Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENDAHULUAN
Dalam memahami apa itu Arkeologi, sebaiknya harus memahami pengertian
di sebaliknya. Namun begitu, makna Arkeologi itu mempunyai pelbagai tafsir atau
maksud yang diberikan mengikut kefahaman dan pandangan yang berlainan. Bukan
itu sahaja, pandangan yang berlainan dan tafsiran yang diberikan telah
menyedarkan bahawa Arkeologi itu merupakan satu bidang yang sangat luas,
dinamik dan boleh di pelbagaikan mengikut perkembangan yang berlaku dalam
kehidupan pada hari ini. Selain daripada itu, tafsiran yang diberikan dalam pelbagai
makna ini, sekali gus meluaskan lagi peranan Arkeologi itu sendiri. Walaupun
terdapat pelbagai tafsiran dan peranannya, dapat dikatakan bahawa Arkeologi atau
juga di kenali sebagai kaji purba kebiasaannya di kaitkan dengan unsur-unsur
pengembaraan yang mencabar, penemuan yang bernilai, misteri dan perkaraperkara purba atau dahulukala. Apabila membincangkan tentang arkeologi sekali
gus kita dapat mengetahui bahawa masa juga adalah sangat penting dalam
Arkeologi. Menurut kenyataan Stuart Piggot iaitu Any enquiry into the past which
does not reckon with the demension of time is obviously nonsense (Piggott
1959:51). Hal ini dapat dilihat bahawa masa itu sangat penting dalam arkeologi
kerana secara ringkasnya dapat dinyatakan di sini bahawa arkeologi mempelajari
perkara masa lampau.
Ahli arkeologi pula di tafsirkan sebagai mereka yang mempelajari arkeologi
dan mencari perkara-perkara yang di gunakan, di tinggalkan oleh masyarakat
terdahulu. Matlamat mereka adalah untuk memahami apa yang manusia suka buat
dan bagaimana mereka menjalani kehidupan. Berkenaan dengan peringkatperingkat tugasan ahli arkeologi dapat di bahagikan kepada kajian lapangan,
penggalian dan juga melakukan tafsiran. Kajian lapangan dan penggalian
melibatkan pengumpulan mengenai perkakasan dan juga data-data. Manakala
matlamat melakukan tafsiran pula adalah mendapatkan tempoh masa dan juga
peradaban sesuatu tamadun berkenaan dengan dari mana perkakasan itu berasal
yang akhirnya akan dapat membina kehidupan sesebuah masyarakat. Mengenai
cabang dalam bidang arkeologi, tidak semua ahli arkeologi akan dapat mempelajari
semua sejarah kehidupan manusia pada masa lampau. Hal ini kerana, banyak
cabang yang perlu di tumpukan serta masa yang spesefik, atau bahagian-bahagian
dalam dunia ini. Sebagai contoh, arkeologi prasejarah hanya mengkaji masyarakat
sebelum wujudnya sistem tulisan. Begitu cabang-cabang arkeologi yang lain yang
hanya akan mengkaji perkara yang hanya mempunyai kaitan dalam bidang yang di
kajinya sahaja. Oleh sebab itu, dapat dikatakan bahawa arkeologi itu meluas dan
dapat di perkembangkan.
Arkeologi juga merupakan satu kegiatan, hobi, perasaan ingin tahu mengenai
sesuatu perkara akan sesuatu objek yang di anggap misteri sehinggalah menjadi
satu disiplin ilmu berkenaan dengan masa lalu manusia dan kehidupan manusia
pada masa lampau itu untuk di jadikan tatapan masyarakat masa kini. Oleh sebab
itu, Arkeologi merupakan satu disiplin ilmu yang mengambil kira metodologi, teori,
teknik dan teknologi yang semakin berubah dan berkembang. Beberapa tahun ini,
dapat di katakan bahawa fokus arkeologi banyak mengalami perubahan. Apa yang
dapat dilihat, arkeologi pada hari ini mempelajari semua yang ada daripada alatanalatan dari zaman purbakala kepada DNA seterusnya kepada pembentukan teori
berkenaan dengan proses yang kognitif. Skop mengenai arkeologi ini di
perkembangkan lagi apabila ia memerlukan banyak lagi ciptaan dan teknik-teknik

pemulihan berkenaanya. Oleh itu, bagi memahami apa itu yang di katakan
Arkeologi, dapatlah dilihat dengan beberapa pentakrifan dan tafsiran mengenai
Arkeologi dan juga peranannya mengikut tanggapan serta pandangan yang
berlainan mengikut perspektif beberapa orang Sarjana.
2.0 PENGERTIAN ARKEOLOGI (APA ITU ARKEOLOGI?)
Secara umumnya, Arkeologi boleh dipecahkan dengan beberapa perkataan
dalam bahasa Greek (Yunani) iaitu Archaio dan logy. Archaio membawa maksud
kuno ataupun dahulu kala manakala logy pula membawa maksud sains mengenai
purbakala dan juga dapat dikatakan sebagai mempelajari mengenai masyarakat
purba.1 Arkeologi juga diertikan sebagai Arkhaiologia yang beerti perbincangan
tentang perkara-perkara purba atau silam. Istilah ini kemudiannya di ubah semula
oleh seorang sarjana German yang bernama George Daux. Hal ini kerana
kepelbagaian definisi berkenaan dengan Arkeologi sebagai salah satu disiplin yang
dinamik dan persepsi terhadapnya sentiasa berubah-ubah bersesuaian dengan
ruang kajianya yang semakin luas dengan merujuk kepada aplikasi penggunaan
teknologi semasa. Apa yang di maksudkan di sini adalah definisi berkenaan dengan
apa itu arkeologi terdiri dalam pelbagai makna mengikut skop kajian berkenaanya
yang semakin luas digunakan bergantung pada perkembangan sesuatu teknologi.
Ahli arkeologi mempelajari tinggalan-tinggalan masyarakat lampau antaranya
alatan, tembikar dan lain-lain tingalan pada masa lampau. Oleh itu, dapat di
katakan di sini bahawa, barangan-barangan yang di kenali sebagai tembikar dan
alatan-alatan ini juga disebut sebagai Artifak. Kebanyakan artifak-artifak ini
diperolehi melalui kaedah penggalian manakala tempat di mana artifak-artifak ini
diperoleh di kenali sebagai kawasan penggalian. 2
Lebih baik untuk memahami arkeologi itu secara mudah iaitu mempelajari
tinggalan-tinggalan oleh masyarakat pada masa lampau dan juga kesan alam
persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa lampau. Ia merujuk kepada
mempelajari bukti yang diperolehi daripada penyelidikan mengenai peradaban
sesuatu tamadun dengan melakukan ujian DNA dan ini akan dapat memberitahu
kita mengenai sesuatu genetik. Arkeologi mempunyai pertalian dengan perkaraperkara seperti ilmu alam (Geografi), sosial sains, matematik, Fizik, Biologi, kimia,
teknologi dan juga sejarah. Arkeologi juga sering kali di lihat sebagai hobi, kerjaya
kepada individu yang menyukai sesuatu peristiwa atau pengalaman yang aneh dan
berbahaya. Arkeologi juga diertikan sebagai mempelajari kebudayaan lepas melalui
perkakas-perkakas yang di tinggalkan oleh manusia. Ini dapat dilihat dengan
sesuatu artifak-artifak kecil seperti anak panah dan juga artifak-artifak yang besar
seperti tinggalan bagunan-bagunan sebagai contoh piramid. 3 Mempelajari Arkeologi
juga sama ertinya mempelajari ciptaan-ciptaan yang dilakukan oleh masyarakat
atau mengubah ciptaannya yang juga termasuk dalam rekod purbakala. Ahli
arkeologi juga menggunakan alatan-alatan perkakas adalah untuk lebih memahami
dan mengetahui semua aspek berkenaan dengan kebudayaan pada masa lepas
mulai dari kehidupan seharian manusia. Kebanyakan objek atau artifak ini tertanam
dan memerlukan ketelitian dengan berhati-hati untuk melakukan penggalian
1

Eliza Yetter, 2005. Archaeology.pdf

Getting Involved in Archaeology.pdf

Archaeology 101.pdf. Hlm 1-2

sebelum mereka melakukan penyelidikan terhadap artifak-artifak tersebut. Dalam


kebanyakan kes, artifak-artifak ini adalah satu-satunya klu atau maklumat kepada
ahli arkeologi yang akan dapat membantu mereka mengetahui kehidupan
masyarakat purbakala. Objek-objek ini dapat diibaratkan sebagai teka-teki yang
memerlukan ahli arkeologi untuk menyelesaikannya.4
Apabila kita membicarakan tentang perkakasan budaya (Material Cultural),
ini bermakna kita membicarakan tentang tingkah laku dan keparcayaan mengenai
sekumpulan masyarakat. Kebudayaan mengenai manusia ini tidak dapat melakukan
penggalian secara terus walaupun mereka di pengaruhi dengan perkakasan dalam
bentuk fizikal, perkakasan budaya, dan apa yang di jumpai oleh ahli arkeologi.
Tinggalan-tinggalan yang tidak boleh di ubah adalah seperti bagunan-bagunan yang
besar, dan juga lubang-lubang. Sementara artifak pula merupakan benda yang kecil
dan mudah untuk di angkut atau di bawa ke mana-mana sahaja. Penyimpanan
perkakasan budaya ini adalah bergantung pada jenis perkakasan tersebut (organik,
yang mana reput dengan cepat atau dalam bentuk bukan organik) dan keadaan
persekitaran di mana perkakasan ini terdedah. Perkakasan ini di pengaruhi oleh
beberapa faktor persekitaran adalah seperti hujan, matahari, salji, angin dan lainlain fenomena alam. Apa yang dapat di katakan di sini, perkakasan yang tertanam
di dalam tanah adalah baik daripada perkasan dan alatan yang terdedah kepada
alam persekitaran. Hal ini kerana perkakasan yang kering lebih baik daripada
perkakasan yang berada dalam keadaan lembap.5 Arkeologi juga dapat diberikan
tafsiran sebagai sains tanpa had. Arkeologi tidak dapat membuktikan atau
mengesahkan kebenaran spiritual dan data yang di bekalkan barangkali boleh di
terjemahkan dengan cara yang berbeza.
Menurut Britannica Elementary Library
dalam Achaeology menyatakan
bahawa arkeologi itu adalah mengkaji sesuatu berkenaan dengan perkara-perkara
dalam purbakala. Selain itu, arkeologi dapat juga di nyatakan sebagai lapangan
yang mengkaji mengenai gabungan keseronokan mengenai perburuan dengan
melakukan penyelidikan makmal. Arkeologi juga merupakan kajian saintifik yang
mengkaji peralatan daripada manusia pada masa lampau. Kajian mengenainya
adalah melibatkan pencarian sumber pengetahuan mengenai kebudayaan
prasejarah. Kajian yang di tumpukan dalam arkeologi adalah mengkaji kedua-dua
benda/peralatan sama ada di perbuat oleh manusia dan juga yang di gunakan oleh
mereka. Semua peralatan tersebut termasuklah petempatan, bangunan, alatan,
senjata, objek yang dijadikan perhiasan, dan seni tulen. Arkeologi juga mengkaji
segala aktiviti yang di lakukan oleh manusia. Ia termasuklah mengkaji mengenai
artifak yang paling awal di cipta daripada batu kepada penggunaan objek yang di
tanam atau dibuang daripada kehidupan zaman pada hari ini. Arkeologi juga
mengkaji kesemua benda yang di perbuat oleh manusia yang pada asalnya bermula
daripada peralatan yang ringkas dan akhirnya kepada mesin yang lebih kompleks.
Sebagai contoh, awal sekali rumah atau kuil yang di bina, pusara kepada istana,
dan juga piramid.6

Ibid hlm 1-2

Ibid. hlm 1

Archaeology. 2010. Britannica Elementary Library. Ultimate Reference

Robert L.Kelly dan juga David Hurst Thomas mentafsirkan arkeologi sebagai
keseronokan fizikal, misteri mengenai sebarang penemuan dan juga potensi dalam
mengingati. Arkeologi adalah keseronokan yang sangat mendalam walaupun kita
tidak melakukan penyelidikan dengan sekumpulan pekerja yang mempunyai
kamera di sebelah kita atau zaman purbakala pertempuran binatang buas. Hal ini
kerana, dalam arkeologi kita hanya memerlukan buku-buku kecil dan pen,
mengukur pita-pita, alat pengukur,kertas graf dan sedikit alatan yang berteknologi
seperti laser dan juga magnetometer. Menurut mereka lagi, arkeologi adalah satu
kajian lapangan yang masih mentah pada awalnya tetapi mulai berubah secara
dramatik beberapa tahun selepas itu. Arkeologi adalah tentang objek zaman
lampau yang di panggil sebagai artifak yang diperolehi kembali daripada tapak
yang merupakan sumber primer. Arkeologi sebagai disiplin yang formal pada
pertengahan lewat abad ke 19. Pada awalnya ia semestinya perkara yang
berkenaan dengan gambaran dan sejarah kebudayaan, membina kronologi
daripada perkakasan yang diperoleh, perkaitan dengan idea dan perubahan
kebudayaan. Arkeologi juga dapat di tafsirkan sebagai sains semula jadi untuk
membantu memperoleh kembali perkara yang berlaku pada masa lampau. 7
Kevin Greene mengatakan bahawa Arkeologi adalah idea berkenaan dengan
masyarakat awal pada masa lampau, pengenalan atau peniktirafan, tafsiran
mengenai alatan yang di gunakan oleh masyarakat pada masa lampau, melakukan
pemerhatian, merekod daripada tapak masa lampau, dan akhirnya penyelidikan
yang dilakukan dengan cara penggalian untuk mengetahui peradaban awal
masyarakat masa lampau.8 Cornelius Holtrof menyatakan arkeologi itu adalah
menganalisis, dan melaporkan berkenaan dengan isu yang di kaitkan yang mana
mempunyai kaitan dengan dunia yang luas ini seperti politik, etika, kerajaan, sosial,
pendidikan, pengurusan, ekonomi dan falsafah. Greg McGill mendefinisikan
Arkeologi sebagai sesuatu yang sangat ringkas di mana memperlajari mengenai
perkakasan-perkakasan yang di tinggalkan oleh manusia. Secara umumnya, Beliau
memikirkan arkeologi adalah mempelajari mengenai perkakasan-perkakasan atau
alatan yang tertanam di dalam tanah serta mana-mana objek yang wujudmengenai
aktiviti masa lampau manusia. Walau bagaimanapun, Oxford English University
memberi pengertian arkeologi ini dengan sedikit berbeza iaitu termasuk di dalam
gambaran yang sistematik atau mempelajari barangan-barangan purba di mana
tujuannya adalah untuk lebih memperolehi zaman yang berbeza-beza berkenaan
dengan masa lampau.
Ian Hodder mendefinisikan arkeologi merupakan sesuatu yang sangat
penting dalam masyarakat kontemporari sekarang. Kebanyakan ahli arkeologi
sekarang menyediakan cerita-cerita mengenai pra sejarah dan pelengkap kepada
dokumen-dokumen mengenai sejarah. Selain itu, arkeologi juga mempunyai kaitan
dengan perkakasan-perkakasan purba yang juga di anggap mempunyai hubung kait
dengan tempatan dan identiti kebangsaan. Menurut Henrietta Moore yang
mencadangkan pencarian mengenai karakter Origins atau asal-usul/pangkal
dalam bahasa Melayu yang mempunyai kaitan yang banyak dalam disiplin arkeologi
ini., Beliau menerangkan bahawa pencarian asal usul/pangkal ini adalah sebagai
7

Robert L.Kelly and David Hurst Thomas. 2009. Archaeology. Cengage Learning. Hlm 1-19

Kevin Greene. 1996. Archaeology An Introduction: The History, Principles, and Methods Of
Modern Archaeology. Routledge.

proses rangkap yang mana kita mencarinya pada masa lampau dengan memulakan
sesuatu perkara yang spesefik dan pada masa yang sama, membentuk bilangan
Originary Moves yang mana ia akan di bentuk kepada sesuatu yang lebih jelas.
Richard A.Gould menyatakan bahawa dalam beberapa tahun ini, dalam
kalangan ahli-ahli sejarah ada mendefinisikan arkeologi senagai Fossilized Human
Behaviour. Mereka yang berada di dalam bidang arkeologi sebaiknya memikirkan
bahawa kesimpulan atau hujah-hujah berkenaan dengan bukti purbakala dalam
aturan kepada menemui bagaimana manusia boleh berada dalam masyarakat
prasejarah yang berbeza dan perlakuan mereka pada masa lampau.
Clive Camble menyatakan bahawa arkeologi memberi erti sebagai sesuatu
yang sangat menakjubkan. Ketakjubkan itu datang apabila menggunakan imaginasi
untuk pergi ke kawasan yang belum pernah kita mengembara mengenai peristiwa
masa lampau dan seterusnya memikirkan tentang sesuatu objek dan masa
menerusi cara yang berbeza daripada pengalaman kita seharian untuk lebih
memahami siapa diri kita dan dapat mengetahui dari mana asal usul kita. Selain
daripada itu, arkeologi juga dapat diberikan tafsiran sebagai satu kebolehan dalam
menjelajah kedudukan kita dan memikirkan di sebaliki pengalaman setiap hari serta
masukkan ke dalam kehidupan kita dengan aktiviti dan artifak mengenai
masyarakat. Menurut Beliau lagi, arkeologi pula adalah satu aktiviti berkenaan
dengan nafsu manusia yang ingin mengetahui sesuatu perkara atau peristiwa. Ia
lebih berfokus kepada semangat bergelora kita dan menimbulkan satu
kegembiraan.
Ellis E. Mc Dowell-Loudon mendefinisikan arkeologi sebagai mempelajari
kehidupan manusia pada masa lampau dan bukannya mempelajari dinasour, fosilfosil lama, tulang-tulang yang tertanam di bawah tanah. Arkeologi juga mengkaji
sesuatu perkara yang mempunyai hubung kaitnya dengan manusia. sering kali juga
arkeologi di takrifkan sebagai mempelajari dan mengkaji keadaan masyarakat pada
masa lampau. Arkeologi juga adalah merujuk kepada sub disiplin mengenai
antropologi, sosial dan juga sains.

3.0 PERANAN ARKEOLOGI MENGIKUT PANDANGAN SARJANA.


Secara umumnya peranan arkeologi dapat dalam memberikan sumber
mengenai maklumat tentang aspek perkembangan kita, seperti pertanian, asal-usul
mengenai sesuatu tamadun, atau penemuan mengenai logam, yang mana hanya
dapat di fahami melalui ujian daripada bukti fizikal. Arkeologi juga menyediakan
bukti mengenai perkara yang berlaku pada masa lepas di mana bukti-bukti tersebut
tidak tercatat di dalam rekod. Arkeologi membantu kita untuk menghargai dan
mengekalkan budaya warisan daripada masyarakat masa lampau. Apa yang
penting, arkeologi ini dapat memberitahu kita apa yang berlaku pada masa lepas,
sekali gus dapat menolong kita untuk lebih memahami dari mana kita berasal dan
dapat menunjukkan kepada kita semua bagaimana manusia menjalani kehidupan,
menghadapi cabaran, dan seterusnya dapat membina pelbagai masyarakat seperti
yang kita alami pada zaman sekarang. Melalui Arkeologi, kita berkemungkinan
boleh mempelajari kehidupan masa lampau manusia yang hidup pada zaman
sebelumnya dan apa-apa sejarah mengenainya.

Robert L.Kelly dan juga David Hurst Thomas mengatakan bahawa dokumendokumen berkenaan dengan arkeologi adalah semua yang dijumpai. Maksudnya di
sini adalah, semua bahan yang di jumpai semasa melakukan penyelidikan adalah di
panggil sebagai dokumen. Hal ini kerana dokumen dan juga bahan yang dijumpai
adalah berperanan dalam memberitahu kita sesuatu perkara mengenainya. Peranan
arkeologi dapat di lihat apabila keturunan sekelompok manusia itu dapat diketahui
hanya daripada penggunaan alatan batu/artifak yang dijumpai oleh ahli arkeologi.
Di samping itu, menerusi arkeologi, kita akan dapat mengetahui serta dapat
menetapkan umur/usia mengenai sesuatu artifak yang wujud berjuta-juta tahun
dahulu. Kita akan dapat membina semula bagaimana bentuk sosial masyarakat
dan organisasi politik masyarakat lampau. Melalui arkeologi, kita akan dapat
menganalisis rangka-rangka tulang dan ia akan dapat memberitahu maklumat
mengenai seseorang manusia itu sama ada individu tersebut banyak makan
tumbuh-tumbuhan atau makan daging. Menurut frasa yang di ungkapkan oleh
seorang ahli arkeologi dan juga ahli falsafah iaitu Alison Wylie (University of
Washington) menyebut think from things. Ia bermaksud, sekiranya kita ingin
mengetahui sejarah mengenai masyarakat masa lampau, kita perlu memikirkan
peralatan yang di digunakan oleh mereka. Objek-objek yang diperoleh menerusi
kajian arkeologi ini akan dapat memberitahu kita kehidupan yang pernah di alami
oleh masyarakat pada masa lampau dan pengakuan mengenai kuasa mereka dan
juga penerimaan etika. Arkeologi pada hari ini memainkan peranan penting dalam
mengetahui sekali gus untuk memahami tentang keadaan masyarakat pada masa
lampau dan juga berhadapan di lema etika yang serius.
Menurut Kevin Greence, berkenaan dengan peranan arkeologi, menyatakan bahawa
rangkaian utama mengenai artifak dan kebudayaan akan dapat di bina dan selepas
itu membina kronologi sesuatu peristiwa menurut susunan waktunya menerusi
bukti yang mengandungi dokumen atau radiokarbon. Dalam mendekati sesebuah
etnik dan hubungnya di antara kebudayaan akan dapat di ketahui melaui batas
masa berkenaan dengan sejarah arkeologi termasuklah pencerobohan, penjajahan,
dan perdagangan. Secara alternatifnya, perkembangan berkenaan dengan sesuatu
budaya itu menerusi masa boleh di lihat dalam tempoh evolusi , biologi, ekologi,
sosial, politik, dan ekonomi. Menerusi penggalian dalam arkeologi akan dapat
memberitahu kita mengenai sebarang aktiviti yang di lakukan oleh manusia pada
masa lampau. Sebagai contoh, tapak penggalian menunjukkan bukti dalam aktiviti
ekonomi manusia iaitu menjalankan aktiviti ladang, kraf tangan, dan juga
perdagangan. Dalam bidang sosial pula, dapat mengetahui dari mana rumah-rumah
tersebut di bina, dan pelbagai ragam daripada objek yang di jumpai di kawasan
petempatan atau kubur yang akan dapat menunjukkan perbezaan status atau
kekayaan. Di samping itu, arkeologi dapat menerangkan kita bagaimana perubahan
yang berlaku dalam sosial masyarakat, begitu juga perkembangan yang berlaku
dalam kegiatan ekonomi manusia.
Cornelius Holtrof pula berpendapat
memberitahu kisah mengenai apa yang
memberitahu kita pada hari ini berkenaan
Arkeologi dapat meluaskan perspektif

mengenai arkeologi itu berperanan


berlaku pada masa lampau dan dapat
hubungannya dengan warisan terdahulu.
masyarakat pada hari ini, menjawab

persoalan mengenai faedah sosial yang diperoleh pada hari ini oleh masyarakat.
Arkeologi berperanan memberikan pelbagai makna kehidupan dalam seseorang
individu dan masyarakat pada amnya. Menurut Beliau lagi, arkeologi itu berperanan
sebagai suatu alat pemain watak (player character) yang mana di gunakan
mengikut aturan dan arahan untuk menemui sesuatu klu/tanda. Hal ini dapat
menjelaskan bahawa arkeologi berperanan bagi menemui klu atau menjawab
persoalan mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau. Arkeologi
juga barangkali pada masa sekarang mengendalikan barangan-barangan artifak
sebagai sumber yang tidak boleh diperbaharui dan menyelamatkan bukti yang
diperolehi bertujuan untuk membangunkan kehidupan yang lebih moden.

Greg McGill memberi pandangan bahawa arkeologi kini mula memainkan peranan
penting sebagai sesuatu yang lebih bersifat saintifik dengan masyarakat sebagai
contoh yang dapat dilihat ialah Pitt-Rivers, Evans dan juga Petrie dalam
menyediakan maklumat baru. Menerusi arkeologi, mereka telah diperlihatkan
dengan penyampaian yang lebih bersistem untuk tujuan penggalian, maklumatmaklumat rekod yang lebih lengkap dan tahap-tahap baru mengenai ketepatan dan
disiplin yang boleh diperolehi. Sebagai contohnya Pitt-Rivers (1827-1900), di mana
Beliau telah dapat merekod dengan tepat bagi setiap spesimen, pengumpulan
barangan artifak, membuat lukisan dengan lengkap, dan mendapat gambaran
semua berkenaan dengan aktiviti penggalian. Evans (1851-1941) pula secara
persamaanya memberi tumpuan yang serupa untuk mendapatkan kejelasan
mengenai sesuatu dan Beliau menghubungkan kepentingan terbaik untuk semua
perkara yang di jumpainya tidak kira perkara atau maklumat tersebut tidak penting.
Selain itu, Petrie (1853-1942), sebagai seorang ahli arkeologi yang mengukur atau
membuat penyelidikan tentang bagunan dan tanah yang di buat oleh seseorang
sebagai contohnya dalam penciptaan piramid, Beliau membangunkan sistem
retetan tarikh. Dalam bukunya yang bertajuk Methods and Aims Of Archaeology
Beliau telah menyediakan empat perkara penting untuk penyelidikan purbakala
yang mana di anggap relevan pada hari ini. Pertamanya ialah, monumen-monumen
penting yang diperolehi haruslah di jaga sebaik-baiknya. Kedua, perkara penting
yang harus diberikan perhatian adalah berkenaan dengan pengumpulan dan
gambaran mengenai semua perkara yang di jumpai. Ketiga, berkenaan kelengkapan
dan ketepatan melalui pemerhatian harus di tanggung bersama dengan rancangan
yang lebih berhati-hati. Terakhirnya, semua maklumat yang diperoleh haruslah di
beritahu secepat mungkin. Menurut Beliau juga, terdapat di antaranya yang
membicarakan mengenai arkeologi ini merupakan cabang kepada Sejarah, di mana
ia dapat di lihat apabila sejarahwan cuba mencari untuk memperoleh gambaran
mengenai semua peristiwa yang mempunyai kaitan dengan sejarah termasuklah
peristiwa secara semula jadi iaitu sebahagian besar aktiviti ahli arkeologi yang
bertumpukan pada aktiviti lepas manusia dan kesannya kepada landskap. Terdapat
juga lain-lain kehidupan yang juga di anggap penting, khususnya dalam zaman
prasejarah, tetapi ahli arkeologi lebih berminat untuk mengetahui kemajuan yang di
capai oleh manusia dan bagaimana masyarakat pada masa lampau mengalami
perkembangan.
Richard A.Gould menyatakan bahawa peranan arkeologi itu adalah membantu ahli
arkeologi untuk mengetahu bagaimana sesuatu kerosakan berlaku daripada
bencana alam sama ada semula jadi atau pun tidak dan memahami bagaimana

tindakan pereputan memberi kesan sehingga menyebabkan sisa-sisa tinggalan


masyarakat pada masa lampau menjadi rosak. Di samping itu, arkeologi berperanan
memberitahu atau memberi penjelasan mengenai sisa-sisa perkakasan yang di
tinggalkan oleh masyarakat pada masa lampau mengenai tingkah laku manusia.
secara tidak langsung, perkakasan-perkakasan ini di anggap sebagai lambang
kepada kehidupan ,asyarakat pada masa lampau. Sebagai contoh yang dapat dilihat
adalah, menerusi arkeologi, kita akan dapat mengetahui keadaan sesuatu
masyarakat sama ada dari segi bahasa, organisasi sosial, dan idea yang akan di
manipulasikan dalam pelbagai cara. Menurut Beliau juga, arkeologi berperanan
sebagai menerangkan secara penuh berkenaan dengan kelakuan manusia,
termasuk sosial, simbolik perhubungan dan peristiwa yang unik dalam pra sejarah.
Arkeologi juga berperanan sebagai memahami fenomena baru yang kian
berkembang di dalam pembangunan baru serta mempelajari kehidupan yang di
alami oleh masyarakat pada masa lampau.
Clive Camble manyatakan arkeologi adalah satu-satunya cara untuk kita mengingati
sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia. Kita melakukannya bukan
sekadar menemui semua benda-benda yang telah mengalami kemusnahan dan
kerosakan, tetapi juga menggunakan penemuan purbakala untuk membentuk
peristiwa pada masa lampau. Ini bermakna, arkeologi adalah satu aktiviti sosial
terlibat dalam sesuatu peristiwa yang melibatkan ingatan mengenai tempatan,
kebangsaan dan lain-lain. Arkeologi yang memainkan peranan penting dalam
mengkaji perkara yang berlaku pada masa lampau menerusi alatan-alatan perkakas
yang di temui. Antaranya adalah objek dan landskap. Apa yang dapat di fahami
mengenai objek adalah ahli arkeologi menghabiskan masa mereka dengan
menggali, mencari dan menyusun. Manakala landskap pula adalah memperingatkan
kita dengan banyak mengenai apa yang ahli arkeologi buat termasuklah kawasan.
Menerusi arkeologi juga, kita kan dapat memahami dan memberitahu mengenai
sesuatu perkara yang ingin kita tahu berkenaan dengan sesuatu peristiwa kita tidak
mengalaminya sendiri.
Ian Hodder menyatakan arkeologi berperanan sebagai satu kognitif sainstis yang
memberi perhatian berkenaan dengan bukti purbakala dan idea apabila pencarian
untuk memahami alam semula jadi dan proses perkembangan mengenai ingatan
atau fikiran. Arkeologi di anggap bidang yang sangat penting sebagai kognitif sains
yang kian menjadi lebih bersedia untuk memberikan perhatian kepada bukti
purbakala dan idea apabila mula mencari untuk memahami alam semula jadi dan
evolusi mengenai minda.
Ellis E. Mc Dowell-Loudon mengatakan bahawa menerusi arkeologi, kita akan dapat
mengetahui siapa manusia yang paling awal yang hidup selama 6 atau lebih
daripada berjuta-juta tahun dahulu. Arkeologi juga berperanan sebagai satu
orientasi atau penyesuaian di mana ia merupakan satu cara untuk melihat perkara
yang ada di dunia sekeliling kita untuk melihat apa yang di lakukan oleh manusia,
bagaimana mereka membuatnya, di mana mereka membuatnya dan mengapa
mereka membuatnya. Selain itu, arkeologi juga berperanan dalam mengkaji objekobjek yang di buat oleh manusia, perubahan yang di lakukan oleh manusia tersebut
dan kegunaanya. Ia mungkin dalam bentuk yang besar atau kecil (pakaian, alat
perkakas), mudah di angkut atau kukuh (alatan, istana Sphnix, patung/arca di pulau
Ester) di kenali sebagai satu artifak. Arkeologi juga berperanan dalam mengkaji

barangan artifak yang ada di jumpai di kawasan tapak. Hal ini kerana semua artifak
yang di jumpai akan memberitahu sesuatu tentang penciptaanya dan kegunaanya.

Anda mungkin juga menyukai