Anda di halaman 1dari 4

41 Peranan Ilmu Sains Tulen, Sains Sosial dan Kemanusiaan

6
PERANAN SAINS TULEN, SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
Pertelagahan pendapat di kalangan ahli-ahli arkeologi tentang kedudukan disiplin arkeologi antara disiplin ilmu sains sosial dan sains tulen mula ketara dengan pengenalan kaedah sains khususnya selepas Perang Dunia Pertama. Berbanding dengan perkembangan sebelumnya, arkeologi hanya menggunakan terminologi sains dalam membentuk interpretasi. Tapi kini, kaedah dan teknik sains digunakan dalam menganalisis data. Kelompok yang meletakkan disiplin arkeologi dalam disiplin ilmu sains sosial juga membawa arah disiplin ini berasaskan latarbelakang kesarjanaan mereka. Kedudukan disiplin arkeologi adalah bergantung kepada kaedah yang mereka gunakan namun hakikatnya matlamat disipilin arkeologi walau berada di mana disiplin ilmu sekalipun tetapi sama iaitu merekonstruksikan masa lampau berdasarkan maklumat yang diperolehi dengan kaedahnya yang tidak terbatas dan bersifat rentas-disiplin. Sifat rentas-disiplin telah menjadikan disiplin sains sosial dan sains tulen saling berkaitan untuk memantapkan disiplin arkeologi sebagai induk utama disiplin yang mengkaji masa lampau manusia dan persekitarannya. PERKAITAN DENGAN DISIPLIN SEJARAH Sejak dari perkembangan awal arkeologi dalam era Purbawanisme lagi masyarakat umum melihat disiplin ini berada dalam disiplin sejarah. Hal ini berlaku adalah disebabkan penumpuan bidang kajian kedua-dua disiplin berdasarkan galuran masa. Hal ini amat ketara di Britain di mana perkembangan awal arkeologi untuk menjadi suatu ilmu yang sistematik dan ilmiah. Pada dasarnya terdapat suatu perbezaan yang nyata dalam usaha mengkaji masa lalu antara disiplin sejarah dan disiplin arkeologi:Disiplin sejarah merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji peristiwa-peristiwa lalu berdasarkan apa yang telah tercatat khususnya melalui manuskrip, dokumen ataupun sebarang rekod catatan. Arkeologi mengkaji masa lalu mengkaji masa lalu dengan kaedah ekskavasi dan tinggalan-tinggalan kebudayaan dalam bentuk tidak bertulis, lisan dan bertulis. Bentuk kajian yang menyeluruh dalam menyingkap masa lalu menjadikan arkeologi lebih meluas lagi berbanding dengan disiplin sejarah.

Namun perkaitan yang rapat antara dua disiplin ini dalam mengkaji masa lalu berdasarkan kronologikal peristiwa adalah suatu yang tidak boleh dipersoalkan.

42 Peranan Ilmu Sains Tulen, Sains Sosial dan Kemanusiaan PERKAITAN DENGAN DISIPLIN ANTROPOLOGI Pandangan yang menyatakan arkeologi adalah sebahagian daripada disiplin antropologi telah dipelopori oleh sarjana antropologi dan ahli arkeologi Amerika Syarikat:Hal ini berlaku kerana disiplin antroplogi mengkaji perkembangan evolusi manusia, kebudayaan dan persekitannya. Begitu juga dalam disiplin arkeologi yang menekankan kepada kajian perkembangan kebudayaan manusia dan persekiatannya pada masa lalu. Mereka menegaskan bahawa disiplin arkeologi merupakan cabang dari disiplin antropologi yang mempelajari perkembangan kebudayaan manusia masa lalu ketika tidak terdapat bahan-bahan bertulis atau rekod-rekod catatan. Di dalam disiplin antroplogi, arkeologi digunakan untuk menilai, membuat rumusan dan mengintergrasikan budaya dan tabiat serta perilaku manusia melalu tinggalan budaya. Arkeologi dalam disiplin ini menjalankan kajian ke atas prasejarah, sejarah, ciri-ciri kesejarahan budaya dan cara hidup masyarakat silam. Kajian tertumpu ke atasi tapaktapak yang pernah dijadikan penempatan awal, artifak dan monumen. Kajian dalam melihat perubahan-perubahan yang berlaku telah menyebabkan disiplin arkeologi mempunyai perkaitan yang rapat dengan kajian disiplin antropologi.

Terdapat perbezaan yang membolehkan disiplin arkeologi keluar atau tidak seharusnya diletakkan sebagai sebahagian dari disiplin antroplogi. Perbezaan tersebut ialah:Kajian arkeologi bukan hanya tertumpu kepada bahan-bahan tidak bertulis iaitu tinggalan budaya dan perilaku sosial manusia tetapi juga keatas peristiwa-peristiwa masa lalu dan fenomena-fenomena perubahan persekitaran yang dianggap sebagai kajian sejarah dan disiplin sains persekitaran. Kelahiran sub-sub disiplin arkeologi seperti arkeologi angkasa lepas, arkeologi, arkeologi penerbangan, arkeologi genetik, arkeologi kapal karam dan arkeologi maya juga telah mempelbagaikan corak kajian disiplin arkeologi dan lebih bersifat terbuka. Ianya menjadi disiplin yang bersifat rentas-disiplin yang tidak dimiliki atau berdiri sebagai cabang dalam sesebuah ilmu sama ada dalam disiplin sains sosial atau sains tulen.

PERANAN DISIPLIN GEOGRAFI Pengetahuan tentang diperlukan dalam:ilmu geografi amat

- Mencari dan menentukan tapak yang hendak dikaji atau diekskavasi. - Penentuan lokasi secara tepat dan peta topo tetapi juga pemahaman terhadap ciri-ciri fizikal semulajadi bentuk muka bumi. - Kaedah pengukuran dalam membuat peta dan penggunaan foto udara dan satelit merupakan kaedah tinjauan yang amat diperlukan dalam setiap tinjauan dan ekskavasi arkeologi. - Konsep dan istilah, ilmu geografi telah

43 Peranan Ilmu Sains Tulen, Sains Sosial dan Kemanusiaan mempermudahkan pengenalpastian ke atas fizikal persekitaran manusia. Contohnya istilah pola petempatan yang menghuraikan secara saintifik tentang saiz, jarak tapak dan bilangan kependudukan pada sesebuah petempatan. Penggunaan kaedah kuantitatif khususnya dalam menyediakan data-data demografi amat penting dalam memperolehi keputusan yang relatif dan mutlak dalam melihat perubahan populasi manusia disesuatu tempat. Dari aspek sejarah perubahan fizikal bumi pula, ilmu geografi menyediakan maklumat tentang perubahan cuaca atau iklim yang berkait rapat dengan perubahan permukaan tanah dan habitat flora dan fauna.

PERANAN DISIPLIN GEOLOGI Geologi ditakrifkan sebagai analisis saintifik tentang asal usul, struktur, sejarah dan komposisi bumi, ianya amat penting dalam penyelidikan arkeologi. - Perlapisan tanah ataupun stratigrafi. Melalui kaedah ini, ahli arkeologi dapat mentarikhkan sesuatu artifak meskipun secara relatif tetapi ianya dapat memberi pengetahuan tentang tahap urutan peristiwa. - Melihat perubahan aras laut, jenis dan struktur bantuan serta proses-proses pembentukan daratan dan akuatik. Teknik-teknik survei dalam usaha mencari tapak-tapak yang berpotensi untuk dikaji oleh ahli arkeologi. Teknik survei geofizik yang digunakan dalam survei arkeologi ialah imbasan, megnetik, radar dan sonar banyak membantu usaha-usaha tinjauan sekunder arkeologi. PERANAN DISIPLIN BOTANI Manusia merupakan sebahagian daripada pesekitaran semulajadi dan alam flora adalah sebahagian dari ekologi dan dietri kehidupan seharian. Sisa-sisa buangan manusia merupakan maklumat masa silam manusia. Sebahagian daripada sisa-sisa buangan tersebut adalah dalam sisa tumbuh-tumbuhan. - Pengkajian mengenainya menghasilkan bukti-bukti flora yang memberi maklumat tentang pentarikhan tapak, jenis tapak dan bentuk kebudayaan di sesebuah tapak. - Maklumat tentang botani purba yang dikolerasikan dengan maklumat dari ilmu geografi dan geologi akan dapat membentuk kembali persekitaran masa lalu dan kronologinya membantu kepada pemahaman evolusi manusia baik fizikal ataupun kebudayaan. - Maklumat tentang penyesuaian ekologi

anan Ilmu Sa ains Tulen, Sains S Sosial l dan Keman nusiaan 44 Pera

di zaman n purba dapat diketahui berdasarkan n kajian terh hadap debunga dan sopra tumbuhan n. ANAN DISIPL LIN KIMIAWI PERA rupakan alat bantu dalam m penyelidikan n arkeologi khususnya k da alam membuat Ilmu kimiawi mer an non artifak k seperti men ndapan. Anallisis kimia tid dak hanya ter rtumpu kepad da analisis artifak da arikhan malah h juga dalam menganalisis tulang dan ba ahan organik lain. penta Antara ka aedah kimiaw wi yang digunakan dala am membuat pentarikhan ialah:Kalium K argon. Te ermolumunes sen (TL). Fa assion track. Asid A amino. Paleomagnetik k.

Analiisis tulang:- Penentuan kandungan florin dan nitr rogen dalam tulang. t Analiisis batuan:- Kaedah panitasi. - Analisis kuantitatif digu unakan bagi m mengetahui tempat asal artifak, jenis loga am dan batu. Pemuliharaan:- Artifak-art tifak yang tela ah mengalami perubahan kimia k seperti llogam besi da an seramik da ari tapak das sar laut dirawa ati dengan me enggunakan bahantara b kim mia. ANAN DISIPL LIN MATEMA ATIK PERA Kepentingannya dapat dilihat dalam:- Aspek interpretasi dat ta khususnya matrik stratigrafi dan artifa ak. - Ianya membantu dala am membuat t penyelarasa an artifak yan ng bagai jenis, pe entarikhan bu ukti, sumber dan fungsi ses suatu artifak. berb - Berperan nan dalam menjelaskan m perkara yan ng sebenarny ya yang g menjadi p persoalan pen nting dalam menginterpre etasi data-da ata yang g dikumpul. ta yang melib batkan angka a dan ukuran n seperti bera at, - Data-dat teba al, tinggi dan llebar merupakan data kuan ntitatif.

Anda mungkin juga menyukai