Anda di halaman 1dari 86

KONSEP ASAS HUBUNGAN

ETNIK
1

MPU2033U1 ETHNIC RELATIONS

BAB 1 & 2: KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK


2

1. Konsep Budaya (jenis, ciri, fungsi)


2. Konsep Masyarakat
3. Tahap-tahap Masyarakat
4. Masyarakat Majmuk & Pluraliti Baharu
5. Etnik, Ras & Identiti Etnik
6. Segregasi

Stereotaip, Prasangka & Diskriminasi

7. Integrasi & Integrasi Sosial

Akomodasi, Akulturasi, Asimilasi, Amalgamasi, Pluralisme

8. Kepentingan Memahami Hubungan Etnik

1. KONSEP BUDAYA
3

KONSEP BUDAYA
Definisi Umum
Mengaitkan budaya dengan aktiviti terdapat dalam
persekitaran manusia seperti kesenian, makanan, cara
sambutan perayaan, tarian, pakaian, dan barangan
yang dihasilkan.
Konsep Asas Budaya

Budaya sebagai elemen penting dalam kehidupan


manusia dan masyarakat.
Budaya merupakan satu reaksi manusia terhadap
penyesuaian hidup dengan alam sekeliling.

JENIS- JENIS BUDAYA

CIRI-CIRI BUDAYA
Kajian berkaitan ciri-ciri budaya

menggambarkan bahawa itu terbit daripada


tingkah laku dan akal manusia.
I. Dipelajari

Budaya yang tidak lahir secara langsung tetapi perlu


dipelajari
Melibatkan beberapa proses seperti asimilasi, adaptasi,
akulturasi, difusi dan integrasi
Cth : seorang kanak-kanak mempelajari beberapa
budaya (seperti berbahasa, berpakaian daripada
didikan ibu bapa dan amalan kekeluargaan)

II. Perkongsian

Dikongsi oleh sekumpulan masyarakat dimana


setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh
sekumpulan manusia.
Cth : Nasi lemak dan roti canai menjadi makanan
yang melambangkan budaya masyarakat
Malaysia.

III. Kesejagatan

Semua manusia mempunyai budaya yang


tersendiri
Berbeza di antara satu masyarakat dengan
masyarakat yang lain.
Dipengaruhi oleh alam sekitar, pengaruh luar dan
penyesuaian anggota.

IV. Diwarisi

Diwarisi oleh satu generasi kepada generasi


berikutnya dan membawa maksud kesinambungan.
Peristiwa yang berlaku pada zaman lampau juga
biasanya memberi kesan kepada hari ini.

V. Berubah

Budaya sentiasa mengalami perubahan dan tidak


ada budaya yang kekal.
Perubahan ini dilihat dari segi perubahan bentuk,
ciri dan proses yang berlaku
Disebabkan oleh beberapa faktor spt keperluan,
teknologi, pertembungan, konflik dan alam sekitar.

VI. Perlambangan

Memberi makna tertentu kepada pendokong sesebuah


budaya tersebut seperti bendera, logo, warna dan
sebagaianya.
Membantu manusia berhubung dan berkomunikasi
sesama mereka.

VII. Pandangan Semesta

Wujud apabila manusia memberikan tafsiran terhadap


keadaan sekeliling dan kehidupan seharian mereka.
Timbul apabila manusia mempunyai pertalian yg rapat
dengan alam sekitar.
Pertalian yg erat ini diterjemah dalam kehidupan
seharian spt Simpulan bahasa, pantun, tempoh masa
dan sebagainya.

FUNGSI BUDAYA DALAM KEHIDUPAN


Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
Memberi pendidikan dan pengetahuan kepada masyarakat
berkaitan sesuatu perkara asas bagi kesinambungan
kehidupan.
Panduan dalam bertingkahlaku

Memberi panduan kepada masyarakat berkenaan dengan


norma-norma masyarakat yang positif mahupun negatif.

Mengatur Hubungan Sesama Manusia


Kebudayaan diperlukan supaya setiap manusia saling
menghormati diantara satu sama lain dan menerima
norma-norma yang telah ditetapkan.

Sebagai Penggalak kepada Manusia Untuk

Mencipta

Memberi gambaran dan ruang kepada manusia untuk


meningkatkan kemahiran mencipta bagi memenuhi
keperluan dalam kehidupan masing-masing.

Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan

Identiti

Memperlihatkan keunikkan sesuatu budaya yang


berbeza diantara satu sama lain.
Memberi gambaran dan penilaian kepada bangsa dan
budaya yang lain supaya contoh yang baik dapat
diikuti.

2. KONSEP MASYARAKAT
12

KONSEP ASAS MASYARAKAT


Budaya dan masyarakat mempunyai hubungan

rapat dan tidak boleh dipisahkan keperluannya.


Kebudayaan tidak akan wujud tanpa
masyarakat.
Masyarakat tidak boleh membentuk
kelompoknya tanpa budaya.
Keperluan masyarakat kepada negara adalah
bagi mengatur kehidupan masing-masing
berlandaskan kepada undang-undang, sistem
ekonomi, kestabilan politik dan sebagainya.

KEPERLUAN MENGKAJI MASYARAKAT


1. Manusia Hidup Bermasyarakat

Perlakuan individu adalah berkaitan dengan


masyarakatnya.
Kajian mengenai masyarakat menjadi penting
kerana melaluinya kita dapat memahami manusia
secara keseluruhan.

2. Memahami Cara Hidup Bermasyarakat

Memberi gambaran kepada orang lain mengenai


kehidupan masyarakat tersendiri.
Membolehkan indvidu lain bertingkah laku dan
menyesuaikan diri mengikut kehendak
masyarakat setempat.

3. Memahami Budaya dan Masyarakat Lain

Memberi gambaran secara menyeluruh kepada


masyarakat berkenaan dengan bangsa-bangsa
lain yang wujud di dunia ini.

4. Memupuk Kerjasama di antara


Masyarakat

Kajian berkenaan masyarakat membolehkan


masyarakat mempelajari sejarah, latar belakang
bangsa yang lain.
Sangat penting dalam mengatasi isu-isu global
seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan
senjata dan lain-lain.

3. TAHAP-TAHAP
MASYARAKAT
16

TAHAP-TAHAP MASYARAKAT
17

Tahap Keluarga: kumpulan individu dalam bilangan

yg kecil dan berhubung rapat antara satu sama lain.


Tahap Komuniti: berhubung dalam unit sosial yg
lebih besar.

Komuniti kecil: kampung, luar bandar, pekan kecil, rural


Komuniti baharu: bandar, urban

Tahap Negara Bangsa: institusi nasional. Individu

mempunyai hak kerakyatan, bertanggungjawab sbg


warganegara & identiti nasional.
Tahap Global: proses globalisasi memudahkan
manusia mendapat maklumat mengenai negara lain.
Global village.

TAHAP-TAHAP MASYARAKAT
18

4. MASYARAKAT MAJMUK
DAN PLURALITI BARU
19

MASYARAKAT MAJMUK
20

Mula dipelopori oleh J.S. Furnivall dalam kajian


yang dibuat di Indonesia dan Burma.
J.S FURNIVAL, 1948
Terdiri daripada berbagai kaum/etnik
yang mempunyai kebudayaan, agama,
bahasa dan adat resam yang tersendiri
meskipun berada di bawah sistem politik
yang sama.

21

Menurut Furnivall :

a) Masyarakat majmuk merujuk kpd masyarakat


yang dicirikan dengan perpecahan dan konflik
antara kumpulan-kumpulan manusia yang berada
di bawah satu sistem politik.
b) Ia muncul akibat drpd dasar-dasar penjajah
yang menggalakkan penghijrahan penduduk
mengikut keperluan ekonomi penjajah yang
mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok
yang pelbagai ragam dalam satu unit politik.

PLURALITI BAHARU
23

Perkembangan teknologi maklumat dan

komunikasi serta pengangkutan.


Anggota masyarakat dapat melampaui
garisan sempadan (tanpa sempadan).
Statistik Jabatan Imigresen Malaysia 31 Ogos
2011:

2,320,034 pekerja asing


1,016,908 pekerja asing sah
1,303,126 pekerja asing tanpa izin

5. ETNIK, RAS & IDENTITI ETNIK


24

RAS
25

Ukuran perbezaan sesuatu kelompok dengan

kelompok yang lain berdasarkan kepada


perbezaan fizikal.
Merujuk kepada suatu kumpulan manusia
yang dicirikan oleh penumpuan dan taburan
gen yang tertentu.
Wujud disebabkan perbezaan geografi.

Contoh: Perbezaan warna kulit, rambut, mata, hidung


dan lain-lain.

HOMO-SAPIENS
JENIS-JENIS RAS
CAUCASOID

MONGOLOID
NEGROID

AMERICAN
INDIAN

AUSTROLOID

26

Negroid

27

CAUCASOID

Bibir
Nipis

Kulit
Putih

ORANG-ORANG
EROPAH PUTIH

Mata
Besar

Rambut
Lurus

28

Hidung
Mancung

Tinggi

NEGROID
Kaki Kurus

Tinggi

ORANG-ORANG
NEGRO HITAM
Rambut
Kerinting

Kulit Hitam
Mata Besar

29

Bibir Tebal

MONGOLOID
ORANG-ORANG
ASIA KUNING
Hidung kurang
mancung

Kulit Berwarna

Badan
Kecil

Rambut Lurus
atau Kerinting

Mata agak
kecil
30

31

AMERICAN INDIAN
ORANG ASLI AMERIKA
RED INDIAN
Kulit merah
Hidung
sederhana

Rambut lurus

Bentuk muka
bersegi
32

Mata Besar

AUSTROLOID
ORANG ASLI AUSTRALIA
KELABU
Kulit kelabu

Mata besar

Rambut kerinting

33

Hidung besar

ETNIK
34

Individu2 yg memiliki ciri-ciri kebudayaan

dari aspek agama, pekerjaan, bahasa atau


politik yg membezakan mereka daripada
kumpulan individu yg lain dalam sesuatu
masyarakat (Marshall, 1994).
Dikenali juga sebagai kaum.
Wujud disebabkan perbezaan budaya.
Budaya: Keseluruhan cara berfikir dan cara
bertindak termasuklah sistem politik,
kepercayaan, agama, bahasa, adat resam dan
lain-lain.

ETNIK
35

MONGOLOID

MELAYU

CINA
LAINLAIN

INDIA

ARAB

SUB-ETNIK
36

JAWA

MELAYU

BUGIS

LAINLAIN
MINANG

BANJAR

37

Berapakah jumlah etnik yang

terdapat di Malaysia
(Semenanjung, Sabah dan
Sarawak)?

Kumpulan Etnik,
Subetnik, Suku,
Kumpulan Bahasa dan
Dialek di Semenanjung

Kumpulan Etnik,
Subetnik, Suku,
Kumpulan Bahasa dan
Dialek di Sabah

Kumpulan Etnik,
Subetnik, Suku,
Kumpulan Bahasa dan
Dialek di Sarawak

Acheh, Baba Nyonya, Banjar,


Bateq, Bengali, Beri, Boyan,
Bugis, Chettiar, Chewong,
Chindian, Foochow, Gujarati,
Hainanese, Hakka, Hokkien,
Jah Hut, Jahai, Jakun, Jawa,
Kanaq Kensiu, Kintaq,
Kwangsi, Kwantung, Lanoh,
Mah Meri, Malabaris,
Malayalee, Mandaling,
Melayu, Melayu Patani,
Mendriq, Min Bei,
Minangkabau, Orang Kuala,
Orang Seletar, Pakistan,
Portugis, Punjabi, Rawa,
Semai, Semaq, Semelai,
Serani, Siam, Sindhi, Tamil,
Telegu, Temiar, Temuan,
Teochew, kumpulan etnik
pekerja- pekerja migran dan
pelbagai kumpulan etnik,
subetnik, suku, kumpulan
bahasa dan dialek yang lain.

Bajau, Bisaya, Bonggi,


Bookan, Bugis, Cina,
Dumpas, Dusun, Gana, Hulu,
Idaan, India, Iranun,
Kadazan, Kagayan,
Kalabakan, Kalabuan,
Kedayan, Keningau, Murut,
Kepulauan Kokos,
Kimaragang, Kinabatangan,
Kuijau, labuk-Kinabatangan,
Lobu, Lotud, Lundayeh,
Makiang, Mangkaak,
Melayu, Minokok, Murut,
Okolod, Paitan, Paluan,
Papar, Rungus, Sama
Selatan, Selungai,
Sembakung, Serudung,
Sinabu, Sino-Kadazan, Suluk,
Sungai, Tagal, Tatana,
Tausug, Tempasuk Dusun,
Tengara, Tidung, Timugon,
Tinagas, Tobiling, Tombonuo,
Ubian, kumpulan etnik
pekerja-pekerja migran dan
pelbagai kumpulan etnik,
38 kumpulan
subetnik, suku,

Balau, Berawan, Bidayuh,


Bukitan, Cina, Iban, India,
Kajang, Kayan, Kedayan,
Kejaman, Kelabit, Kenawit,
Kenyah, Lahanan, Lisum,
Longkiput, Lun Bawang, Lun
Dayeh, Melanau, Melayu
Sarawak, Murut, Penan,
Punan Bah, Punan Biau,
Punan Busang, Punan,
Remun, Saban, Sebuyau,
Sekapan, Sihan, Tabun,
Tagal, Ukit, kumpulan etnik
pekerja-pekerja migran dan
pelbagai kumpulan etnik,
subetnik, suku, kumpulan
bahasa dan dialek yang lain.

IDENTITI ETNIK
39

Identiti Etnik: Keahlian dalam sesuatu

kumpulan kebudayaan yang didefinisikan


mengikut ras, sejarah, pengalaman,
agama dan bahasa yang dikongsi
bersama.
Identiti yang bersifat kebudayaan dan
bukan bersifat biologikal walaupun ramai
orang melihatnya sebagai sesuatu yang tetap
dan tidak boleh berubah.

Konsep Minoriti Etnik


40

Kumpulan sosial yg tertindas disebabkan ciri etnik,

ras, biologikal.
Louis Wirth:

Kelompok manusia yg disebabkan ciri fizikal dan


kebudayaannya yg diasingkan daripada orang lain dlm
masyarakat, menerima layanan yg tidak sama rata dan
dilihat sbg objek untuk didiskriminasikan secara kolektif.

Kinloch: ditindas dan didiskriminasikan oleh ciri2;


a) Fizikal (ras, jantina dan umur)
b) Kebudayaan (agama dan etnisiti)
c) Ekonomi (kelas sosial)
d) Tingkah laku (devian)

6. SEGREGASI
STEREOTAIP, PRASANGKA,
DISKRIMINASI, RASISME &
ETNOSENTRISME
41

SEGREGASI
42
Segregasi merujuk proses social yang menyebabkan individu atau

kumpulan social tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu


atau kumpulan social yang lain, menyebabkan interaksi yang sedikit
atau tiada interaksi antara mereka.
Berlaku atas dasar ras, agama, kebudayaan dan lain2 ciri etnik.
Segregasi Rela: keadaan golongan manusia yg memencilkan diri dgn
tujuan menentang asimilasi.
Segregasi Tidak Rela: paksaan daripada pihak yg berkuasa. Cth:
Dasar Apartheid di Afrika Selatan 1948-1994. Pemisahan dari
pendidikan, perkahwinan, perubatan, perumahan dll.
Segregasi de jure: dilaksanakan oleh kerajaan secara paksaan
pemisahan/pengasingan yg ketat ke atas individu/kumpulan dgn
pelaksanaan undang-undang.
Segregasi de facto: kecenderungan manusia ingin hidup bersama
golongan yg berkongsi persamaan (kebudayaan, ras, warganegara,
bahasa, dll).

43

STEREOTAIP
44

Dari perkataan Greek: stereos (kukuh) dan

typo (tanda).
Walter Lippman, wartawan Amerika Utara
mempopularkan konsep ini dalam buku
Public Opinion.
Stereotaip: gambaran dalam otak yang
tetap dan sempit serta sukar diubah.
Positif
Negatif (akan mencetuskan prasangka antara
etnik)

45

PRASANGKA/PREJUDICE
46

Sikap atau tanggapan yg lazimnya bersifat negatif

terhadap sesuatu kumpulan manusia atau ras yg lain


atau sikap yg dibentuk berdasarkan generalisasi yg
tidak rasional dan tegar kerana kumpulan tersebut
mempunyai ciri atau kualiti tertentu.
Fenomena subjektif.
3 komponen:
1.

2.
3.

Komponen kognitif: beri deskripsi tentang ahli sesuatu


kumpulan (malas, penjenayah, tidak berotak).
Komponen afektif: reaksi negatif dan perasaan emosional.
Komponen kelakuan: keinginan utk mendiskriminasikan
atau berkelakuan negatif terhadap kumpulan tersebut.

Kognitif

Afektif

Kelakuan

47

DISKRIMINASI
48

Aksi/perlakuan
Ahli sesuatu kumpulan atau kategori dalam

masyarakat dinafikan hak untuk mendapat


layanan yg saksama dari segi undang2 dan
hak untuk menikmati manfaat sosial yg lain.
Layanan berlainan disebabkan faktor ras,
agama dan jantina.
Diskriminasi & Prasangka berkait rapat.

49

Konsep Rasisme
50

Konsep Rasisme (racism)

Rasisme Individu: kepercayaan bahawa ada ras


tertentu yang berstatus lebih unggul (superior) dan
ada yang berstatus lebih rendah (inferior).

Rasisme institusi: menglibatkan dasar dan


pelaksanaan bersifat diskriminasi dan mewujudkan
ketidaksamaan kepada ras lain. Dalam struktur sosial.
Cth: Black-White

51

Konsep Ethnosentrisme
52

Etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan

atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan


anggota sesebuah kelompok etnik bahawa
budaya dan etnisiti mereka adalah yang
paling baik berbanding dengan kumpulan
etnik yang lain (Dale, Romo & Harriett 1998).
Martin (2003): Etnosentrisme sebagai

kecenderungan sesuatu kumpulan etnik untuk


menilai kumpulan etnik yang lain berdasarkan
kedudukan dan nilai etniknya sendiri.

53

RASISME
PREJUDIS
STEREOTAIP
DISKRIMINASI
ETNOSENTRISME

SEGREGASI
DI NEGARA MASYARAKAT MAJMUK?
DI MALAYSIA?
54

56

SEGRIGASI yang berlaku di negara


pelbagai etnik adalah punca berlakunya
GENOSID.
Genosid (pembunuhan beramai-ramai)
adalah pembunuhan secara sistematik
terhadap satu suku bangsa atau
kelompok etnik untuk bangsa tersebut
bagi tujuan penghapusan etnik.
Oleh itu, negara majmuk memerlukan

INTEGRASI.

7. INTEGRASI & INTEGRASI


SOSIAL
58

INTEGRASI
59

Wujud dlm sesuatu masyarakat apabila

ahlinya menerima ciri ahli lain tanpa merujuk


identiti dan asal usul ras mereka.
Penyatuan pelbagai kumpulan tanpa mengira
keturunan, majoriti atau minoriti serta
melenyapkan sikap prasangka dan kelakuan
diskriminasi.
Perlaksanaan proses bagi mewujudkan
identiti nasional di kalangan kumpulan yang
terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan
lokasi.

INTEGRASI

Asimilasi Amalgamasi Pluralisme Akomodasi Akulturasi

60

AKOMODASI
61

Setiap kumpulan etnik sedar serta

menghormati norma dan nilai kumpulan etnik


lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat.
Mereka dapat menyesuaikan diri dalam
keadaan yang pelbagai budaya supaya dapat
hidup secara harmoni dan saling
menghormati.
Konsep ini diwakili oleh formula A+B+C =
A+B+C. A, B dan C merujuk kepada budaya
(Ting 1987).

Etnik menyedari nilai dan norma antara satu

sama lain.
Tetap pertahankan budaya tetapi hidup
dengan harmoni dan menghormati antara
satu sama lain.

Contoh : Switzerland (TheSwiss(German: die


Schweizer,French: les Suisses,Italian: gli Svizzeri,
Romansh: ils Svizzers).

62

Akomodasi di Malaysia
63

Konsep ini begitu meluas diamalkan di

Malaysia terutamanya selepas merdeka.


Pada peringkat pemerintahan, setiap
kumpulan etnik dapat melibatkan diri secara
bebas dan sama rata dalam bidang ekonomi,
politik dan pendidikan.
Setiap kumpulan etnik masih bebas
mengamalkan budaya mereka dalam
keadaaan harmoni dan saling menghormati.

AKOMODASI

64

ASIMILASI
65

Proses apabila kumpulan minoriti kehilangan

identiti kumpulannya dan diserap oleh


kumpulan dominan dari segi kebudayaan dan
sosial.
Membawa perubahan kebudayaan yg menyerap.
Asimilasi mutlak: A+B+C=A

A mewakili golongan dominan, B dan C mewakili


kumpulan yg lain (minoriti).
B dan C dikehendaki melupakan ciri kebudayaan dan
identiti etnik mereka dan menerima nilai serta pola
tingkah laku kumpulan dominan A.

66

Istilah ini merujuk kepada satu proses apabila

kumpulan minoriti atau kumpulan etnik yang baharu


mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti
untuk mengurangkan batas etniknya.
Menurut Ting (1975), asimilasi adalah satu proses yang
merujuk kelompok yang berfkir, berperasaan dan
bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam
kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Asimilasi boleh juga didefinisikan sebagai proses
pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik
berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

67

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi

yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza


budaya bagi suatu tempoh yang lama.
Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada
kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti
mereka dan menerima identiti kumpulan etnik
majoriti.
Wujudnya persamaan budaya antara kumpulan etnik
dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima
kumpulan etnik minoriti.
Menurut Abramson (1980), melalui proses asimilasi
ini masyarakat akan menjadi semakin homogeneous.

Menurut Gordon (1964), terdapat jenis2

asimilasi:

Asimilasi Budaya (akulturasi)


Kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan
masyarakat tuan rumah (bahasa, pakaian dan adat
resam) untuk diamalkan dalam kehidupan seharian
masyarakat.

Asimilasi Struktur

Proses apabila anggota kumpulan minoriti berjaya


menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam
masyarakat dominan.

Asimilasi Biologi/Marital
(Amalgamasi)

Satu tahap asimilasi yang paling tinggi.


Proses yang terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras
baharu.
68

Asimilasi di Malaysia
69

A + B + C = A
Contohnya, orang Melayu di Thailand mengalami
proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan
hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali
agama) telah disatukan dengan amalan dan cara
hidup orang Thai.
Masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan
Nyonya merupakan contoh proses asimilasi.
Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba Nyonya,
asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa
melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Contoh Asimilasi
70

Makanan seperti kuih bangkit yang dibuat daripada


campuran tepung sagu dan bahan-bahan lain yang
boleh dimakan bukan semasa Hari Raya sahaja, tetapi
juga semasa Tahun Baru Cina.

Muruku bukan saja dihidangkan semasa perayaan


Deepavali, tetapi juga didapati dijual semasa musim
perayaan Hari Raya dan Tahun Baru Cina.
Kek buah yang merupakan signature kek semasa
Krismas juga dijual sepanjang tahun.

AKULTURASI
71

Dikenali sebagai Asimilasi Budaya.


Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak

menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat


penerima.
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur
kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok
daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
Satu proses yg menglibatkan perubahan kebudayaan dan
pinjam-meminjam unsur kebudayaan akibat perhubungan
antara dua kumpulan manusia yg berlainan tradisi.
Proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya
golongan majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya
asal.

72

Konsep ini diwakili oleh formula

A+B+C=A**+B**+C**.
A**, B** dan C** merujuk kepada budaya etnik lain
yang telah diterima dan diolah mengikut
kebudayaan sendiri.
Apabila satu kelompok manusia dengan suatu
kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur
daripada suatu kebudayaan etnik lain yang berbeza
sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Ahli masyarakat pelbagai kumpulan etnik perlu
berkongsi pola kebudayaan.
Cth: Bahasa yang sama utk berinteraksi.

Akulturasi di Malaysia
73

Proses akulturasi boleh berlaku sepanjang

hayat.
Apabila masyarakat pelbagai etnik sudah lama
tinggal bersama di sesuatu kawasan
perumahan yang sama atau bekerja bersama di
sesuatu tempat, mereka mula pinjammeminjam budaya atau bahasa dalam
kalangan mereka.
Sekiranya semakin kerap peminjaman budaya itu
berlaku, maka semakin rapat hubungan antara
etnik itu terjalin.
Contoh?

AKULTURASI

74

Contoh Akulturasi di Malaysia


75

Pemakaian baju kurung dalam kalangan


perempuan bukan Melayu
Pemakaian inai dalam kalangan orang Melayu
Fesyen baju kurung yang disertai dengan potongan
dan butang baju Cheong Sam
Pemberian angpau pada Hari Raya Aidilftri
Budaya makanan ala barat seperti makanan
segera McDonald
Perkataan ta pau
Nasi Lemak

76

Berlaku proses mengolah semula ke atas unsur

budaya yang diambil daripada etnik lain contohnya


dalam aspek makanan seperti dimsum dan kuetiau
yang popular bagi etnik Cina.
Makanan ini juga digemari oleh etnik lain yang
beragama Islam di Malaysia dan telah dilakukan ubah
suai dalam penyediaan makanan tersebut untuk
memenuhi konsep halal.
Dalam hal ini akulturasi yang berlaku dalam sesebuah
masyarakat pelbagai etnik memperlihatkan keazaman
masing-masing untuk menyesuaikan dan
memanfaatkan kepelbagaian dalam kehidupan
harian mereka.

AMALGAMASI
77

Proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari

segi biologi.
Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi
apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis budaya dan ras baharu.
Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi adalah dengan terjadinya
perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Proses ini memakan masa yang lama dan
biasanya melalui beberapa generasi.

78

Melahirkan satu kelompok minoriti etnik yang

baru.
Mewujudkan kebudayaan yang baru.
Proses ini memakan masa yg lama dan
biasanya melalui beberapa generasi.
Formula A+B+C=D

A, B, C mewakili kumpulan etnik yg berlainan,


dan D mewakili amalgamasi iaitu kumpulan
baharu yg terhasil daripada penyatuan A, B, C.

79

Proses ini hanya boleh berlaku dgn syarat:


Kumpulan dominan membenarkan dan menggalakkan
kumpulan minoriti berbuat demikian.
Kumpulan minoriti sudi atau dipaksa utk berbuat
demikian.

PLURALISME KEBUDAYAAN
80

Proses mempertahankan kepelbagaian.


Menitikberatkan pengekalan ciri-ciri

kebudayaan pelbagai kelompok.


Bertentangan dengan konsep asimilasi dan
amalgamasi, pluralisme kebudayaan boleh
diwakili dengan formula A+B+C= A+B+C.

A, B, C mewakili kumpulan etnik yg berlainan yg


mengekalkan identiti masing-masing.
Pluralisme dan akomodasi adalah sama.

Tindakan hidup bersama secara aman damai

dlm kalangan pelbagai kumpulan.

INTEGRASI SOSIAL
81

Proses menyatupadukan berbagai2 kelompok dlm

masyarakat melalui satu identiti bersama


dengan menghapuskan perbezaan dan identiti
masing-masing.
Integrasi sosial dapat mencapai
Kesatuan etnik.
Perpaduan.
Interaksi sosial dalam kalangan penduduk dapat

menentukan kestabilan politik, sosial, ekonomi


serta kesejahteraan rakyat.

Pembinaan jati diri.

82

Harapan bagi kebanyakan masyarakat

majmuk.
Negara Bangsa dalam Wawasan 2020
1Malaysia

8. KEPENTINGAN
MEMAHAMI HUBUNGAN
ETNIK
83

84

Pemahaman Hubungan Etnik


85

Mencerminkan sifat struktur sosial, keadaan sosial dan ikatan

sosial sesuatu masyarakat.


Memberikan pemahaman tentang darjah pluralisme sosial &
kebudayaan serta punca konflik berlaku.
Mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan
sosioekonomi sesebuah negara.
Mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam
sesebuah masyarakat (konflik ras, ketidaksamaan sosial oleh
golongan elit).
Memahami isu prasangka dan diskriminasi.
Memberi gambaran peranan faktor personaliti menentukan
tingkah laku ahli masyarakat (rasisme).
Memahami kesan pengindustrian.
Mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial.

KESIMPULAN
86

Konsep asas seperti budaya, masyarakat, ras,

etnik, identiti etnik, minoriti, stereotaip,


prasangka/prejudis, diskriminasi, integrasi,
akomodasi, asimilasi, akulturasi, amalgamasi,
pluralisme dan integrasi sosial amat penting
dalam memahami isu-isu hubungan etnik.

RUJUKAN
87

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan


Etnik. Bangi: Institut Kajian Etnik Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Zaid Ahmad, et al. (2010). Hubungan Etnik di
Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Farhana Pazil

Anda mungkin juga menyukai