Anda di halaman 1dari 10

Konsep asimilasi

Satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.


Formula A + B + C = A A = golongan dominan B & C = kumpulan etnik minoriti

Contohnya,
Orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan dan agama.


Berlaku apabila : - wujudnya interaksi yang erat - Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti

Konsep amalgamasi
Satu proses di mana budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.


Amalgamasi biasa dikaitkan dengan asimilasi budaya kerana berkaitan dengan interaksi antara dua budaya yang berbeza.


Formula A + B + C = D A, B, & C = kumpulan etnik berlainan D = amalgan (kumpulan terhasil daripada penyatuan A, B & C)

Contohnya,
Kumpulan kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.

Dalam amalgamasi, kepentingan yang diperjuangkan adalah dominasi budaya. Konflik tersebut akan terus terjadi selagi egoisme budaya tetap dipertahankan, dan tidak adanya keinginan untuk memahami budaya lain.

Konflik akan terjadi bila ada perbezaan kepentingan yang diperjuangkan oleh kedua budaya tadi.

Anda mungkin juga menyukai