Anda di halaman 1dari 3

YOK&GRACE PEMBENTANGAN KUMPULAN PENSEJARAHAN MALAYSIA

21.2.2017

Corak Penulisan Tempatan

Antara sumber pensejarahan Melayu tradisional yang penting adalah karya


kesusasteraan Melayu tradisional yang meliputi pelbagai genre penulisan seperti sastera
kitab (keagamaan), undang-undang Melayu lama, epik, pelbagai bentuk puisi, pelbagai
cabang sastera rakyat (penglipur lara, cerita jenaka, teladan dll) serta sastera istana.
Tema penulisan dalam penulisan pensejarahan tradisional Melayu tidak lari daripada
membicarakan soal salasilah keturunan raja-raja, naratif berkaitan dengan jatuh bangun
sesebuah kerajaan serta aturan dan perjalanan sesebuah kerajaan.
Dalam pensejarahan Melayu tradisional, kecenderungan penulisannya dilihat lebih
berfokus kepada golongan pemerintah dan istana.
Sebagai contoh, Bustanus Salatin karangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri dilihat cenderung
untuk mengagung-agungkan Sultan Acheh manakala Tuhfat al-Nafis pula terlalu
mengagungkan suku Bugis dalam istana Riau pada ketika itu.

Corak Penulisan Barat

Penulisan pensejarahan Barat pula dibuat dalam bentuk penulisan naratif dan deskriptif
yang bercorak ilmiah.
Corak penulisan kolonial di Tanah Melayu adalah bersifat euro-centric.
Sebagai contoh, para penulis pensejarahan kolonial di Tanah Melayu cenderung untuk
melakukan penulisan yang dilihat bias terhadap pentadbiran kolonial yang dianggap
sebagai membawa pelbagai perubahan di Tanah Melayu.
Corak penulisan yang bersifat euro-centric ini jelas dalam kebanyakan daripada
penulisan mereka.
Sebagai contoh, J.Rigby yang mengkaji Undang-undang 99 Perak dan R.J Wilkinson
yang mengkaji Undang-undang Adat Perpatih dan Temenggung menolak undang-
undang Melayu seperti Undang-undang 99 Perak dan beberapa yang lain sebagai
sebuah undang-undang lengkap seperti legal code dalam perundangan Barat.
Penulisan yang bercorak euro-centric dalam pensejarahan kolonial di Tanah Melayu juga
dapat dilihat melalui penulisan para pegawai British yang dilihat mengangkat kejayaan
pentadbiran kolonial di Tanah Melayu.
Sebagai contoh, Frank Swettenham (1907) dalam bukunya British Malaya secara jelas
menceritakan sebahagian pengalamannya sebagai pegawai dan Gabenor di NNMB
serta kejayaan campurtangan British di negeri-negeri Melayu.

Kebolehpercayaan Penulisan Tempatan


YOK&GRACE PEMBENTANGAN KUMPULAN PENSEJARAHAN MALAYSIA
21.2.2017

pensejarahan tradisional Melayu terpecah kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama
yang penuh dengan mitos dan lagenda dan bahagian kedua yang lebih bersifat sejarah.
Dengan ini, kebolehpercayaan penulisan tempatan adalah kurang kerana penulisan
tersebut mengandungi perkara mitos dan lagenda yang tidak diterima dalam sejarah
Bukan itu sahaja, kebolehpercayaan penulisan tempatan juga dikatakan kurang atas
faktor karya pensejarahan tradisional Melayu tidak mementingkan penggunaan tarikh
dan kronologi dalam penulisan.
Karya-karya pensejarahan tradisional Melayu dibuat tanpa kajian dan lebih berpandukan
kepada pemikiran dan intelek para penulisnya.
Walaupun sebahagian penulisan pensejarahan Melayu dilihat mengambil sumber-
sumber daripada penulisan lain untuk dimuatkan dalam penulisan mereka, pernyataan
sumber tidak dinyatakan dalam penulisan mereka.
Sebagai contoh, penulisan Bustanus Salatin yang menggalurkan kembali sejarah raja-
raja Melayu semestinya merujuk sumber seperti Sejarah Melayu atau sumber Pahang
dalam penulisannya tetapi penulisnya Syeikh Nuruddin al-Raniri tidak menjelaskan
mengenai sumber penulisannya
Dalam konteks pensejarahan, walaupun karya pensejarahan tradisional Melayu seperti
Sejarah Melayu dilihat bercampur di antara persoalan sejarah, mitos dan lagenda,
namun para penulis kolonial tidak patut menidakkan sumber pensejarahan ini kerana
berdasarkan perbandingan dengan sumber sezaman dari Siam, China dll ternyata
kebanyakan peristiwa sejarah yang dicatat dalam Sejarah Melayu ada asasnya.

Kebolehpercayaan Penulisan Barat


YOK&GRACE PEMBENTANGAN KUMPULAN PENSEJARAHAN MALAYSIA
21.2.2017

kebolehpercayaan penulisan Barat adalah tinggi kerana penulisan pensejarahannya


lebih berfokus kepada fakta sejarah dan pembuktiannya
Pensejarahan Barat menolak penulisan yang berbentuk lagenda dan mitos dalam
penulisan seseorang sejarawan
Tema penulisan Barat pula lebih berfokus kepada Sejarah pentadbiran British di Tanah
Melayu, sejarah yang berkait dengan masyarakat, budaya, bahasa dan sebagainya
Kebolehpercayaan penulisan Barat dikatakan amat tinggi kerana dalam penulisan
sejarah kolonial, penggunaan tarikh memainkan peranan yang amat penting dan tarikh
merupakan sebahagian daripada fakta sejarah
penulisan pensejarahan Barat di Tanah Melayu dilihat lebih mengutamakan penggunaan
sumber dalam penulisan sejarah.
Dalam penulisan Barat, penggunaan sumber dinyatakan secara jelas seperti penulisan
Frank Swettenham (1907) dalam bukunya British Malaya yang menceritakan mengenai
kemasukan pengaruh kolonial dan pentadbirannya di Tanah Melayu yang diambil
daripada rekod-rekod kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
sesuai dengan kedudukannya sebagai Gabenor NNMB sebelumnya.
Selain itu, dalam melakukan kajian terhadap amalan dan kepercayaan tertentu
masyarakat Melayu, para penulis Barat sanggup menemui orang-orang sumber bagi
mendapatkan fakta penulisan yang tepat
Sebagai satu bukti yang jelas dan nyata, R.O Winstedt telah melakukan kajian terhadap
amalan perbomohan dan upacara keramat dalam kalangan masyarakat Melayu untuk
mendapatkan fakta penulisan yang tepat.
Dalam konteks pensejarahan kolonial di Tanah Melayu, tahap kebolehpercayaan
terhadap pensejarahan kolonial sebenarnya bergantung kepada keobjektifan seseorang
penulis itu sendiri dalam melakukan penulisannya.
Walaupun kebanyakan penulis kolonial bersifat euro-centric, hal ini tidaklah bermakna
segala pandangan dan hasil penulisan mereka harus ditolak bulat-bulat.
kebanyakan penulisan kolonial masih boleh dipercayai dan diterima sebagai salah satu
sumber pensejarahan Malaysia terutamanya hal-hal berkaitan kajian mereka mengenai
cara hidup dan amalan masyarakat serta hal-hal berkait dengan ekonomi dan
pentadbiran British ketika di Tanah Melayu.
Terdapat beberapa penulis Barat yang cuba diangkat sebagai penulisan yang
bersederhana dan boleh dipercayai sebagai satu sumber pensejarahan kepada
Malaysia.
Antaranya termasuklah J.M Gullick iaitu Indigenous Political System of Western Malaya
serta Rupert Emerson dalam Malaysia: A Study In Direct and Indirect Rule yang dilihat
tidak terlalu menonjolkan sikap bias terhadap kolonial British secara keterlaluan
walaupun kajian masih berlegar mengenai pentadbiran kolonial di Tanah Melayu
sebelum merdeka.
Kesimpulannya, kebolehpercayaan terhadap pensejarahan kolonial bergantung kepada
cara penulisan seseorang penulis kolonial itu supaya tidak terlalu bias dan tidak juga
terlalu menulis dari luar ruang lingkup tempatan.

Anda mungkin juga menyukai