Anda di halaman 1dari 1

TUTORIAL 13

HURAIKAN KEPENTINGAN SUMBER ARKEOLOGI

Arkeologi merupakan satu disiplin ilmu sains sosial yang menitikberatkan hal-hal yang
berkaitan perilaku manusia purba melalui budaya kebendaan yang ditinggalkan oleh
sejarah. Arkeologi dari segi bahasa bermaksud, archaois yang bererti logy (logia) dan
membawa maksud locus iaitu ilmu. Arkeologi juga merupakan ilmu berkaitan kepurbakalaan
yang mengkaji tentang kemasyarakatan serta gaya hidup manusia melalui penemuan dan
analisis contohnya, melalui penemuan artifak, biofak dan ekofak iaitu landskap budaya yang
lama ditinggalkan tapi kekal dalam keadaan yang unik contohnya istana yang masih kekal
susun atur permandangannya. Selain itu, melalui analisis menggunakan data dan kajian
DNA bagi memastikan bahawa ia merupakan salah satu dari kajian arkeologi.

Arkeologi itu juga merupakan kombinasi disiplin ilmu sains tulen dan sains sosial.
Penggunaan DNA untuk mengetahu sifat sesuatu penemuan artifak oleh saintis merupakan
analisis yang penting untuk mengetahui ketulenan artifak purba tersebut dengan mengenal
pasti tempat penemuan, jangka masa artifak tersebut walaupun wujud bercanggahan fakta
antara ahli sejarah dan saintis. Arkeologi juga penting kerana ia bukan setakat
membicarakan manusia itu tetapi cara yang digunakan pakai untuk mengkaji arkeologi itu
juga penting antaranya antropologi, sejarah, seni sejarah, geografi, kimia, geologi,
palezologi dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, manusia merupakan salah satu dari makhluk
yang menetap dibumi ini. Uniknya bidang arkealogi ini, walaupun beribu tahun usia manusia
purba atau artifak kebendaan yang ditemui, penemuan itu masih boleh dianalisis untuk
mengetahui asal usul kehidupan sejarah walaupun umum mengketahui data arkeologi
kadang-kadang tidak sempurna apabila terdapat perselisihan fakta diantara saintis dan
pengkaji sejarah itu dan banyak keadaan dilakukan serba kebetulan dan spekulatif tetapi
keadaan itu masih boleh ditangani untuk mengwujudkan satu suasana budaya ilmu yang
ditinggalkan oleh sejarah dan dibincangkan dalam ilmu arkeologi ini.

Anda mungkin juga menyukai