Anda di halaman 1dari 20

KONSEP ASIMILASI

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik
berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana
kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu
dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A,
disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik
minoriti.
Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang
menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah
disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas
masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses
asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam
konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik
berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada
kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan
etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan
kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.
Asimilasi
KONSEP AKULTURASI

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan


individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila
satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu
kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan
diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara
dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam.
Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta
dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti
penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya
yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak
baik kepada sesuatumasyarakat.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi.
Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang
mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk
kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.
Akulturasi

 Asimilasi mempunyai ciri-ciri persamaan dengan akulturasi iaitu apabila sesuatu kebudayaan diubahsuaikan
akibat hubungan dengan kebudayaan lain Asimilasi biasanya melibatkan penghapusan sepenuhnya perbezaan
dari segi kebudayaan dan pengenalan kelompok.Berbeza daripada kahwin campur atau penyatuan, asimilasi
tidak semestinya memerlukan penyatuan biologi.

Proses asimilasi bergantung kepada dua faktor yang penting:


1)Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka.
2)Kesanggupan golongan majoriti menerima golongan lain.

Tanpa kesanggupan ini proses asimilasi sukar berlaku melainkan dengan cara paksaan.Asimilasi juga
berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan diantara golongan minoriti dengan golongan
majoriti dan juga kadar imigrasi.Pada umumnya kumpulan minoriti yang kecil bilangannya lebih mudah
diasimilasi atau diresapi berbanding dengan kumpulan majoriti yang bilangan anggotanya lebih besar.

Sebagai contoh di Negara Thailand,terdapat orang Melayu lebih dikenali Melayu Pattani,mereka
diasimilasi dengan menggunakan,nama,bahasa, dan cara hidup yang sama dengan masyarakat Thai tetapi
dipisahkan dengan anutan agama ,masyarakat Melayu-Pattani beragama Islam dan mereka di satukan melalui
budaya Thai .Manakala di Malaysia pula terdapat Kaum Cina yang fasih berbahasa Melayu-kelantan,mereka
dipanggil Cina-Kelantan dan Baba Nyonya berlaku proses asimilasi tanpa anutan kepercayaan dan agama.
Masyarakat melayu di patani

Masyarakat pluraliti lahir daripada masyarakat yang pelbagai bangsa sebelum kedatangan kuasa-kuasa
penjajah dari Eropah yang membentuk proses semulajadi tanpa pemaksaan ,disertai oleh ahli keluarga serta
menjamin ketenangan perasaan dan fikiran,manakala masyarakat plural pula lahir selepas zaman kedatangan
Eropah ,berbentuk pemaksaan ,mereka menjajah dengan membawa masuk pendatang-pendatang dari Cina
dan India ke Rantau Asia Tenggara untuk melaksanakan kepentingan ekonomi mereka. tetapi penjajahan
Inggeris telah menyebabkan kegagalan berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem social politik
agama yang wujud di Asia Tenggara.

Mereka hanya mementingkan satu kaum sahaja tanpa mempedulikan kaum yang lain.Kesannya
daripada itu wujudlah kelompok-kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain
walaupun tinggal ditempat yang sama.di mana mereka telah memperkenalkan sistem mereka yang
menggalakkanperkembangan masyarakat pluralistik.Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan plurality
social dan alam sekitar.

Pluraliti sosiial dapat dilihat berdasarkan realiti .kehidupan masyarakat yang ada.Masyarakat plurality
ketika zaman pemerintahan Melayu Melaka hidup dalam keadaan aman dan harmoni.Mereka bekerjsama dan
menjalankan aktiviti harian bersama penduduk tempatan tanpa meragui tentang keselamatan ketika itu kerana
dasar pemerintah dan pembesar yang terbuka mewujudkan kemajuan dan keharmonian tanpa ada rasa
kepentingan peribadi. .
Masyarakat pluraliti lebih mudah diasimilasi kerana faktor wujudnya hubungan perdagangan antara
kaum lain iaitu pada ketika dahulu aktiviti perdagangan adalah sangat penting pada para pedagangan.Untuk
memperolehi keuntungan dari hasil perniagaan mereka,ramai pedagang sanggup mempelajari dan
menghayati kebudayaan sesuatu tempat yang mereka singgahi ,biasanya dengan jangka masa yang lama
.Sebagai contoh seorang pedagang Arab mempelajari bahasa Melayu untuk menambat hati para peniaga
Melayu,selain itu juga pedagang yang mempelajari adat di samping mempamerkan keperibadian yang sopan
dan baik . sekaligus mengahw inkan pedagang tersebut dengan anak gadis mereka.,maka lahir lah percantuman
dua budaya Melayu dan Arab.orang melayu mudah tertarik kepada penampilan mereka serta kesanggupan
mereka menerima budaya dan adat resam yang berlainan.Faktor ini adalah untuk memudahkan urusan
perdagangan dijalankan dengan lebih berkesan.

Faktor kedua sikap dan dasar pemerintah dimana pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka,pemerintahan dijalankan ,para pengawai istana terdiri daripada kaum Melayu dan juga kaum
lain.Kebanyakan terdiri daripada bangsa asing yang terlibat dengan perkahwinan campur.contoh pengawai
istana yang berbangsa asing ialah Raja Mandaliar keturunan India Chetty yang terkenal dalam Kesusasteraan
melayu Melaka Sulatus saltin dan Hikayat Hang Tuah .

Sikap pemerintah dan pembesar yang terbuka telah menwujudkan keharmonian di dalam negeri
Melaka sehingga berlakunya perkahwinan campur antara perempuan Maharaja Cina Puteri hang Li Po dan
Sultan Melaka ( Sultan Mansor Shah).Oleh itu hubungan dilplomatik ini menjadi bertambah erat termasuk
rakyat kedua-dua negara. tersebut.Undang –undang laut Melaka dan Perlembagaan Melaka mengamalkan
undang-undang mengikut syarak.Perdagangan Ketika itu berjalan dengan lancar telah menjamin keselamatan
yang bermutu dan kawalan pengurusan rempah ratus yang cekap menarik minat pedagang datang ke Melaka
sekaligus mewujudkan asimilasi dikalangan masyarakat plurality.

Faktor seterusnya ialah pengkongsian ilmu dan keagamaan,para pedagang asing datang ke Melaka
bukan sahaja membaparawa kebudayaan mereka malah mereka juga membawa agama mereka
bersama.Sebagai contoh pedagang Arab membawa agama Islam ke Tanah Melayu,mereka juga menyebarkan
ajaran Islam ke Melaka dan menarik minat penduduk Pendudukan tempatan memeluk agama
tersebut..Sebelum kedatangan Islam penduduk tempatan beragama Hindu dan menganut agama yang
mempunyai unsur kepecayaan anisme.Setelah kedatangan Islam Penduduk tempatan mengalami asimilasi di
mana mereka meninggalkan amalan-amalan yang bertentangan dengan agama Islam dan mewujudkan pula
budaya baru dalam kehidupan mereka yang diamalkan sehingga sekarang seperti mencukur rambut bayi
,menngadakan korban dan akikah serta sebagainya.Begitu juga dengan pedagang Cina,mereka telah melahirkan
kaum baba dan nyonya.Pencampuran budaya dan ilmu ini telah menghasilkan budaya tempatan yang diserap
masuk ke dalam budaya mereka,sebagai contoh kaum baba dan nyonya hanya memakai baju kebaya dan
berkain batik sebagai pakaian rasmi mereka.Masakan mereka juga lebih kepada masakan Melayu.Pengetahuan
yang ada dikongsi bersama untuk melahirkan kemakmuran kepada seluruh masyarakat.

Selain itu,faktor penempatan dan pendudukan pedagang juga punca mengapa masyarakat pluraliiti
mudah diasimilasi. Proses penghijrahan menjadi galak.Proses perhijrahan dan pemindahan terjadi tanpa
paksaan dari mana-mana pihak,ianya terjadi secara semula jadi mengikut kehendak individu tersebut.Banyak
para pedagang terutamanya dar Arab,China ,India dan Eropah datang dengan secara rela hati ke
Melaka.Mereka mudah berasimilasi dengan masyarakat dan alam sekitarnya .

Kebanyakan mereka menjalinkan hubungan yang sangat baik dengan penduduk tempatan malah
interaksi yang sangat aktif antara pelbagai kaum itu telah buktinya wujudnya satu masyarakat lain dari
perkahwinan campur seperti Baba Nyonya yang terkenal dengan lagu-lagu Dondang Sayangnya dan Chetty.
(India Peranakan).Kaum Chetty tidak bolehi samakan lansung dengan Chettie si peminjam wang dan pengut.ip
hutang. Mereka dikatakan tidak fasih berbahasa Tamil.

Bahasa pertuturan mereka hampir sama dengan bahasa pertuturan baba dan Nyonya dengan sisipan
perkataan-perkataan Tamil untuk hal-hal yang bersangkutan dengan hal-hal keagamaan dan kekeluargaan.Raut
wajah mereka dapat dibezakan kerana ada unsur –unsur asimilasi yang jelas seperti ciri-ciri kemelayuan dan
kecinaan.Pakaian warga tuanya pula lebih kepada pakaian orang Melayu.
Minoriti daripada mereka menghilangkan hampir semua identiti dari tempat mereka menyebabkan
proses asimilasi berlaku dengan lebih mudah.Pada zaman penjajahan Portugis wujud satu lagi kaum di panggil
kaum Serani yang berketurunan Portugis.Sebilangan besar masyarakat ini tinggal di sebuah perkampungan khas
di Melaka Tengah.Akibat kahwin campur antara Melayu,Cina dan India bentuk rupa mereka lebih mirip kepada
ketiga-tiga kaum ini.Bahasa ibunda mereka ialah bahasa Portugis,ada yang bertutur dalam bahasa
Inggeris,umumnya mereka faasih berbahasa Melayu.Tarian mereka hampir sama dengan tarian joget orang
Melayu.Kaum wanitanya pula khasnya golongan tua gemar berkain batik,bercucuk sanggul dam berkebaya
labuh dan mereka menganut agama Kristian.Cuma bezanya di sini mereka adalah masyarakat yan diasimilasi
ketika kedatangan penjajah pertama di Tanah Melayu.

Faktor Kebudayaan .juga menjadi pendorong utama membentuk masyarakat yang mudah
diasimilasi.Penghijrahan pelbagai kaum ke Melaka telah mewujudkan pelbagai kebudayaan ,apatah lagi dengan
sikap keterbukaan tanpa syarat –syarat yang sulit pemerintah ketika itu menyebabkan kehadiran pedagang
asing di Melaka begitu ramai.Ini menjadikan Melaka menjadi antara pelabuhan terpenting di dunia ,Melaka
menjadi Kota Multi dimana setiap budaya mempunyai tempat masing-masing .Penglahiran Pluralisme budaya
di kalangan masyar akat ketika itu bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu. Interaksi yang
berlansung antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islamdan Eropah
(Portugis, Belanda & British) dengan budaya alam Melayu telah berlakusekurang-kurangnya sejak abad ke-5
Masihi lagi. Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu cirri
fenomena kepluralitian budaya.Maka tidak hairanlah jika masyarakat plurality lebih mudah diasimilasi berbandin
dengan masyarakat plural yang hanya hidup secara berkelompok mengikut kawasan tertentu tanpa
mempedulikan masyarakat lain apatah lagi dipengaruhi dengan cengkeman pemerintah yang bersifat kapitalis.

Kesimpulannya, masyarakat pluraliti mengamal gaya hidup yang mementing adab dan
kesopanan,sikap toleransi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain jika di bandingkan dengan
masyarakat plural yang dilahir dengan paksaan dan penjajahan.Keadilan dan kedamaian dikongsi
bersama.Undang-undang yang dijalankan pula sangat wajar dan cekap menjadikan masyarakat pluraliti
mudah menerima pencantuman budaya.Kesanggupan mereka meninggalkan hampir keseluruhan identity dari
tempat mereka dan penerimaan yang sangat positif dari kalangan majority ini menjadikan asimilasi dari pelbagai
latar belakang telah memghasilkan kejayaan apatah lagi jika ada persamaan budaya antara majoriti dan minority

Masyarakat plural pula mengalami Perubahan epistemologikal yang besar ialah dari segi pemisahan di
antara Negara dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan Negara dikawal oleh penjajah manakala
agama dan adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan Melayu.Sistem pentadbiran berasaskan
pengagihan kuasa di antara tiga unsure penting iaitu Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman telah diperkenalkan
oleh penjajah. Ianya berbeza dengan kuasa mutlak raja yang tiada agihan kuasa. Hasil daripada pemerintahan
moden ini berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan ekonomi perindustrian dan perdagangan.
Sistem ekonomi ini bergantung kepada pasaran, modal dan buruh. Perkembangan pesat ekonomi kapitalis
inilah yang mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dan menguntungkan hanya
sebelah pihak sahaja.Kesan-kesan dua golongan masyarakat ini masih ada sehingga hari ini dan daripada
rentetan peristiwa-peristiwa silam maka lahirlah sebuah negara Malaysia yang berbilang kaum.
Baba dan Nyonya
Chetty (India Peranakan)

PLURALITI

Masyarakat berbilang kaum (PLURAL)


SYARAT-SYARAT BERLAKUNYA ASIMILASI
Terdapat beberapa syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum berlakunya asimilasi. Syarat-
syaratnya adalah seperti berikut:
1. Kepelbagaian budaya
Terdapat sekelompok manusia atau beberapa masyarakat yang tinggal bersama dan
mempunyai kebudayaan yang berbeza-beza. Perpecahan budaya antara kelompok ini
tidak tergolong dalam asimilasi.
2. Pergaulan
Individu di dalam kelompok ini kemudian saling bergaul antara satu sama lain semasa
kehidupan harian mereka dalam waktu yang lama.
3. Percampuran
Budaya mereka ini kemudian akan bercampur dan saling menokok tambah antara satu
sama lain sehingga masyarakat dalam kelompok ini saling menyesuaikan diri antara satu
sama lain.

FAKTOR-FAKTOR MENDORONG TERJADINYA ASIMILASI


1. Toleransi antara kelompok etnik yang berbeza kebudayaan
a) Etnik Melayu – etnik melayu telah menunjukkan sikap toleransi dengan komuniti lain
sama ada mealalui perdagangan, perkahwinan dan sebagainya. Etnik melayu
mempunyai banyak sikap banyak bersabar dalam soal integrasi nasional dan
kebebasan beragama.
b) Etnik Cina – etnik cina telah memaparkan sikap terbuka cara berfikir serta berbudaya
seperti di Tanah Besar China. Mereka mempunyai tiga fahaman besar yang telah
diterima oleh rata rata orang cina iaitu buddhisme,confucianisme dan taoisme.
c) Etnik India – Berjaya mengubah falsafah dan citra pemikiran mereka dengan suasana
setempat. Mereka menerima hakikat kesamarataan social yang diletakkan oleh islam
dan menafikan amalan kasta.
2. Sikap menghargai orang asing dan kebudayaan mereka 
3. Persamaan unsur kebudayaan
4. Perkawinan campur
Perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat di Malaysia meninggalkan impak
bukan sahaja terhadap kedua-dua pihak yang terlibat tetapi juga terhadap masyarakat
dan sebuah negara. Penemuan dan perbincangan yang telah didapat dua kesan iaitu
kesan positif dan kesan negatif.
Kesan positif ialah pasangan dan seluruh keluarga yang terlibat perkahwinan campur
akan berpeluang untuk dapat berkenalan, mempelajari dan memahami adat, amalan
tradisi di antara satu sama lain. Maka, mereka akan lebih menghormati antara satu
sama lain. Perkahwinan campur akan dapat meluaskan kenalan keluarga dan pandangan
hidup.
Walapun perkahwinan campur dapat kebaikan tetapi perkahwinan campur juga dapat
membawa keburukan kepada masyarakat dan negara. Kepada masyarakat yang
berfikiran tertutup, mereka menganggap perkahwinan campur merupakan perkara yang
tidak baik. Perkahwinan campur dapat memupuk pesefahaman antara pelbagai kaum
dan menghilang sifat hormat-menghormati. Tambahan lagi, sifat ketoleransi akan
semakin hilang antara kedua-dua pihak. Pegangan agama juga mudah goyah dan senang
sesat disebabkan terikut-ikut budaya asing yang berbuka. Di samping itu, kemungkinan
akan timbulkan masalah komunikasi antara pasangan dan ahli keluarga. Tindakan ini
mungkin menyebabkan pasangan tersebut akan kembali murtad dan anak-anak akan
menjadi mangsa perebutan di antara ibu dan ayahnya.
FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG TERJADINYA ASIMILASI
1. Minoriti
Satu kelompok manusia yang diketepikan dalam masyarakat kerana ciri fizikal dan
budaya.
2. Prasangka
Satu sikap yang baik atau yang kurang baik terhadap individu atau kelompok oleh
kerana ciri-ciri yang tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina, dan kelas. Biasanya
ia berbentuk prejudgment – satu sikap atau penilaian yang dibentuk sebelum ditinjau
fakta-fakta yang jelas, tepat, atau mencukupi. Prasangka boleh membawa kepada
beberapa kesan, antaranya:
a) Individu yang mempunyai prasangka mungkin hanya menunjukkan rasa prasangka
pada peringkat lisan dengan bercakap kepada rakan-rakannya mengenai prasangka
tersebut.
b) Boleh mengakibatkan keganasan dan pembunuhan. Apabila prasangka disuarakan ia
menjadi sterotaip.
3. Stereotaip
a) Suatu kumpulan etnik yang memandang rendah etnik lain
b) Semangat perkauman yang tebal
c) Interaksi terbatas antara etnik
4. Diskiminasi
Suatu perbuatan yang membandingkan seseorang individu atau kelompok etnik lain
menggunakan ciri-ciri fizikal atau etnik.
5. Alienasi
Suatu keadaan apabila manusia merasa terpisah daripada masyarakat dan
kebudayaannya mengakibatkan individu tersebut tidak merasa kesan daripada segala
nilai dan norma masyarakat.

CONTOH ASIMILASI DI MALAYSIA


  Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang
menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah
disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas
masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses
asimilasi.

Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam
konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku
apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi
suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik
minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti
terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik
majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

Sebagai contoh, Menurut Koh Kim Bok, masyarakat dan generasi baba dan nyonya
terhasil dari perkahwinan campur di antara perantau-perantau cina dan wanita-wanita
tempatan. Selain itu, faktor perkembangan masyarakat baba dan nyonya adalah kerana mereka
amat menggalakkan perkahwinan di antara kaum lelaki mereka dengan wanita-wanita
tempatan. Selain itu, anak perempuan generasi baba dan nyonya digalakkan berkahwin dengan
perantau dari negara China dan tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki tempatan.

Pada pertengahan abad ke-19, ramai imigran Cina datang ke Tanah Melayu, hasilnya,
masyarakat Baba dan Nyonya semakin berkembang melalui asimilasi dengan masyarakat
Melayu atau masyarakat Baba Nyonya. Dr. Lee Su Kim, Professor Madya dari Pusat Pengajian
Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
adat budaya unik masyarakat Baba Nyonya terhasil daripada perkahwinan campur antara
pedagang dari wilayah Fujian, Tenggara China dengan masyarakat tempatan di Melaka hampir
700 tahun dahulu.

Mereka mengamalkan cara hidup orang Melayu dari segi percakapan, pakaian dan juga
makanan. Dari Melaka, kaum itu berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura. Masyarakat Baba
Nyonya Melaka bertutur dengan bahasa mereka sendiri iaitu campuran Melayu dialek Baba,
manakala Pulau Pinang menggunakan dialek Hokkien. Masyarakat Baba dan Nyonya juga
mengamalkan sifat-sifat dan tingkah laku wanita Melayu seperti peramah, suka melatah dan
berbual-bual di kaki lima pada waktu petang. Keseluruhannya, penyelidik mendapati daripada
keputusan yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan, didapati bahawa masyarakat
Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini.

Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu  begitu sahaja. Mereka
sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan
adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam masyarakat Baba dan Nyonya telah
membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah
masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan  bermasyarakat. Jika tiada percampuran
tersebut, maka masyarakat Baba dan Nyonya tidak akan wujud.

Kesimpulannya, Piaget mengemukakan teori tentang perkembangan kognisi anak yang


melibatkan proses-proses penting, iaitu, skema, asimilasi, akomodasi, organisasi
danketidakseimbangan dan keadaan seimbang (disequilibrium-equilibrium). Proses asimilasi
dan akomodasi adalah proses yang sentiasa berlaku dan saling berkait di antara keduanya.
Dalam teori perkembangan kognisi terdapat empat tahap penting yang mempengaruhi
perkembangan kognisi. Iaitu tahap sensorimotor, tahap pra operasional, tahap operasional
konkrit, dan juga tahap operasional formal.

Tahap-tahap dan perkembangan intelektual manusia mempengaruhi kedewasaan,


pengalaman fizikal, pengalaman logik, transmisi sosial dan pengaturan diri. Teori Piaget jelas
sangat relevan dalam proses kognisi kanak-kanak. Dengan teori ini, individu dapat mengetahui
ada tahap-tahap perkembangan tertentu pada kemampuan berfikir kanak-kanak dan tahap
mereka.

Keupayaan perkembangan kognisi kanak-kanak juga boleh dipertingkatkan dengan


beberapa cara walaupun mereka berasal daripada budaya yang berlainan. Ini kerana
perkembangan kognisi boleh dibentuk pada peringkat awal. Oleh yang demikian bila dikaitkan
dengan pembelajaran, tahap perlakuan dan perkembangan kanak-kanak dapat difahami dan
dilihat dengan tepat, misalnya kita dapat menggunakan bahan yang sesuai kepada kanak-kanak,
sesuai dengan tahap kemampuan berfikir yang dimiliki oleh mereka.

Asimilasi adalah pembauran dua kebudayaan yang disertai dengan hilangnya ciri khas
kebudayaan asli sehingga membentuk kebudayaan baru.Suatu asimilasi ditandai oleh usaha-
usaha mengurangi perbedaan antara orang atau kelompok.Untuk mengurangi perbedaan itu,
asimilasi meliputi usaha-usaha mempererat kesatuan tindakan, sikap, dan perasaan dengan
memperhatikan kepentingan serta tujuan bersama. Hasil dari proses asimilasi adalah semakin
tipisnya batas perbedaan antarindividu dalam suatu kelompok, atau bisa juga batas-batas
antarkelompok. Selanjutnya, individu melakukan identifikasi diri dengan kepentingan
bersama.Artinya, menyesuaikan kemauannya dengan kemauan kelompok. Demikian pula
antara kelompok yang satu dengan kelompok yang lain.
MOHAMAD NUBLI SYUKRI BIN MOHD NASIR

044846

ISM SK (KI)

NABIL FIKRI BIN HASSAN

044355

ISM SK (KI)

AHMAD FADHIL BIN MAT AKHIR

044854

ISM SK (KI)

EMEER SYAFIQ BIN ROSLAN

043039

ISM SK (KI)

MUHAMMAD HAZWAN BIN MOHD FUAD

043362

ISM SK (KI)

MUHAMAD AMIERUSYAHMI BIN ZUHAIRI

044180

ISM SK (PP)
ERLI NAJHAN BIN ALIAS

044007

ISM TM (IM)

MUHAMMAD SHAFIQ BIN NOR SAHAIDI

043506

ISM SK (PP)

AZRUL BIN AMERI

043560

ISM SK (KI)

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ADUKA

043025

ISM SK (KI)
TAJUK : KONSEP ASIMILASI

KUMPULAN : 19

KURSUS : HUBUNGAN ETNIK

KOD : MPU31012

PENSYARAH : PN NORMILA BT ILYAS

Bil. Nama Ahli Kumpulan Program No. Matrik Markah T.Tangan

1. Muhammad Nubli Syukri Bin Mohd Nasir KI 044846

2. Muhammad Firdaus Bin Aduka KI 043025

3. Muhammad Hazwan Bin Mohd Fuad KI 043362

4. Emeer Shafiq Bin Roslan KI 043039

5. Ahmad Fadhil Bin Mat Akhir KI 044854

6. Azrul Bin Ameri KI 043560

7. Nabil Fikri Bin Hassan KI 044355

8. Erli Najhan Bin Alias IM 044007

9. Muhamad Amierusyahmi Bin Zuhairi PP 044180

10. Muhammad Shafiq Bin Nor Sahaidi PP 043506

RUJUKAN
 Mansor Mohd Noor & Rakan-rakan. (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Selangor :
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
 Ahmad Ali Bin Seman & Warti Bt Kimi. (2015). Hubungan Etnik. Selangor : Pelangi
Professional Publishing Sdn. Bhd.
 Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur : Maskha Sdn.
Bhd.
 Tidak Dinyatakan. (2008). Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan. Dimuat
turun pada Ogos 1, 2015 dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/nkra/11743-
dasar- dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html
 Tidak Dinyatakan. (2015). Perpaduan Penting Dalam Menjamin Keharmoniam Negara.
Dimuat turun pada Ogos 1, 2015 dari
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-
kolumnis/15970-perpaduan-penting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.html
 Zahir Zainuddin. (2016). Cabaran Dan Penyelesaian Perkahwinan Campur Di Malaysia.
Dimuat turun pada Oktober 05, 2016 dari
http://zahirzainudin.blogspot.my/2016/10/cabaran-dan-penyelesaian-
perkahwinan.html
 Richard D. Alba, Victor Nee. (2003) Remaking the American Mainstream. Assimilation
and Contemporary Immigration, Harvard University Press, 359 pages ISBN 0-674-01813-
3
 Andrew Armitage. (1995) Comparing the Policy of Aboriginal Assimilation: Australia,
Canada, and New Zealand, UBC Press, 286 pages ISBN 0-7748-0459-9

Anda mungkin juga menyukai