Anda di halaman 1dari 4

Corak Penulisan Pensejarahan Kolonial

Corak penulisan kolonial di Tanah Melayu adalah bersifat euro-centric.


Sebagai contoh, para penulis pensejarahan kolonial di Tanah Melayu cenderung
untuk melakukan penulisan yang dilihat bias terhadap pentadbiran kolonial yang
dianggap sebagai membawa pelbagai perubahan di Tanah Melayu.
Menurut Khoo Kay Kim, hal ini terjadi kerana kebanyakan pegawai British
telah muncul sebagai pegawai merangkap penyelidik dan penulis kepada
pensejarahan kolonial di Tanah Melayu. Menurut Kamaruddin Md. Said (2007), para
pegawai British ini pula telah didoktrinkan dengan satu bentuk pemikiran,
pandangan, penulisan, pemikiran dan penelitian yang direka bentuk oleh pelbagai
institusi pendidikan dan latihan bagi pegawai awam dan pegawai swasta kolonial
yang telah membina tanggapan rasmi, formal dan peribadi tentang betapa
rendahnya martabat masyarakat dan budaya peribumi berbanding ketinggian dan
martabat masyarakat dan budaya Barat. Indoktrinasi ke atas para pegawai kolonial di
tanah jajahan mereka ini telah menyebabkan segala penelitian dan tulisan mereka
dengan sendirinya akan mewakili sudut pandang dan kepentingan kuasa kolonial,
dan mereka tidak perlu sensitif pada sudut pandang dan kepentingan masyarakat
tempatan.
Seterusnya, corak penulisan yang bersifat euro-centric ini jelas dalam
kebanyakan daripada penulisan mereka. Sebagai contoh, J. Rigby yang mengkaji
Undang-undang 99 Perak dan R.J Wilkinson yang mengkaji Undang-undang Adat
Perpatih dan Temenggung menolak undang-undang Melayu seperti Undang-undang
99 Perak dan beberapa yang lain sebagai sebuah undang-undang lengkap seperti
legal code dalam perundangan Barat. Hal ini demikian kerana mereka berpendapat
bahawa undang-undang adat di Tanah Melayu sebaliknya hanya bersifat digest iaitu
hanya bersifat intisari terhadap sebuah perundangan yang boleh diterima pakai
seperti di Barat. Hal ini jelas menunjukkan bagaimana para penulis kolonial cuba
melihat undang-undang adat di Tanah Melayu dari sudut perundangan kolonial
sedangkan perkara ini adalah berbeza sama sekali.
Selain itu, penulisan yang bercorak euro-centric dalam pensejarahan kolonial
di Tanah Melayu juga dapat dilihat melalui penulisan para pegawai British yang dilihat
mengangkat kejayaan pentadbiran kolonial di Tanah Melayu. Sebagai contohnya,
Frank Swettenham (1907) dalam bukunya British Malaya secara jelas menceritakan
sebahagian pengalamannya sebagai pegawai dan Gabenor di NNMB serta kejayaan
campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Penulisan euro-centric dalam

kalangan pegawai British dapat dilihat melalui ulasan R.O Winstedt terhadap Hikayat
Hang Tuah. Beliau menolak kewujudan Hang Tuah sebagai seorang Laksamana di
Istana Melaka kerana beranggapan kewujudan pengaruh sastera panji dalam
Hikayat Hang Tuah menjadikan watak Hang Tuah tidak lebih daripada sekadar mitos
seperti epik-epik Hindu-Jawa yang lainnya.
Bukan itu sahaja, penulisan yang bercorak euro-centric dalam pensejarahan
kolonial di Tanah Melayu telah mewujudkan sikap bias mereka dalam melakukan
pengadilan moral ke atas tokoh-tokoh tertentu dalam penulisan mereka. Oleh itu,
para pejuang tempatan yang menentang pentadbiran kolonial British di Tanah
Melayu seperti Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu,
Mat Kilau di Pahang dan lain-lain dianggap sebagai penderhaka kerana kononnya
menentang Sultan mereka sendiri walhal para pejuang tersebut menentang British
dan bukannya Sultan mereka. Hanya apabila munculnya penulisan sejarah yang
bersentrikkan tempatan, baharulah para penentang British ini diangkat sebagai para
pejuang.
Kesimpulannya, para penulis karya pensejarahan harus mengekalkan
penulisan yang bersentrik euro-centric dan penulisan yang bersentrik tempatan agar
tidak menunjukkan terlalu bias dalam prasejarahan mereka.
Kebolehpercayaan Pensejarahan Kolonial
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan boleh bermaksud dapat atau
mampu manakala perkataan percaya

bermaksud mengakui akan benarnya

sesuatu. Kebolehpercayaan terhadap penulisan merujuk kepada kemampuan untuk


mempercayai atau mengakui akan benarnya sesuatu penulisan itu. Dalam konteks
pensejarahan kolonial di Tanah Melayu, tahap kebolehpercayaan terhadap
pensejarahan kolonial sebenarnya bergantung kepada keobjektifan seseorang
penulis itu sendiri dalam melakukan penulisannya.
Walaupun kebanyakan penulis kolonial bersifat euro-centric, hal ini tidaklah
bermakna segala pandangan dan hasil penulisan mereka harus ditolak bulat-bulat.
Malah, persoalan sentrik ini sebenarnya telah menimbulkan banyak pertikaian dan
perdebatan. Walaupun pensejarahan bersifat euro-centric mempunyai biasnya yang
tersendiri

dalam

hal

tertentu,

John

Bastin

melihat

pengenalan

penulisan

pensejarahan yang bersentrik tempatan hanya akan menjadikan penulisan sejarah


ditulis dalam semangat nasionalisme yang sempit. Malah, John Bastin menolak

dakwaan bahawa penulisan sejarah kolonial yang bersifat euro-centric menyebabkan


penulisan sejarah menjadi bias dan tidak objektif.
Seterusnya, menurut pendapat J.M Gullick pula, persoalan sentrik bukanlah
sesuatu yang penting dalam penulisan sejarah. Dalam hal yang berkait dengan
kebolehpercayaan terhadap pensejarahan kolonial ini, hasil perdebatan berkenaan
sentrik penulisan sejarah di Malaysia merumuskan bahawa kebanyakan daripada
penulisan kolonial diterima dan dihargai dalam membantu menambah rujukan
terhadap pensejarahan Malaysia. Walaubagaimanapun, sebahagian pendapat dan
pandangan para penulis kolonial yang dilihat sinikal dan terlampau objektif dalam
meneliti sumber pensejarahan tradisional Melayu seperti yang dilakukan oleh R.J
Wilkinson.
Selain itu, para sejarawan tempatan menolak pandangan para pengkaji
kolonial yang dilihat cuba untuk menidakkan karya-karya pensejarahan tradisional
Melayu dengan berpandangan bahawa para pengkaji kolonial itu tidak layak untuk
mengkaji sebuah karya tempatan dengan berpandu kepada euro-centric. Sebaliknya,
walaupun karya pensejarahan tradisional Melayu seperti Sejarah Melayu dilihat
bercampur di antara persoalan sejarah, mitos dan lagenda, namun para penulis
kolonial tidak patut menidakkan sumber pensejarahan ini kerana berdasarkan
perbandingan dengan sumber sezaman dari Siam, China dan lain-lain ternyata
kebanyakan peristiwa sejarah yang dicatat dalam Sejarah Melayu ada asasnya. Oleh
itu, para sejarawan tempatan melihat bahawa penulisan dan pengadilan para penulis
kolonial terhadap sesuatu isu atau perkara yang dilihat terlalu bias dan bersentrik
Eropah harus ditolak dan dilakukan semula berdasarkan disiplin ilmu sejarah yang
moden.
Di samping itu, sikap pengadilan para penulis Barat yang dilihat bukan sahaja
terlalu bias akan tetapi sampai ke tahap memperlekeh pensejarahan tradisional
Melayu juga ditolak dan tidak diterima. Dalam hal ini, antaranya termasuklah
pandangan J.C Bottoms terhadap pensejarahan tradisional Melayu yang agak tidak
rasional. Menurut beliau, Sejarah bagi orang Melayu bukan satu ilmu atau seni. Apa
yang

paling

digemari

ialah

lagenda,

fantasi

dan

omong

kosong.

Walaubagaimanapun, kebanyakan penulisan kolonial masih boleh dipercayai dan


diterima sebagai salah satu sumber pensejarahan Malaysia terutamanya hal-hal
berkaitan kajian mereka mengenai cara hidup dan amalan masyarakat serta hal-hal
berkait dengan ekonomi dan pentadbiran British ketika di Tanah Melayu.
Bukan itu sahaja, Tregonning dalam bukunya, Malayan History mengulas
akan kelemahan pensejarahan Barat yang dilihat beliau seolah-olah lebih kepada

penceritaan hal berkenaan sejarah bangsa Eropah di Tanah Melayu setelah berlegarlegar dalam soal pentadbiran British, Stamford Raffles dan Francis Light sedangkan
banyak lagi tema pensejarahan tempatan lain yang perlu diangkat. Pun begitu,
terdapat beberapa penulis Barat yang cuba diangkat sebagai penulisan yang
bersederhana dan boleh dipercayai sebagai satu sumber pensejarahan kepada
Malaysia. Antaranya termasuklah J.M Gullick iaitu Indigenous Political System of
Western Malaya serta Rupert Emerson dalam Malaysia: A Study In Direct and
Indirect Rule yang dilihat tidak terlalu menonjolkan sikap bias terhadap kolonial
British secara keterlaluan walaupun kajian masih berlegar mengenai pentadbiran
kolonial di Tanah Melayu sebelum merdeka.
Kesimpulannya,

kebolehpercayaan

terhadap

pensejarahan

kolonial

bergantung kepada cara penulisan seseorang penulis kolonial itu supaya tidak terlalu
bias dan tidak juga terlalu menulis dari luar ruang lingkup tempatan. Di samping itu
juga, penulisan kolonial dalam pensejarahan Malaysia juga penting dan perlu
dikekalkan berbanding penggunaan penulisan yang bersentrik tempatan sepenuhnya
bagi mendapatkan satu sudut pandang yang berimbang dan tidak terlalu dicengkam
oleh pensejarahan yang bersifat nasionalisme semata-mata. Malah, hingga kini
kebanyakan kajian dan penyelenggaraan para pegawai kolonial terhadap sumber
pensejarahan tradisional tempatan masih menjadi sumber rujukan terutamanya
penyelenggaraan W.G. Shellabear dalam Sejarah Melayu.

Anda mungkin juga menyukai