Anda di halaman 1dari 2

Ilmu pengetahuan baru melalui:

A. Pemerhatian

Sepanjang lima hari di SJK (C) Chukai, saya berpeluang memerhati sekolah ini
dari pelbagai aspek seperti pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan
budaya sekolah.

SJK(C) Chukai merupakan sekolah Gred A di kawasan bandar. Bilangan guru


ialah 40 orang manakala bilangan murid ialah 494 orang yang terdiri daripada berbilang
kaum. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan asas yang amat lengkap. Antaranya
kantin, padang, perpustakaan, makmal komputer, bilik kaunseling, bilik agama, bilik
muzik dan sebagainya. Persekitaran sekolah ini amat bersih dan cantik. Tong sampah
telah disediakan di sekitar sekolah agar murid-murid tidak membuang sampah di
merata-rata tempat. Pertandingan Kelas Terbersih juga diadakan dari semasa ke
semasa untuk memupuk tabiat pentingkan kebersihan dalam kalangan pelajar. Selain
itu, sekolah ini dihiasi dengan mural-mural yang cantik dan pokok bunga yang
berwarna-warni. Hasilnya, murid-murid belajar dalam keadaan yang selesa dan
kondusif sehingga proses pengajaran dan pembelajaran(PdP) menjadi mudah.

Sementelahan, pelbagai program telah dilaksanakan buat sepanjang tahun.


Antaranya Program Pencegahan Dadah, gotong-royong, Projek Nilam, kem motivasi
dan sebagainya. Dari segi kokurikulum pula, murid dikehendaki menyertai badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Murid-murid juga
digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif sama ada pertandingan dalam sekolah
atau luar sekolah. Dengan ini, murid-murid dapat memperoleh pengetahuan dan
pengalaman yang berharga selain buku teks. Malahan, nilai-nilai yang murni dapat
dipupuk dalam diri setiap murid seperti bekerjasama, berdikari, menepati masa dan
lain-lain.

Disiplin yang tinggi terdapat dalam kalangan pelajar. Para pelajar di sekolah ini
sentiasa menunjukkan sikap yang bekerjasama dan hormat kepada para guru dan
rakan-rakan. Hal ini kerana sikap ini selalu ditekankan oleh pihak sekolah. Sebagai
contohnya, pelajar akan memberi salam kepada guru apabila berjumpa dengan guru,
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru serta banyak lagi. Ini merupakan satu
budaya yang perlu diteruskan untuk membentuk modal insan yang gemilang pada
masa akan datang.

Guru-guru yang bertugas di sekolah ini amat bertanggungjawab dan sabar dalam
proses PdP. Mereka sanggup memberi penerangan secara teliti apabila murid-murid
menyatakan ketidakfahaman terhadap sesetengah bahagian. Malahan, nota-nota yang
ringkas dan berguna juga disediakan guru untuk membantu murid-murid mengingati
apa yang telah dipelajari. Untuk menarik perhatian pelajar, guru-guru banyak
menggunakan pendekatan yang berbagai seperti bercerita dan menyuruh pelajar
mencari bahan di internet. Interaksi antara guru dengan murid adalah baik. Guru dan
murid saling bertindak balas sehingga proses PdP menjadi senang dan seronok.

Anda mungkin juga menyukai