Anda di halaman 1dari 33

HUBUNGAN ETNIK 2015

MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU

ALAM MELAYU

1. GARIS MASA MASYARAKAT

Pluraliti Masyarakat Plural Masyarakat Pluralistik


 Abad ke 13M-15M  1824M-1957M  1957
 Kesultanan Melayu Melaka  Penjajahan British  Kemerdekaan
 Tanpa paksaan  Paksaan  Pluraliti Baru

2. KONSEP MASYARAKAT

Konsep Konsep Masyarakat Plural Konsep


Masyarakat Masyarakat
Pluraliti Pluralistik
 Kemajmukan  Mereka bergaul tetapi tidak bergabung  Kemajmukan
atau  Setiap kelompok mempuyai agama, yang bersifat
kepelbagaian kebudayaan, bahasa, pemikiran dan cara hidup paksaan
& berasimilasi masing-masing. Sebagai individu mereka
bertemu tetapi hanya di pasar iaitu semasa
berjual beli
 Masyarakat majmuk wujud dengan komuniti
yang berlainan, tinggal sebelah menyebelah
tetapi berasingan dalam unit politik yang sama.
Malahan dalam bidang ekonomi terdapat
pembahagian buruh mengikut etnik

WAJ3162 Page 1
HUBUNGAN ETNIK 2015

3. PERBANDINGAN PLURALITI DAN PLURALISTIK

PERSAMAAN
Menwujudkan masyarakat pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Eropah dll
PERBEZAAN
Pluraliti Pluralistik
a) Semuja jadi tanpa paksaan a) Secara paksaan
b) Sukarela mencari kehidupan dan b) Demi kepentingan ekonomi dan
kekayaan politik British
c) Disertai ahli keluarga c) Tidak disertai keluarga
d) Menjamin ketenangan pemikiran d) Tidak pernah melupakan negara
dan perasaan asal

4. KESAN MASYARAKAT PLURALITI DAN PLURALISTIK

Kesan Pluraliti Kesan Pluralistik


a) Menwujudkan interaksi yang a) Gagal berasimilasi dengan
harmoni dengan penduduk, alam penduduk, alam sekitar dan sistem
sekitar dan sistem b) Menwujudkan kelompok
b) Sanggup berkahwin dengan masyarakat
penduduk tempatan dengan sistem tersendiri
c) Mengamalkan budaya seharian c) Terasing dengan kelompok lain
orang Melayu walaupun
d) Amalan dan adat resam pendatang di tempat yang sama
diterima oleh penduduk tempatan d) Gagal mengenali antara satu sama
lain

5. CIRI-CIRI MASYARAKAT ASIA TENGGARA


1) Pluraliti yang bercirikan semula jadi, tanpa paksaan dan fleksibel
2) Masyarakat pluralistik yang bercirikan pemaksaan dan perbezaan

6. KONSEP PLURALITI

 Pluraliti bermaksud satu kehidupan yang penuh dengan kepelbagaian dan kelainan
 Pluralisme ialah keadaan yang majmuk atau kemajmukan di mana masyarakat ini terdiri
daripada pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama.
 Masyarakat majmuk pula ialah masyarakat yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa,
agama dan bahasa yang hidup dibawah satu politik (pemerintahan)
 Pluraliti budaya bermaksud setiap etnik dibenarkan mengamalkan cara hidup dan
budaya masing-masing termasuk penerimaan terhadap perbezaan dalam aspek hidup
misalnya makanan, sosial keluarga, amalan agama dan pembentukan organisasi sosial
untuk menjaga kepentingan etnik masing-masing.
 Pluraliti budaya di Tanah Melayu merupakan hasil pertemuan dan pertembungan
budaya besar dunia yang melahirkan fenomena sosial yang istimewa di Alam Melayu.
 Konsep pluraliti Alam Melayu perlu difahami sebagai asas untuk memahami
masyarakat plural. Kewujudan pelbagai etnik di Alam Melayu telah memberi
sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama
dalam kepelbagaian.

WAJ3162 Page 2
HUBUNGAN ETNIK 2015

7. PLURALITI ALAM MELAYU

a) Masyarakat b) Diplomatik c) Keagamaan


 Berlaku hasil penghijrahan dari Wujud hubungan Menurut al-Attas, pengaruh Hindu-
dalam wilayah(dalam kalangan peradapan antara Buddha tidaklah begitu mendominasi
etnik Melayu sendiri) dan juga dari Alam Melayu dan masyarakat di Alam Melayu
luar yang melibatkan etnik lain China serta India. berbanding dengan kekuatan pengaruh
seperti Cina, Arab, India dan mencapai zaman ajaran Islam. Antara bukti bagi perkara
berlaku asimilasi. kemuncaknya pada ini, ialah tiada kitab-kitab klasik mereka
 Menetap di Kepulauan Melayu dan waktu pemerintahan yang membincangkan secara meluas
berpindah randah dari satu pulau ke Kesultanan Melayu dan mendalam aspek-aspek falsafah,
satu pulau yang lain dengan Melaka. metafizik, sistem sosial dan
bebasnya untuk berniaga, sebagainya. Namun, dalam beberapa
berperang, berkahwin dan aspek pengaruhnya agak jelas, seperti
sebagainya. dalam aspek kesusasteraan dan
 Mewujudkan unsur akomodasi pemerintahan.
dalam kehidupan bermasyarakat
d) Ilmu dan Pemikiran e) Perdagangan
 Sebelum penjajahan, berasaskan  Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan dua
metafizik (ilmu bersumberkan alam hala antara China dan India
ghaib, diluar pengalaman panca  Alam Melayu menjadi tempat utama persinggahan bagi
indera. Contoh bomoh, dukun, kedua-dua pihak
jampi dll)  Keadaan ini tanpa disengajakan telah menwujudkan
 Semasa penjajahan berlaku pluraliti di Alam Melayu
perubahan konsep ilmu Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke 7M, telah menjadi
(epistimologi). Penjajah British pusat pengajian dan perkembangan ilmu pengetahuan
membawa konsep ilmu berteraskan
kaedah rasional dan saintifik (boleh
dibuktikan dengan pancaindera
manusia. Contoh penggunaan
statsitik, peta, dll)
f) Pluraliti Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Pemerintahan Pedagangan Kependudukan Kebudayaan
 Perlembagaan Melaka di  Perdagangan pesat  Proses  Keterbukaan
laksana berdasarkan hasil sistem penghijrahan pemberintah
Islam (Hukum Kanun pemerintahan berlaku secara empayar
Melaka dan Undang- terbuka semulajadi/alami Melaka
undang laut Melaka  Laksamana Melaka ah tanpa ada  Melakau maju
 Zaman keemasan dan proaktif mengawal paksaan sebagai
kemuncak keagungan keselamatan dari  Para pedagang pelabuhan
kerajaan Melayu ancaman lanun tidak utama dunia
 Tempat pertemuan  Tahap keselamatan memerlukan –  Melaka jadi
pedagang (The Venice of yang tinggi di Selat passport atau kota
the East) Melaka visa kebudayaan
 Pemerintahan diplomasi  Kepulauan Melayu  Interaksi aktif
dan terbuka terkenal dengan dikalangan etnik
 Sultan dan pembesar rempah ratus di Melaka
mempunyai visi dan misi (barang penting)
yang hebat

WAJ3162 Page 3
HUBUNGAN ETNIK 2015

8. MASYARAKAT PLURAL ZAMAN PENJAJAHAN

Sebelum Penjajahan
 Konsep kerajaan adalah menyatukan aspek agama dan negara (Kerajaan)
 raja berkuasa mutlak
 Raja merujuk kepada penasihat agama untuk membuat keputusan
 Golongan agama dan raja saling berperanan dalam sistem kerajaan
Semasa Penjajahan
 Penjajahan orang Eropah (PBI)
 Titik pemisah masyarakat pluraliti dan masyarakat plural ialah ketibaan penjajah British
(1824)
 British menjajah atas dasar imperialisme dan kolonialisme
 Konsep kerajaan adalaha memisahkan agama dan negara
 Negara ditabdir oleh pentadbir sekular
 Nal ehwal agama dibawah kuasa sultan

MASYARAKAT PLURAL ZAMAN PENJAJAHAN


a) Prinsip b) Dasar
 Pemisahan negara dan agama  Ilmu
Kelahiran konsep negeri Melayu Moden Kerangka ilmu berasaskan metodologi
Penyusunan politik Melayu nasionalisme iaitu proses pembinaan
Pentadbiran negara dikuasai penjajah ilmu berasaskan wilayah sesebuah
Agama dan adat Melayu dibawah kuasa negara
sultan Ilmu kolonial berasaskan sains moden
 Pengagihan kuasa (bersifat saintifik) telah mencorakkan
kehakiman, Eksekutif dan perundangan pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
Setiap pihak menjalankan kuasa masing-  Pentadbiran
masing Memisahkan agama dan negara
 Sistem Persekutuan  Ekonomi
Persekutuan Tanah Melayu pertanian sara diri kepada ekonomi
komersial, perindustrian dan
perdagangan (kapitalis)
 Pendidikan
Dua sistem – agama dan sekular
 Kuasa kolonial telah memusnahkan ciri pluraliti dan keharmonian etnik
 Penjajah memperkenalkan sistem baru yang dikenali sebagai masyarakat
plural
 pembentukan masyarakat terjadi secara paksaan dan perbezaan fungsi
ekonomi
 Melayu – pertanian sara diri dan pentadbiran British
 Cina dan India dibawa masuk untuk tujuan ekonomi British (bawa masuk
buruh Cina dan India)
 Dasar Pecah dan Perintah – pengasingan terancang menyebabkan ketiga-
tiga etnik lebih selesa hidup dalam adat resam masing-masing

WAJ3162 Page 4
HUBUNGAN ETNIK 2015

9. MASYARAKAT PLURALISTIK

 Penjajahan orang Eropah (PBI)


 Titik pemisah masyarakat pluraliti dan masyarakat plural ialah ketibaan penjajah British
(1824)
 British menjajah atas dasar imperialisme dan kolonialisme
 Konsep kerajaan adalaha memisahkan agama dan negara
 Negara ditabdir oleh pentadbir sekular
 Hal ehwal agama dibawah kuasa sultan
 Masyarakat pluralistik ialah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik,
bahasa,kebudayaan, kepercayaan, adat istiadat, tempat tinggal dan sebagainya
 Kesinambungan masyarakat plural zaman penjajahan
 Merupakan satu fenomena sosial yang terhasil daripada kedatangan British ke Tanah
Melayu
 Proses pembentukan masyarakat pluralistik ini berlaku sejak pertengahan abad ke 19
bila berlakunya kemasukan besar-besaran orang-orang Cina kesan daripada
perkembangan perusahaan bijih timah dan diikuti pada awal abad ke 20 kemasukan
besar-besaran orang-orang India kesan daripada pekembangan perusahaan getah.
Menjelang tahun 1931,jumlah penduduk bukan Melayu melebihi jumlah penduduk
Melayu. Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan masing-masing telah
mengakibatkan satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Ini kerana tiap-tiap kaum
mempunyai agama,bahasa dan cara hidup yang berlainan. Tidak semua golongan
imigran berhasrat untuk tinggal menetap di zaman kolonial di Tanah Melayu. Golongan
petani Cina datang untuk mengumpul wang dan kembali ke negara asal.tetapi ada juga
yang terus menetap di Tanah Melayu. Kesanya terbentuknya masyarakat pluralistik Alam
Melayu semasa zaman penjajahan.Kedatangan imigran Cina secara besar-besaran telah
merubah struktur politik Melayu dan akhirnya telah mendesak British campur tangan
dalam sistem politik Melayu.
PRA KEMERDEKAAN
a) Politik
 Demokrasi – pilihanraya 1955 – tiga etnik (Melayu, Cina dan India) telah bersatu
mendesak British memberi kemerdekaan
 Kerjasama parti politik pelbagai etnik
b) Perlembagaan
 Kontrak sosial – pemuafakatan politik
 Kewujudan perlembagaan sebagai asas politik negara
 Perlembagaan menyatakan kontrak sosial (persetujuan bersama semua etnik)
c) Pendidikan
 Penyata Razak 1956
 Akta Pendidikan 1957
 Penyata Rahman Talib 1960
d) Ekonomi
 Sistem Kapitalis
 Ekonomi Dualisme (moden dan tradisional, agihan tenaga kerja mengikut etnik)
 Rancangan Malaya

WAJ3162 Page 5
HUBUNGAN ETNIK 2015

KESAN IMPERIALISME DI TANAH MELAYU

Secara ringkasnya imperialisme bermaksud penjajahan atau dasar sesebuah negara


menjajah negara atau kawasan lain bagi meluaskan pengaruh dan wilayah kekuasaannya.
Imperialisme adalah perkataan yang berasal daripada bahasa latin iaitu imperium yang
bermaksud kuasa. Menurut Peter Neville imperialisme adalah “the urge to dominate other
countries by military or economical means”. Manakala Hobson(1902) menjelaskan dengan lebih
lanjut iaitu "Imperialism occurs when a strong nation takes over a weaker nation or region and
dominates its economic, political, and cultural life”. Menurut beliau selepas Revolusi Industri,
imperialisme sudah menjadi satu perkara umum yang perlu dilaksanakan di negara-negara
Eropah sebagai mencari kawasan baru yang mempunyai sumber untuk bahan mentah industri
dan juga sebagai pasaran baru bagi barangan keluaran industri. Dengan kata lain negara-
negara barat cuba memperkembangkan ekonomi mereka dengan memperolehi bahan mentah
yang akan dihantar ke kilang-kilang dan kemudiannya dijadikan sebagai barangan keluaran
kilang untuk dihantar sebagai barangan jualan kepada pasaran negara jajahan. Sebenarnya
tafsiran imperialisme di atas lebih menjurus kepada bidang ekonomi kerana kaitannya lebih kuat
berbanding dengan tafsiran dari sudut politik dan sosial. Selain itu dikatakan pada masa
sekarang negara-negara barat masih lagi melaksanakan dasar imperialisme ini tetapi dalam
istilah yang berlainan.

Peta Dunia Empayar Kolonial Pada Tahun 1914

Sumber : http://www.thehistoryconnection.com/Imperialism.html

WAJ3162 Page 6
HUBUNGAN ETNIK 2015

Umumnya terdapat pelbagai kesan yang berlaku ke atas Tanah Melayu akibat
imperialisme British dari segi politik, ekonomi dan sosial.

a) Politik Tanah Melayu (1786-1824)

Dasar imperialisme British di Tanah Melayu menjadi lebih mudah apabila termeterainya
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Kesannya Alam Melayu terbahagi dua atas kepentingan
politik dan ekonomi British dan Belanda yang mana menyebakan terbentuknya entiti geopolitik
baharu yang dikenali sebagai Tanah Melayu. Pada tahun yang sama juga bermulalah
pembentukan Negeri-Negeri Selat yang meliputi Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura.Pentadbiran ketiga-tiga negeri tersebut kemudiannya disatukan dan dikenali sebagai
Negeri-Negeri Selat (NNS) pada tahun 1926 dan kekal dibawah penguasaan British di India.
Menjelang tahun 1867, pentadbiran NNS telah diserahkan kepada Pejabat Tanah Jajahan
British di London.

Imperialisme British di Tanah Melayu bermula dengan bertapaknya kuasa British


di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka antara tahun 1786 dengan tahun 1824 Ketiga-
tiga koloni ini kemudiannya digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826
dan dikawal tadbir secara langsung oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris di India. Dalam
jangka masa yang begitu singkat, tanah jajahan British di Asia Tenggara sudah
merangkumi kawasan yang dianggap strategik bagi mempertahankan kepentingan
British di benua India, memperlindungkan jalan perdagangan di anatara India dengan
China bagi kepentingan perdagangan candu dan teh dan juga memperluaskan
komersial di Kepulauan Melayu (Leong Yee Fong,2005). Hasilnya dengan cepat Britain
telah muncul sebagai kuasa ekonomi yang unggul kerana negeri-negeri jajahan di Asia
Tenggara telah menyumbangkan kepada perubahan ekonomi Britain daripada ekonomi
berasaskan pertanian kepada ekonomi industri. Ini kerana tanah jajahan telah bertindak
sebagai pembekal bahan mentah dan pada masa yang sama bertindak sebagai tempat
pasaran barang keluaran industri Britain. Menurut Leong Yee Fong (2005), kehebatan
imperialisme British ini telah berjaya menandingi pengaruh Portugis dan Belanda atas
sebab sikap British yang mementingkan keunggulan politik dan ekonomi dan terdorong
oleh ideologi kapitalisme penjajah telah berjaya mengukuhkan kedudukannya dengan
berbagai perjanjian politik dan komersial. Sebaliknya Portugis dan Belanda hanya
memberi tumpuan kepada perdagangan semata-mata. Kerajaan penjajah bukan sahaja
dapat merampas kuasa politik daripada pemerintah tempatan tetapi akhirnya berjaya
menegakkan suatu rangka politik, pentadbiran dan ekonomi yang begitu asing bagi
pemikiran Melayu.

Menurut Leong Yee Fong (2005), jangka masa 1786 hingga 1824 adalah merupakan
sejarah rantau Melayu dan bukan sejarah politik Melayu dan pada masa tersebut tidak wujud
politik moden yang berteraskan konsep kenegaraan dan negara bangsa serta sempadan
wilayah. Apabila kemunculan pentadbiran Negeri-Negeri Selat, maka Semenanjung Tanah

WAJ3162 Page 7
HUBUNGAN ETNIK 2015

Melayu mula menjadi sebagai politik yang pertama kalinya diasingkan daripada Alam Melayu.
Ini bermaksud Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai entiti politik dan bukan lagi
sebagai suatu entiti kebudayaan. Dipandang dari sudut ini, British telah memperkenalkan
konsep Tanah Melayu yang didasarkan konotasi geopolitik. Dengan erti kata lain membawa
kepada kelahiran konsep negeri Melayu moden dan identiti bangsa Melayu sepanjang
tempoh 1786-1824. Langkah permulaan imperialisme British di Tanah Melayu bermula apabila
British bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Singapura pada tahun 1819 atas sebab
kepentingan perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris dan persaingan politik dengan
Peranchis dan Belanda. Menurut Azmi dan Mostafa (2011),bermula dari saat inilah British
berjaya memulakan keterlibatan dan penguasaan secara langsung terhadap kawasan-kawasan
yang secara tradisonalnya terletak dibawah urus tadbir Sultan-sultan Melayu. Manakala Leong
Yee Fong (2005),berpendapat inilah titik permulaan penjajahan British di Tanah Melayu. Francis
Light dan Stamford Raffles adalah merupakan dua orang imperialis yang berjaya
memperluaskan tanah jajahan British di sekitar Selat Melaka atas alasan bahawa pertumbuhan
kepentingan komersial British banyak bergantung pada kawalan pengaruh dan monopoli
perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu. Mereka bertindak dengan penuh yakin bahawa
Britain ditakdirkan untuk membina sebuah empayar di seberang laut. Bagi mereka,
pelaksanaan dasar memperluaskan empayar British menjadi kegemilangan British. Oleh sebab
itu kedua-dua imperialis ini menggunakan pelbagai tipu muslihat politik, manipulasi politik dan
paksaan demi menjayakan hasrat ini dalam usaha mendapatkan kedua-dua pulau ini.

b) Politik dan Ekonomi di Tanah Melayu (1824-1874)

Di peringkat awal penubuhan Negeri-Negeri Selat, British telah berjaya menjadikan Singapura
sebagai pelabuhan entreport sebagai usaha menghapuskan peranan Riau-Lingga dan Betawi
sebagai pusat perdagangan di Kepulauan Melayu pada awal kurun ke 19. Langkah in
meninggalkan dua kesan yang penting iaitu pertama menyebabkan pola perdagangan Tanah
Melayu berubah di mana peranan orang Melayu dalam perdagangan dengan Negeri-Negeri
Selat berkurang dan diganti dengan peranan saudagar China yang diiktiraf sebagai rakyat
British. Kedua, urusan perdagangan barat Semenanjung Tanah Melayu tertumpu kepada
kepada Perak, Negeri Sembilan, Melaka serta pantai timur tertumpu dengan Singapura.
Menurut Syed Hussein Alatas (1997) dalam Leong Yee Fong (2005), perkembangan Singapura
sebagai pusat perdagangan telah melenyapkan hemogeni tradisi perdagangan orang Melayu di
Semenanjung dan Selat Melaka dan melemahkan pelabuhan-pelabuhan tradisional Melayu.
Akibatnya ramai pedagang Melayu telah kehilangan mata pencarian lalu melibatkan diri dalam
kegiatan pelanunan. Kegiatan ini akhirnya mendapat sokongan daripada golongan bangsawan
dan kerabat raja yang bercita-cita mengembalikan kuasa ekonomi dan politik mereka yang
hilang. Namun penglibatan pembesar dalam pelanunan telah memberi alasan kepada British
bagi mengukuhkan pengaruhnya dan campur tangan dalam hal ehwal Tanah Melayu atas
alasan tersebut. Disebabkan tuduhan British yang menganggap sistem politik Melayu (golongan
bangsawan,rakyat jelata dan para pedagang Melayu) berasaskan perlanunan, maka sultan-
sultan Melayu hanya menjalankan perdagangan dengan pelabuhan British di samping perahu-
perahu Melayu di serang dan di larang melibatkan diri dengan kumpulan yang disyaki lanun.
Oleh sebab itu kerajaan British di Negeri-Negeri Selat sebelum tahun 1874 telah bertindak
ganas dengan melenyapkan perdagangan peniaga Melayu dan juga sumber pendapatan

WAJ3162 Page 8
HUBUNGAN ETNIK 2015

kerajaan negeri Melayu atas alasan menganggap semua orang Melayu sebagai terlibat dalam
kegiatan pelanunan.

Selain itu juga pada masa yang sama, British telah melebarkan pengaruhnya dalam soal
ekonomi di Tanah Melayu melalui pelaburan saudagar British yang berbangsa Cina yang
disokong oleh pembiaya Cina di Singapura. Mereka mula memasuki Johor dengan
mengusahakan ladang gambir dan lada hitam di samping mendapat galakan pihak British dan
Temenggong Johor. Di Pulau Pinang, penanaman ubi kayu dan tebu telah dibiayai oleh
pelabur-pelabur dari Melaka dan Pulau Pinang. Dan tidak kurang pentingnya ialah
perlombongan bijih timah. Memandangkan permintaan bijih timah yang semakin mendapat
permintaan yang tinggi ketika itu, maka pelabur-pelabur Negeri-negeri Selat telah
menyumbangkan bekalan modal dan buruh kepada Tanah Melayu yang membawa kepada
pembukaan kawasan lombong baru seperti di Lukut dan Sungai Ujong di Negeri Sembilan,
Lembah Kinta di Perak,dan Lembah Kelang di Selangor. Pada masa yang sama dalam bidang
pertanian pula, British telah memperkenalkan kapitalisme penjajah dengan mendominasikan
kegiatan ekonomi komersial yang mana pada masa tersebut sangat asing bagi orang Melayu
yang kebanyakannya menjalankan pertanian sara diri.

Aktiviti perlombongan bijih timah sebenarnya juga turut memberi kesan politik kepada
Negeri-Negeri Melayu. Ini kerana melalui kegiatan perlombongan dan pengutipan hasil cukai
telah menjadi sumber kekayaan yang digunakan untuk memajukan cita-cita politik pembesar
Melayu pula. Keadaan ini akhirnya menimbulkan konflik perbalahan merebut jawatan pembesar
bagi sesebuah jajahan yang kaya dengan bijih timah. Pembesar-pembesar Melayu yang kaya
akan menggunakan pengaruh mereka ke atas sultan dalam perlantikan orang besar. Perebutan
kuasa ini diburukkan lagi dengan penglibatan pelabur-pelabur Eropah dan Cina dari Negeri-
Negeri Selat. Pada masa yang sama pelombong Cina yang membawa bersama mereka
organisasi kongsi gelap telah memburukkan lagi kestabilan politik di Tanah Melayu. Keadaan
politik yang tidak stabil hasil pengenalan ekonomi baru dari Negeri-Negeri Selat telah
mendorong pelabur dan saudagar mendesak British melaksana dasar imperialisme (campur
tangan dan menguasai) Negeri-Negeri Melayu secara formal pada tahun 1874. Sebaliknya bagi
kerajaan British India campur tangan ini adalah perlu sebagai matlamat imperialisme yang luas
dan bukan sahaja terbatas kepada Negeri-Negeri Melayu sahaja. Ini kerana British melihat
kepada ancaman Siam yang boleh menggugat kepentingan British di Tanah Melayu. Atas
sebab inilah beberapa rundingan dan perjanjian telah berlaku antara British dengan kerajaan
Siam seperti Perjanjian Burney, Perjanjian Low dan Perjanjian Anderson sebagai usaha
menwujudkan perseimbangan politik di Tanah Melayu sehingga campur tangan secara rasmi
pada tahun 1874.

Selain daripada itu, imperialisme British juga dilaksanakan secara paksa seperti mana yang
berlaku ke atas Naning di mana penjajahan British bukan atas sebab ancaman politik tetapi
disebabkan kepentingan ekonomi iaitu cukai. Manakala perkembangan politik di negeri Johor,
Pahang dan Terengganu berjaya dilaksana melalui peranan dan pengaruh British di Singapura.
Pelbagai tektik seperti perlindungan, persahabatan, manipulasi politik, diplomasi dan kekerasan
telah digunakan demi mengekalkan kepentingan ekonomi dan pelaburan British di Johor dan

WAJ3162 Page 9
HUBUNGAN ETNIK 2015

Pahang, membendung pengaruh Siam di pantai timur dan memastikan perseimbangan politik di
negeri-negeri Melayu (Leong Yee Fong,2005)

c) Politik di Tanah Melayu (1874-1895)

Umumnya terdapat pelbagai faktor yang mendorong British mula melaksana dasar
imperialisme baru sebagaimana menurut Hobson (1902) di Tanah Melayu secara rasminya
pada era tahun 1870an. Antaranya, pertama faktor perlumbaan negara-negara Eropah seperti
Peranchis, Belanda dan Jerman berlumba-lumba memperoleh tanah jajahan di Afrika, kedua
desakan golongan kapitalisme terhadap kerajaan British supaya menjajah rantau Afrika dan
Asia bagi kepentingan bahan mentah dan pasaran baharu, ketiga perkembangan teknologi dan
industri menghasilkan barangan di England serta keempat kemunculan aliran pemikiran
masyarakat British yang mementingkan keunggulan tamadun British dan kebudayaannya. Atas
sebab tersebut di atas maka kerajaan British harus menjajah negara-negara mundur demi
kepentingan kemajuan dan kesedaran serta keamanan dan pembangunan negara yang
ditakluki melalui pengenalan sistem pemerintahan barat, undang-undang berasaskan prinsip
keadilan dan hak manusia serta perkembangan ekonomi kapitalis dan kebaikan orang
tempatan. Menurut Leong Yee Fong (2005) rakyat tempatan di anggap sebagai beban orang
putih “white men’s burden” sebagaimana pandangan sinis Frederick Weld (Gabenor Negeri-
Negeri Selat, 1888) yang mengatakan bangsa Melayu tidak dikurniakan dengan kebolehan dan
pengalaman untuk berkerajaan sendiri yang berpunca dalam bangsa, agama, sejarah dan
kebudayaannya. Namun dari sudut yang lebih jauh lagi, imperialisme British adalah bermotifkan
maruah politik dan bangsa Eropah di peringkat antarabangsa yang mana telah dilakukan oleh
golongan pemerintah, wartawan dan mubaligh.

Kejayaan imperialis British di Tanah Melayu adalah hasil daripada pelbagai strategi yang
digunakan. Antaranya ialah menjalin hubungan perdagangan di Asia Tenggara, menguasai
sebanyak mungkin peluang dan konsesi ekonomi, menduduki negeri-negeri yang mengalami
konflik politik, huru-hara dan penindasan raja menerusi pelbagai taktik penipuan, manipulasi
gerakan tentera, diplomasi, pujukan dan rayuan. Namun strategi ini dilindungi menerusi
perjanjian sebagai satu tindakan undang-undang yang sah. Menurut Leong Yee Fong (2005),
dengan cara ini menampakkan seolah-olah campur tangan British di Tanah Melayu bukan
secara paksaan sebaliknya atas jemputan memasuki Tanah Melayu untuk memberi
perlindungan kepada sultan-sultan dari ancaman musuh luar.

Dari segi pelaksanaan imperialisme pula, British menggunakan konsep perlindungan


sebagai cara asas merencana perubahan pemerintahan Negeri-Negeri Melayu. Perlindungan di
sini bermaksud memerintah secara tidak langsung iaitu kuasa penjajahan akan menggunakan
institusi kerajaan yang sedia wujud untuk memerintah negeri-negeri itu menerusi prinsip
kerjasama (Leong Yee Fong,2005). Dengan cara ini British dapat mengajar bangsa yang
mundur,mengubah organisasi politik dan sosial Tanah Melayu di samping memelihara institusi
politik tempatan dan kewibawaan sultan di sisi orang Melayu. Dalam konteks masyarakat
bawahan pula, konsep perlindungan diharap dapat meningkatkan kedudukan sosial masyarakat
Melayu sesuai dengan zaman sosial semasa. Apa yang berlaku ialah penyusunan semula
struktur politik Melayu telah menjadikan sultan dan pembesar sebagai patung dalam sistem
kerajaan baharu atau dianggap sebagai catur yang boleh diperalatkan bagi memajukan
WAJ3162 Page 10
HUBUNGAN ETNIK 2015

kepentingan pihak imperialisme, jentera kerajaan tempatan diubah, pemodenan bangsa Melayu
adalah mengikut idea dan amalan barat dan akhirnya menjadikan Sultan-sultan Melayu
sebagai penontan dan rakyat bawahan tertinggal jauh ke belakang. Perancangan dan amalan
konsep perlindungan ini terlaksana apabila termeterainya Perjanjian Pangkor 1874 yang
mensyaratkan pemerintah Melayu di Perak menerima seorang Residen British. Prinsip ini
sebenarnya adalah berunsur paksaaan di mana Sultan Melayu dikehendaki wajib mematuhi
nasihat Residen British atas nama persahabatan dan kebebasan walaupun menjejaskan
kedudukan dan kepentingan mereka. Menurut Azmi dan Mostafa (2011), ironinya sudahlah
British menguasai pentadbiran di Malaysia secara mudah tanpa perlu peperangan besar seperti
kelaziman yang berlaku di negara Eropah, para Sultan pula menunaikan syarat yang dikenakan
oleh British.

Secara lebih terperinci imperialisme British secara rasmi bermula apabila berlakunya
Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 di antara Raja Abdullah Perak dengan Gabenor
Andrew Clark. Dalam perjanjian tersebut, fasal keenam merupaka fasal yang menjadi faktor
kepada perubahan sistem politik tradisional orang Melayu dari segi pemerintahan.

Fasal Keenam – hendaklah sultan itu menerima seorang besar British yang dinamai Residen
dan mengadakan sebuah rumah yang patut akan kediamannya apa-apa nasihar daripadanya
dan mengikut ajarannya maka orang besar ini hendaklah ada berkuasa dan terpakai dalam
balai bicara sultan itu dan hendaklah dituntut pada membuat apa-apa dalams egala perkara
yang lain daripada perkara yang kena agama dan adat-adat Melayu.

Sumber : Abdullah Zakaria Ghazali, 1997)

Menerusi perjanjian ini, campur tangan British bermula di Tanah Melayu melalui
pengenalan Sistem Residen yang mana British telah menempatkan J.W.W Birch sebagai
Residen di Perak. Inilah titik permulaan secara rasminya penjajahan British di Tanah Melayu
melalui pelantikan seorang Residen British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang akan
mengurus segala bentuk urusan pemerintahan negeri kecuali berkaitan dengan agama Islam
dan adat resam Melayu. Senario ini telah mengubah keseluruhan pemerintahan tradisi di Tanah
Melayu di mana sebelum perjanjian ini di Tanah Melayu, Sultan merupakan pemerintah tertinggi
mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal pemerintahan institusi pentadbiran negeri dengan di
bantu oleh pembesar Melayu. Apabila yang berlaku, hakikatnya pelantikan Residen telah
menghapuskan kedudukan mutlak Sultan Melayu atau dengan kata lain kuasa pemerintahan di
Tanah Melayu telah berubah. Buktinya di Perak, Residen J.W.W Birch telah mengambil
tindakan tanpa berunding dengan Sultan Perak dalam melaksanakan peraturan baru di Perak.

Bagi ahli sejarah inilah titik pemisahan di antara zaman sebelum penjajah dengan
dengan zaman penjajahan di Tanah Melayu. Daripada episod tahun tersebut bermulalah
perubahan dari sudut pemodenan institusi politik Negeri-Negeri Melayu di samping kemunculan
perkembangan ekonomi kapitalis. Menurut Leong Yee Fong(2005), terdapat empat sifat yang
mencorakkan Tanah melayu selepas tahun 1874 iaitu : Pertama, kehilangan kuasa dan
kedaulatan Sultan-sultan Melayu dan pengenalan satu sistem pentadbiran baharu yang
menggantikan kerajaan feudal; kedua perkembangan institusi birokrasi dibawah penguasaan
pegawai British, peneutralan kuasa dan peranan golongan pembesar Melayu serta penglibatan

WAJ3162 Page 11
HUBUNGAN ETNIK 2015

mereka dalam kerajaan birokratik; ketiga, penguatkuasaan undang-undang barat yang


berdasarkan idea keadilan barat dan hak asasi manusia terutamanya dalam bidang pentadbiran
tanah dan pemilikan harta persendirian; dan keempat berlakunya proses peralihan ekonomi
daripada corak ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis dan akhirnya terbentuklah
masyarakat majmuk dengan imingrasi Cina dan orang India secara besar-besaran untuk
memenuhi keperluan tenaga buruh dalam ekonomi perlombongan dan perladangan. Menurut
beliau lagi, objektif British ialah mengukuhkan pengaruh British melalui pelantikan residen yang
akan melaksanakan dasar dan objektif British dan kedua menwujudkan satu sistem ekonomi
yang dapat menanggung perbelanjaan peperintahan British dari segi pembinaan ekonomi dan
sosial. Seterusnya Sistem Residen telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Selangor
(1874), Pahang (1887) dan Negeri Sembilan (1883-1887). Sistem Residen ini telah
meninggalkan beberapa kesan kepada Tanah Melayu.

i) Kemunculan Sistem Residen

Walaupun Sistem Residen sebagai penasihat tetapi hakikatnya apa yang berlaku
ialah residen-residen inilah memainkan peranan sebagai ejen perubahan dan
perubahan tersebut bergantung kepada kecekapan pentadbiran seseorang residen itu
dalam mengubah sistem kerajaan baharu asalkan memenuhi objektif British. Menurut
Leong Yee Fong (2005), kecekapan pentadbiran di sini merujuk kepada penyatuan
daerah yang terpencil kepada satu unit politik yang seragam, sultan-sultan diiktiraf
sebagai raja berpelembagaan pada teori dan amalan, jentera kerajaan diperluaskan
untuk mewakili kepentingan dan hak kaum imigran, hasil cukai dikendalikan oleh
pegawai yang tidak berkepentingan, dan wujud sifat sekularisme yang mengasingkan
agama dan adat daripada hal-hal pentadbiran. Oleh sebab itu menurut Azmi dan
Mostafa (2011) berlaku penstrukturan konsep kerajaan dalam ruang lingkup epistimolgi
penduduk Melayu. Ini kerana sebelum kedatangan British, konsep kerajaan adalah satu
konsep yang menyatukan agama dan negara tetapi sebaliknya penggunaan konsep
kerajaan menurut British adalah sesuatu yang terpisah dari ajaran Islam. Ini juga
menyebabkan berlakunya tranformasi terhadap badan kehakiman, pendidikan dan
birokrasi negara sehingga hari ini. Perkembangan ini dengan jelas memperlihatkan
bahawa agama (Islam) dipisahkan dari urusan sekular seperti politik, pentadbiran,
undang-undang, ekonomi dan pendidikan. Malahan ada kalanya berlaku juga campur
tangan dalam urusan pentadbiran agama. Diperingkat awalnya British tidak
mencampuri urusan pentadbiran agama sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian
dengan Sultan-sultan Melayu, namun sebaliknya secara tersembunyi British cuba
mengawal perundangan agama Islam. Menurut Azmi dan Mostafa (2011), walaupun
British melakukan reformasi di dalam aspek keagamaan masyarakat Melayu Muslim,
terutamanya dengan menubuhkan sebuah institusi yang mengurus tadbir hal-hal
keagamaan Islam dan adat resam Melayu,iaitu Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat
Resam Melayu, namun institusi yang baru ditubuhkan ini telah menafikan peranan
Islam di dalam segala urusan kehidupan kecuali dalam perkara-perkara keagamaan
yang sangat terbatas. Hooker (1988) dalam Azmi dan Mostafa (2011), telah
menghujahkan bahawa motivasi British ialah untuk menghadkan sefera atau ruang
lingkup undang-undang Islam kepada undang-undang keluarga sahaja dan
kemudiannya memperkenalkan sistem perundangan sekular mereka sendiri ke dalam
bidang hyang selain daripada itu. British juga telah memperkenalkan Undang-undang
WAJ3162 Page 12
HUBUNGAN ETNIK 2015

Sivil sebagai usaha menghadkan pengaruh undang-undang Islam yang di Tanah


Melayu. Menurut M.B.Hooker dalam Ramizah (Mac, 2009), tujuan sebenar British
memperkenalkan Undang-undang Sivil di Tanah Melayu dan sekali gus mengurangkan
status undang-undang Islam bukan disebabkan oleh Undang-undang Islam tidak
bertamadun atau Undang-Undang Islam bukannya tidak sistematik, tetapi lebih kepada
faktor-faktor ekonomi. Mereka juga berpendapat bahawa agama Islam merupakan
faktor penghalang ke atas misi mereka memajukan Tanah Melayu. Maksud kemajuan
dalam konteks barat ialah maju dalam bentuk materialistik dan bukannya dalam
pengisian jiwa.

Namun Leong Yee Fong (2005) berpendapat dibawah penguasaan British masih
wujud sistem institusi politik lama dan baharu. Ini kerana norma tradisi perhambaan
seperti konsep kedaulatan raja dan gelaran raja terus di kekalkan walaupun hak dan
kuasa waris negeri dan pembesar Melayu di rampas dan amalan feudal seperti sistem
kerah dan institusi perhambaan di kikis. Peranan sultan diperkukuhkan sebagai
lambang kedaulatan negeri dan dijadikan ketua majlis negeri dan segala undang-
undang yang dilulus dan dikuatkuasa atas namanya tetapi hakikatnya residen yang
berkuasa mutlak terhadap sebarang keputusan. Sejak itu sultan hanya berkuasa hanya
terhadap adat resam dan agama Islam sahaja. Manakala pembesar Melayu pula tidak
lagi berkuasa misalnya dalam mengutip cukai dan bilangan mereka dikurangkan.
Sistem kehakiman tradisional daripada golongan pembesar dan ketua kampung juga
dihapuskan. Bagi golongan rakyat Melayu, mereka turut tidak diberi peranan dalam
politik British. Akhirnya konsep tradisi Melayu bahawa hal ehwal politik adalah dalam
bidang golongan atasan dibiarkan terus berjalan dan inilah yang menjadi asas
pemikiran dan falsafah politik pemerintahan baharu terhadap mereka. Namun dari sudut
positif pula keamanan negeri berjaya dipulihkan. Misalnya di Perak, pelantikan Residen
telah berjaya menamatkan perebutan takhta dan perang kongsi gelap di Negeri
Sembilan telah berjaya diselesaikan. Pasukan polis dari India telah dibawa masuk bagi
menjaga keamanan. Pelaksanaan Sistem Residen di negeri-negeri Melayu ini telah
dapat menjamin keamanan dan kestabilan politik pada masa tersebut.

ii) Penubuhan Majlis Negeri

Untuk memastikan perancangan imperialisme British iaitu peralihan kuasa


daripada orang Melayu di Tanah Melayu tercapai, British telah memperkenalkan satu
institusi yang dikenali sebagai Majlis Negeri dan institusi inilah digunakan sebagai alat
untuk mempertahan dasar-dasar British yang bertentangan dengan kepentingan orang
Melayu. Seperti juga tujuan tersirat dalam perjanjjian British dengan sultan Melayu,
institusi digunakan sebagai usaha mengaburi mata orang Melayu bahawa dasar dan
tindakan British adalah hasil kesepakatan dan kemuafakatan majlis yang terdiri
daripada raja, pembesar Melayu, pemimpin Cina dan Residen. Dengan penubuhan
majlis ini, British cuba menunjukkan bahawa mereka cuba mengukuhkan kewibawaan
sultan Melayu dan pada masa yang sama cuba mententeramkan pembesar Melayu
yang cuba menentang British. Namun hahkikatnya, British telah memberi hak
perwakilan kepada kaum Cina dalam pemerintahan.

WAJ3162 Page 13
HUBUNGAN ETNIK 2015

Sebaliknya bagi pembesar Melayu peringkat daerah, mereka kehilangan kuasa


da kewibawaan apabila British menyusun semula kerajaan tempatan. Pengambilan
pentadbiran daerah oleh pegawai British telah menyebabkan pembesar kehilangan
pengaruh di kalangan rakyat dan mereka juga kehilangan pendapatan melalui kutipan
cukai dan akhirnya mereka ini diberi pencen atau elaun bagi menyara kehidupan.
Selain itu sebilangan kecil pula dilantik sebagai penghulu atau jika berpengaruh di
lantik dalam ahli majlis atau pun diberi peluang pekerjaan dalam perkhidmatan
perkeranian di jabatan yang ditubuhkan di peringkat daerah. Menurut Leong Yee Fung
(2005), pada keseluruhannya, kepentingan waris negeri dan pembesar telah terhapus
sama sekali akibat penyusunan semua kerajaan negeri sehingga dilaporkan sebilangan
mereka terpaksa menampung hidup dengan bekerja sebagai buruh, nelayan, pemotong
kayu atau guru di sekolah kampung.

Walau bagaimanapun sistem penghulu masih dikekalkan oleh British atas sebab mereka
merupakan orang yang terdekat dengan penduduk kampung. Para penghulu yang mewakili
rakyat jelata dan pihak kerajaan dipandang sebagai pihak yang dapat menjamin agar rakyat
sentiasa tunduk dan patuh kepada pihak atasan. Peranan penghulu seterusnya bertambah
penting selepas penubuhan pelbagai jabatan dan oleh sebab itu, penghulu dinaikkan taraf
sebagai pegawai kerajaan.

Keseluruhannnya melalui penubuhan Majlis Negeri, institusi Pegawai Daerah dan sistem
penghulu di Negeri-Negeri Melayu seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, maka
muncul pengenalan satu sistem pentadbiran birokratik sebagai satu cara penjajah mengubah
corak politik dan ekonomi di Tanah Melayu. Ini terbukti melalui penubuhan pelbagai jabatan
telah ditubuhkan seperti Jabatan Tanah, Jabatan Ukur, Jabatan Buruh, Jabatan Imingrasi,
Jabatan Perhutanan, dan Jabatan Perikanan. Untuk mengisi jawatan di setiap jabatan yang
diwujudkan, British telah membawa masuk bangsa-bangsa lain dari India dan Sri Lanka atas
alasan orang Melayu tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tersebut.
Kesannya orang Melayu telah dipinggirkan dalam hal-hal pentadbiran terutamanya pentadbiran
tanah dan bermulahlah kehidupan mereka yang disekat dengan peraturan baru.

Di samping itu kedudukan sosioekonomi orang Melayu bawahan juga turut terjejas
akibat imperialisme British yang membawa masuk orang asing ke Tanah Melayu melalui
pengenalan sistem ekonomi kapitalis. Kesannya banyak tanah orang Melayu telah cerobohi
untuk aktiviti perlombongan dan pertanian komersial. Tekanan ekonomi yang diterima oleh
orang Melayu juga telah memaksa sebahagian mereka berundur ke kawasan pendalaman.
Sebenarnya kehidupan tradisional mereka sebagai petani di kampung-kampung yang terletak
jauh daripada pusat pemerintahan British masih tidak berubah walaupun British mendakwa
bahawa kemudahan seperti jalanraya, bekalan air, sekolah dan kesihatan telah memberi faedah
kepada orang Melayu.Apa yang berlau ialah kemudahan infrastruktur tersebut adalah bertujuan
mempercepatkan perkembangan ekonomi British.

d) Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1986)


Sistem Residen yang diperkenalkan mempunyai kelemahan di mana adanya
residen yang terlalu berkuasa manakala Gabenor Negeri-Negeri Selat tidak dapat

WAJ3162 Page 14
HUBUNGAN ETNIK 2015

mengawal Residen di samping masalah pentadbiran yang tidak seragam, teratur serta
pembangunan yang tidak seimbang. Kelemahan yang berlaku dalam Sistem Residen
telah menyebabkan negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan disatukan dibawah
sebuah pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
atau Persekutuan pada tahun 1896. Pada asasnya tujuan penubuhan NNMB adalah
membentuk sebuah persekutuan dengan tujuan menyeragam dan meningkatkan
kecekapan pentadbiran melalui pembahagian kuasa dan kedaulatan antara negeri-
negeri dengan pusat pemerintahan. Namun apa yang berlaku ialah wujudnya kuasa
politik (pemusatan kuasa) yang bertumpu kepada kerajaan pusat di Kuala lumpur di
tangan Residen Jeneral.Ini menyebabkan peranan kerajaan negeri telah diperkecilkan
kerana kerajaan negeri hanyalah sebagai saluran kerajaan pusat bagi menguatkuasa
peraturan dan arahan pemerintahan yang mana ini bercanggah dengan maksud asal
persekutuan. Sultan-sultan Melayu juga turut kehilangan kuasa dan diketepikan dalam
urusan pentadbiran walaupun dalam Perjanjian Persekutuan ada menyatakan kuasa
yang diserahkan kepada residen dahulu perlu dikembalikan kepada sultan. Kuasa
mereka telah diambilalih oleh Residen Jeneral yang berkuasa penuh terhadap
pentadbiran yang melibatkan semua urusan kewangan dan cukai. Pandangan mereka
juga tidak diambilkira dalam hal-hal pentadbiran dan undang-undang dan adat tradisi
tidak lagi dititikberatkan walaupun dalam hal pewarisan takhta. Keadaan ini diburukkan
lagi apabila kemunculan pembentukkan Dewan Bersekutu pada tahun 1909 di mana
sultan-sultan hanyalah bertindak sebagai penasihat British dan taraf mereka dalam
dewan hanyalah sebagai anggota biasa yang bertaraf pegawai tidak rasmi. Untuk
mengelakkan rasa tidak puas hari dan demi menjaga hati sultan, British telah
menwujudkan perhimpuan raja-raja (Durbar) sebagai satu cara untuk menunjukkan
betapa kononnya mereka sangat memuliakan dan memelihara istiadat raja-raja Melayu.
Namun yang pasti Durbar ini tidak menambah sebarang kuasa politik kepada sultan
Melayu. Manakala bagi Residen pula mereka kehilangan peranan dan inisiatif sendiri
kerana penggerak utama dasar dan hal-hal pentadbiran adalah di tangan Residen
Jeneral.

Selain itu juga peranan bagi golongan elit Melayu dalam pentadbiran juga
mengalami nasib yang sama sehinggakan ada yang lenyap sama sekali apabila
wujudnya Persekutuan NNMB. Apa yang berlaku ialah perlantikan pegawai British
dalam semua pentadbiran di jabatan-jabatan baru dibawah tanggungjawab Residen
Jeneral dan bukan kepada residen. Walau bagaimanapun apabila Skim Perkhidmatan
Tadbir Melayu (PTM) ditubuhkan pada tahun 1910, segolongan elit Melayu telah
diserap ke dalam pentadbiran setelah mereka dilatih dalam selok belok pentadbiran
moden di NNMB.

e) Perubahan Politik di Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu (NNMTB)

Situasi yang berlaku di NNMB ini turut membimbangkan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan atas sebab itulah timbul azam serta kesedaran sultan-sultan di NNMTB untuk
mempertahankan kedudukan mereka dengan melakukan pembaharuan dalam sistem
pentadbiran negeri. Pembaharuan yang dilakukan adalah dengan menjadikan pemerintahan
negeri bercorak kerajaan berperlembagaan supaya British tidak mencampuri urusan

WAJ3162 Page 15
HUBUNGAN ETNIK 2015

pentadbiran negeri mereka. Namun ini tidak berjaya menghalang British melakukan
pencerobohan tetapi sedikit sebanyak sifat kemelayuan dalam corak pentadbiran NNMB dapat
dikekalkan. Sebagai contoh, Negeri Johor adalah negeri Melayu yang pertama
memperkenalkan pemerintahan berasaskan undang-undang bertulis iaitu Undang-Undang
tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1985. Antara perkara yang terkandung dalam dalam
perundangan tersebut ialah kuasa mulak sultan dihad dan tertakluk kepada perlembagaan,
mendukong prinsip pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan mengikut kehendak dan
kesukaan sultan dan menjamin kebebasan rakyat. Kuasa mutlak dihadkan bermaksud undang-
undang ini menetapkan bahawa sultan tidak dibenarkan menyerahkan negerinya kepada kuasa
asing sebagai satu usaha memastikan kemerdekaan Johor dari campur tangan British.
Manakala prinsip pemerintahan mengikut undang-undang pula secara tidak langsung telah
memberi isyarat bahawa Sultan Johor mengakui tentang hak dan kebebasan rakyat. Dengan
adanya undang-undang ini maka Johor dapat mengimbangi kuasa British serta
mempertahankan identitinya. Menurut Leong Yee Fong (2005) boleh dikatakan perlembagaan
tersebut telah dapat mendemokrasikan sistem kerajaan Johor. Perkara yang sama turut
dilakukan oleh negeri Terengganu setelah melihat ke atas apa yang berlaku kepada Johor.
Untuk itu beberapa pembaharuan telah dilakukan seperti yang dilaksanakan di Johor dimana
tertubuhnya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu pada tahun 1911 yang mengambil
pengaruh Perlembagaan Johor. Kesan perundangan baru itu telah menyebabkan semua
daerah terletak dibawah pemerintahan pusat yang terletak di Kuala Terengganu. Berbanding
dengan negeri-negeri Melayu yang lain, penyusunan pentadbiran di negeri Terengganu
terutamanya dalam soal Perlembagaan Terengganu 1911 telah melibatkan peranan golongan
ulama Islam yang sangat rapat dengan sultan dan atas sebab inilah British sukar mencampuri
hal ehwal politik negeri Terengganu berbanding negeri-negeri lain. Pemerintah Terengganu
berharap dengan menggunakan hukum syarak dalam perundangan ianya dapat memelihara
kemerdekaan negeri Terengganu.

Manakala bagi Negeri Kedah pula,untuk mengelakkan mereka diserap ke dalam


Persekutuan, Majlis Negeri Kedah telah menggunakan pelbagai teknik untuk melobi parlimen
London agar kerajaan British di Tanah Melayu tidak mengubah status politik Kedah.Usaha ini
akhirnya berjaya apabila termeterainya perjanjian Kedah dengan British yang mensyaratkan
bahawa British tidak akan menyerahkan Kedah kepada suatu kuasa lain dan kesannya Kedah
dapat mengekalkan status dan identiti politik negeri Kedah.

Ringkasnya, pada awal era penjajahan British , Negeri-Negeri di Tanah Melayu


berada dalam empat sistem sosio-politik yang berbeza iaitu Negeri-Negeri Selat
(Melaka, Singapura dan Pulau Pinang), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang), Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) dan Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan
Sarawak. Setiap kelompok negeri ini mengalami perubahan yang berbeza dalam
pelbagai aspek undang-undang dan perlembagaan walaupun dibawah perlindungan
British. Berbanding apa yang berlaku di Negeri-Negeri Selat, di mana telah dijadikan
jajahan Mahkota yang diperintah secara langsung oleh Gabenor yang
bertanggungjawab dengan Pejabat Tanah Jajahan di London.

WAJ3162 Page 16
HUBUNGAN ETNIK 2015

b) Kesan Ke atas Ekonomi Tanah Melayu

Sejak dahulu lagi iaitu sebelum British campur tangan di Tanah Melayu, ekonomi
orang Melayu adalah bercorak sistem sara diri dan komersial yang melibatkan
pertanian, perlombongan,kelautan dan perdagangan.Sistem sara diri bermaksud aktiviti
seperti bertani hanya untuk kehidupan seharian dan komersial bermaksud untuk di
eksport. Dalam bidang perlombongan, orang Melayu telah melombong bijih timah
dengan menggunakan kaedah mendulang di kawasan-kawasan seperti Lembah Kinta,
Sungai Ujong dan Lembah Kelang. Dari segi perdagangan pula orang Melayu
mempunyai hubungan dagangan dengan negara-negara seperti China, India dan Timur
Tengah sejak zaman berzaman.

Setelah British dapat menguasai politik di Tanah Melayu, maka usaha-usaha


imperialisme di peringkat awal adalah menerusi perancangan kemudahan infrastruktur
supaya sistem ekonomi eksport yang menjadi pendokong pentadbiran British dapat
berjalan lancar. Dengan adanya kemudahan seperti sistem perhubungan, sistem
perparitan, galakan imigrasi dan pelaksanaan undang-undang tanah yang baru, British
berharap akan menarik ramai pelabur untuk membawa masuk modal ke Tanah Melayu.
Usaha ini dimulakan oleh Frank Swettenham selaku Residen Jeneral yang telah
merangka sistem jaringan jalan keretapi di seluruh Tanah Melayu supaya membolehkan
pemodal atau pelabur meneroka kawasan perlombongan dan pertanian dengan mudah
dan cepat.
Sehingga Julai 1896 sejumlah 20 landasan keretapi telah dibina di Negeri-Negeri
Melayu (Kaur 1985: 55-7). Menjelang tahun 1935 di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,
imperialisme British telah membina 1,321 batu landasan keretapi dengan 213 stesen
kekal dan 76 perhentian di sepanjang Semenanjung Tanah Melayu (FMSR 1935: 3).
Tujuan pembinaan landasan keretapi bukan sahaja untuk tujuan ekonomi malahan
sebagai satu strategik empayar British. Menurut Maxwell (1891), “The British sought to
establish a trunk railway line which would meet an Indian line at Tenasserim in
Burma,similar to Rhode’s Cape-to-Cairo railway scheme,to connect the protectorate
with the rest of the British Empire. Manakala Gabenor Sir William E. Maxwell
meramalkan bahawa pada tahun 1981 “that the railway would beof incalculable benefit
in time of war to the Straits Settlements and to the Empire’ if thorough-communication’
in the Peninsula to the ‘coaling station of Singapore’wasestablished via the railways.
(Ibid.) Ini diakui oleh Setiausaha Tanah Jajahan British iaitu Joseph Chamberlain yang
menyatakan bahawa harapannya tentang masa hadapan jalan keretapi ini pembinaan
jalan keretapi di Tanah Melayu dibina bukan tujuan pembangunan ekonomi semata-
mata tetapi berdasarkan ‘comprehensive principles’ yang merujuk kepada kebolehan
projek ini disambungkan pada masa akan datang. (Kaur 1985:31).Residen Jeneral
Frank Swettenham (1896:192) juga berpendapat melalui pembinaan jalan keretapi ini
diharapkan perjalanan dari England ke Australia mengambil masa yang pendek.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Chai (1964) “Both Chamberlain and Swettenham
believed that the railway was an instrument of national development which could
connect the disparate parts of the British Empire in an Imperial Federation.

Sejarah Pembinaan Landasan Keretapi di Tanah Melayu

WAJ3162 Page 17
HUBUNGAN ETNIK 2015

1874 : Sir Andrew Clarke announced his support for the construction of
a railway for private use.
1 Jun 1885 : The first section of the Malayan railway was a seven and a
half mile track, opened between Taiping and Port Weld, serving the
main mining area in Larut. The effort took two divisions of Ceylon
Pioneers.
Sep 1886 : The next section opened was the 21-mile run between Kuala
Lumpur and Klang with an extension to Port Swettenham 3 years later.
1891 : Seremban was linked up with Port Dickson.
1896 : The creation of the Federated Malay States Railway, followed by
the joining up of the initial four major lines built.
1900 : The main backbone of railway tracks linked Penang (Prai) to
Seremban.
1 Jan 1903 : The Singapore-Kranji Railway line was announced
completed. The section from Tank Road to Bukit Timah was opened.
10 Apr 1903 : The Woodlands extension was completed. The first
passenger trains began transporting travellers to Bukit Timah Station.
1904 : Malacca was connected to Tampin. This line was removed during
the Occupation and not reinstated.
1905 : Seremban was connected to Tampin.
21 Jan 1907 : The extension to Pasir Panjang was completed.
1909 : The Johore Railway was completed delivering most of the
surface mail from central and western Peninsular Malaya due for
Singapore.

Pembinaan jalan raya juga mendapat perhatian British di mana pada peringkata
walnya jalan raya dibina bagi menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan
pertanian dengan stesen keretapi. Di Tanah Melayu, jalanraya berkembang pesat
terutamanya di Selangor dan Perak di mana menjelang tahun 1895, 2400 kilometer
jalan raya telah dibina dikedua-dua negeri tersebut. Antara tahun 1911 hingga tahun
1928, jalan raya yang menghubungkan Perlis dan Singapura telah dibina di samping
pembukaan jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan pantai barat Tanah
Melayu.Pada masa yang sama sistem perhubungan seperti telegraf, telefon,
perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara turut diwujudkan.

WAJ3162 Page 18
HUBUNGAN ETNIK 2015

Peta Pembinaan Jalan Keretapi 1885 -1935 di Tanah Melayu

Sumber : Federated Malay States Railway (1935),Fifty Years of Railways in Malaya 1885-1935
,Kuala Lumpur: Kyle, Palmer & Co. Ltd. Printers & Engineers

Dalam usaha ke arah pembentukan ekonomi moden, faktor tanah juga mendapat
perhatian British. Untuk itu, beberapa undang-undang tanah telah diperkenalkan di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang akhirnya diselaraskan dengan termaktubnya
Undang-Undang Tanah Persekutuan pada tahun 1897. Perkara yang termaktub dalam
WAJ3162 Page 19
HUBUNGAN ETNIK 2015

undang-undang tanah itu termasuklah pengkelasan tanah, sukatan dan ukuran tanah,
pengutipan cukai tanah, pemerolehan tanah dan peraturan penggunaan tanah.(Leong
Yee Fong, 2005). Pembaharuan tanah ini diperkukuhkan lagi dengan pengenalan
konsep Sistem Torrens dan ini membolehkan British mengutip cukai tanah dan
berkuasa dalam mengawal cara penggunaan tanah orang Melayu. Undang-undang
tanah ini telah membolehkan juga British menggalakkan pembukaan tanah kepada
pelabur secara liberal. Pelbagai konsesi telah diberikan kepada pelabur seperti
pengecualian bayaran sewa tanah dalam tempoh lima tahun pertama atau kadar sewa
tanah yang amat rendah, tempoh pajakan selama 99 tahun atau 999 tahun dan cukai
pengeluaran yang ringan. Kesan daripada pelaksanaan dasar tanah yang liberal telah
menyebabkan perkembangan perladangan getah di Tanah Melayu yang seterusnya
mengubah lanskap ekonomi di Tanah Melayu.

Jadual Menunjukkan Pelaksanaan Sistem Torrens di Tanah Melayu

Sumber Mohd Ridzuan Awang (1987), Salleh Buang (1987) dalam Fuadah dan
rakan-rakan (2014)

Menurut Mohd Ridzuan Awang (1987) dalam Fuadah dan rakan-rakan (2014),
Sistem Torrens bermula apabila digabungkan dengan General Land Regulations. Ini
berlaku selepas British mengambilalih pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
yang melibatkan Perak (1877), Selangor (1891), Pahang(1889) dan Negeri Sembilan
(1887). Keadaan yang sama turut berlaku di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
dimana diperkenalkan Sistem Torrens ini. Misalnya di di Johor melalui Enekmen No.1
yang dipinda pada tahun 1937, di Kedah dilaksana pada tahun 1913 dan dipinda pada
tahun 1934, Kelantan melalui Enekmen Tanah No.11 pada 1935 dan di Perlis dalam
Enekmen Tanah No.3 pada tahun 1936.

Pengenalan Sistem Torrens ini sebenarnya telah menyebabkan terhapusnya


Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang selama ini mendominasi konsep tanah di
Tanah Melayu. Sebelum campur tangan British, panduan dan urusan tanah di semua
negeri di Tanah Melayu adalah kebanyakan mengikut kedua-dua adat ini. Adat
WAJ3162 Page 20
HUBUNGAN ETNIK 2015

Temenggung yang banyak menyerap unsur Islam paling banyak digunakan dalam
urusan tanah di Tanah Melayu. Menurut Fuadah dan rakan-rakan (2014), terdapat lima
pengaruh agama Islam mempengaruhi Adat Temenggung berkaitan dengan tanah di
Pahang, Kedah, Perak, Johor dan Melaka. Undang-undang tanah terdapat pengaruh
Islam ialah Malacca Digest (1523), Pahang Digest 1650, Kedah Digest 1650, Johor
Digest 1789, The Perak Code. Selain itu juga penduduk bumiputera dibenarkan
membuka tanah dengan 1/10 daripada hasil usaha ke atas tanah diserahkan kepada
negeri. Ini dinyatakan dalam Risalah Hukum kanun 1523, Pahang Digest 1596, Kedah
Digest 1605, Johor Digest dan Undang-Undang 99 Perak 91765). Dengan pelaksanaan
Sistem Torrens yang berkonsepkan sistem barat(1824-1948),maka undang-undang
tanah yang selama ini dilaksanakan mengikut cara agama Islam terhakis dan diganti
dengan sistem undang-undang tanah cara barat.

Selain itu juga pihak British telah memperkenalkan undang-undang pengambilan


tanah secara paksa. Sejarah pengambilan tanah secara paksa bermula di Malaysia
apabila FMS Enactment No. 20 of 1922 diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu pada Tahun 1922. Enakmen ini kemudiannya ditukar kepada Land
Acquisition Enactment (FMS Cap. 140). Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu juga
memperkenalkan undang-undang pengambilan tanah secara paksa masing-masing
seperti: (i) Land Acquisition Enactment of the State of Johore 1936 (16 of 1936); (ii)
Land Acquisition Enactment (No.57) of the State of Kelantan; (iii) Acquisition of Land for
the railway Purpose of the State of Perlis (8 of 1934); (v) Land Acquisition (Extension to
Perlis) Enactment 1958 of the State of Perlis. (6 0f 1332); (v) Land Acquisition
(Extension to Terengganu) Ordinance 1952 (9 of 1952); dan (vi) Land Acquisition
Ordinance of the Straits Settlements (Cap.128). Di negeri-negeri Selat pula pentadbiran
kolonial British telah meluluskan Indian Act VI of 1857 untuk digunapakai di Negeri-
negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang) seperti yang digunapakai di India.
Akta ini digunakan untuk membolehkan pembinan jalan raya dan landasan keretapi.
Akta 1857 ini dipinda dari masa ke semasa. Pada tahun 1863, The Indian Act
XXII telah digubal bagi membolehkan tanah diambil secara paksa untuk kegunaan
awam. Akta 1863 ini kemudiannya digantikan dengan Ordinan Negeri-Negeri Selat
1889, diikuti dengan Straits Settlements Acquisition of Land for Public Purpose
Ordinnce 1920.

Dari segi pengeluaran barangan ekonomi pula, mulai tahun 1905 telah
diperkenalkan tanaman getah. British telah memberi galakan kepada penanam tebu
dan kopi supaya menukarkan jenis pertanian mereka kepada getah. Ini seterusnya
membawa kepada perubahan ekonomi dalam sektor pertanian di Tanah Melayu
dengan kewujudan sektor perladangan iaitu getah secara besar-besaran yang sehingga
hari dalam dilihat sebagai satu warisan penjajahan. Pada era 1890an sektor
perladangan telah berkembang dengan pesat apabila berlaku kemasukan buruh-buruh
asing dari selatan India serentak dengan usaha British meluaskan kegiatan ekonomi
dalam penanaman getah secara meluas di negara-negara jajahan. Misalnya pada
tahun 1897, sebanyak 345 ekar tanah getah telah dibuka di Tanah Melayu dan antara
tahun 1905 hingga 1929, keluasan tanaman getah telah bertambah daripada 50 000
ekar kepada tiga juta ekar dan ini bertambah kepada 3.5 juta ekar pada tahu 1940.
Keadaan ini disebabkan oleh permintaan getah yang mendapat pasaran yang tinggi
WAJ3162 Page 21
HUBUNGAN ETNIK 2015

ekoran pembuatan kereta dan barang-barang elektrik di Eropah.Kesannya ramai


pelabur-pelabur British datang ke Tanah Melayu membuka lebih banyak kawasan
perladangan getah dan ini menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar gerah yang
terbesar di dunia (Mohd Rais, 1999).

Di samping itu juga dalam bidang perlombongan bijih timah yang merupakan
industri yang tertua di Tanah Melayu turut mendapat perhatian British. Pada peringkat
awal di Tanah Melayu, golongan imigran Cina adalah merupakan kaum yang mula
sekali membuka lombong bijih timah semenjak 1820an di negeri Perak yang diketua
oleh Chung Ah Qwee. Menjelang tahun 1872, terdapat 40 000 lombong di Tanah
Melayu yang diusahakan oleh kaum cina terutamanya Kantonis dan Hakka. Di Selangor
perlombongan bijih timah bermula pada tahun 1824 dilakukan oleh kaum Cina Hakka.
Apabila British menguasai pentadbiran di Negeri-Negeri di Tanah Melayu,
perlombongan bijih timah berkembang dengan pesat pada tahun 1870an. Dari tahun
1854 hingga 1904, pengeluaran bijih timah telah meningkat dari 6 500 tan kepada 5 000
tan.Ini disebabkan oleh suasana politik yang stabil di Tanah Melayu tanpa adanya
perebutan kawasan perlombongan di kalangan pembesar Melayu dan kongsi gelap
Cina. Kesannya ramai usahawa cina berusaha dengan aktif membuka kawasan-
kawasa lombong baru dan pada masa yang sama membawa masuk peralatan baru
dalam perlombongan. Di samping itu, pelabur barat pula telah menjadi dominan dalam
perusahaan perlombongan dengan penggunaan kapal korek mulai tahun 1912 yang
memerlukan modal besar, kepakaran teknikal dan pengetahuan pengurusan.
Perkembangan ini disokong dengan usaha Sir Andrew Clarke yang telah
membangunkan sistem pengangkutan seperti jalanraya antara kawasan perlombongan
dengan bandar. Jalan raya yang pertama di Tanah Melayu telah dibina
menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dengan bandar seperti Kuala
Lumpur, Seremban, Ipoh dan Taiping. Menjelang tahun 1883, Tanah Melayu menjadi
pengeluar terbesar di dunia dalam pengeluaran bijih timah dan menjelang akhir abad
ke 19, Tanah Melayu telah menbekalkan 55% pengeluaran bijih timah dunia.

Kesan dari perkembangan perusahaan perladangan getah dan bijih timah telah
menyebabkan kemunculan pemodal-pemodal bangsa British sebagai pemodal yang
memainkan peranan penting dalam ekonomi di Tanah Melayu. Antara pemodal-
pemodal dari British yang memainkan peranan utama dalam sektor perladangan ialah
Guthrie, Boustead, Harisons & Crosfield, dan beberapa lagi kelompok pemodal.
Sesungguhnya mereka mendapat galakan dan kerjasama pihak pentadbiran British
dalam membuka kawasan perladangan di Tanah Melayu.

Dalam konteks input buruh pula, dengan perkembangan perladangan getah dan
perlombongan bijih timah, maka muncul imigrasi buruh ke Tanah Melayu.Ramai buruh
dari India dan China telah dibawa masuk oleh pedagang mengikut keperluan tanpa
penyelarasan kerajaan British dan pada masa yang sama kerajaan British juga
membawa masuk buruh-buruh tersebut untuk tujuan pembinaan infrastruktur. Akibatnya
seringkali berlaku persaingan antara peladang dan kerajaan dalam mendapatkan
buruh. Bagi mengatasi masalah ini maka pada tahun 1907, kerajaan dan golongan
pemodal telah bekerjasama membentuk sebuah jawatankuasa imigrasi dan
menubuhkan satu tabung imigrasi Tamil. Sebuah Jabatan Buruh telah ditubuhkan serta
WAJ3162 Page 22
HUBUNGAN ETNIK 2015

pengenalan Undang-undang Buruh pada tahun 1912 telah diwujudkan. Hasilnya wujud
satu sistem imigrasi buruh India yang melibatkan Persatuan Peladang Getah dan
kerajaan British dan juga pihak kerajaan India sebagai pembekal buruh. Manakala
pengambilan buruh Cina pula adalah melalui kontraktor Cina

Hasil perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu juga telah menyebabkan


munculnya kawasan-kawasan bandar baru di kawasan yang kaya dengan hasil galian
seperti bijih timah. Pekan kecil yang berhampiran dengan kawasan perlombongan akan
berfungsi sebagai tempat pelombong mendapatkan keperluan bahan harian dan juga
sebagai tempat pengumpulan hasil lombong. Pekan kecil ini akhirya berkembang
menjadi bandar yang menjadi pusat segala aktiviti seperti pentadbiran, perniagaan,
kewangan dan sebagainya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur
seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, pusat kesihatan. Oleh sebab itu lahirlah
bandar-bandar baru seperti Kuala Lumpur, Taiping, Ipoh dan Seremban. Selain itu juga
perkembangan sistem pengangkutan dan aktiviti seperti pertanian komersial turut
mempengaruhi kewujudan bandar-bandar baru. Namun dasar imperialisme British di
Tanah Melayu telah menyebabkan kawasan pantai barat Tanah Melayu lebih
membangun berbanding dengan kawasan pantai timur.

Untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi di Tanah Melayu, British telah


membuat pembaharuan dalam mata wang dengan menguatkuasa dolar Negeri-Negeri
Selat yang nilainya dipadankan dengan nilai emas semasa dan ditetapkan pada
matawang Sterling. Ini bertujuan menjamin kestabilan kadar pertukaran mata wang
sebagai satu usaha menggalakkan modal asing melabur secara besar-besaran.

Ringkasnya segala perubahan yang berlaku ke atas ekonomi di Tanah Melayu


adalah perubahan ekonomi tradisional kepada ekonomi komersial atau ekonomi
kapitalis. Dengan kata lain pelbagai kesan ekonomi yang berlaku ke atas Tanah Melayu
akibat daripada dasar imperialisme British yang berpunca daripada tercetusnya
Revolusi Industri di Eropah. Perubahan yang begitu penting sekali yang dilakukan oleh
British ialah mengasaskan kapitalisme moden di Tanah Melayu dan kesannya Tanah
Melayu telah menerima pakai sistem ekonomi pasaran bebas (sistem kapitalis).
Pengenalan sistem ekonomi ini telah membolehkan British mengeksplotasi secara
besar-besaran sumber ekonomi di Tanah Melayu melalui beberapa perubahan seperti
penggubalan dasar tanah,kemunculan bidang bidang ekonomi baru seperti pertanian
getah dan pertanian dagangan untuk eksport (seperti lada hitam,gambir,kopi,dan ubi
kayu), perubahan teknologi dalam perlombongan bijih timah dan perkembangan
infrastruktur telegraf, pelabuhan dan khususnya jalan keretapi. Ke semua ini telah
mengubah corak sistem ekonomi tradisi Tanah Melayu. Di samping itu juga muncul
kegiatan ekonomi bercorak mengikut kaum setelah British membawa masuk orang Cina
dan India ke Tanah Melayu di mana kaum Cina bertumpu dan bidang perlombongan
dan kewangan, kaum India di kawasan ladang getah dan kaum Melayu sebagai petani
dan nelayan. Kesan berganda seterusnya ialah kemunculan bandar-bandar baru seperti
Taiping, Ipoh, Port Weld dan beberapa bandar baru lagi. Namun perubahan yang paling
besar sekali ialah menjarakkan ekonomi kaum Melayu dengan kaum asing yang mana
menghasilkan suatu ekonomi yang berbentuk ekonomi duaan sehingga kini kepada
Malaysia.
WAJ3162 Page 23
HUBUNGAN ETNIK 2015

c) Kesan Ke atas Sosial Tanah Melayu

i) Imigrasi

Sebelum kedatangan British di Tanah Melayu, bilangan masyarakat Cina terlalu


kecil dan kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan. Penghijrahan secara besar-
besaran orang Cina ke Tanah Melayu berlaku selepas British mengambil Pulau Pinang
dan Singapura serta penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Menurut Ariffin
Omar (2002) pertambahan imigran Cina di Pulau Pinang selepas pembukaan oleh
Francis Light adalah disebabkan oleh dasar imperialisme British iaitu, “The liberal trade
policies as well as light duties on trading imposed by the British attracted a large
number of immigrants, mainly Chinese who were attracted by the economic
opportunities offered by the British. Thus within a short time, the demographic character
of the island changed as more and more Chinese came and settled on the island”.

Kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu secara besar-besaran bermula sejak


kurun ke 19. Kebanyakan kaum Cina yang datang berasal dari Wilayah Kwangtung dan
Tukuin. Ramai juga yang datang dari daerah Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan
lain-lain. Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpa di tapak-tapak
perlombongan seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan mereka semakin pesat
sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang
tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong mencecah 10 000 orang dan di
Perak mencatatkan 40 000 orang pendatang Cina pada tahun 1873. Kawasan-kawasan
lombong bijih timah Kuala Lumpur iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang
kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Pada tahun 1881 seramai 89 900
orang Cina telah tiba di Singapura dan Pulau Pinang. Jumlah ini telah meningkat
kepada 224 100 orang pada tahun 1901 dan dijangka lebih 6 juta orang Cina telah
memasuk Tanah Melayu antara 1895 hingga 1927. Sememangnya abad ke 19 dan ke
20 ini tumpuan masyarakat Cina ialah kawasan-kawasan perlombongan di Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan. Fenomena ini membolehkan kemunculan petempatan
baharu dengan kepadatan penduduk yang tinggi.Selain itu melalui aktiviti
perlombongan, kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu diaslurkan melalui aktiviti
perladangan lada dan gambir. Orang Cina masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu
dengan menggunakan kebenaran yang dipanggil Surat Sungai. Ekoran sistem ini,
dicatatkan pada tahun 1870an, masyarakat Cina di Johor mencapai 100 000 orang.
Sememangnya bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling besar
dari setahun ke setahun berbanding dengan bangsa lain.

Pihak imperialisme British juga menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan
meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalnya pada tahun 1877, The
Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan
Perlindungan orang Cina pula ditubuhkan untuk melindungi buruh-buruh Cina. Orang
Cina yag berhijrah di Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai kelompok.
Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Hakka, Teochew dan Hailam.
Kebanyakan orang Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang
Kantonis sebagai pelombong dan tukang. Orang Teochew pula ramai yang menjadi
pekedai dan peladang dengan membuka ladang-ladang tebu di Seberang Perai dan
WAJ3162 Page 24
HUBUNGAN ETNIK 2015

Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di Johor. Orang Hakka ramai yang
menjadi pelombong sementara orang Hailam pula ramai yang membuka kedai-kedai
makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar.

Manakala kaum India pula datang ke Tanah Melayu selepas Perjanjian Inggeris-
Belanda di mana mereka bekerja sebagai buruh di ladang tebu, kopi dan teh atau
bekerja sebagai kerani, pembantu rumah dan buruh. Selain itu British juga membawa
masuk orang Ceylon dan Malayalee untuk berkhidmat sebagai kerani, pembantu
hospital serta menjadi mandur. Ramai buruh India Selatan telah datang ke Negeri-
Negeri Selat (NNS)pada akhir kurun ke 18 dan dikatakan seramai 1000 orang India
berada di Pulau Pinang. Selain itu dari tahun 1832 hingga 1837, setahun seramai 900
orang banduan India telah dihantar ke Negeri-Negeri Selat. Banduan-banduan ini
bekerja dalam pembinaan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, jalan keretapi dan
pelabuhan. Pada tahun 1871 populasi orang India di NNS ialah 33 390 orang dan pada
pada tahun 1891 adalah 74 104 orang di Negeri-Negeri Selat dan NNMB. Kedatangan
orang India secara besar-besaran berlaku disebabkan oleh perluasan pemerintahan
British di Tanah Melayu pada tahun 1870an. Menjelang tahun 1901an jumlah orang
India di NNS dan NNMB ialah 120 000 orang dan sehingga tahun 1931 terdapat
seramai 132,277 orang India di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan 110,951 orang
India di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pada tahun 1931, apabila bancian
dibuat, jumlah orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang-orang Melayu di
negeri mereka sendiri (Comber, 2007).

Catatan menunjukkan 90% daripada golongan India ialah orang Tamil yang
berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telegu dan Malayam serta diikuti
orang Punjabi dan Ceylon. Kumpulan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang
Tamil yang menbentuk 80% keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara
orang Malayali meliputi 7% dan orang Telegu ialah 4%. Kebanyakan orang Tamil dan
Telegu bekerja di estet getah sebagai buruh atau berkhidmat di jabatan kerajaan.
Manakala kelompok Punjabi pula bertugas sebagai polis dalam perhidmatan polis dan
keretapi serta menjadi pengawal keselamatan.
Umunya buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada
secara paksaan atau sukarela. Kumpulan yang dipaksa terdiri daripada banduan atau
tawanan yang bekerja membian jalanraya, landasan keretapi, jambatan dan bangunan-
bangunan kerajaan. Mereka yang datang secara sukarela biasanya bekerja di ladang-
ladang tebu, kopi dan getah. Sistem yang popular dalam usaha membawa masuk
buruh-buruh India ialah Sistem Kangani. Mengikut sistem ini, seorang pekerja yang
telah bekerja di Tanah Melayu akan pulang ke India bagi mencari buruh-buruh baharu
untuk bekerja dengannya sendiri di Tanah Melayu. Orang ini di gelar Kangani. Namun
sistem ini dihapuskan pada tahun 1938.

Jadual Penduduk Tanah Melayu mengikut kaum dari tahun 1891 hingga
1931 (ribu orang)

Kaum 1891 1901 1911 1921 1931


Melayu 231.5 312.4 420.8 510.8 593.7
Cina 163.4 299.7 433.2 494.5 711.5

WAJ3162 Page 25
HUBUNGAN ETNIK 2015

India 20.1 58.2 172.7 305.2 380.0


Lain-lain 418.5 678.6 1037.0 1324.8 1713.1
Sumber : Pengajian Malaysia

Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 populasi orang
India adalah lebih kurang 820 000 orang. Natijahnya kemasukan orang asing secara
besar-besaran telah menyebabkan menjadi orang Melayu kerdil berbanding dengan
bangsa asing.Dalam konteks ekonomi penjajah, imigrasi yang berlaku telah
menwujudkan fenomena pluralisme ekonomi dan masyarakat di Tanah Melayu.
Pluralisme ekonomi bermaksud pembahagian dan identifikasi pekerjaan mengikut kaum
yang berasaskan tanggapan bahawa bangsa tertentu lebih unggul dalam bidang
tertentu daripada bangsa lain.

ii) Kewujudan Masyarakat Majmuk

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di
bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab
mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia
berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit
sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan
perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada
China dan India. Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya
proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan
mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami
masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara
itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke
negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan
Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah
Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu. Setelah kemasukan migran daripada luar,
bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang.

Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara
yang berbilang bangsa serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara
besar-besaran telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu iaitu telah
mengecilkan peratusan penduduk Melayu. Pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu telah
menyebabkan British mentadbir penduduk dengan cara berasingan. Dasar ini dikenali sebagai
dasar ‘pecah’ dan ‘perintah’ (divide and rule). Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan
orang Melayu, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan
memastikan pengasingan setiap kaum. Kesannya kaum pendatang dibiarkan untuk

WAJ3162 Page 26
HUBUNGAN ETNIK 2015

mengekalkan identiti dan budaya masing-dan pada masa yang sama tidak digalak
mengadakan perhubungan dengan orang Melayu.

d) Kesan Ke atas Pendidikan di Tanah Melayu

i) Pendidikan Sebelum Campur Tangan British

Sebelum imperialisme British bertapak di Tanah Melayu, sistem pendidikan


orang Melayu adalah berkonsepkan pendidikan tradisional yang berkembang melalui
penubuhan sekolah pondok dan madrasah yang menekankan pendidikan Islam. Murid
dididik dengan aspek mempelajari perkataan-perkataan Arab, memahami al-Quran dan
hukum agama Islam serta menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Sekolah-sekolah pada ketika itu tidak menumpukan masa untuk mengajarkan pelajaran
membaca, menulis dan mengira ataupun memberikan kemahiran-kemahiran pekerjaan,
tetapi menumpukan masa kepada pengajaran agama. Menurut Miller (dalam Abu
Zahari, 1984), “pendidikan rasmi untuk kanak-kanak Melayu bermula semasa ia umur
enam tahun di kelas Quran. Di situ ia di ajar imam tentang cara-cara bersopan santun,
membaca doa dan mengaji Quran”. Menurut Wilkinson, R.J (dalam Abu Zahari, 1984) “
Tiap-tiap hari tiga waktu pelajaran diberikan. Tiap-tiap waktu memakan masa satu jam
iaitu satu jam waktu sesudah sembahyang subuh, satu waktu sesudah sembahyang
zohor dan satu waktu lagi sesudah sembahyang maghrib. Pada masa lain, murid-murid
menolong gurunya, membuat kerja-kerja rumah serta bekerja di sawah dan berkebun”.
Di sini dapat dilihat bahawa pendidikan tersebut secara rasminya lebih bercorak kepada
keagamaan di samping mendapat sedikit pengetahuan berkaitan dengan kemahiran.
Namun apabila British campur tangan di Tanah Melayu, kedatangan mereka turut
diiringi dengan pendidikan duniawi yang diperkenalkan kepada mereka masyarakat
Melayu.

ii) Sistem Pendidikan Sekolah Vernakular Melayu

Sistem pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan


bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah untuk kepentingan kaum masing-
masing iaitu sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina dan sekolah
vernakular Tamil. Di Tanah Melayu, pendidikan vernakular Melayu pada peringkat awal
yang ditubuhkan oleh mubaligh kristian yang menerima bantuan kerajaan. Sejarah
pendidikan vernakular di Tanah Melayu bermula pada tahun 1821 apabila Penang Free
School ditubuhkan di Gelugor, Pulau Pinang dan semenjak itu beberapa buah sekolah
telah didirikan di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Namun perjalanan sekolah –
sekolah ini tidak berjalan dengan lancar. Oleh itu Blundell yang ketika itu merupakan
Gabenor Negeri-Negeri Selat telah mencadang penubuhan sekolah-sekolah vernakular
di seluruh Negeri-Negeri Selat dengan bantuan kerajaan tetapi tidak dipersetujui oleh
kerajaan British di India. Walau bagaimanapun pada 1855, cawangan sekolah Melayu
dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan pada tahun 1856 pula dua buah sekolah
Melayu Harian ditubuhkan iaitu di Teluk Belanda dan di Kampung Gelam di Singapura
melalui hasil sumbangan Temenggong Johor dan Blundell sendiri. Apabila Cavenagh

WAJ3162 Page 27
HUBUNGAN ETNIK 2015

menjadi gabenor Negeri-Negeri Selat, beliau telah mendapat peruntukan daripada


kerajaan British di India untuk menubuhkan sekolah vernakular Melayu. Hasilnya enam
buah sekolah lagi telah dibina di Pulau Pinang dan Seberang Perai dan lapan buah di
Melaka dan pada tahun 1863, tiga buah sekolah telah didirikan di Bukit Tambun,
Permatang Pauh dan Penaga di Seberang Perai. Namun pada tahun 1864 ketiga-tiga
sekolah ini ditutup kerana kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu.
Salah satu punca kegagalan ini adalah disebabkan Residen Councilor di Pulau Pinang
cuba memtuskan hubungan Sekolah Vernakular Melayu dengan kelas-kelas al-Quran
dengan cara tidak membenarkan pengambilan guru Melayu sebagai guru. Berbanding
dengan di Melaka, penubuhan sekolah vernakular Melayu mencapai kejayaan kerana
Residen Councilor di Melaka membenarkan pengekalan hubungan sekolah vernakular
Melayu dengan kelas-kelas al-Quran serta setuju pula memilih penduduk kampung
yang berkeboleh menjadi guru. Walau bagaimanapun pada tahun 1871, sekolah-
sekolah vernakular Melayu di Seberang Perai dibuka semula oleh A.M.Skinner
(Pemangku Majistret di Seberang Perai) dan seterusnya menerusi usaha beliau jumlah
sekolah-sekolah ini telah meningkat dari daripada 16 buah sekolah pada tahun 1872
kepada 189 buah pada tahun 1892. Sementara itu bagi penubuhan sekolah vernakular
Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pula
bermula sesudah penubuhan sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat.

Usaha British memperkenalkan sekolah vernakular Melayu telah menarik minat


orang Melayu. Buktinya pada tahun 1913, penduduk Melayu di Lenggong dan Krian
Perak telah memohon supaya sekolah Inggeris di bina di sana. Bagaimanapun
permohonan ini ditolak kerana dasar British ketika itu ialah bahawa sekolah Melayu
dibina khusus untuk mendidik anak-anak Melayu supaya menetap di kampung mereka.
Oleh sebab itu sekolah vernakular Melayu hanya terhad setakat sekolah rendah sahaja
dan kurikulumnya hanya bertujuan menjadikan murid-murid Melayu sebagai petani
yang lebih baik daripada bapanya dan juga membasmi buta huruf. Dengan kata lain,
sistem pendidikan Melayu hanya melengkapkan orang Melayu dengan kerja-kerja
bawahan seperti buruh, peon dan paling rendah sebagai petai dan nelayan yang celik
huruf. Bagi pentadbiran British mereka bimbang jika orang Melayu diberi pendidikan
Inggeris, akan menimbulkan kesedaran politik serta menjadikan anak-anak Melayu
mempunyai cita-cita tinggi(Abu Zahari, 1984). Ini terbukti dalam Perak Goverment
Gazetta yang menyatakan bahawa “ mengajar kanak-kanak membaca dan menulis
dalam bahasa ibunda mereka atau bahasa Melayu..... kita akan terselamat.” Sikap
seperti ini menurut Abu Zahari adalah dipengaruhi oleh dasar pendidikan yang dibentuk
oleh Winstedt semasa beliau menjadi Timbalan Pengarah Pelajaran.

Ringkasnya, sistem pendidikan Melayu oleh British hanyalah diperingkat asas


sahaja. Menurut Loh(1975) dalam Abu Zahari, Pendidikan Melayu hanya disalurkan
mengikut dasarkan mengekalkan kaum tani, sehingga kurikulum sekolah Melayu tidak
berkembang lebih daripada setakat memberikan pendidikan dasar selama empat tahun.
Tumpuan pendidikan ialah mengajarkan pelajaran menulis, membaca dan mengira,
kegiatan amali di kebun sayur maktab yang dikhaskan untuk mengkaji asas pertanian
dan belajar membentuk kebiasaan yang baik, menjaga kebersihan dan menepati masa.
Menurut Abu Zahari (1984), dasar penjajahan British secara terang-terang mencuba
menekan aspirasi orang Melayu dengan menyekat peluang-peluang orang Melayu
WAJ3162 Page 28
HUBUNGAN ETNIK 2015

mengembangkan bakatnya. Disamping itu juga dasar pendidikan British juga cuba
untuk memisahkan sebilangan masyarakat orang Melayu daripada pergolakan
perubahan sosio-ekonomi yag sedang berlaku dalam kehidupan mereka. Malahan
dasar tersebut lebih-lebih lagi cuba memisahkan orang Melayu daripada perkembangan
perindustrian dan perbandaran yang berhubung rapat dengan munculnya British
Malaya sebagai sebuah negara pengeluar getah dan bijih timah yang utama dunia.
Keadaan ini telah membentuk keadaan sosial yang tidak seimbang di Malaysia apabila
mencapai kemerdekaan.

Kesimpulannya pendidikan Melayu pada zaman penjajahan sangat tidak


memuaskan sama ada dari segi kurikulum, matlamat, sistem pembelajaran serta
keadaan persekitaran sekolah Melayu.

iii) Sistem Pendidikan Inggeris

Selain itu juga British juga telah memperkenalkan sekolah pendidikan


berteraskan Inggeris yang dilakukan diperingkat awal melalui usaha mubaligh Kristian.
Sekolah ini mempunyai kurikulum berasaskan sistem pendidikan di England yang
mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Mengikut catatan, sekolah Inggeris
yang pertama bermula di Singapura pada tahun 1815 oleh Persatuan Mubaligh London.
Sekolah Inggeris terbahagi kepada dua jenis iaitu sekolah free school yang mendapat
bantuan daripada kerajaan dan sekolah Inggeris separa bantuan (yang dibiayai oleh
persatuan mubaligh kristian dan bantuan kerajaan). Free school disebut free bukan
bermaksud tidak mengenakan bayaran tetapi kerana tidak ada sekatan perkauman atau
keugamaan yang dikenakan terhadap murid-muridnya. Murid-murid dikenakan yuran
mengikut kemampuan mereka. Penubuhan free school yang pertama ialah Penang
Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816 dan ini diikuti oleh Melacca Free School
pada tahun 1826 dan Singapura Free School pada tahun 1834. Sekolah separa
bantuan ataupun sekolah mubaligh pula adalah sekolah yang ditubuhkan oleh
Persatuan Mubaligh London, Kumpulan Mubaligh Roman Katholik, Kumpulan Mubaligh
Methodist dan Gereja Besar England. Tujuan sekolah ini adalah untuk menyediakan
pendidikan umum serta memperbaiki akhlak berdasarkan ajaran Kristian. Sekolah inilah
yang paling banyak ditubuhkan di Tanah Melayu iaitu 62 buah berbanding dengan 20
buah sekolah sekolah kerajaan (Winstedt,R.O dalam Abu Zahari, 1984)

Walaupun sekolah Inggeris berkembang pesat dan juga mendapat permohonan


masyarakat Tanah Melayu supaya ditubuhkan di bandar dan kampung,namun ditolak
oleh British kerana bertentangan dengan dasar pentadbiran British. Oleh itu hanya
kelompok Melayu atasan (golongan raja) sahaja diberi peluang belajar di sekolah aliran
Inggeris ini. Dasar British sebaliknya menyekat kemasukan murid-murid Melayu untuk
belajar di sekolah ini melalui penguatkuasan undang-undang yang menwajibkan orang
Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu kerana bimbangkan jika
orang Melayu pandai, akan mengugat kedudukan British. Dengan kata lain pendidikan
Melayu yang disediakan oleh British sebenarnya untuk menjaga kepentingan dan
kedudukan mereka di Tanah Melayu. Apa yang berlaku ialah pembinaan pengaruh
imperialisme tanpa melihat keperluan dan aspirasi masyakarat tempatan.

WAJ3162 Page 29
HUBUNGAN ETNIK 2015

iv) Sistem Pendidikan Sekolah Cina

Menurut Abu Zahari (1984), penubuhan sekolah vernakular Cina bermula di


Negeri-Negeri Selat yang mana telah dibuka di Melaka oleh Mubaligh Kristian pada
tahun 1815. Selepas itu kebanyakan sekolah ini ditubuhkan dan dibiayai oleh
masyarakat Cina. Menurut Purcell (dalam Abu Zahari, 1984),dari segi kurikulum, adalah
berdasarkan pendidikan Cina yang mengandungi kegiatan menghafal buku-buku
falsafah ugamanya, dan kegiatan menulis berbagai-bagai bentuk huruf bahasa Cina
sebagai latihan mental pada peringkat asasnya. Peringkat kedua, murid akan
menterjemahkan buku ke dalam bahasa pertuturan serta mengikut pelajaran
mengarang. Pada peringkat ketiga diadakan pelajaran surat menyurat serta mengarang
cerita, menghafal secara kuat dan membaca secara kuat dengan membelakangkan
gurunya sebagai satu cara menguji hafalannya apabila seseorang murid telah bersedia.

Dari sudut pentadbiran, British lebih menggalakkan kaum-kaum lain memasuki


sekolah vernakular Melayu. Ini terbukti apabila J.Driver H.B.Collinge (Nazir Sekolah di
NNMB) menentang cadangan H.B.Collinge (Nazir Perak) yang cuba membuka sekolah
Cina di Perak atas biaya kerajaan negeri. Apa yang British lakukan ketika itu tidak
campur tangan dalam masalah pembinaan sekolah Cina. Kesan tidak campur tangan
British telah menyebabkan penubuhan sekolah Cina berkembang pesat dan dipercayai
antara tahun 1911 dan 1919 terdapat 56 buah sekolah Cina yang terkemuka telah
dibina di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. Dalam masa yang sama
beberapa buah sekolah Cina telah memulakan kelas-kelas menengah. Selain itu juga
perkembangan pesat sekolah Cina adalah berpunca daripada sokongan kerajaan
Manchu di negara China dalam menyelesaikan masalah pendidikan orang Cina seperti
memberi bantuan kewangan dan menghantar guru-guru terlatih dari Universiti Peking
untuk mengajar di seberang laut. Antara tahun 1905 dan 1906, terdapat beberapa
rombongan pelajaran dan Suruhanjatya Diraja dari negeri China telah mengunjungi
Tanah Melayu dan kawasan sekitar rantau Asia Tenggara. Pengaruh kerajaan China
dalam pendidikan sekolah vernakular Cina di Tanah Melayu telah menyebabkan
sebilangan sekolah tersebut telah menjadi alat mengembangkan pengaruh poliik
Kuomintang (Parti Nasionalis China). Keadaan ini menyebabkan pentadbiran British
mula campur tangan dalam pendidikan vernakular Cina melalui penubuhan Enakmen
Pendaftaran Sekolah di NNMB pada tahun 1920 yang mana memberi kuasa kepada
Pengarah Pelajaran menutup sebarang sekolah yang tidak memenuhi syarat
pengurusan,kurikulum dan peraturan kesihatan. Namun tujuan yang jelas adalah untuk
mengawal sekolah Cina.Ini terbukti apabila petadbiran British melantik seorang Eropah
sebagai Penolong Pengarah Pelajaran bagi sekolah Cina dan pelantikan seorang Nazir
Sekolah Cina. Untuk mengelakkan penentangan kaum Cina, British telah memberi dua
bentuk bantuan kewangan iaitu peruntukan kepada sekolah Cina dan peruntukan
tempat percuma di sekolah Inggeris bagi murid Cina yang terpilih. Seterusnya dasar
memberi bantuan kewangan diteruskan lagi menjelang tahun 1935 apabila mendapat
kelulusan dariada kerajaan British di London dan pada tahun berikutnya British telah
mula melaksanakan pendekatan yang liberal terhadap perkembangan pendidikan Cina
yang menyebabkan kemunculan pendidikan kelas menengah.

v) Sistem Pendidikan Sekolah Tamil


WAJ3162 Page 30
HUBUNGAN ETNIK 2015

Di Tanah Melayu, penubuhan sekolah vernakular Tamil juga bermula di Negeri-


Negeri Selat semasa perkembangan ladang kopi, teh, kelapa dan gerah. Sekolah
Tamil yang pertama didirikan oleh Mubaligh Kristian ialah Sekolah St. Francis Xavier
Malabar di Singapura pada tahun 1895. Selain sekolah vernakular Tamil juga dibina
oleh badan-badan mubaligh Hindu yang kebanyakannya terdapat di bandar-bandar.
Kurikulum pendidikan sekolah Tamil ketika itu bergantung kepada buku-buku teks
daripada India atau inisiatif guru.

Tidak seperti masyarakat Cina, masyarakat India tidak mempunyai kemampuan


membina sekolah. Sebaliknya mereka bergantung penuh kepada majikan mereka untuk
mendapat keperluan pendidikan. Oleh itu beberapa peruntukan negeri kerajaan British
telah diberi untuk membangunkan sekolah vernakular Tamil pada tahun 1900. Hasilnya
dalam tahun tersebut terdapat sebuah sekolah Tamil dan 3 buah sekolah Anglo-Tamil
di Perak manakala di Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing sebuah sekolah
Tamil telah didirikan.Bantuan ini bagaiamanapun mendapat bantahan juga dari J.Driver,
namun bagi pentadbiran British ianya adalah sebagai dorongan kepada buruh-buruh
India untuk datang ke Tanah Melayu seperti mana yang dikatakan oleh Purcell iaitu
“dengan tujuan menjadikan NNMB pada pandangan orang India sebagai wilayah India
seperti Ceylon”.
Dari segi perkembangan sekolah Tamil,pada tahun 1905 terdapat 13 buah
sekolah Tamil dimiliki oleh kerajaan British dan 4 buah lagi dimiliki oleh Badan
Mubaligh Kristian. Walau bagaimanapun sekolah mula berkembang pesat sejajar
dengan perkembangan perusahaan ladang getah di Tanah Melayu melalui usaha-
usaha majikan ladang sebagai satu cara menarik buruh India bekerja di ladang. Ini
ditambah pula dengan pengenalan pelaksanaan Kod Buruh pada tahun 1925, yang
menwajibkan setiap ladang menyediakan sekolah dan guru jika terdapat sepuluh orang
kanak-kanak dalam umur persekolahan. Menjelang tahun 1938, pihak British telah
memperkenalkan kembali jawatan Nazir sekolah Tamil berbangsa Eropah di samping
menambahkan lagi peruntukan kewangan.

Kesimpulannya, sepanjang imperialisme British di Tanah Melayu (1786-19410,


terdapat empat sistem persekolahan telah berkembang dengan pesatnya. Namun
sistem pendidikan ini telah meninggalkan kesan negetif yang berpanjangan sehingga
hari ini terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Berbanding dengan kaum lain,
kaum Melayu adalah kumpulan yang paling terjejas sekali hasil daripada dasar British
dalam bidang pendidikan. Dasar British terhadap bidang pendidikan di kalangan kaum
Melayu adalah punca menyebabkan penduduk kaum Melayu menjadi mundur dan
miskin disebabkan mereka tidak diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan.
Kewujudan sekolah vernakular ini juga telah menyebabkan berlakunya pemisahan
masyarakat Melayu, Cina dan India mengikut sistem persekolahan dan ini telah
merenggangkan hubungan kaum di Tanah Melayu.

Sehingga selepas Perang Dunia Kedua, pendidikan Melayu tidak berjaya


membawa orang Melayu mencapai kemajuan, memegang jawatan dalam pentadbiran
dan tidak berjaya membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu. Orang Melayu
masih menjadi penghuni kawasan pendalaman dan kampung-kampung. Secara am,
WAJ3162 Page 31
HUBUNGAN ETNIK 2015

sebelum kemerdekaan terdapat beberapa perkara yang mencirikan sistem pendidikan


di Tanah Melayu iaitu :

a) Setiap sekolah khusus untuk sesbuah kaum, iaitu sekolah Melayu untuk
anak Melayu, sekolah Cina untuk orang Cina dan sekolah Tamil untuk
orang India. Keadaan ini telah memecah-belahkan kaum mengikut
pendidkan. Ini secara tidak langsung mengelakkan pelajar-pelajar bergaul
dan berinteraksi. Sementara sekolah Inggeris pula kebanyakannya di
bandar-bandar hanya memberi kesempatan kepada kanak-kanak
keturunan Cina dan India.

b) Setiap sekolah menggunakan bahasa ibunda mereka masing-masing.


Contoh sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah Cina
mengggunakan bahasa Mandarin dan sekolah Tamil menggunakan
bahasa Tamil

c) Sekolah ini terpisah mengikut kedudukan geografi. Sekolah Melayu


ditubuhkan di kawasan desa, sekolah Cina di kawasan perlombongan dan
kawasan perniagaan, sekolah Tamil di kawasan ladang getah dans ekolah
Inggeris di kawasan bandar. Dengan kata lain, sekolah ini dibina mengikut
tempat tinggal penduduk.

d) Kurikulum bagi sekolah adalah tidak sama dan setiap sekolah memunyai
kurikulum tersendiri. dalam hal ini, sekolah Melayu mentikberatkan sistem
3M (membaca, mengira dan menulis), pertukangan dan pekebunan
secara tradisi. Manakala sekolah Cina mengikut sukatan pelajaran dari
Negara China, sekolah tamil mengikut sukatan pelajaran negara India,
skeolah Inggeris menggunakan sukatan pelajaran dari England dan
beberapa buah sekolah agama (pondok) menggunakan sukatan pelajaran
yang dibawa dari Timur Tengah.

Ini jelas membayangkan dasar imperialisme British yang tidak berusaha


memajukan pendidikan Melayu secara amnya. Dasar ini sememangnya tidak mahu
melihat masyarakat Melayu membangun melalui pendidikan. Keadaan ini sehingga kini
telah menimbulkan masalah perpaduan sehingga kini.

Kesimpulan

Sehingga kini dalam konteks Tanah Melayu, imperialisme ini telah meninggalkan
pelbagai kesan yang besar sama ada positif dan negetif pada abad ke 20 dan hingga
kini. Kesan imperialisme British ke atas Tanah Melayu boleh dilihat daripada aspek
berlakunya perubahan terhadap sistem politik, ekonomi dan sosial. Perubahan tersebut
juga telah mencorakkan Tanah Melayu mengikut acuan British dan hasilnya
menyebabkan masyarakat Melayu telah mengaplikasikan budaya kolonial ke dalam
kehidupan sehingga hari ini walaupun telah mencapai kemerdekaaan. Misalnya dalam
aspek pentadbiran negara, pemakaian undang-undang dan kehakiman British, corak
WAJ3162 Page 32
HUBUNGAN ETNIK 2015

kehidupan sosial masyarakat dan sebagainya. Malahan sehingga kini Malaysia masih
lagi bergantung kepada kuasa-kuasa Barat dalam pelbagai bentuk terutamanya
pemikiran, budaya dan ekonomi.

WAJ3162 Page 33

Anda mungkin juga menyukai