Anda di halaman 1dari 3

TUTORIAL

Definisi Kesahan
Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman&
Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan
interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan
tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti
kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak
(concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996).

Jenis-jenis Kesahan

Kesahan Kandungan

Kesahan Semasa

Kesahan Ramalan

Kesahan Berkaitan Kriteria

Kesahan Konstruk

Kesahan Muka

1.Kesahan Kandungan
- Merujuk kepada objektif pengajaran yang jelas dan bahan-bahan pengajaran atau bidang
pengjaran.
- Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur.
2.Kesahan Semasa
- Hubungkait antara skor dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriteria tertentu.
- Ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendek.
- Skor ujian peperiksaan akhir tahun bagi sampel pelajar dibandingkan dengan jangkauan
guru tentang kebolehan pelajar, misalnya matematik dalam peperiksaan SPM.
3.Kesahan Ramalan
- Ditentukan dengan menilai setepat mana ramalan yang dibuat (menggunakan instrumen)
masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang dikumpulkan pada masa hadapan.
4.Kesahan Berkaitan Kriteria
- Perbezaan antara kesahan semasa dengan kesahan ramalan bergantung kepada prosedur
pentadbir ujian.

5.Kesahan Konstruk
- Sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur konstruk hipotetikal berkenaan dengan sifat
semula jadi dan tingkah laku manusia, misalnya kecerdasan, kreativiti dan ketidaktentuan
perasaan
6.Kesahan Muka
- Satu peringkat dimana ujian dilihat mengukur apa yang sepatutnya diukur.

Faktor Mempengaruhi Kesahan


Pelbagai

faktor

mempengaruhi

kesahan

skor

ujian,

kelemahan

membina

butiran

ujian/soalan/item iaitu dalam situasi seperti berikut;

Pembina tidak mengawal aras kesukaran ujian dengan baik (terlalu susah atau
senang). Ini menyebabkan skor calon tidak tersebar meluas di sepanjang senarai skor
daripada rendah hingga ke tinggi. Ini bermakna butiran ujian/soalan/item tidak dapat
mendiskriminasikan calon.

Penulisan ayat yang kabur sama ada dalam arahan atau soalan. Apakah perlu ditulis
dengan jelas, iaitu bagaimana calon perlu memberikan respon pada tugasan.

Penggunaan perbendaharaan kata yang tidak sesuai dengan aras umur pelajar.

Terdapat petunjuk dalam soalan yang memudahkan calon memberikan respon.

Kesalahan dalam mengenalpasti objektif pentaksiran dalam butiran ujian yang


dibekalkan. Contohnya seorang pembina yang ingin menguji kemahiran menganalisis tetapi
membekalkan soalan yang berada pada tahap kefahaman. Ketidaksesuaian antara hasrat
dengan item.

Dari segi struktur ujian, jika boleh ujian di bilik darjah jangan terlalu pendek atau
panjang. Ini akan menjejaskan kesahan. Ini adalah kerana struktur ujian merupakan sampel
daripada sekumpulan soalan yang mungkin disoal. Sekiranya ujian terlalu pendek sukar
untuk membekalkan cakupan yang mewakili prestasi yang diharapkan. Struktur ujian
biasanya dimulakan dahulu soalan yang senang diikuti dengan soalan sukar.

Dari segi pentadbiran ujian banyak bentuk kelemahan yang biasa berlaku dan
menjejaskan kesahan ujian. Contohnya masa yang tidak mencukupi diperuntukan bagi
menjawab soalan, pertolongan yang tidak adil yang diberikan oleh pengawas peperiksaan
dan penipuan semasa ujian dijalankan. Dari segi pemarkahan pula ujian esei mungkin tidak
mempunyai skema penskoran yang terperinci. Ini akan menurunkan kesahan ujian

Anda mungkin juga menyukai