Anda di halaman 1dari 10

Garis Masa Zaman Melaka

Melaka muncul sebagai empayar yang kuat dan telah mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan oleh Srivijaya dan Majapahit

Mempunyai sebuah pelabuhan entrepot yang maju dan memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran agama Islam yang penting
Negeri Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama Islam yang termasyhur di rantau Alam Melayu

Institusi istana telah dijadikan pusat pengajian dan penyebaran Islam


Penyebaran agama Islam telah dijalankan secara giat melalui perdagangan dan peluasan wilayah Para pendakwah dihantar ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan Islam Hubungan etnik telah diwujudkan dengan masyarakat China, India, Arab dan Eropah melalui aktiviti perdagangan Perhubungan rapat antara masyarakat asing dan penduduk tempatan sehingga mewujudkan proses asimilasi antara kehidupan kedua-dua masyarakat

Pemerintahan Sistematik
Pemerintahan diplomasi dan terbuka: Jawatan Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan sebagainya.

Hubungan diplomasi dengan negara China: Politik: Melaka memperoleh jaminan perlindungan dari negara China yang menyebabkan ianya terhindar dari pencerobohan Siam. Ekonomi: Ekonomi pelabuhan Melaka dapat berkembang dengan pesat tanpa gangguan anasir-anasir luar.

Menguatkuasakan undang-undang: Memberi keadilan kepada semua penduduk dan pedagang yang berteraskan islam (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka)

Perdagangan
Jaminan keselamatan dan undang-undang: Ancaman lanun dapat dikawal dengan merujuk Hukum Kanun Melaka dan Undangundang Laut Melaka.

Sokongan pemerintah dan pembesar yang proaktif: Pemerintah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.(Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan sebagainya)

Perdagangan rancak: Pentadbiran pelabuhan yang cekap dan Kepulauan Melayu terkenal dengan rempah ratus.

PLURALITI ALAM MELAYU


Masyarakat

Berlaku hasil penghijrahan dari dalam wilayah (dalam kalangan etnik Melayu sendiri) dan juga dari luar yang melibatkan etnik lain seperti Cina, Arab,India dan berlaku asimilasi. Menetap di Kepulauan Melayu atau Nusantara dan berpindah-randah dari satu pulau ke pulau yang lain dengan bebasnya untuk berniaga, berperang, berkahwin dan sebagainya Mewujudkan unsur akomodasi dalam kehidupan bermasyarakat.

Diplomatik Wujud hubungan peradaban antara Alam Melayu dan China serta India Mencapai zaman kemuncaknya pada waktu pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

PLURALITI ALAM MELAYU


Keagamaan

Alam Melayu terkenal sebagai pusat penyebaran Buddha di bawah pemerintahan Srivijaya Konsep Hinduisme dan Buddhisme dari aspek sosial dan kebudayaan seperti adat perkahwinan dan soal pentadbiran negara.
Ilmu dan Pemikiran Epistemologi ilmu pengetahuan Alam Melayu berasaskan metafizik (alam ghaib) dan animisme.

PLURALITI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

PLURALITI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


PEMERINTAHAN Perlembagaan Melaka dilaksana berdasarkan Islam (Kanun Melaka & Undangundang Laut Melaka) Zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Tempat pertemuan pedagang (The Venice of The East). Pemerintahan diplomasi & terbuka. Sultan/pembesar mempunyai misi & visi yang hebat. PERDAGANGAN Perdagangan rancak hasil sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang sangat cekap. Panglima dan laksamana Melaka proaktif mengawal keselamatan dari ancaman perompak dan lanun. Tahap keselamatan yang tinggi di Selat Melaka. Kepulauan Melayu terkenal dengan rempah ratus yang dianggap barang mewah.

PLURALITI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

KEPENDUDUKAN
Proses penghijrahan berlaku secara alamiah atau semulajadi tanpa ada paksaan. Para pedagang tidak memerlukan pasport & visa sebagai pengenalan diri. Interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum di Melaka.

KEBUDAYAAN
Keterbukaan pemerintah empayar Melaka

Melaka maju sbg pelabuhan utama dunia, hasil rempah ratus sebagai daya tarikan, keselamatan Selat Melaka
Melaka menjadi kota metropolitan serta kota multi budaya

MASYARAKAT PLURAL ZAMAN PENJAJAHAN

MASYARAKAT PLURAL ZAMAN PENJAJAHAN


Masyarakat Asia Tenggara secara semula jadinya hidup dalam kepluralitian - tanpa paksaan oleh mana-mana kuasa. Kuasa kolonial memusnahkan ciri pluraliti dan keharmonian etnik

Penjajah memperkenalkan sistem baru yang memperkukuhkan satu komuniti yang dikenali sebagai masyarakat plural dalam peristilahan Furnivall.
Pembentukan masyarakat terjadi secara paksaan dan perbezaan fungsi ekonomi.
Melayu - terlibat dalam sektor pentadbiran di bawah British dan menjalankan pertanian saradiri di luar bandar mengikut keselesaan masyarakat tersebut. Masyarakat migran China & India, dibawa masuk untuk tujuan ekonomi penjajah

Pengasingan yang terancang menyebabkan ketiga-tiga masyarakat ini lebih selesa menjalani hidup mengikut adat resam dan tradisi etnik masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai