Anda di halaman 1dari 6

Anda dikehendaki membentang dan membahaskan kepentingan pengaruh sentrik-Malaysia dan

sentrik-Eropah dalam karya-karya pensejarahan Malaysia.

SENTRIK-MALAYSIA

Penulisan sejarah Malaysia yang berunsur sentrik Malaysia bermaksud bahawa sejarah Malaysia
yang dihasilkan itu ditulis dengan memberikan penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia
sendiri. Oleh itu, konsep sentrik Malaysia adalah berbeza dengan pensejarahan Malaysia yang
menggunakan konsep sentrik Eropah (Zainal Abidin, 1991)

SENTRIK EROPAH

Sentrik Eropah lebih mengutamakan seseorang tokoh atau segala kepentingan pihak Barat
seperti sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Suatu perubahan
telah berlaku terhadap pensejarahan Malaysia kerana penulisan yang menggunakan prinsip
barat ini sering sahaja merendahkan ketepatan sejarah tradisional (Zainal Abidin, 1991)

KEPENTINGAN PENGARUH SENTRIK-EROPAH

1. Mengangkat martabat penjajahan kolonial di Tanah Melayu

Penulisan kolonial juga bertujuan untuk mengangkat martabat penjajahan kolonial di Tanah
Melayu. Motif mentamadunkan manusia di Timur merupakan satu alasan penjajahan orang
Eropah ke Timur. Dengan itu, membawa kemodenan dan ketamadunan di Tanah Melayu dari
aspek kemajuan ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan lain-lain adalah untuk membuktikan
kehebatan pentadbiran penjajah kolonial. Seterusnya, mereka akan mencatat setiap kejayaan
dan pencapaian yang telah berjaya dilaksanakan oleh pentadbiran mereka dalam penulisan
sejarah secara terperinci supaya dapat mengangkat martabat bangsa Inggeris sebagai
bangsa paling bertamadun dan berkuasa di dunia pada ketika itu. Buktinya dapat dilihat
melalui penulisan Frank Swettenham (1907) dalam buku “British Malaya” yang
menggambarkan cara dan tindakan beliau cuba menunjukkan kemampuan pentadbiran
kolonial di bawah beliau sebagai Gabenor di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada
waktu tersebut (Hazman, 2013).

Para pegawai yang menulis pensejarahan kolonial di Tanah Melayu cenderung untuk
melakukan penulisan yang dilihat bias terhadap pentadbiran kolonial yang dianggap sebagai
membawa pelbagai perubahan di Tanah Melayu. Hal ini kerana kebanyakan penyelidik dan
penulis kepada pensejarahan kolonial di Tanah Melayu adalah terdiri daripada pegawai
British (Khoo Kay Kim, 1975).

Unsur ini juga dapat dilihat melalui pengadilan moral ke atas tokoh-tokoh pejuang tempatan
dalam penulisan pensejarahan kolonial. Para pejuang tempatan seperti Tok Janggut di
Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Mat Kilau di Pahang dan lain-lain yang
menentang pentadbiran kolonial British di Tanah Melayu dianggap sebagai penderhaka
kerana kononnya menentang Sultan mereka sendiri walhal para pejuang tersebut menentang
British dan bukannya Sultan mereka. Oleh itu, apabila munculnya penulisan sejarah yang
bersentrikkan tempatan, baharulah para penentang British ini diangkat sebagai para pejuang

pegawai British seperti Frank Swettenhem (1907) juga ingin mengangkat kejayaan
pentadbiran kolonial di Tanah Melayu.

Penulisan sejarah negara dari perspektif kolonial banyak memaparkan kehebatan yang
dimiliki oleh pihak kolonial dari segi pentadbiran. Kehebatan yang ditonjolkan oleh pihak
kolonial akan mengukuhkan dan mengagungkan martabat orang Eropah di mata dunia.
Justeru, martabat masyarakat Timur khususnya di Tanah Melayu akan dipandang rendah
oleh masyarakat lain.

2. Melicinkan serta memudahkan segala urusan pentadbiran penjajah


Penulisan pada peringkat pra-Perang Dunia Kedua yang bersifat sentrik Eropah muncul
akibat kedatangan pihak kolonial untuk meluaskan kawasan tanah jajahan adalah
bertujuan untuk melicinkan serta memudahkan segala urusan pentadbiran penjajah serta
untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menjamin kedudukan mereka sebagai penjajah
di Tanah Melayu (Khoo Kay Kim, 1980).
3. Mendapatkan sokongan rakyat bagi menjamin kedudukan mereka sebagai penjajah di
Tanah Melayu

Unsur ini juga dapat dilihat melalui pengadilan moral ke atas tokoh-tokoh pejuang tempatan
dalam penulisan pensejarahan kolonial. Para pejuang tempatan seperti Tok Janggut di
Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Mat Kilau di Pahang dan lain-lain yang
menentang pentadbiran kolonial British di Tanah Melayu dianggap sebagai penderhaka
kerana kononnya menentang Sultan mereka sendiri walhal para pejuang tersebut menentang
British dan bukannya Sultan mereka.

Kepentingan pengaruh sentrik-Malaysia

1. Bertujuan untuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.


Dengan itu, penulisan sentrik Malaysia telah mengagungkan perjuangan tokoh-tokoh
tempatan yang telah bangkit menentang British dan menjadikan mereka sebagai wira
dalam memerdekakan negara. Buktinya, Abdul Hadi Hassan yang terkenal sebagai
seorang pejuang kebangsaan Melayu telah memainkan peranan dalam menyalakan
perasaan cintakan bangsa dan nusa di kalangan penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI). Hasil tulisannya diterbitkan dan dijadikan sebagai buku teks di sekolah aliran
Melayu 1950-an.

2. Bagi membina negara bangsa berikutan kemerdekaan yang baru dicapai.


Oleh itu, penulisan tempatan sentrik adalah lebih berorientasikan kepada budaya
ketimuran, berdasarkan aktiviti masyarakat peribumi dan tempatan, melihat tindakan yang
dilakukan dan dialami oleh orang-orang tempatan serta tindakan dan reaksi mereka
terhadap kuasa pihak kolonial (Khoo Kay Kim, 1980)
3. Mengangkat kedudukan Raja yang memerintah pada waktu itu.

4. Menggambarkan kehebatan orang Melayu


5. Memperlihatkan kemunculan, kegemilangan serta kebesaran Empayar Tamadun Melayu

Anda mungkin juga menyukai