Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Isu sentrik (centric) merupakan satu bentuk kecenderungan atau pandangan atau
pandangan yang tertumpu kepada sesuatu perkara dalam penulisan sejarah. Ia
mungkin berbentuk ideologi atau tema atau kepercayaan tertentu dalam
menerangkan sesuatu fakta atau peristiwa sejarah. Misalnya besentrik subjek (politik,
ekonomi, sosial, dan sebagainya). Selain itu terdapat juga yang bersentrik negeri atau
kaum seperti sentrik Barat, sentrik Melayu, dan sebagainya.

Misalnya, apabila dikatakan sesebuah penulisan sejarah Malaysia itu bersentrik


Malaysia, ia membawa maksud bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkan itu ditulis
dengan memberi penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia sendiri. Pendekatan
ini berlawanan dengan penulisan sejarah Malaysia yang ditulis secara sentrik Barat,
iaitu suatu pendekatan yang lebih mengutamakan atau menonjolkan peranan dan
sumbangan tokoh atau aktivitis yang berkepentingan kepada pihak Barat sahaja.

Pada kebiasaannya, penulisan bersentrik ini dilakukan bagi menyokong pihak


yang tertetu sahaja. Hal ini bertujuan bagi menunjukkan sisi baik satu pihak tertentu
sahaja. Khususnya sejak zaman kedatangan kuasa penjajah Barat ke rantau ini,
kebanyakan penulisan sejarah ditulis dengan menggunakan pendekatan rangka kerja
kolonial atau dalam istilah lain dikenali sebagai “European Centric”. penulisan yang
bersifat euro-centric ini lebih menumpukan kepada terhadap penulisan mengenai
politik dan ekonomi. Sementara penulisan yang bersentrik Malaysia pula lebih
berpusat kepada terhadap persoalan-persoalan yang berkaitan dengan masyarakat.

Antaranya, Sir Frank Swethenham dalam karyanya British Malaya (1906). juduk
buku tersebut sudah memberi suda memberi gambaran tentang isi kandungannya,
idea utama atau tema dan faktanya juga sudah pasti menghuraikan peranan dan
kejayaan pihak imperialis British di Tanah Melayu. Ini merupakan satu dakyah tentang
kebaikan dan kehebatan sistem pentadbiran mereka berbanding dengan apa yang
dimiliki oleh orang tempatan. Banyak lagi hasil penulisan sejarah berpendekatan,
bertema atau berada dalam lingkungan judul sedemikian yang disempurnakan oleh
golongan pentadbir British, seperti R.J. Wilkinson dan R.O.Winsted. Kesemua
penulisan mereka itu menggunakan isi, pendekatan, perkaitan dan perbincangan yang
betul kerana matlamatnya ialah untuk melihat keterlibatan dan kejayaan British di
Malaysia. Penulisan sejarah moden yang bersentrik Malaysia lebih kepada
menggambarkan tentang kesederan dalam kalangan penulis bagi menonjolkan
keadaan masyarakat dengan tidak lagi menjustifikasi kedudukan penjajah
semata-mata. Misalnya, Profesor Dieter Geyl dari Universiti Ultrecht berpendapat;

“ Bagaimana jujur tujuan penulis sejarah Barat untuk menggenapkan


pendapat Eropah sentrik, dia tidak akan benar-benar terlepas dari keadaan diri
sendiri, dari warisan dan kebudayaannya.”

Justeru, penulisan sejarah yang terhasil biasanya terlalu memihak (bias) kepada
pihak kerajaan mereka. Segala fakta sejarah mengenai keadaan huru-hara semasa
pemerintahan mereka digambarkan secara negatif seperti penderhaka atau
pemberontak. Misalnya, pemberontakan Tok Janggut di Kelantan. Manakala menurut
pendekatan Sentrik Malaysia, pernyataan yang sebaliknya wujud, iaitu tokoh yang
dulunya dianggap oleh pihak imperialis sebagai pemberontak akan dianggap sebagai
seorang wira bangsa. Sebagaimana juga konsep sentrik Barat mempunyai motif
politiknya sendiri, sentrik Malaysia juga bermotifkan untuk membangkitkan semangat
nasionalisme di kalangan rakyat Malaysia itu sendiri.

Faktor Yang Mewujudkan Konsep Sentrik

Kewujudan atau kemunculan sesuatu pendekatan sentrik Barat atau sentrik


Malaysia adalah didorong oleh beberapa faktor penting, seperti motif dalam diri,
perbezaan pendekatan, ideologi atau semangat nasionalisme dan kesediaan sumber
rujukan. Oleh kerana kebanyakan penulis sejarah Malaysia terdiri daripada penulis
Barat, maka wajarlah jika difikirkan bahawa golongan dari sentrik Barat adalah
terpengaruh atau dipengaruhi oleh persekitaran atau pendidikan Barat dan tidak dapat
alri mempunyai perasaan bangga terhadap peradaban mereka. Misalnya, Abdullah
Munsyi dengan karya-karyanya seperti Kesah Pelayaran Abdullah (1838) dan Hikayat
Abdullah (1849).

Konsep sentrik wujud disebabkan sifat motif dalam diri penulis atau sejarawan
yang ingin mengekalkan kekuasaan dengan memperkecil keadaan tempatan.
Walaubagaimanapun, pada hakikatnya sejarawan dan penulis British boleh
dibahagikan kepada kepada dua kumpulan. Pertama, kumpulan yang menulis kerana
digerakkan motif dalam diri, dan kedua, kumpulan yang mencuba menulis dengan
secara rasional tetapi pada analisis yang terakhir usaha mereka tidak terlepas daripada
bendungan pengaruh nilai-nilai yang telah menjadi sebati dalam diri mereka.

Pengaruh motif dalam diri dapat dilihat daripada penulisan yang dibuat oleh Frank
Swettenham bukan sahaja terkenal dengan kenyataan itu, tetapi juga dengan
beberapa kenyataan lain yang menimbulkan persoalan dalam kalangan bangsanya
sendiri, apatahlagi kepada kita. Sebagai contoh, beliau mengatakan bahawa orang
Melayu tidak mempunyai institusi politik dan orang Eropah secara semula jadinya lebih
pintar daripada orang Asia. Beliau juga mengatakan orang Melayu malas, tanpa
mempunyai apa-apa peraturan pun. Dari segi luarannya sahaja, kenyataan ini tidak
betul bagi kita, namun diterima oleh orang seperti beliau.

Prof. Zainal Abidin Wahid berpendapat oleh kerana mereka adalah orang Barat,
mereka telah terdidik dan dibesarkan oleh tradisi, budaya, nilai, dan norma-norma
Barat. Warisan kebudayaan inilah yang telah menghalang mereka daripada menaruh
penghargaan terhadap sejarah Malaysia. Contoh yang jelas bagi kita ialah sejarah
tanah air kita sendiri khususnya penulisan yang begitu banyak dihasilkan penulis Barat
yang kebanyakannya menekankan peranan orang Barat dalam sejarah Tanah Melayu
khasnya dan rantau ASEAN amnya.

Bagi penulis-penulis Barat, penonjolan terhadap mereka itu dapat kita lihat pada
tarikh terpenting yang mereka gunakan dalam penulisan mereka. Tarikh itu
merupakan permulaan dan kadangkala puncak bagi kegiatan mereka, misalnya tahun
1511, 1641, 1786, 1819, 1874 dan 1909. setiap tarikh yang dinyatakan itu ada kaitan
penting dengan mereka. Tahun 1511, misalnya merupakan tahun pihak Barat
memulakan penjajahan di Tanah Melayu kerana pada tahun itulah orang Portugis
telah datang dan berjaya memerangi dan menakluki bandar Melaka, pusat Kesultanan
Melayu Melaka yang terkenal. Pada tahun 1641, orang Belanda kemudiannya
memerangi Melaka, iaitu mengambil alih kuasa di situ daripada orang Portugis. Tahun
1786 pula merupakan tahun yang mereka istilahkan sebagai tahun”pembukaan” Pulau
Pinang oleh orang inggeris, walaupun pulau tersebut telahpun dibuka dan diduduki
lebih awal orang Melayu. Begitulah juga halnya dengan tahun 1819 yang mereka
anggap sebagai tahun “pembukaan” Singapura oleh Raffles, walaupun pulau tersebut
telahpun dibuka oleh Sang Nila Utama sejak beratus-ratus kurun yang lampau. Tatkala
Raffles datang ke situ, tempat itu sedang didiami oleh Temenggung Abdul Rahman
dan pengikutnya. Tahun 1824 pula satu tarikh pemecahan Nusantara kepada apa
yang mereka istilahkan sebagai “kawasan pengaruh Inggeris dan kawasan pengaruh
Belanda” melalui satu perjanjian yang mereka tandatangani (tanpa penyertaan kuasa
tempatan yang berkaitan), iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Tarikh seperti 1824
ini memanglah penting, bukan sahaja bagi kepentingan ekonomi dan politik orang
Barat yang terlibat, tetapi juga bagi ekonomi dan politik tempatan. Antara lainnya
perjanjian ini telah menyebabkan hapus dan pecahnya empayar Johor-Riau yang
merupakan pusat kekuasaan orang Melayu selepas runtuhnya Kesultanan Melayu
Melaka. Namun bagi mereka yang penting ialah hakikat mereka telah berjaya bertapak
dengan lebih luas lagi di sini. Begitu jugalah dengan tarikh 1874, apabila orang
Inggeris meluskan lagi cengkaman pengaruhnya dengan bertapal di Perak dan
seterusnya di beberapa buah negeri Melayu yang lain, khasnya di sepanjang pantai
barat Semenanjung Tanah Melayu. Ada pula sesetengah mereka yang menganggap
tahun itulah bermulanya kemasukan unsur-unsur moden ke Tanah Melayu.

Mereka telah memilih tarikh-tarikh yang menonjolkan kegiatan dan peranan


mereka dalam jalinan perjalanan sejarah tanah air kita. Mereka juga tidak begitu
menghiraukan peristiwa-peristiwa, kegiatan, peranan tokoh-tokoh tempatan dalam
perkembangan sejarah tanah air kecualilah perkara-perkara tersebut ada kaitannya
dengan pihak mereka. Sesetengah daripada mereka seperti R.J Wilkinson, menulis
atau membuat tafsiran yang dengan jelasnya merupakan bebat sebelah atau memihak,
terutamanya dengan memberikan gambaran buruk yang curang tentang peristiwa dan
tokoh-tokoh tempatan, di samping memberikan penilaian budayanya pula terhadap
perkara-perkara tersebut keseluruhannya. Mereka sebenarya teah menghasilkan
kerya-kerya yang secara amnya berdasarkan konsep “European Centric”. Misalnya,
J.W.R Smail, telah memberikan pendapat yang berat sebelah, yakni memihak kepada
penjajah serta cenderung membesar-besarkan dan menonjolkan peranan pihak
Eropah sedangkan peranan orang Asia (termasuklah Malaysia) dipandang ringan dan
dikelamkan.

Hal ini berlaku kerana sejarawan tersebut dipengaruhi oleh nilai budaya.
Sejarawan tidak dapat membebaskan diri dengan sepenuhnya daripada pengaruh
zamannya, masyarakat serta nilai-nilai budayanya. Sedikit sebanyak unsur-unsur ini
akan mempengaruhi usaha penyelidikannya, malah, mempengaruhi hasil
penyelidikannya. E.H Carr seorang sejarawan yang berideologi Marxist mengatakan
bahawa;
…adalah seorang manusia individu, seperti individu lain, dia juga adalah
gejala sosial, hasil dan jurucakap secara sedar dan tidak sedar mesyarakatnya;
dalam kedudukan inilah dia mendekati fakta-fakta masa lampau sejarah.

Beliau seterusnya mengatakan bahawa;

Pemikiran ahli-ahli sejarah seperti pemikiran lain adalah dibentuk oleh


persekitaran waktu dan tempat.

Hal ini berbeza dengan sejarah tradisional yang mementingkan keharmonian dan
pengajaran kepada masyarakat, kemunculan penulisan sejarah moden adalah
didorong oleh perkembangan pemikiran kritis berlandaskan prinsip rasional dan
objektif. Sikap kritis yang wujud ini telah menyebabkan timbulnya keinginan untuk
menulis atau mencatatkan sesuatu perkara atau peristiwa berdasarkan kepada apa
yang sebenarnya berlaku. Penulisan sejarah Malaysia pada zaman penjajahan (Barat)
mempunyai matlamat untuk melicinkan serta memudahkan segala urusan pentadbiran
kolonial serta mendapatkan sokongan awam bagi menjamin kedudukan mereka
sebagai penjajah. Penulisan sejarah seumpama inilah yang mewujudkan sejarah
berbentuk sentrik Barat. Penulisan sejarah Malaysia sejak zaman kemerdekaan pula
mempunyai tujuan ke arah penyemaian semangat nasionalisme rakyat menentang
penjajahan. Penulisan sedemikian rupa telah mewujudkan sejarah berbentuk
tempatan atau sentrik Malaysia. Sebagai buktinya segala peristiwa-peristiwa
perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-tokoh tempatan pada zaman itu digelar sebagai
penderhaka atau pemberontak.

Isu sentrik juga wujud dalam penulisan sejarah disebabkan oleh kesediaan
sumber rujukan. Penulisan Malaysia-centric menggunakan sumber tempatan dan
tafsirannya dilakukan menurut kaca mata tempatan dengan menumpukan kepada
perlakuan orang-orang tempatan berdasarkan fakta-fakta tempatan. Ketika
penjajahan British di Tanah Melayu, kebanyakan hasil tulisan adalah berbentuk
laporan rasmi atau penulisan untuk tujuan rasmi. Oleh itu, teks sejarah yang terhasil
biasanya akan bersifat bias atau berat kepada pihak British (penjajah). Contohnya
termasuklah penentangan Tok Janggut di Kelantan yang dianggap sebagai satu
bentuk pemberontakan dan penderhakaan ke atas Sultan Kelantan setelah Tok
Janggut menabalkan Engku Besar Jeram sebgai Raja di Pasir Puteh. Penulisan sejarah
yang bersentrik Malaysia ditulis oleh para sejarawan tempatan dan juga beberapa
sejarawan Barat. Hal ini membimbangkan pendokong penulis euro-centric yang takut
segala aktiviti Barat akan dilihat negatif. Misalnya, tokoh yang dahulunya dianggap
oleh mereka sebagi pemberontak akan dianggap sebagai seorang wira.

Kesimpulan

Sungguhpun wujud pensejarahan yang berbentuk sentrik Barat dan sentrik


Malaysia, namun usaha penulisan sejarah yang lebih objektif mengenai sejarah
Malaysia mula diperkenalkan oleh Rupert Emersion melalui karyanya yang bertajuk
Malaysia: Study Direct and Indirect Rule (1937) berbeza dengan penulisan orang Barat
sebelum itu yang lebih condong kepada pengaruh Barat. Beliau berusaha
menerangkan sesuatu fakta yang wujud tanpa menunjukkan sifat yang berat sebelah
(bias).

Kesimpulannya, kedua-kedua konsep iaitu European-centric dan Malaysia-centric


mempunyai kaedah dan tujuan tertentu dalam usaha untuk menerangkan
(mentafsirkan) sesuatu fakta ataupun peristiwa sejarah. Sama ada pendekatan sentrik
Barat mahupun pendekatan sentrik Malaysia, dari segi kepentingan ilmiah atau
tuntutan sejarah, iaitu kebenaran yang sebenarnya (saintifik), maka kedua-dua
pendekatan tersebut tidak dapat berfungsi atau ketepatannya diragui atau
dipertikaikan.

Anda mungkin juga menyukai