Anda di halaman 1dari 13

• Corak penulisan colonial di Tanah Melayu bersifat euro-

centric.
• Sebagai contoh, para penulis pensejarahan colonial di Tanah
Melayu cenderung untuk melakukan penullisan yang dilihat
bias terhadap pentadbiran colonial yang dianggap sebagai
pembawa pelbagai perubahan di Tanah Melayu.
• Menurut Khoo Kay Kim (1975), hal ini terjadi kerana
kebanyakan pegawai Brithish telah muncul sebagai pegawai
merangkap penyelidik dan penulisa kepada pensejarahan
colonial di Tanah Melayu.
• Para pegawai British ini pula telah didoktrinkan dengan satu bentuk
pemikiran, pandangan, penulisan, pemikiran dan penelitian yang direka bentuk
oleh pelbagai institusi pendidikan dan latihan bagi pegawai awam (dan swasta)
colonial yang tellah membina tanggapan rasmi, formal dan peribadi tentang
berapa rendahnya martabat masyarakat dan budaya peribumi berbanding
ketinggian dan martabat masyarkat dan budaya baratt.
• Segala penelitian dan tulisan mereka akan mewakili sudut pandangan dan
kepentingan kuasa colonial dan mereka tidak perlu sensitive pada sudut
pandangan dan kepentingan masyarakat tempatan.
• Sebagai contoh, J.Rigby mengkaji Undang-undang 99 Perak dan R.J. Wikinson
yang mengkaji Undang-undang Adat perpatih dan Temenggung menolak
undang-undang Melayu sebagai sebuah undang-undang lengkap seperti legal
code dalam perundangan Baratt.
• Mereka berpendapat, undang-undang adadt di TM sebaliknya hanya bersifat digest iaitu
hanya bersifat intisari terhadap sesebuah perundangan yang boleh diterima pakai seperti di
Barat.

• Penulisan yang bercorak euro-centric dalam pesejjarahan colonial di TM dpt dilihat melalui
penulisan para pegawai British ang dilihat mengangkat kejayaan pentadbiiran colonial di
TM.

• Sebagi contoh, Frank Swettenhem (1907) dalam bukunua British Malaya menceritakan
sebahagiian pengalamannya sebagai pegawai dan Gabenor di NNMB serta kejayaan campur
tangan British di Negeri-negeri Melayu.

• Selain itu, penulisan euro-centric dapat dilihat melalui ulasan R.O Winstedt terhdap Hikayat
Hang Tuah. Beliau menolak kewujudan Hang Tuah sebagai seorang Laksamana di istana
Melaka kerana beranggapan kewujudan pengaruh sastera panji (epic jawa) dlm Hikayat Hang
Tuah menjadikan watak Hang Tuah tidak lebih drpd sekadar mitos seperti epic-epic Hindu-
• penulisan yang bercorak euro-centric dlm pensejarahan colonial di
Tanah Melayu telah mewujudkan sikap bias mereka dalam melakukan
pengadilan moral ke atas tokoh-tokoh tertentu dalm penulisan
mereka.
• Para pejuang tempatan seperi Tok Janggut Mat Kilau dianggap
sebagai penderhaka kerana kononnya menentang sultan mereka
sendiri tetapi para pejuang tersebut menentang British.
• Hanya apabila munculnya penulisan sejarah yang bersentrikan
tempatan, barulah para penentang British ini diangkat sebagai para
pejuang.
KEBOLEHPERCAYAAN
PENSEJARAHAN
KOLONIAL
• Kebolehpercayaan merujuk kepada kemampuan untuk mempercayai atau
mengakui akan benarnya sesuatu penulisan itu.
• Dalam konteks pensejarahan colonial di Tanah Melayu, tahap kebolehpercayaan
terhadap pensejarahan colonial sebenearnya bergantung kepada keobjektifan
seseorang penulis itu sendiri dalam melakukan penulisannya.
• Walaupun kebanyakan penuli colonial bersifat euro-centric, hal ini tidaklah
bermakna segala pandangan dan hasil penulisan mereka harus ditolak bulat-
bulay. Malah, persoalan sentrik ini sebenarnya telah menimbulkan banyak
pertikaian dan perdebatan.
• Walaupun pensejarahan bersifat euro-centric, mempunyai biasnya yang
tersendiri dalam hal tertentu, John Bastin melihant pengenalan penulisan
pensejarahan yang bersentrik tempatan hanya akan menjadikan penulisan
sejarah ditulis dalam semangat nasionalisme yang sempit.
• Malah, John Bastin menolak dakwaan bahawa penulisan sejarah colonial yang
bersifat euro-centric menyebabkan penulisan sejarah bias dan tidak ada
objektif.
• Menurut pendapat J.M Gullick pula, persoalan sentrik bukanlah sesuatu penting
dalam penulisan sejarah.
• Dalam hal yang berkait dengan kebolehpercayaan terhadap pensejarahan
colonial ini, hasil perdebatan berkenaan sentrik penulisan sejarah di Malaysia
merumuskan bahawa kebanyakan daripada penulisan colonial diterima dan
dihargai dalam membantu menambah rujukan terhadap pensejarahan Malaysia.
• Walaubagaimanapun, sebahagian pendapat dan pandangan para penulis
colonial yang dilihat sinikal dan terlampau objektif dalam meneliti sumber
pensejarahan tradisional Malayu seperti yang dilakukan oleh R.J Wikinson.
• Para sejarawan tempatan menolak pandangan para pengkaji colonial yang
dilihat cuba untuk menidakkan karya-karya pensejarahan tradisional Melayu
dengan berpandangan bahawa para pengkaji colonial itu tidak layak untuk
mengkaji sebuah karya tempatan dengan berpandu euro-centric.
• Sebaliknya, walaupun karya pensejarahan tradisional Melayu seperti Sejarah
Melayu dilihat bercampur di Antara persoalan sejarah, mitos dan lagenda
namun para penulis colonial tidak patut menidakkan sumber pensejarahan ini
kerana berdasarkan perbandingan dengan sumber sezaman dari siam, China dll
ternyata kebanyakkan peristiwa sejarah yang dicatat dalam Sejarah Melau
adalah asasnya.
• Oleh itu, para sejarawan tempatan melihat bahawa penulisan dan pengadilan
para penulis colonial terhadap sesuatu isu atau perkara yang dilihat terlalu
bias dan bersentrik eropah harus ditolak dan dilakukan semula berdasarkan
disiplin ilmu sejarah yang moden.
• Selain itu, sikap pengadilan para penulis Barat yang dilihat bukan sahaja
terlalu bias akan tetapi sampai ke tahap memperlekeh pensejarahan tradisional
Melayu juga ditolak dan tidak diterima.
• Antaranya termasuklah pandangan J.C Bottoms terhadap pensejarahan
tradisional Melayu yang agak tidak rasional. Menurut beliau, “Sejarah bagi org
Melayu bukan satu ilmu atau seni. Apa yang paling digemari ialah lagenda,
fantasi dan omong kosong”.
• Walaubagaimanapun, kebanyakkan penulisan colonial masih boleh dipercayai
dan diterima sebagai salah satu sumber pensejarahan Malaysia terutamanya
hal-hal berkaitan kajian mereka mengenai cara hidup dan amalan masyarakat
serta hal-hal berkait dengan ekonomi dan penntadbiran British ketika di Tanah
Melayu.
• Selain itu, Tregonning dalam bukunya, ‘Malayan History’ mengulas akan
kelemahan pensejarahan Barat yang dilihat beliau seolah-olah lebih kepada
penceritaan hal berkenaan sejarah bangsa eropah di TM setelah berlegarlegar
dalam soal pentadbiran British, Stamford Raffles dan Francis Light sedangkan
banyak lagi tema pensejarahan tempatan lain yang perlu diangkat.
• Kesimpulannya, kebolehpercayaan terhadap pensejarahan colonial bergantung
kepada cara penulisan seseorang penulis colonial itu supaya tidak terlalu bias
dan tidak juga terlalu menulis dari luar ruang lingkup tempatan.
• Disamping itu, penulisan kolonian dan euro-centric dalam pensejarahan
Malaysia juga penting dan perlu dikekalkan berbanding penggunaan penulisan
yang bersentrik tempatan sepenuhnya bagi mendapatkan satu sudut pandang
yang berimbang dan tidak terlalu dicengkam oleh pensejarahan yang bersifat
nasionalisme semata-mata.
• Malah, hingga kini kebanyakkan kajian dan penyelenggaraan para pegawai
colonial terhadap sumber pensejarahan trasisional tempatan masih menjadi
sumber rujukan terutamanya penyelenggaraan W.G Shellabear dalam sejarah
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai