Anda di halaman 1dari 22

PENGENALAN

• Kolonialisme adalah suatu perkara buruk atau musibah yang berlaku kepada negara-
negara yang lemah dan senang terpedaya dengan taktik negara yang berkuasa.
• Penjajahan merupakan penguasaan terhadap sesebuah negara ke atas negara dan
bangsa yang lain. kolonialisme juga berasal daripada perkataan colony.
• Menurut kamus Collins, colony membawa maksud sebuah negara yang dikuasai oleh
sesebuah negara yang lebih berkuasa.
• Istilah kolonialisme juga adalah satu bentuk paksaan untuk menguasai atau eksploitasi
segalanya. Wilayah atau negeri yang dijajah ini diperintah melalui penaklukan atau
diplomasi pendamaian secara langsung atau tidak langsung.
PENEROKAAN ORANG EROPAH
• Ahli pelayaran Islam seperti Al-Mas’udi, Ibn Battutah dan Ibn Jubayr telah belayar dan
menulis tentang pengembaraan mereka.
• al-Mas’udipada abad ke-10 menulis dalam bukunya bertajuk Murui al-Dhahab
menyatakan beliau telah melawat beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu
(mazidah ismail, 1999/2000).
• Ibn Jubayr, Muhammad bin ahmad, Al-Kinani dari Andalus pula muncul pada abad ke-12
telah menulis karyanya bertajuk Rihlah ibn Jubayr atau perjalanan Ibn Jubayr. karyanya
telah diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris berjudul The Travels of Ibn Jubayr yang
menceritakan pelayarannya ke Granada hingga Pulau Crete, melalui pantai Iskandariyah
Damsyik dan Acre.
• Ibn Batutah muncul pada abad ke-14 berjaya menjelajah dunia bermula dari Tanjah ke
India, dari India ke Asia Tenggara dan akhirnya ke negara China. Catatannya
merangkumi bidang politik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial.
• Sumber Portugis menyatakan Ibn Majid memiliki sebuah peta laut yang lengkap dan
peralatan lain termasuklah sebuah kompas.
• Karya Ahmad bin Majid yang terkenal ialah Huwayat al-Ikhtisar Fi Usul Ibn Al-Bihar yang
bermaksud “perbahasan ringkasan tentang asal usul ilmu di laut” menjadi pedoman
kepada para pelayar termasuk orang Eropah yang belayar ke timur.
• Kuasa imperialism barat pada abad ke 19 dan 20 bertujuan meluaskan wilayah
penjajahan dan kuasa politik dunia.
FAKTOR PENGGALAK KOLONIALISME
Etnosentrisme

Gold/ Kekayaan Jingoisme

Agama
Glory/ kemasyhuran
• Faktorpertama yang penggalak kepada kolonialisme ialah etnosentrisme yang
bermaksud satu kepercayaan yang meyakinkan bahawa bangsa sendiri lebih mulia
daripada bangsa yang lain. Kepercayaan ini menggalakkan sifat yang memandang
rendah kepada bangsa lain sebagai lemah, tidak bertamadun dan tidak bermaruah.
• Faktorkedua ialah Jingoisme iaitu menganggap bangsanya adalah unggul melebihi
bangsa lain di dunia. Ia boleh mencetuskan tindakan yang melampau sehingga
menggugat hak asasi manusia. Elemen jingoisme juga menyebabkan pelaksanaan
dasar-dasar yang kejam dan zalim ke atas bangsa yang lemah. Patriotisme yang fanatik
kepada bangsa sendiri ini telah mencetuskan banyak dasar peperangan, gerakan
pembersihan etnik seperti di Bosnia oleh pihak Serbia dan dasar Apartheid
• Faktor agama iaitu persaingan untuk meluaskan pengaruh mazhab-mazhab yang
terdapat dalam agama kristian. Ia juga menonjolkan peranan God untuk
mengembangkan agama kristian. Kuasa imperialis menganggap mereka mempunyai
misi agama untuk menyelamatkan manusia daripada kegelapan seperti penindasan dan
ketidakadilan sosial di negara-negara mundur. misi the white man burden sebagai
penyelamat manusia iaitu para mubaligh kristian berperanan untuk mengembangkan
agama kristian di seluruh dunia.
• Aspek Glory, iaitu mencari kemasyhuran, ia adalah matlamat kuasa imperialisme untuk
menguasai kawasan jajahan seluas mungkin. Misalnya penguasaan terhadap Melaka
membolehkan pihak kolonialisme menguasai jalan perdagangan utama para pedagang
di Selat Melaka.
• Kekayaan galian dan hasil bumi negara-negara di Kepulauan Melayu menyumbang
kepada perluasan kuasa dan imperialisme barat. Tanah Melayu telah terkenal dengan
gelaran golden chersoneves ataupun suvarnabhumi yang menggambarkan hasil
buminya seperti emas dan timah yang banyak.
• sumber bahan mentah iaitu gold (kekayaan) seperti bijih timah, rempah ratus, hasil
hutan dan pertanian serta segalanya yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan
oleh mereka.
• Pengenalan kepada ekonomi moden juga diperkenalkan seperti tanaman getah, kopi,
infrastruktur seperti telegraf, sistem pengangkutan jalan raya dan kereta api serta
pelbagai kemudahan. Perkara ini juga menyumbang kepada kemasukan ramai imigran
luar terutama dari negara china dan india sebagai sumber tenaga utama
KOLONIALISME DI MALAYSIA
PENJAJAHAN PORTUGIS
• peperangan antara portugal dengan Melaka meletus pada 24 ogos 1511.
• Ia disebabkan orang portugis membuat huru-hara dalam negeri dan utusan mereka telah
ditangkap. Kesan daripada itu, pada tahun 1510 Portugal menghantar 4 buah kapal untuk
berunding tentang pembebasan orang portugis.
• Namun Alfonso d’ Albuquerque bertindak dengan membawa kapal perang ke Melaka
sebanyak 18 buah dengan 800 orang tentera portugis dan 600 orang pemanah malabar.
• Usaha merampas balik Melaka oleh Sultan Mahmud dan rakyatnya tidak berjaya.
• Sistem pentadbiran Portugis di Melaka disesuaikan dengan kehendak semasa iaitu tiga
jawatan dalam sistem pentadbiran kerajaan Melayu Melaka iaitu bendahara,
temenggung dan shahbandar dikekalkan.
• Cukai-cukaiimport dikenakan terhadap barangan yang dibawa oleh kapal-kapal luar
dianggarkan sebanyak 6% sehingga 10% daripada nilai barangan yang diperdagangkan.
• Kesan ke atas penjajahan tersebut juga menyebabkan muncul masyarakat Serani yang
berketurunan Portugis. Ramai lelaki Portugis telah berkahwin dengan wanita Melayu
setempat yang menghasilkan keturunan yang digelar casados.
PENJAJAHAN BELANDA
• Pada tahun 1595-1601 Masihi terdapat lebih 60 buah kapal Belanda yang berjaya
sampai ke Gerisik, Ambon, Aceh, Banda dan sebagainya telah membuka syarikat-
syarikat perdagangan di pulau tersebut.
• Pelbagaijenis syarikat belanda yang terdapat di Kepulauan Melayu telah disatukan
menjadi Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC). Betawi dijadikan pusat perdagangan dan
pentadbiran utama belanda.
• Kepungan terhadap Melaka selama 6 bulan menyebabkan penduduk dalam kota
mengalami kebuluran dan memaksa Portugis menyerah kalah.
• Belandamelarang penyebaran agama Kristian Katolik agar tidak boleh menandingi
mazhab Protestant.
• Peperangan yg meletus antara Belanda dengan Aceh, Perak dan Johor yang
menggugat keselamatan mereka.
• Belandaakhirnya tidak dapat memberikan tumpuan terhadap Melaka yang
menyebabkannya membuat perjanjian dengan British iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda
1824.
• Melaka kemudian diserahkan kepada British dan Belanda menguasai negara-negara di
kepulauan Indonesia maka berakhirnya kuasa Belanda selama 183 tahun.
PENJAJAHAN BRITISH
• Termeterainya
Perjanjian Inggeris-Belanda 17 mac 1824 memberikan British kuasa
untuk menguasai Tanah Melayu dan Belanda menguasai Indonesia.
• Sistem Residen mula diperkenalkan di Tanah Melayu dengan Perjanjian Pangkor pada
tahun 1874. Pada tahun 1895 pula Sir Frank Swettenham telah berbincang dengan
Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan untuk menubuhkan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu (NNMB).
• Manakala negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dibentuk
satu pemerintahan yang sistematik digelar Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NMTB).
• Tiga kelompok utama iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura pula diletakkan bawah
pemerintahan yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat.
PENDUDUKAN JEPUN
• Jepun bertapak di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 di Kota Bharu dan dalam tempoh
seminggu seluruh Malaysia Barat dan Singapura berjaya dikuasainya. berikut adalah
beberapa strategi bagi kejayaan Jepun dalam memenangi Perang Dunia Kedua:
(i) Fahaman Pan-Asia iaitu satu propaganda dalam kalangan masyarakat Asia. Konsep
ini dikenali sebagai “Daerah Kemakmuran Asia Timur.
(ii) Pengintipan ketenteraan yang dikenali sebagai “Kosaku” iaitu menggunakan rakyatnya
yang bermastautin di sini sebagai agen maklumat utama.
(iii) Penyamaran sebagai orang kampung yang mempunyai karakter dan bekerja sebagai
ahli perniagaan, tukang gunting rambut, pekedai runcit, tukang gambar, doktor, guru,
pengusaha ladang getah dan lombong bijih timah dan sebagainya tanpa disedari orang ramai.
Mereka dikenali sebagai “kelentong” (Arshad Ibrahim, 1982/83).
(iv) sekolah yang ditubuhkan untuk melatih pemuda-pemuda untuk matlamat kolonialisasi
ke selatan. mereka diajar tentang perisikan dan kemahiran berbahasa inggeris dan bahasa
melayu.
(v) gerakan pengintipan pula terdapat unit perisikan yang dikenali sebagai “dora
nowa” atau jabatan penyelidikan tentera. mereka mendapatkan maklumat tentang
kedudukan tentera musuh, peralatan, senjata, kelengkapan perubatan, bekalan dan
maklumat geografi.
(vi) projek tentera yang dikenali harimao (harimau). kegiatan harimau ini bersifat
bandit, perisikan dan ketenteraan yang lebih kepada anti british.
(vii) pakatan dengan orang melayu yang berfungsi sebagai penunjuk jalan dan
penterjemah apabila askar jepun datang menyerang. maka pihak jepun mengadakan
kerjasama dengan pemimpin melayu seperti ibrahim yaakob dan pakatan sulit ini dikenali
sebagai “kame” (kura-kura).
(viii) pakatan dengan thailand untuk memudahkan mereka memasuki semenanjung
tanah melayu. negara ini juga adalah tempat utama untuk mendaratkan askar-askar jepun.
• Pada 15 februari 1942 Jeneral Percival telah menandatangani surat menyerah kalah di
bukit Timah, Singapura.
• Kejayaan jepun telah membuka mata orang Melayu untuk bangun menentang kuasa
imperialisme barat dan membebaskan diri dari dicengkam oleh mereka.
• Penguasaan Jepun ke atas Tanah Melayu berakhir apabila bom atom digugurkan di
Nagasaki dan Hiroshima. Seterusnya penguasaan Jepun terhadap negara-negara lain
juga musnah dan dikuasai semula oleh British pada tahun 1945.
KESAN KOLONIALISASI BRITISH
• British menguasai semua ekonomi Tanah Melayu terutama pengeluaran bahan-bahan
mentah seperti bijih timah, getah dan hasil tanaman makanan.
• Permintaan yang tinggi terhadap getah untuk menghasilkan barangan seperti tayar
kenderaan, kasut, penebat barangan elektrik dan seumpamanya.
• Pengenalan kepada tanaman kontan seperti lada hitam, tebu dan kopi telah giat
dijalankan.
• Kesan ekonomi ialah pembukaan ladang-ladang yang luas untuk mendapatkan hasil
yang lumayan.
• Permintaan terhadap guna tenaga telah meningkat dan galakan kemasukan ramai buruh
dari China untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan mereka ditempatkan di
kawasan bandar.
• Impaknya muncul kegiatan kongsi-kongsi gelap dan pelacuran.
• Manakala buruh dari India pula adalah guna tenaga di ladang-ladang getah dan tinggal
di estet-estet yang disediakan.
• Ekonomi tradisi kepada ekonomi moden
• Keuntungan kepada kaum imigran dan masyarakat Melayu terpinggir
• Hasil ekonomi dikaut penjajah dan kaum imigran menguasai ekonomi.
• Pengenalan ekonomi dan penempatan mengikut kaum.
• Pembangunan secara tidak langsung buat Tanah Melayu tetapi dinikmati oleh Inggeris
dan kaum imigran.
• Masyarakat Melayu masih dalam kemiskinan dan tinggal di kawasan luar bandar.
• Mereka telah disekat dalam menyertai aktiviti ekonomi import eksport dan hanya terlibat
sebagai pekebun kecil dan mengusahakan tanaman makanan.
• Mereka kekal dalam ekonomi sara diri contohnya tanaman dan ternakan seperti lembu,
kerbau, kambing dan seumpamanya sebagai sumber makanan dan sara hidup seharian.
• Rajadan pembesar Melayu tidak lagi mempunyai kekuatan ekonomi seperti dahulu
dalam bidang perladangan, perlombongan dan perniagaan.
• Raja kekal memegang kuasa utama dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat
Melayu.
• Sistem pemerintahan sekular dilaksanakan oleh British setelah terbentuknya Negeri-
negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada tahun 1895 dan Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu (NMTB) seperti Kelantan (1910), Johor (1914), Terengganu (1919), Kedah
(1923) dan Perlis (1930).
• Akhirnya lahir sebuah kerajaan sekular dengan pemerintahannya berteraskan undang-
undang british.
• Fenomena ini juga menyumbang dalam aspek kemajuan kebendaan, institusi sosial
(kekeluargaan dan masyarakat), hedonisme dan pelbagai lagi telah mempengaruhi
mental dan spiritual orang melayu.
• Kesan kolonialisme juga mempengaruhi perkembangan budaya penduduk tempatan.
contohnya di Melaka munculnya masyarakat serani iaitu perkahwinan campur antara
orang Melayu dengan Portugis.
• Di Filipina penduduknya mengalami perubahan budaya yang sangat besar iaitu krisis
identiti iaitu mereka adalah berketurunan Melayu (rupa dan fizikal adalah Melayu)
dengan penggunaan bahasa yang serumpun namun telah dikristiankan dan sukar untuk
mengidentifikasikan diri mereka sebagai Melayu.
• Gerakan menentang penjajahan telah meningkat apabila masyarakat terpaksa
merempat di negara sendiri dan British akhirnya tidak dapat membendung gerakan-
gerakan secara individu, persatuan dan parti-parti politik dalam menuntut kemerdekaan.
KESIMPULAN
• Orang Melayu menerima kesan yang besar sehingga sekarang terutama taraf hidup
yang rendah akibat dasar “pecah dan perintah” oleh British.
• Dasar-dasar yang diperkenalkan British merubah sistem pentadbiran feudal kepada
pilihanraya dan demokrasi.
• Perpaduan antara kaum menjadi agenda penting ke arah kesejahteraan negara
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai