Dato Seri Anwar telah menganjurkan beberapa banyak mengenai reformasi politik di Malaysia. Kebangkita Dato Seri Anwar dapat menggambarkan tidak mula perubahan terhadap bidang politik di Malaysia. Justeru, gerakan reformasi (peristiwa) itu seolah-olah tercetus oleh kerana pemikiran atau

kepintaran Dato Seri Anwar. Apakah hujah ini dapat kita terima sepenuhnya? Sebenarnya, perubahan politik di Malaysia telahpun bermula dengan pembentukan Persekutuan Malaysia pada bulan September 1963, dan perubahan yang lebih pesat berlaku apabila Tun Dr. Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri pada 16Julai 1981. Walau bagaimanapun, dalam sejarah Malaysia moden, Tun Mahathir lebih dikenali sebagai tokoh pembina negara Malaysia yang moden. Ini adalah hasil daripada pelbagai dasar nasional yang diperkenalkan oleh pentadbiran beliau ke arah memodenkan bidang politik, ekonomi dan sosial Malaysia. Sungguhpun Malaysia telah mencapai banyak aspek kemajuan dalam reformasi, tetapi reformasi dikatakan tidak menyeluruh semua lapisan rakyat, sebaliknya tertumpu pada lapisan tertentu berasaskan faktor nipotisme dan kronisme. Tempoh matang perubahan atau reformasi mula dirasai apabila faktor tersebut menjadi isu politik pada tahun 1990-an. Maka Dato Seri Anwar telah bangkit mengambil kesempatan untuk memimpin reformasi politik itu. Malangnya beliau gagal mencapai objektif gerakan reformasi itu pada tahun 1998. Sebenarnya, masyarakat Malaysia secara umumnya telah mengalami perubahan untuk lebih kurang 35 tahun atau empat dekad sebelum pergerakan reformasi politik 1998 itu berlaku. Jika diteliti berpandukan satu pandangan daripad bapa pensejarahan moden, Leopold von Ranke, bahawa suasana yang wujud dalam tempoh sebelum sesuatu kejadian berlaku adalah belum cukup matang lagi. Ini bermakna, suasana menjadi cukup matang hanya semasa Dato Seri Anwar bertindak. Hakikatnya, Perdana Menteri yang lebih terawal juga dilabelkan dengan perubahan atau pergerakan reformasi yang khusus. Tunku Abdul Rahman Putra digelar 'Bapa Kemerdekaan'; Tun Hussein Onn digelar 'Bapa Perpaduan', dan; Tun Abdul Razak digelar 'Bapa Pembangunan', Tun Dr. Mahathir Mohammad digelar 'Bapa Pemodenan'. Oleh kerana mereka merupakan pemimpin utama negara pada tempoh sejarah tertentu, maka pemimpin yang kecil pula telah diketepikan dalam proses pensejarahan itu. Hakikatnya, pada masa yang sama, ramai individu yang berperanan dan menyumbang dalam tempoh sesuatu sejarah. Namun individu yang berkuasa telah menerima penghargai berbanding individu yang tidak bekuasa. Misalnya antara Dato Onn (UMNO) dan Ahmad Boestaman (Parti Kebangsaan Melayu Melayu) dalam memimpin perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946. Terdapat dua pengkelasan individu yang berperanan dalam sejarah, iaitu kategori Eventful man dan Event-making man. Menurut Sidney Hook, Eventful man ialah individu yang hadir di tempat yang sesuai pada masa yang tepat dan kerana kedudukannya sebagai pemimpim membuat keputusan yang penting dan dengan itu menentukan kejayaan sesuatu pergerakan. Sementara itu, Event-making man ialah individu yang menetapkan tujuan dan kemudian menguasai keadaan demi untuk membawa masyarakat kepada haluan yang ditetapkannya. Dato Onn tergolong dalam kategori Eventful man kerana beliau memilih untuk bertindak mencapai tujuan yang diidamkan oleh masyarakatnya atau menyediakan

masyarakatnya kea rah tujuan itu, dan bukan menentukan sesuatu yang harus dimiliki oleh masyarakatnya. Sebenarnya, Dato Onn mempunyai peluang untuk menjadi Event-making man pada tahun 1951 apabila beliau mencadangkan untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu, tetapi beliau gagal kerana bukan kehendak masyarakatnya. Maka beliau berundur dan menafikan peluang beliau untuk menjadi Event-making man. Kategori Event-making man dapat dirujuk dengan jelas dalam peranan pemimpin utama yang seperti Tunku Abdul Rahman Putra (kemerdekaan), Tun Hussein Onn (perpaduan), Tun Abdul Razak (pembangunan) dan Tun Dr. Mahathir Mohammad (pemodenan). Pendekatan 'sejarah dari atas' amat ketara dalam semua karya pensejarahan tradisional Melayu, seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nafis dan sebagainya. Pendekatan ini telah menggambarkan orang bawahan (biasa) adalah manusia yang kelu untuk bercakap mengenai masa lampau mereka. Ini kerana rakyat dalam masyarakat Melayu tradisional tidak meninggalkan sebarang sumber bertulis untuk dijadikan asas sejarah mereka sendiri. Sebaliknya sejarah mereka adalah berpusatkan istana semata-mata. Justeru rakyat biasa hanya sebagai kumpulan yang bisu, yang tiada peranan kecuali sebagai pengikut, yang disuruh arah, untuk memenuhi kepentingan golongan raja dan pembesar. Sejarah Dari Bawah Lebih kurang tiga dekad yang lalu, sejarah sejarah dianggap sebagai pengkisahan mengenai manusia yang berkuasa saja. Justeru itu, 'Sejarah dari bawah' telah lahir dengan usaha untuk menjadikan orang biasa sebagai subjek kajian dan memfokuskan pengalaman dan perspektif mereka, yakni bertentangan dengan konsep 'sejarah dari atas' itu. Dominasi 'sejarah dari atas' selama ini seolah-olah menafikan sumbangan orang bawahan dalam sejarah. Hal ini diunggapkan oleh Maharaja Russia (Tsar of Rusia), 'Such a man has no history'. Mahupun unggapan sarjana Le Roy Ladurie, 'history without people'. Justeru itu, usaha 'sejarah dari bawah' adalah satu usaha untuk membawa masuk elemen manusia biasa, yakni memanusiawi sejarah (humanize history). Walau bagaimanapun, konsep 'sejarah dari bawah' ini memberikan makna yang berbeza bagi orang yang berbeza. Justeru itu, wujud pelbagai istilah yang telah lahir daripada konsep 'sejarah dari bawah' ini. Misalnya, "people' history" atau "history of the common people" atau "history of the oppressed". Sebenarnya, konsep 'sejarah dari bawah' ini telah bermula lebih awal, iaitu pada tempoh dekad Perang Dunia Kedua apabila George Lefevre membuat kajian tentang Revolusi 1789 di Eropah. Beliau memperkenalkan istilah 'sejarah dari bawah' dan seterusnya istilah ini telah berkembang di Eropah melalui kegiatan penulisan golongan sarjana Marxist dan sosialis dengan definisi yang pelbagai. Misalnya, Asa Briggs menggunakan istilah 'sejarah orang biasa' dan 'sejarah muka-muka di kalangan orang ramai'. Hobsbawn menggunakan 'sejarah sosial. G.M. Trevelyan pula menggunakan 'sejarah

masyarakat tanpa politiknya'. Pada dasarnya, konsep 'sejarah dari bawah' menegaskan kajian tentang rakyat bawahan. Walau bagaimanapun, wujud perbezaan pendekatan dan tumpuan kajian dalam konsep 'sejarah dari bawah' ini. Ini melahirkan tiga aliran atau golongan sarjana yang bertentangan pandangan dari segi persoalan asas, sejarah siapakah (who history is about), siapkah yang harus menulis sejarah (who should do history) dan untuk siapakah sejarah itu ditulis (who it should be for). Golongan pertama ialah aliran elitis yang menganggap orang bawahan hanya mempunyai motivasi material, bersikap defensif dan mundur, sedangkan orang atasan berpandangan 'ke hadapan'. Mereka menumpukan kajian mengenai kepimpinan dalam pergerakan orang bawahan seperti pergerakan perburuhan termasuklah idea perubahan dan pertubuhan mereka. Menurut Roger Fletcher, aliran ini juga terdiri daripada ahli sejarah yang mengkaji tentang sejarah kaum, sejarah wanita dan sejarawan kuantitatif. Golongan kedua ialah aliran yang menamakan diri mereka sebagai 'sejarawan kaki ayam' yang mencadangkan satu 'sejarah pilihan'. Tumpuan kajian mereka adalah orang bawahan biasa yang yang mereka anggap sebagai 'mangsa' sejarah. Justeru aliran ini mengesyorkan kajian sejarah oleh yang sesiapa individu biasa (orang biasa) yang mempunyai minat terhadap masa lalu sama ada keluarga atau komuniti atau pertubuhan mereka dalam usaha memahami sejarah itu. Golongan ketiga ialah aliran profesional yang juga memberikan tumpuan kajian tentang orang bawahan. Namun aliran ini lebih mengutamakan pendekatan ilmu sejarah berbanding aliran kedua yang membenarkan kebebasan yang tidak terbatas dalam kajian sejarah. Di Malaysia, konsep 'sejarah dari bawah' mula berkembang pada tahun 1980-an apabila berlaku kecenderungan untuk mengkaji gerakan protes dan pertentangan dari golongan orang bawahan yang dihubungkan dengan perkembangan ekonomi. Seperti kajian Shaharil Talib & Amarjit Kaur bertajuk, The Extractive Colonial Economy and the Peasantry: Ulu Kelantan, 1900-1940 (1981). Juga kajian mengenai masalah sosial berhubung dengan isu jantina, kelas dan perkauman, seperti kajian Lai Ah Eng, Peasants, Proletarians and Prostitutes: A Preliminary Investigation into the Work of Chinese in Colonial Malaya (1986). Begitu juga Cheah Boon Kheng menghasilkan sejarah tentang perompak tani di Kedah dengan tajuk, The Peasant Robbers of Kedah, 1900-1929: Historical and Folk Perceptions (1988).

Anda mungkin juga menyukai