Anda di halaman 1dari 10

PENJAJAHAN ADALAH TITIK

KESINANBUNGAN DALAM KRONOLOGI


PERKEMBANGAN SEJARAH MALAYSIA
BINCANGKAN

NAMA : MAULANA AL HAKIIM BIN CHE MAN


KAD MATRIK : P110533
KURSUS : SKSE6023 HISTOGRAFI MALAYSIA
PENSYARAH : DR- AL AMRIL BIN OTHMAN
Pengenalan

• Sejarah perkembangan gerakan penjajahan di negara ini telah wujud sejak awal lagi yang dilakukan oleh
kerajaan atau empayar besar yang terdiri dari negara-negara jiran seperti Srivijaya, Majapahit, Pasai, dan Siam.
Bagaimanapun, negara atau empayar yang menawan kawasan-kawasan di Tanah Melayu pada ketika itu tidaklah
memberi kesan yang jelas terhadap penguasaan mereka berbanding dengan kuasa barat yang datang kemudian.

• Penjajahan adalah merujuk kepada dasar negara yang ingin memperluas atau mempertahankan negaranya
terhadap orang atau wilayah lain, umumnya dengan tujuan penguasaan ekonomi. Penjajahan adalah merangkumi
sudut agama, bahasa, ekonomi, dan amalan budaya mereka kepada masyarakat peribumi. Pentadbir asing
memerintah wilayah tersebut adalah untuk kepentingan mereka dan berusaha mendapatkan keuntungan dari
penduduk dan sumber wilayah yang dijajah.

• Kolonialisme sangat berkaitan dengan Zaman penjajahan Eropah yang bermula dengan abad ke-15 apabila
sebilangan Negara-negara Eropah menubuhkan empayar penjajah.

• Plano dan Olton di dalam tulisannya mentafsirkan kolonialisme sebagai satu bentuk pemerintahan ke atas
sesebuah kawasan dan penduduknya oleh sebuah kuasa asing dengan menjalankan polisi imperialisme. Migrasi
juga turut terlibat yang seterusnya membawa kepada pembentukan satu entiti politik baru  ke atas kaum asal
yang mempunyai pengetahuan dan teknologi atau kemajuan yang rendah seperti di Asia dan Afrika.
• Namun begitu kemunculan kuasa kolonial British di Tanah Melayu juga memberi kesan kepada
perkembangan penulisan pensejarahan atau histografi Barat di Tanah Melayu.

• Dari sudut bahasa, pensejarahan diertikan sebagai karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah, sumber
sejarah adalah dokumen atau rekod sama ada dalam bentuk bertulis mahupun bercetak.  Pensejarahan
juga dikenali dengan nama historiogrifi iaitu merujuk kepada hasil-hasil kajian dan penulisan oleh
sejarawan.

• Dengan ini, pensejarahan Barat merujuk kepada penulisan sejarah negara yang dilakukan oleh penulis
Barat berdasarkan konteks pensejarahan Malaysia.
Tahap-tahap Pensejarahan di Malaysia

• Karya-karya sejarah yang dihasilkan pada tempoh-tempoh tertentu memaparkan ciri-ciri tersendiri dari segi
tumpuan, kaedah dan pendekatannya. Tahap-tahap pensejarahan di  Malaysia dapat dibahagikan kepada dua
tahap berdasarkan ciri-ciri penulisan yang dihasilkan pada zaman tersebut iaitu  Pensejarahan Tahap
Tradisional (Pensejarahan Pribumi) dan Pensejarahan Tahap Kolonial dan pada tahap kolonial, boleh
dibahagikan kepada dua iaitu Sebelum Perang Dunia Ke-2 dan Selepas Perang Dunia ke-2 (Selepas
pendudukan Jepun di Tanah Melayu)

• Pensejarahan  tradisional atau dikenali juga sebagai pensejarahan istana merupakan pensejarahan Melayu
paling awal. Ianya telah wujud sebelum kedatangan imperialis Barat lagi. Pensejarahan Melayu di antara
abad ke-16 dengan abad ke-19 memperlihatkan beberapa ciri tertentu dari segi isi dan
pemikiran. Pensejarahan tradisional ini dilakukan atau ditulis kerana menjunjung titah pemerintah raja atau
pemerintah

• Jika dibandingkan dengan karya-karya sejarah Malaysia pada tahap kolonial, corak penulisan dilihat lebih
banyak diselenggarakan oleh penulis-penulis Barat berbanding dengan penulis tempatan. Namun demikian
bukanlah bermakna masyarakat Melayu belum mempunyai tradisi persuratan. Tetapi menurut pendapat
Khoo Kay Kim, kebanyakan golongan penulis adalah terdiri dripada golongan agama yang lebih cenderung
untuk menghasilkan penulisan berbentuk kitab-kitab agama daripada menghasilkan karya-karya sejarah.
Tokoh Histografi Barat
• Kebanyakan tokoh Barat merupakan pegawai-pegawai berbangsa Eropah dalam kalangan negara yang pernah
menakluki Tanah Melayu seperti Portugis, Belanda dan British. Sebagai contoh, setelah Portugis menakluki
Melaka pada tahun 1511, maka lahirlah beberapa orang pegawai Portugis yang menulis tentang Tanah Melayu
seperti Tome Pires dengan bukunya yang bertajuk “Suma Oreintal”.

• Terdapat juga beberapa pegawai kolonial British yang memainkan peranan penting dalam mengkaji dan
melakukan penyelidikan mengenai masyarakat tempatan di Tanah Melayu, iaitu Stamford Raffles, C, R. J.
Wilkinson, J .M. Gullick dan J. Rigby.

• Thomas Stamford Raffles merupakan seorang pegawai kolonial British di Tanah Melayu yang pernah menjadi
Gabenor-Jeneral British di Bangkahulu dan Gabenor Sumatera sebelum memainkan peranan penting dalam
pertapakan British di Singapura, antara penulisan beliau adalah seperti Histoy of Java dan The Malay Annal

• R. O. Winstedt pada mulanya berkhidmat sebagai Presiden pertama Kolej Raffles Singapura, 1921-1931.
Semasa menjawat sebagai Presiden, beliau turut bertindak sebagai Setiausaha kepada High Commissioner,
1923. R. O. Winstedt merupakan tokoh yang banyak menkaji mengenai masyarakat Melayu berkenaan
kegiatan ekonomi, hikayat penglipur lara dan tatabahasa Melayu. Antara karya beliau yang terkenal seperti, A
History of Malaya dan A Dictionary of Malay Language.
• R. J. Wilkinson, yang pada sat itu menjabat jawatan sebagai Ketua Daerah di Negeri-Negeri Melayu, kerana
dianggap fasih dalam bahasa peribumi, dan kemudian beliau menyertai Jabatan Luar Negeri. Beliau kemudian
bergabung kembali dengan Khidmat Awam Kolonial dan menjadi Pejabat Pengawas Pendidikan di Penang, setelah
itu, pada akhir Mac 1897, beliau menjadi Hakim Polis di Singapura. R. J. Wilkinson banyak mengkaji mengenai
masyarakat Sakai, masyarakat Perak dan Undang-undang 99 Perak dan antara karya beliau yang terkenal adalah
Malay grammar dan An English-Malay dictionary.

• Selain pegawai2 tedapat juga penulisan dari kalangan mubaligh contohnya, W.G Shellabear yang merupakan satu
daripada mubaligh-mubaligh Kristian yang memainkan peranan penting dalam menulis hal berkaitan pensejarahan di
Tanah Melayu. Mubaligh ini banyak mengkaji naskhah-naskhah kesusasteraan Melayu seperti Hikayat Hang Tuah,
Sejarah Melayu, Hikayat Seri Rama dan lain-lain.

• Kemunculan tokoh penulis Barat yang menulis berkaitan pensejarahan Malaysia ini lelah mewujudkan satu penulisan
sejarah yang bercorak euro-centric dalam pensejarahan Malaysia dan Seterusnya , era selepas kemerdekaan negara
juga menyaksikan ramai ahli akademk Barat yang cendenung untuk melakukan kajian ke atas sejarah Malaysia yang
bersifat imiah

Sebagai contoh

1. A.C Milner ( 1982 ) dalam kajiannya iaitu Kerajaan : Malay Politics on the Eve of Colonal Rule 。
2. Carl 。 A.Trocki dalam penulisannya iaitu Pnnce of Pirates : the Temenggong Development of Johor and Singapore 1784-1885 。
3. R. Bofgey ( 1974 dalam penuisannya iaitu Kodah 1771-1821 : The Search or Secunity and Independence
Sumbangan histografi barat kepada pensejarahan Malaysia

• Kedatangan imperialis Barat telah turut memberi kesan kepada perkembangan pensejarahan dan berjaya
memupuk minat kepada masyarakat Melayu untuk meminati dan menyedari kepentingan sejarah. Ini
bermakna bidang penulisan sejarah telah mengalami satu perubahan dan mendapat satu suntikan baru dengan
dapat mempelajari kaedah dan cara penulisan yang lebih baik.

• Karya histografi barat juga memberi kesedaran tentang kepentingan penulisan semula sejarah Malaysia dalam
kalangan penulis tempatan, banyak kritikan dilemparkan terhadap golongan penulis yang bersifat sentrik
Eropah. Lantas, penulisan sejarah Malaysia yang berunsur sentrik Malaysia bermaksud bahawa sejarah
Malaysia yang dihasilkan itu ditulis dengan memberikan penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia
sendiri. Oleh itu, konsep sentrik Malaysia adalah berbeza dengan pensejarahan Malaysia yang menggunakan
konsep sentrik Eropah. Hal ini kerana sentrik Eropah lebih mengutamakan seseorang tokoh atau segala
kepentingan pihak Barat seperti sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Suatu
perubahan telah berlaku terhadap pensejarahan Malaysia kerana penulisan yang menggunakan prinsip barat
ini sering sahaja merendahkan ketepatan sejarah tradisional

• Sejak timbulnya kesedaran tentang kepentingan penulisan semula sejarah Malaysia dalam kalangan penulis
tempatan banyak kritikan dilemparkan terhadap golongan penulis yang bersifat sentrik Eropah. Hal ini kerana
penulisan yang bersifat sentrik Eropah lebih mengutamakan penulisan tentang politik dan ekonomi sesebuah
negeri berbanding dengan penulisan yang bersifat sentrik Malaysia yang lebih menumpukan terhadap
persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kemasyarakatan.
• Selain itu, karya ini juga menyediakan sumber rujukan kepada penulisan sejarah tempatan seperti rekod dan
data mengenai aktiviti kolonial dikatakan lebih banyak dan mudah diperoleh berbanding dengan sumber
tempatan yang terhad serta kurang nilai sejarahnya. Oleh itu,  penulisan sejarah moden telah muncul akibat
perkembangan rasional dan objektif menurut pemikiran seseorang sejarawan 

• Persejarahan barat ini juga membentuk satu perubahan besar dalam penulisan sejarah Malaysia.
Perkembangan politik dan nasionalisme pada ketika itu telah menyebabkan sejarawan di Asia Tenggara
meluaskan lapangan pemikiran mereka kepada teknik-teknik penulisan barat dan maju dalam penulisan
sejarah berbentuk moden.

• Perkembangan ini juga membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat. Dengan penulisan
sentrik Malaysia telah mengagungkan perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang telah bangkit menentang
British dan menjadikan mereka sebagai wira dalam memerdekakan negara. Buktinya, Abdul Hadi Hassan
yang terkenal sebagai seorang pejuang kebangsaan Melayu telah memainkan peranan dalam menyalakan
perasaan cintakan bangsa dan nusa di kalangan penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
kesimpulan
• kesimpulanya, sejarah merupakan satu medium penting dalam memupuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Sejarah juga mampu membantu kita sebagai rakyat Malaysia
mengelak daripada mengulangi kesilapan yang sama. Contohnya, penjajahan kuasa asing ke atas tanah air
kita sendiri. Dengan ini, bidang penulisan sejarah adalah satu daripada aspek yang dapat membantu kita
dalam mencari fakta yang betul dan sahih.

• Penulisan sejarah negara dari perspektif kolonial banyak memaparkan kehebatan yang dimiliki oleh pihak
kolonial dari segi pentadbiran. Kehebatan yang ditonjolkan oleh pihak kolonial akan mengukuhkan dan
mengagungkan martabat orang Eropah di mata dunia. Justeru, martabat masyarakat Timur khususnya di
Tanah Melayu akan dipandang rendah oleh masyarakat lain.

• Oleh yang demikian, penulis sejarah tempatan perlu bangkit untuk mengubah dan menulis semula sejarah
negara mengikut perspektif sentrik Malaysia. Terdapat beberapa faktor seperti timbul kesedaran, kebangkitan
semangat nasionalisme, kesediaan bahan rujukan dan lain-lain telah mempengaruhi perubahan pensejarahan
Malaysia daripada konsep sentrik Eropah kepada sentrik Malaysia.
• Apa yg dikatakan dengangaris sempadan
• Adakah
• Pandangan2 org barat tentang karya tadiosal
• Bila karya itu ditulis semula
• Kesan kepada karya itu
• Sarjana skrg yg masih merujuk
• Ahmad adam
• Kesedaran bila colonial dating, dari penelitian, analisis lebih, letak contoh
• Tampilkan nama sejarahan baru ku kay kim

Anda mungkin juga menyukai