Anda di halaman 1dari 3

7/25/2019 Esei Ilmiah DR YUNUS(Definisi Arkeologi)

DEFINISI ARKEOLOGI

Arkeologi berasal daripada perkataan Greek iaitu Arkhailogia yang bermaksud barang-barang
 purba. Arkeologi telah bermula lebih dari 100 tahun tetapi hanya terdapat sebilangan kecil sahaja
yang meminati dan mengamalkan bidang ini sehingga abad ke-14. Lebih 500 tahun dahulu telah
wujud apa yang dikatakan “kabinet-kabinet diraja” yang mengandungi barang-barang inilah
menjadi sumber utama bagi kebanyakan muzium yang ditubuhkan selepas tahun 1800. Selain itu,
arkeologi juga dikatakan bermula setelah penemuan artifak yang wujud di Afrika Timur dan
 penemuan penting seperti makanan Tutankhamun di Mesir. Tambahan lagi, konsep mencintai
arkeologi juga semakin mendapat tempat setelah kisah pengembaraan dan penjelajahan lahir
daripada penemuan dan pengumpulan dalam bidang-bidang arkeologi. Walaupun kegiatan cari
gali barang-barang purba atau eskavasi yang dilakukan adalah penting namun para arkeologis
mempunyai tanggungjawab yang lebih besar iaitu mereka perlu menerangkan, mengelaskan,
merekodkan dan menterjemahkan apa-apa sahaja maklumat yang wujud sama ada dari kepingan
 pepaku, patung-patung mahupun serpihan tembikar. Namun bagi orang kebanyakan istilah
arkeologi menggambarkan pengembaraan, harta karun dan kisah-kisah yang pernah berlaku
dalam tamadun purba seperti Mesir dan Mesopotamia.

Berdasarkan kamus Dewan Edisi ke-4, arkeologi merupakan kajian saintifik mengenai sesuatu
kebudayaan terutama kebudayaan prasejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-
kesan tinggalannya. Amalan cara hidup masyarakat seperti kegiatan pemburuan, petempatan,
teknologi, sistem kepercayaan, dan hubungan luar sesama manusia adalah termasuk dalam
 pengkajian para arkeologis. Menurut pendapat sejarawan barat iaitu Frank Hole dan Robert
F.Heizer, arkeologi merupakan satu arahan atau kaedah penyelidikan masa lalu yang
menggambarkan dat-data yang diperolehi dan latihan akademik serta kegiatan peninjauan untuk
menjadikan seseorang itu faham tentang teori ahli arkeologi. Menurut pandangan ikatan ahli-ahli
arkeologi Malaysia pula, arkeologi merupakan satu disiplin yang menekankan pendekatan antara
disiplin. Pandangan ini bertepatan dengan dengan sifat arkeologi itu sendiri yang multi-disiplin
dan memerlukan disiplin ilmu lain dalam melengkapkan bidang pengkajiannya. Oleh itu,
arkeologi dapat memberi sumbangan melalui pelbagai kaedah dan pendekatan dalam masalah
sejarah kebudayaan zaman prasejarah, protosejarah dan sejarah serta dalam bidang antropologi
 budaya. Bidang arkeologi juga merupakan salah satu daripada bidang sains dalam mendapatkan
 bukti-bukti fizikal masyarakat silam yang telah pupus dan untuk mengetahui sejarah dan
tamadun masyarakat terbabit. Tujuan utama mempelajari arkeologi hanyalah semata-mata untuk

memahami kemajuan kebudayaan dan social masyarakat, membina semula sejarah dan
kebudayaan manusia, mengkaji dan menganalisis proses perkembangan sesuatu budaya.

Arkeologi membangkitkan kesedaran tentang gambaran yang mengasyikkan, negara-negara luar,


 jumpaan-jumpaan yang menarik, misteri masa silam, kemahiran purba, kerja-kerja penyelidikan
yang teliti dan publisiti. Banyak lagi gambaran yang akan timbul di fikiran kita apabila menyebut
tentang arkeologi. Seolah-olah terdapat suatu dorongan untuk terus menggali, untuk memegang
objek-objek purba, untuk membayangkan keadaan sebelumnya. Secara umum, arkeologi adalah

http://slidepdf.com/reader/full/esei-ilmiah-dr-yunusdefinisi-arkeologi 1/3
7/25/2019 Esei Ilmiah DR YUNUS(Definisi Arkeologi)

suatu kajian tentang masa silam manusia yang dikaji terutamanya melalui bahan-bahan
 peninggalan. Arkeologi juga merupakan suatu susunan kaedah dan tatacara penyelidikan masa
lalu yang menggambarkan data-data yang diperolehi dan latihan akedemik serta orientasi teori
ahli arkeologi. Di universiti-universiti Amerika arkeologi merupakan disiplin kecil arkeologi
iaitu suatu bidang kajian yang cuba mengkaji manusia dari berbagai-bagai aspek iaitu fizikal,
 budaya, social, linguistic dan sejarah. Ahli-ahli antropologi berminat dengan perkara-perkara
yang berkaitan dengan budaya manusia. Begitu juga ahli-ahli arkeologi berminat dengan
 perubahan budaya dan budaya yang berbagai jenis. Walaubagaimanapun, arkeologi berbeza
dengan kebanyakan bidang antropologi kerana arkeologi mengkaji mengkaji orang yang telah
mati(yang selalunya tidak bernama) dan budaya yang jarang difahami oleh individu. Perbezaan
wujud kerana arkeologi mengkaji kerja-kerja manusia, artifak-artifak mereka serta tempat-tempat
kegiatan mereka dan bukan manusia itu sendiri. Dengan itu, walaupun arkeologi tidak boleh
merangkumi segala bidang antropologi tetapi arkeologi boleh boleh member sumbangan yang
 penting dalam bidang antropologi dan sejarah dengan menambah dimensi masa yang tidak dapat

dikaji semasa manusia itu masih hidup. Arkeologi adalah sebahagian daripada serta tambahan
kepada antropologi tetapi perkara asas yang dikaji adalah berbeza. Kaedahnya tidak sama dengan
antropologi am dan interpretasinya lebih berbentuk umum daripada khusus iaitu tentang proses
kehidupan dan bukan sisa-sisa kehidupan yang statik. Kepelbagaian arkeologi dapat dilihat
dengan fakta bahawa ahli arkeologi terdapat di mana-mana jabatan sastera, sejarah, klasik,
linguistic dan antropologi. Tamabahn pula ahli-ahli arkeologi diambil bekerja oleh university,
muzium, agensi sejarah, perkhidmatan taman serta jabatan lebuh raya. Adakalanya, ahli
arkeologi juga diambil bekerja sebagai saksi pakar dalam tindakan undang-undang. Dengan
demikian, arkeologi dianggap meliputi bidang dan minat yang luas dan boleh dianggap sebagai
 penyelidikan tulen di satu pihak dan teknologi gunaan di pihak yang lain. Kita tidak mungkin
dapat menggambarkan keseluruhan bidang khusus arkeologi secara sistematik
walaubagaimanapun kita seharusnya menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara yang
mempunyai persamaan dalam semua bidang arkeologi.

http://slidepdf.com/reader/full/esei-ilmiah-dr-yunusdefinisi-arkeologi 2/3
7/25/2019 Esei Ilmiah DR YUNUS(Definisi Arkeologi)

ARKEOLOGI SEJARAH

Sejarah bermula sejak adanya rekod-rekod bertulis seperti dokumen dan rekod. Tulisan awal
manusia yang dijumpai adalah dalam bentuk rekod-rekod ringkas. Walaubagaimanapun,
arkeologi sejarah juga adalah penting walaupun telah wujud rekod-rekod bertulis kerana terdapat
sebilangan rekod sejarah yang tidak sempurna dan tidak semua aktiviti dicatatkan. Sejarah juga
adalah hasil penulisan manusia dan selalunya mengandungi unsure bias. Kekurangan data yang
terdapat dalam bidang sejarah ditambah oleh eskavasi dalam bidang arkeologi yang pada asasnya
didasarkan kepada rekod-rekod sejarah itu sendiri. Sebagai contoh, tamadun sejarah yang telah
hilang boleh ditulis semula melalui eskavasi yang dijalankan oleh arkeologis seperti yang
dilakukan terhadap tamadun Harappa di Lembah Indus. Jelaslah bahawa sifat arkeologi yang
multi-disiplin dapat menyelesaikan masalah sejarah dengan mengesahkan, memperbetulkan
rekod-rekod sejarah serta menambah kekurangan dalam bahagian sejarah.

ARKEOLOGI PROTOSEJARAH

Protosejarah merupakan zaman antara pra sejarah dengan sejarah yang mana masih belum wujud
rekod-rekod bertulis. Para arkeologis mengkaji tinggalan-tinggalan purba kawasan yang dikenal
 pasti sebagai penempatan awal zaman prasejarah dengan tujuan untuk membina semula sejarah
manusia yang lampau. Arkeologi protosejarah berhadapan dengan skala evolusi manusia yang
sangat luas iaitu lingkungan 5.6 juta tahun yang lampau. Perkembangan manusia awal dikatakan
 bermula dengan manusia Homo Erectus kepada Homo Sapiens seterusnya kepada Homo Sapiens
Sapiens. Evolusi perkembangan manusia ini juga menjadi antara aspek yang dikaji dalam
arkeologi. Peninggalan data-data oleh manusia prasejarah membolehkan para arkeologis
melakukan kerja-kerja penyelidikan dengan melakukan kaedah eskavasi bagi merekonstruksi
semula sejarah. Data-data dapat dibahagikan kepada empat iaitu artifak, ekofak, features dan
data alam sekeliling. Artifak merupakan hasil kerja tangan manusia seperti alatan batu manakala
ekofak pula merupakan sesuatu yang bukan merupakan hasil kerja tangan manusia seperti sisa-
sisa makanan yang ditinggalkan oleh manusia. Features pula merupakan hasil kerja tangan
manusia yang tidak boleh dibawa ke makmal seperti peninggalan tapak-tapak prasejarah. Data
alam sekeliling pula lebih tertumpu kepada persekitaran yang ada di sekitar manusia yang boleh
menyumbang kepada kewujudan sesuatu tapak sejarah seperti tasik dan pantai.

http://slidepdf.com/reader/full/esei-ilmiah-dr-yunusdefinisi-arkeologi 3/3

Anda mungkin juga menyukai