Anda di halaman 1dari 37

KEWUJUDAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA DAN KESAN TERHADAP SOSIOBUDAYA

DISEDIAKAN OLEH AMAT ANTIKO CLINTON AK MENIK YUSRI FARULZI BIN YUSUF

3 PISMP RBT 1

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Memahami konsep pluralisme dan masyarakat pluralistik yang terdapat di Malaysia serta seantero dunia Menjelaskan sejarah pembentukan pluralisme dan masyarakat pluralistik Tanah Melayu sebelum merdeka Memahami proses asimilasi antara golongan imigran dengan masyarakat tempatan di dalam Malaysia Menghuraikan elemen pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka

Pluraliti budaya bukan fenomena baru.


Interaksi Alam Melayu dengan HBI dan Eropah (PSBB).

PENGENALAN

Dua tahap utama

Pluraliti budaya di Alam Melayu Pluraliti budaya di Malaysia

PENGERTIAN
Pluralisme: Ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi masyarakat Melaka. Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan era penjajah British.

PLURALISME ALAM MELAYU


Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu. Ianya sudah wujud sejak abad ke 5M lagi bilamana alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina, India, Parsi dan dan kemudiannya disertai oleh penjajah Eropah. Kedatangan pedagang tersebut ke daerah ini adalah didorong oleh 3G (Gold, Gospel dan Glory). Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti terutama melalui aktiviti perdagangan.

CIRI-CIRI PLURALISME
Sesetengah imigran membuat keputusan untuk menetap di Alam Melayu. Keputusan tersebut adalah keputusan bersama ahli keluarga.

Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan i.e pakaian kebaya dalam masyarakat Baba-Nyonya Melaka.

Kedatangan masyarakat imigran bukan Melayu adalah secara sukarela, tanpa paksaan oleh mana-mana pihak.

Di samping itu mereka juga tidak lupa menerapkan budaya mereka kepada masyarakat tempatan, i.e adat bersanding, sirih junjung, bunga manggar, bunga telur dan sebagainya.

PLURALISME ALAM MELAYU


Selepas kedatangan Penjajah (Portugis, Sepanyol, Belanda dan Inggeris)

Semasa Hindu Buddha

Kemuncak Pluraliti di Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Selepas Merdeka

Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitabkitab klasik mereka yang membincangkan secara meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah, metafizik, sistem sosial dan sebagainya.

PERTAPAKAN HINDU
Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya agak jelas, seperti dalam aspek kesusasteraan dan pemerintahan

Menurut al-Attas, pengaruh HinduBuddha tidaklah begitu mendominasi masyarakat di Alam Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh ajaran Islam.

Kemuncak Pluraliti di Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya. Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial, politik dan agama telah sedia ada dalam dunia baru mereka. Mereka secara suka rela sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan.

Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan dua hala antara Cina dan India. Alam Melayu telah menjadi tempat utama persinggahan bagi kedua-dua pihak. Keadaan ini tanpa disengajakan telah mewujudkan pluraliti di Alam Melayu. Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke 7M, telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu pengetahuan

Samb..
Kemuncak pluraliti di Alam Melayu adalah pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Melaka dikenali sebagai pusat perdagangan laut dan juga sebagai pusat penyebaran agama Islam. Menurut Tom Pires , seorang penulis Belanda, yang dipetik oleh Zainal Abidin Abdul Wahid menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16) Malacca is very famous and prosperous. In my opinion, it has no comparison in the world .. It is a city more suitable for trading products than any other in trhe world. Manakala seorang lagi penulis Belanda, Duarte Barbosa, pula menyifatkan Malacca is the richest port, with merchants who trade wholesale and obtain shipping services from all over the world (Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6)

Pemerintahan yang bersistematik

Perdagangan

FAKTOR YANG MEMBAWA KEAGUNGANNYA SEHINGGA DIBERI JOLOKAN THE VENICE OF THE EAST

Kebudayaan

Kependudukan

PEMERINTAHAN YANG BERSISTEMATIK

Pemerintah dan pembesar Melaka mempunyai visi dan misi yang jelas untuk maju, untuk menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan pedagang timur dan barat.

Pemerintah telah mewujudkan pelbagai jawatan penting bagi melancarkan lagi sistem pemerintahan seumpama jawatan Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan sebagainya

Di samping itu, kerajaan Melaka tidak ketinggalan mewujudkan hubungan diplomasi dengan kuasa besar pada masa itu. Hubungan Melaka dengan negara China telah membawa impak positif yang bukan sedikit baik dari segi politik mahu pun dari segi ekonomi. Dari segi politik, Melaka memperoleh jaminan perlindungan dari negara China yang menyebabkan ianya terhindar dari pencerobohan Siam. Manakala dari segi ekonomi pelabuhan Melaka dapat berkembang dengan pesat tanpa gangguan anasir-anasir luar.

PEMERINTAHAN SECARA SISTEMATIK


Pemerintahan dijalankan dengan cara penuh diplomasi dan terbuka. Perlantikan kejawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua etnik . Dalam hal ini, menurut sejarah Raja Mendeliar seorang yang berketurunan India pernah dilantik memegang jawatan penting di istana sultan.

Memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di Melaka, bahkan untuk berkahwin dengan wanita tempatan.

Menjalan dan menguatkuasakan undang-undang yang tegas untuk memberi keadilan kepada semua penduduk dan pedagang i.e Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan Islam

PERDAGANGAN
Ancaman lanun dapat dikawal sepenuhnya dengan wujudnya Hukum Kanun Melaka dan Undangundang Laut Melaka

Sokongan pemerintah dan pembesar yang proaktif i. e laksamana, shahbandar dan sebagainya yang menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

Perdagangan berkembang pesat hasil jaminan keselamatan dan undangundang.

KEBUDAYAAN

Kehadiran imigran adalah tanpa syarat passport, visa dan sebagainya.

Natijahnya, ia telah menjadikan Melaka sebagai sebuah kota metropolitan

Kedatangan para pedagang antarabangsa ke Melaka juga telah menyumbang kepada multi budaya yang tersendiri.

Wujud masyarakat baru seperti masyarakat Baba.

KEPENDUDUKAN
Masyarakat Melaka pada waktu tersebut terdiri dari pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam suasana aman dan damai.

Penghijrahan semulajadi, tanpa paksaan.

Akomodasi antara pedagang Cina dan India dengan penduduk tempatan.

SELEPAS KEDATANGAN PENJAJAH (PORTUGIS, SEPANYOL, BELANDA DAN INGGERIS)

Kedatangan penjajah berteraskan tiga matlamat utama iaitu Gospel, Gold dan Glory telah memberi kesan dalam sistem kehidupan masyarakat di alam Melayu.

Orang-orang Cina dan India terutamanya dibawa masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris.

Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka.

Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik Inggeris maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara masyarakat tidak berlaku.

SELEPAS KEDATANGAN PENJAJAH (PORTUGIS, SEPANYOL, BELANDA DAN INGGERIS)

Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah khususnya Inggeris.

British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di lombong dan diladang getah.

Dasar yang dugunakan oleh British pada masa itu ialah divide and rule antara etnik di Tanah Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di Tanah Melayu.

Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah Melayu sematamata untuk mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau bagaimana pun sesetengah daripada mereka tidak berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka, lalu membentuk penempatan dan pergaulan hanya di kalangan etnik mereka sahaja.

SELEPAS KEDATANGAN PENJAJAH (PORTUGIS, SEPANYOL, BELANDA DAN INGGERIS)


Corak pemerintahan British adalah berbeza daripada penjajahan Portugis dan Belanda sebelum itu kerana penjajahan British adalah berorientasikan imperialisme dan kolonialisme.
Walau pun penempatan etnik di Tanah Melayu secara berpola dan berasingan, namun negara terus berada dalam suasana aman dan harmoni hasil daripada akomodasi satu etnik dengan etnik lain.

Imperialisme : Mereka menjajah fizikal iaitu segala kekayaan seperti bijih timah, emas, getah dan sebagainya diambil demi kekayaan negara mereka.

Kolonialisme : Mereka memperkenalkan sistem kehidupan mereka seumpama politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya, kepada penduduk tempatan.

Ini dapat dibuktikan menerusi beberapa perkara bukti :

Politik dan pemerintahan Sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan bukan agama (sains, ekonomi dan sebagainya) Sistem pemerintahan berasaskan pengagihan kuasa (kehakiman, eksekutif, perundangan) yang tidak membenarkan campur tangan antara satu badan terhadap badan yang lain.

Sistem dan Struktur Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan (pentadbiran, cukai, undang-undang dan sebagainya) berada di tangan Raja-raja Melayu. Selepas penjajahan (khususnya selepas pengenalan Malayan Union) kuasa tersebut telah berpindah ke tangan gabenor British. Pemisahan tersebut tidak terhad kepada pemerintahan dan pentadbiran sahaja etapi merebak kepada seluruh sistem hidup seperti ekonomi dan sebagainya.

Perubahan konsep ilmu (epistemologi)


Sebelum penjajahan, berasaskan metafizik (ilmu bersumberkan alam ghaib, di luar pengalaman pancaindera manusiabomoh, dukun, jampi, dll.) Penjajahan British membawa konsep ilmu berteraskan kaedah rasional dan saintifik (boleh dibuktikan menerusi pancaindera manusia- statistik, peta, dll.)

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA

Selepas merdeka, negara telah mewarisi pola masyarakat pluralistik peninggalan penjajah. Kewujudan masyarakat pluralistik selepas merdeka dapat dilihat menerusi beberapa aspek :

Kesan Kewujudan Masyarakat Pluralistik


BUDAYA PENDIDIKAN POLITIK

EKONOMI

PERLEMBAGAAN

BUDAYA
Masyarakat Melayu, Cina & India
Masyarakat Baba & Nyonya

Masyarakat Chetti

Masyarakat Serani

Perayaan

Budaya Rumah Terbuka

Bahasa

Masyarakat Melayu, Cina & India

Adat resam yang berbeza. Orang Melayu beragama Islam kebiasaan memberi salam apabila berkunjung .

Masyarakat Baba & Nyonya


Segolongan keturunan kaum Cina yang unik. Khususnya terdapat di Melaka.

Masyarakat Chetti
Golongan masyarakat Hindu Peranakan.terbentuk hasil kahwin campur orang Hindu dengan orang tempatan.

Masyarakat Serani
Berasal daripada golongan bangsa Barat di Malaysia. Berketurunan Portugis.

Perayaan
Contoh :i. Thaipusam ii. Tahun Baru Cina iii. Hari Raya

Budaya Rumah Terbuka


Suatu perayaan agama disambut oleh penganut pelbagai agama Untuk memupuk persefahaman di kalangan rakyat. Menyumbang kepada keamanan dan kebaikan.

Bahasa
Bahasa Kebangsaan telah banyak meminjam unsur-unsur bahasa lain dengan beberapa kepentingan. Untuk memberi kefahaman kepada fenomena dan benda baru. Contoh: bahasa Sanskrit

POLITIK
Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka adalah berteraskan etnik. UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC orang India. Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC yang dikenali sebagai Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara etnik. Ia telah berjaya mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk memberi fokus kepada soal pembangunan negara.

PERLEMBAGAAN
Wujudnya Faderalisme berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia) Perlembagaan Malaysia adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa perubahan telah dibuat bagi membolehkan penyertaan Sabah Sarawak dan Singapura menyertai Malaysia. Dalam konteks ini Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Ia menjadi asas kepada kontrak sosial dan juga pembentukan parti politik

PENDIDIKAN

Kerencaman sistem pendidikan zaman British baik dari segi jenis sekolah, kurikulum, orientasi dan sebagainya telah diteruskan selepas merdeka.

Usaha penyeragaman sistem pendidikan bermula ketika negara di ambang kemerdekaan dengan penubuhan jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan yang kemudiannya melahirkan penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.

Matlamat utama keduadua penyata tersebut adalah untuk menyatukan kanakkanak berbilang bangsa di bawah satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Dasar ekonomi yang diamalkan British di Tanah Melayu adalah dasar ekonomi bebas laissez faire.

Kesan amalan ekonomi tersebut telah mewujudkan dua sistem ekonomi iaitu ekonomi tradisional (berasaskan pertanian) yang melibatkan orang Melayu dan ekonomi moden (berasaskan pasaran dan modal) yang melibatkan orang Cina.

Sistem ekonomi penjajah tersebut telah melahirkan pelbagai masalah ekonomi, antaranya wujud jurang pendapatan yang luas antara etnik.

Selepas merdeka, kerajaan cuba memperbaiki kepincangan ekonomi dengan memperkenalkan beberapa langkah pembangunan berencana, antaranya

EKONOMI

Wawasan 2020 dan sebagainya Rancangan Malaysia DEB

KESIMPULAN
Kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan masyarakat pluralistik, membahagikan Alam Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi juga mewujudkan sistem hidup barat seumpama politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa kemerdekaan Alam Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya.

Usaha-usaha ke arah mempereratkan lagi kerjasama ini perlu diperkukuhkan bagi memastikan negara terus berada dalam susana aman dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai