Anda di halaman 1dari 10

Arkib untuk Kategori keratan majalah dan akhbar lama

TRADISI YANG MEMENTINGKAN SEJARAH

SEJARAH bangsa adalah penting sebagai catatan pengalaman dan perjuangannya melalui
berbagai masalah untuk dijadikan contoh tauladan oleh generasi yang kemudian. Khazanah
sejarah ini mungkin terkumpul dengan banyak atau amat berkurang; tergantunglah kepada
minat atau tradisi bangsa itu memelihara sejarah. Apabila bangsa itu dikatakan tidak
mempunyai sejarah, sebenarnya ia dimaksudkan bangsa itu tiada bahan-bahan sejarah
yang cukup. khasnya yang berupa tulisan.

Dan dalam hal ini adalah keterlaluan jika dikatakan bangsa Melayu tidak mempunyai
sejarah. Tetapi tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahan sejarah yang berupa tulisan tidak
banyak terdapat dalam tamadun bangsa Melayu. Yang dimaksudkan dengan bahan tulisan
ini ialah bahan mengenai keadaan masyarakat Melayu pada zaman kuno, sebagai panduan
untuk memahami perlakuan di zaman itu. Banyak terdapat kitab dalam bahasa Melayu yang
dikumpul oleh penulis-penulis istana, ulama-ulama dan lain-lain yang berminat. Tetapi kitab-
kitab ini terbit di sekitar abad ke-13 dan skima sejarah kitab-kitab itu tidak berisikan catatan
asal, mengisahkan kejadian harian dalam masyarakat Melayu lama. Catatan itu lebih berupa
cerita saduran dari kitab-kitab Hindu dan sejarah Islam.

Di dalam masyarakat Melayu, tradisi mencatat kejadian semasa dan penyimpanannya


bermula agak lewat. Ini menyebabkan masyarakat Melayu ketandusan bahan sejarah tulisan
sebelum zaman kesultanan Melaka (kecuali karya Prapanca mengenai Raja-Raja
Majapahit). Tamaduan Melayu masa itu begitu gelap. Ini satu kekosongan yang amat dirasai
dan menjadikan tamadun kita seolah-olah sangat baru. Serba sedikit ia melahirkan perasaan
rendah diri di sisi sejarah bangsa-bangsa lain yang lebih lama bertamadun (walaupun
sejarah yang lama tidak semestinya mempastikan kejayaan masa ini).

majalah lama sebagai bahan dokumentasi


Beberapa karya sejarah yang awal diketahui, seperti Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah
Melayu dan Bustanas-Salatin merupakan catatan yang sangat bernilai kerana karya itu
mengemukan bahan sejarah mengenai pemerintahan Melayu dari abad ke-15 hingga ke-17.
Ada beberapa lagi karya yang kecil,tetapi mungkin banyak yang tidak diketahui (musnah
dalam iklim tropika, hilang dalam waktu berpindah randah atau dibawa lari oleh pengembara
asing). Amat ketara bahawa nama pengarang-pengarangnya jarang tercatat dan kalau
tercatat pun, ia selalu bercanggah. Begitu juga tentang tarikh penulisan karya. Alasan yang
diberi ialah pengarang ingin berselindung atau menganggap sesuatu karya itu hak bersama
dan memberikan gambaran bahawa sikap yang teratur dan saintifik di kalangan pengarang
belum tercapai. Kelemahan ini makin jelas jika perbandingan dibuat antara penulis sejarah
dan sosial Greek Tua lebih 2,000 tahun dahulu, yang menonjolkan nama-nama seperti
Thucydides, Plato, Aristotle, Plutarch, Hero Dotus dan lain-lain dengan penulis sejarah
bangsa kita.

Kerana mempunyai sikap saintifik yang lebih lama, maka pengembara-pengembara Barat
yang berkunjung ke Semenanjung dapat menghuraikan dengan dengan lebih terperinci apa
yang mereka lihat dalam sistem dan perlakuan masyarakat tempatan. Suma Oriental oleh
Tom Pires adalah salah satu contoh penulisan yang terperinci mengenai Melaka oleh
pencatat sejarah. Lain-lain pencatat yang patut disebut namanya ialah Barbosa, Velentijn
dan de Eredia. Tidak terdapat tulisan sejarah yang bercampur mitos dan nama pengarang
dicatatkan. Manakala objektiviti dan keadilan dalam pandangan mereka merupakan soal lain.
Sekiranya karya-karya terperinci seperti itu ditulis oleh orang-orang Melayu sendiri pada
zaman yang berkenaan, maka tentulah ia dianggap sebagai karya yang besar dalam sejarah
kita.

buku langka,bermakna untuk kolektor

Demikian banyak lagi catatan yang dibuat oleh orang-orang luar pada abad ke-16 hingga ke
awal abad 20. Catatan itu mengandungi unsur sejarah yang kita rasakan tidak mampu
dihasilkan oleh penulis tempatan. Oleh sebab catatan ini dibuat oleh orang asing yang
bersalutkan pandangan dari kaca mata asing maka catatan tidak dianggap histriografi
tempatan. Tetapi, nampaklah yang orang-orang asing membantu kita memahami sejarah
dan tamadun kita sendiri, sungguhpun kita mesti memilih yang mana catatan berupa
propaganda penjajah dan yang mana kejadian sebenar.
Karya-karya Munsyi Abdullah dan Raja Ali Haji adalah lanjutan dari tradisi penulisan
sejarah dan sosial, yang menonjolkan nama pengarangnya secara nyata dan isinya lebih
tepat. Tetapi ini berlaku terlalu lewat, iaitu pada pertengahan abad ke-19. Bermulalah zaman
moden dengan hasil tulisan dipengaruhi tradisi Barat yang mementingkan peristiwa yang
benar-benar berlaku. Perbincangan mengenai masyarakat Melayu, sejarah dan tamadunnya
dibolehkan oleh satu pemikiran baru masyarakat yang progresif, yang berusaha menyeluk ke
dalam, melihat kelemahan-kelemahan sendiri. Maka terbitlah akhbar dan majalah bersama
dengan nama pengarangnya sekali seperti tradisi negara maju.

Mastika,menyimpan wajah sejarah

Tidaklah adil kalau tidak disebut catatan yang dibuat oleh ulama-ulama kita yang bertujuan
mengembang dan menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Banyak kitab
yang ditulis atau diterjemahkan oleh ulama-ulama besar seperti Hamzah Fansuri, Nurudin
al-Raniri dan Syeikh Daud Patani. Catatan mereka merupakan sebahagian daripada tradisi
intelek yang membentuk falsafah hidup dan tamadun orang-orang Melayu. Tetapi dari segi
kepentingan sejarah, catatan ini tidak meninggalkan banyak riwayat mengenai masyarakat
yang wujud sezaman.

Hingga beberapa tahun sebelum merdeka, masih kurang catatan yang berupa kenangan
sejarah politik dan sosial masyarakat tempatan ditulis oleh orang-orang tempatan. Beberapa
karya sederhana tentu ada seperti yang ditulis oleh Ibrahim Yaakob, Yunus Hamidi, Ishak
Haji Muhammad dan penulis-penulis buku teks sejarah di MPSI, tetapi tidak menampakkan
penumpuan yang luas kepada penulisan sejarah. Namun begitu dari tulisan-tulisan yang
bercorak sastera dan komentar-komentar mengenai masyarakat, sebagai bidang yang lebih
diminati oleh penulis, dapat juga diketahui rupa dan corak masyarakat Melayu pada waktu
itu. Kekurangan ini sekali lagi dipenuhi oleh sarjana-sarjana luar yang berminat dalam kajian
sejarah negara ini. Selepas merdeka pun karya sejarah penulis-penulis tempatan masih
kurang.

Catatan sejarah yang lebih banyak dan luas skopnya akan terhasil, jika kita tidak asyik
menyalahkan penulis Barat sahaja di atas tulisan mereka yang berupa pandangan orang
Barat. Orang-orang tempatan juga mestilah mengambil daya utama mengembangkan tabiat
suka mencatat hal-hal sejarah mengenai pelbagai peristiwa dan cara hidup masyarakat.
Dengan disiplin akademik yang baru tertanam dalam sistem pelajaran kita dan dengan
wujudnya universiti-universiti, lebih banyak karya sejarah dapat dihasilkan, walaupun
penghasilan itu hanya untuk memenuhi keperluan tesis sahaja. Catatan yang dibuat
mengenai peristiwa masa ini juga amat bernilai pada suatu hari nanti. Kita memerlukan
catatan ini, yang dibuat dengan penuh disiplin bagi memperkuatkan tradisi intelek dan
mengayakan tamaduan kita.

menyimpan bahan sebagai satu amalan

Bagi tujuan ini, mesti diwujudkan tabiat suka mencatat dan mengumpul bahan di kalangan
anggota-anggota masyarakat. Tabiat ini sudah wujud begitu meluas dalam masyarakat Barat
sejak beratus-ratus tahun yang lalu dan dalam masyarakat Islam Timur Tengah dalam waktu
kegemilangannya. Dengan demikian pengetahuan dapat bertambah dengan amat pesat dan
ini boleh membawa berbagai kemajuan kepada manusia. Mencatat dan merekod secara
tidak putus-putus adalah kerja sebilangan tokohnya, hinggakan kalau pergi merantau pun
tokoh-tokoh ini tidak lupa mencatat tentang apa yang mereka lihat. Sama ada mereka itu
Ibnu-Batutah, Marco Polo atau Alfred Russel Wallace (penulis The Malay Archipelago),
catatan mereka amat kaya dengan perincian yang memberi guna kepada pengkaji
terkemudian. Pada masa inipun, kalau ada beberapa kerat orang Barat datang ke Malaysia,
lekas saja mereka menerbitkan buku-buku dari bahan-bahan yang mereka kumpul.
Sedangkan kita yang di rumah sendiri kurang produktif.

Tabiat yang suka mencatat atau mengumpul bahan-bahan yang akan menjadi khazanah
sejarah melibatkan butir-butir sejarah peribadi, surat menyurat dalam keluarga dan kertas-
kertas yang diterima dalam berbagai perjumpaan masyarakat. Mengenai sejarah peribadi,
sayangnya hingga selepas perang, masih terdapat kanak-kanak yang tiada surat tarikh lahir
oleh sebab sikap masyarakat kampung yang tidak mementingkan sejarah peribadi. Munsyi
Abdullah menyebut dalam Kisah Pelayaran Abdullah bagaimana orang di pantai Timur
Semenanjung menentukan umur dengan menanam pokok kelapa. Kalau pokok itu sudah
tinggi lampai dan jarang berbuah, bermakna mereka sudah amat tua. Tetapi ukuran
semacam ini tidak menggambarkan umur sebenar seseorang.
Rekod persekolahan, kerjaya dan pengalaman hidup seseorang, tidak diambil berat. Kalau
ada bahan-bahan bernilai seperti surat menyurat antara ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan
(surat cinta sekalipun), kertas-kertas yang diterima dalam kursus-kursus dan sebagainya,
semuanya dicampak entah ke mana. Hilanglah segala ini dan ini mengurangkan bahan-
bahan yang boleh menggambarkan tamadun sesuatu bangsa. Katakanlah orang yang
berkenaan ditakdirkan menjadi Perdana Menteri atau seorang ulama besar, maka tiada
siapa yang tahu sejarah awalnya. Misalnya, kita tidak tahu perincian hidup Tun Perak dan
lain-lain tokoh agung Melayu. Bandingkan tabiat banyak keluarga dalam masyarakat Barat
yang menyimpan (dalam almari, peti dan bungkusan) segala dokumen dan surat yang
diterima atau dikirimkan. Maka penulis-penulis mereka dapat mengkaji dengan tepat latar
belakang tokoh-tokoh besar mereka. Misalnya, Winston Churchill yang menulis tentang
biografi datuknya, The Duke of Marlborough, antara lain menggunakan dokumen-dokumen
dan surat-surat yang tersimpan dalam keluarga itu.

komik Melayu sebagai gambaran seni melukis Melayu

Hari ini universiti, Arkib Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka memang berusaha
mengutip dan mengkelaskan berbagai bahan yang tersiar dalam akhbar/majalah dan buku-
buku yang diterbitkan. Maka tidaklah kurang lagi bahan-bahan yang boleh dijadikan sumber
sejarah mengenai masyarakt kini. Namun begitu, ia belumlah lengkap kerana banyak lagi
bahan yang tersorok atau terbuang, akibat tabiat orang Melayu yang tidak suka menngumpul
bahan seumpama itu.

Dalam hubungan ini saya terperanjat apabila mendapat tahu bahawa beberapa dokumen
penting UMNO musnah dalam kebakaran pada tahun 1955 semasa Ibu Pejabat Parti
dipindahkan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Apabila Datuk Musa Hitam (kini Tun)
menjadi Setiausaha Kerja UMNO lewat tahun 1960-an, beliau mengambil daya usaha
menghantar dokumen-dokumen yang masih tersimpan ke Arkib Negara sebagai khazanah
yang penting untuk sejarah. Selepas beliau, sekali lagi fail-fail UMNO berselerak dan bahan-
bahan yang bernilai hilang entah ke mana, oleh sebab sikap para pentadbir yang
memandang enteng terhadap sejarah. Begitulah juga saya percaya di pejabat-pejabat parti
lain, wujud sikap apalah gunanya bahan-bahan yang lepas. Yang kita pentingkan ialah
aktiviti semasa.
Orang-orang ternama yang telah memainkan peranan penting untuk negara mewujudkan
jurang sejarah kerana mereka tidak mencatat peristiwa dan kejadian seperti perbincangan
mereka dengan tokoh-tokoh lain, penglihatan dan pentafsiran mereka mengenai isu-isu
masyarakat. Yang saya tahu di Malaysia, Tunku Abdul Rahman sangat aktif membuat
catatan dan di Perpustakaan Memorial Tun Razak ada tersimpan bahan sejarah mengenai
pentadbiran Tun Razak. Yang lain seperti bahan sejarah mengenai keluarga Dato Onn dan
Tun Dr. Ismail belum dapat digali. Jika tokoh-tokoh penting masyarakat dan orang
perseorangan yang kreatif dapat menulis tentang kejadian di sekitar peribadi mereka, tentu
banyak lagi bahan yang bernilai dapat diketengahkan sebagai warisan sejarah.

Tabiat suka mencatat dan mengumpul bahan perlu digalakkan lagi bagi melahirkan tradisi
yang mementingkan sejarah. Tabiat ini buka susah hendak diasuh jika ramai orang sekarang
boleh mengumpul setem, wang lama atau kotak mancis. Cara mengumpul bahan apa
sahaja adalah sama. Anggaplah setiap skrip lama atau baru yang dijumpa sebagai emas
atau intan, hingga menimbulkan rasa tamak kita untuk mendapatkan lagi. Bagaimana proses
mencatat lebih susah. Ia memerluka kerajinan dan disiplin, seperti yang dimiliki Buyong Adil
dan Abdul Samad Ahmad. Tidak semua orang sanggup berkorban seperti mereka,
hinggakan orang-orang di Universiti pun segan dengan mereka.

koleksi majalah turut membawa citra bangsa

Catatan mestilah tepat bagi mengelak berulangnya kegagalan pencatat-pencatat masa dulu
yang mengambil sikap lebih kurang dalam penyebutan tarikh, tempat dan perawakan.
Catatan yang dibuat terus-menerus adalah lebih baik dari temubual atau rakaman yang
bercorak lisan, yang dibuat beberapa lama selepas kejadian-kejadian itu berlaku. Sebabnya,
peringatan manusia kerap bercanggah dengan fakta atau perlakuan yang sebenar. Pada
tahun 1960, saya menemui seorang tua yang mendakwa umurnya lebih 70 tahun. Tetapi
setelah dikaji selidik didapati dia berumur 15 tahun di waktu Perang Tuk Janggut (1914). Ini
bermakna umurnya hanya 60 tahun sahaja waktu saya menemuinya. Maka demikian juga,
saya percaya ingatan-ingatan Tuk Peramu, Mat Kilau dan Mat Saman tidak boleh
dipercayai sebagai sah. Boleh saja berlaku jurang ingatan dalam cerita-cerita mereka.
Sebagai bangsa yang bermaruah, kita perlu mempunyai banyak bahan sejarah mengenai
perilaku kita dalam segala segi kehidupan sebagai bukti tamadun yang tinggi, berlandaskan
tradisi yang lama. Kata sejarawan Khoo Kay Kim, Segala yang pernah berlaku atau wujud
bisa dijadikan bahan-bahan untuk pengajian sejarah dan sesungguhnya perlu dipelajari
supaya suatu gambaran yang lebih jelas tentang keadaan masyarakat dapat diperolehi.
Bangsa yang tidak mencatat sejarahnya hilang segala tradisinya dan mudah dicap sebagai
bangsa yang tidak bertamadun dan berkeperibadian yang tersendiri. Hidupnya hanyalah
sebagai sampingan kepada tamadun-tamadun bangsa lain yang lebih besar.

PELUKIS BUDAK

Keratan Majalah TUNAS, Januari 1952

Pendek kata semua pelawat-pelawat yang datang ke Sekolah Kota Raja sepanjang masa
pertunjukkan lukisan dan pertukangan Melayu, di bawah anjuran Persekutuan Pelukis-
Pelukis Melayu Malaya, tidak lupa singgah ke bilik lukisan yang dikhaskan untuk Pelukis
Budak yang tak asing lagi dari pelukis Abdul Latiff bin Mohidin (Alma) yang kini hanya baru
berusia 11 tahun, sedang bersekolah Inggeris dalam darjah satu dan telah lulus darjah
empat di Sekolah Melayu Kota Raja. Ia boleh melukis dengan cat minyak, air dan menulis
tulisan khat dan sebagainya di cermin.

Abdul Latif Mohidin Pelukis

Perasaan ingin tahu atau suka menyiasat juga pada jiwanya. Saya telah ditariknya ke bilik
lukisan iaitu lalu bertanya satu persatu berkenaan dengan lukisan-lukisan yang telah
dilukisnya dan lukisan orang lain. Dalam pertemuan saya dengannya itu, saya telah bertanya
apa cita-cita kamu sudah besar kelak? Dengan tersenyum sembari memaling mukanya ke
lain tempat ia menjawab dengan ringkasnya, tak tahulah.

Dengar sambung saya lagi, sekarang Latiff sedang bersekolah kan, nanti kalau Latiff sudah
tamat pelajaran, Latiff mahu kerja apa?

Kali ini dengan sedikit berani ia menjawab, kalau Latiff sudah pandai cakap orang putih,
Latiff mahu draw (lukisan) juga lagi Kemudian saya pula ditanya apa cita-cita saya. Saya
hanya tersenyum sembari bercakap-cakap kisah lain kerana saya tidak tahu apa yang akan
saya jawab.

Ada juga di antara pelawat-pelawat yang tidak begitu percaya atas kebolehan pelukis kecil
ini. Tetapi dengan segala senang hati ia menunjukkan kebolehannya. Kendatipun lukisan-
lukisan itu tidak sama dengan lukisan orang lain, tetapi pelukis sebagai ia itu sudah masanya
dapat kepujian.

Petikan daripada kolum Seni Lukis, Tinjauan Kumbang Emas, majalah HIBORAN,
Januari 1952, hal.46 dan 47

komen saya,nah! inilah dia seniman besar kita Pelukis dan Penyair A.Latiff Mohidin. Saya
petik tulisan ini kerana ia memiliki nilai sejarah terhadap perkembangan seniman yang bagi
saya sangat unggul dan seorang yang sangat merendah diri.

Secara peribadi, saya kenal Om Latiff pada tahun 1982, ketika saya bekerja di Penerbitan
Pujangga di Jalan Gurney Kuala Lumpur. Penerbitan Pujangga adalah usahasama penulis
Zahari Affandi dengan dua rakannya iaitu Nik Nordin (Pelukis komik dan ilustrator-
Allahyarham) dan Zainuddin Ismail,orang kuat bahagian pengedaran akhbar Utusan Melayu.

Ketiga mereka ini ketika itu masih bertugas dengan Syarikat Utusan Melayu. Selepas
berhenti dengan Penerbitan Mediaseni di Kepong,Selangor, saya pulang ke Kelantan. Bila
mengetahui saya telah berhenti kerja, Zahari Affandi menghubungi saya agar bekerja
dengan Penerbitan Pujangga, yang ketika telah menerbitkan beberapa buah buku novel.

Akhirnya saya kembali semula ke Kuala Lumpur. Di sinilah saya mula mengenali Om Latiff
secara peribadi. Zahari Affandi ketika itu sedang mengendalikan majalah CIPTA terbitan
Utusan Melayu di samping tugasnya sebagai Pengarang akhbar Mingguan Malaysia.

Dalam majalah CIPTA, Zahari memberi sebuah kolum khas untuk Latiff menulis secara
bebas apa sahaja yang ingin ditulisnya. Untuk menulis halaman tersebut, Latiff akan
mengunjungi Penerbitan Pujangga setiap minggu untuk menghasilkan
tulisannya.Sementelah pula Penerbitan Pujangga tidak mempunyai pekerja selain saya
seorang diri sahaja. Pejabat (yang juga rumah Zainuddin Ismail) memang sunyi. Sirajuddin
Rafie (Dato,Allahyarham) bekas Ketua Penyunting Kumpulan Utusan Melayu juga tiggal
bersebelahan dengan pejabat Penerbitan Pujangga.

Mengingatkan kesunyian yang sarat, Latiff memang enak menulis di sini. Dengan
menggunakan mesin taip Oleveti milik saya, dia menjana ilhamnya sambil menghirup teh
tarik yang dibungkus dari gerai. Ketika dia menulis, saya meneruskan kerja saya yang
berkaitan dengan pengedaran,percetakan dan editing buku-buku yang bakal diterbitkan.
Saya hanya memerhatikan cara dia bekerja. Rokok Gudang Garam yang saya beli di gerai
Jalan Gurney (kini Jalan Semarak) sering menyala dalam asbak di sisi Latiff. Bila selesai
tulisan untuk dateline yang diberi oleh Zahari, saya akan mengiringi Latiif untuk pulang
sambil menunggu Bas Mini di hadapan gerai, atau kadangkala kami perkena teh tarik
terlebih dahulu sementara bas sampai. Begitulah setiap minggu.

Latif juga diketahui banyak menghasilkan lukisan kartun, terutama untuk Majalah TUNAS,
FILM RAYA dan sebagainya. Saya ada memiliki sebuah kartun yang dihasilkan Latiff dengan
memakai nama ALMA yang tersiar dalam majalah FILM RAYA, 1953. Dalam majalah
TUNAS bil.11 thn 1, 1 Januari 1953, hal.13 ada tercatat tulisan pengarang tentang
Penyandang Pangkat Pelukis Tunas Tahun 1952 yang berkaitan dengan Peraduan
Melukis Gambar2 Pemimpin Bangsa (I) yang dianjurkan oleh majalah Tunas antara lain
menyebut:

1. Abdul Latiff Haji Mohidin ($5.00) 15, Jawa Road Singapura-7

2. Yan A.A. (hadiah buku2) Simpang 3 Talang,Kuala Kangsar, Perak

3. Busu Ahmad (hadiah 3 bulan Tunas) Parit Ahmad, Parit Kadhi Malay School, Muar Johor

Takut Kotor-Lukisan: Alma, majalah FILM RAYA 7 Februari 1953

Anda mungkin juga menyukai