Anda di halaman 1dari 4

AJ22403 HISTORIOGRAFI ISLAM

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


SEMESTER 2 SESI 2019/2020

PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. A RAHMAN TANG BIN ABDULLAH
TAJUK ARTIKEL:
MEMBINCANG HISTORIOGRAFI ISLAM ABAD PERTENGAHAN
NAMA PENULIS ARTIKEL:
JOHAN WAHYUDHI
PENERBIT ARTIKEL:
FAKULTAS ADAB DAN HUMANIORA, UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SYARIF
HIDAYATULLAH, JAKARTA
TAHUN TERBIT ARTIKEL:
2013
MUKA SURAT ARTIKEL:
10 MUKA SURAT

DISEDIAKAN OLEH;
NAMA NO. MATRIK
ELLSA YUSLINA BINTI SULAIMAN BA18110372
Ulasan Artikel Jrnal;

Membincang Historiografi Islam Abad Pertengahan


Johan Wahyudhi

Berdasarkan jurnal yang dikarang oleh Johan Wahyudhi, terdapat beberapa perkara yang
boleh diulas. Perkara tersebut ialah isi penting artikel, kekuatan dan kelemahan artikel dan cadangan
untuk penambah baikan artikel.

Jurnal ini merupakan satu penulisan berilmiah yang membincangkan mengenai Historiografi
Islam Abad Pertengahan. Penulis jurnal ini bersetuju bahawa semasa abad pertengahan Islam, terdapat
banyak gaya historiografi yang berbeza ditemui dari tempoh sebelumnya. Hasil dapatan penulis
mengesahkan bahawa abad pertengahan merupakan era yang boleh dikatakan sebagai gerbang
permulaan kepada peradaban Islam secara meluas sehingga merentasi batas lautan dan pergunungan.
Hal ini juga merupakan detik yang penting dan amat bermakna kepada historiografi islam dengan gaya
huraian yang lebih mendalam mengenai kajian yang sifatnya sedikitpun tidak berlandaskan kepada
catatan-catatan perjalanan ke negeri asing. Walaubagaimanapun, dari segi ilmu sosial sudah mula
menampakkan penggunaannya dalam merungkai kisah dan tafsir sejarah khususnya sejarah islam.

Hal ini dipersetujui Azyumardi Azra (2002) yang mengulas mengenai hal ini dalam artikelnya
iaitu Historiografi Islam Kontemporer, beliau mengatakan bahawa perkembangan historiografi Islam
sejak fasa awal banyak berkaitan dengan dan dipengaruhi oleh perkembangan politik diantara kaum
muslimin. Petersen (1964) dalam studinya tentang asal-usul dan pertumbuhan sejarah Islam,
berkesimpulan bahwa terdapat hubungan antara perkembangan politik keagamaan dengan
pembentukan tradisi historiografi Islam. Kebanyakan historiografi yang muncul dan berkembang
bersamaan dengan pecahnya al fitnah al kubra diantara kaum muslimin ditulis untuk menyokong
kepentingan-kepentingan politik tertentu. Historiografi seperti ini juga disebut sebagai “historografi
parti politik”. Oleh yang demikian, jelaslah daripada tulisan jurnal ini dan ulasan Azyumardi Azra
bahawa, terdapat banyak gaya historiografi yang berbeza ditemui dari tempoh sebelumnya.

Terdapat beberapa kekuatan dalam jurnal ini iaitu, penulis mengetegahkan kajian tentang
historiografi Islam pada kurun abad pertengahan Islam. Ahli sejarah Islam pada waktu itu semakin
sungguh-sungguh dengan menerangkan bentuk-bentuk penulisan yang semakin segar dan bervariasi.
Rihlah, adalah salah satu cara penulisan yang berlaku di era ini, kerana Sejarah Islam pada masa itu
semakin giat dengan menerangkan bentuk tulisan yang semakin segar dan bervariasi. Rihlah, adalah
salah satu cara penulisan yang berlaku di era ini, kerana pembentangan itu adalah semula jadi dan
sangat dekat dengan rasa penulis ketika dialog dengan keadaan sekitarnya.
Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti daripada jurnal artikel ini. Penulisan
artikel ini hanya terhad kepada satu tempoh masa sahaja iaitu semasa abad pertengahan islam sahaja .
Sewajarnya, penulis menghuraikan mengenai historiografi islam dari awal permulaanya sehingga ia
semakin berkembang pada abad pertengahan sebagaimana yang dihuraikan oleh penulis dalam jurnal
artikel ini. Namun, penulis hanya menulis mengenai perkembangan gaya penulisan islam (historiografi
islam) semasa abad pertengahan sahaja tanpa menceritakan bagaimana bermula dan munculnya
historiografi islam ini. Pada pandangan saya, penulis sepatutnya menulis dan menghuraikan menngenai
historiografi islam dari awal kemunculannya sehingga ia berkembang dan mencapai kemuncak
tertingginya semasa abad pertengahan. Hal ini bertujuan bagi memberi kefahaman yang lebih jelas
kepada para pembaca mengenai historiografi islam itu sendiri dan bagaimana ia boleh menjadi satu
bidang ilmu yang amat signifikan dalam kalangan masyarakat Arab khususnya semasa abad
pertengahan yang merupakan zaman kegemilangan islam.

Selain itu, penulis jurnal ini juga tidak memberikan faktor-faktor yang mendorong kepada
perkembangan historiografi islam sehingga ia mencapai kemuncaknya pada abad pertengahan. Dalam
artikel yang ditulis oleh Dwi Susanto yang bertajuk Historiografi Islam: Pertumbuhan Dan
Perkembangan Dari Masa Klasik-Moden ada menyatakan bahawa di awal abad ke-3 H / 9 M
perkembangan historiografi pada bangsa Arab terlihat semakin pesat disebabkan oleh beberapa faktor
seperti ketersediaan bahan-bahan sejarah sebagai hasil kepada penubuhan institusi kerajaan, di Dinasti
Abbasiyah terutamanya pentadbiran, ketenteraan, percukaian, dan pos. Ahli sejarah boleh mengambil
kesempatan data yang terdapat di institusi, seperti dokumen perjanjian rasmi, koresponden politik, dan
hasil banci penduduk disamping data dari para pegawai kerajaan, panglima perang dan gabenor.
Dengan ini, kajian jurnal ini seharusnya menyatakan beberapa faktor yang mendorong kepada
perkembangan historiografi islam semasa abad pertengahan agar para pembaca dapat menelusuri dan
memahami dengan lebih terperinci mengenai historiografi islam itu sendiri sehingga ia menjadi satu
kepentingan khususnya semasa zaman kegemilangan islam di abad pertengahan.

Saya berpendapat bahawa, historiografi islam ini merupakan satu bidang ilmu yang amat menarik
untuk dipelajari dan difahami dengan lebih mendalam lagi khususnya bagi individu yang hendak
mengetahui mengenai historiografi islam dan perkembangannya sehingga ia mencapai kemuncak
tertinggi semasa abad pertengahan. Menurut Johan Wahyudhi yang menulis artikel jurnal ini, Islam
adalah agama yang mempunyai tamadun yang tinggi. Ini dilihat ketika kita membincangkan
perkembangan sains yang sangat menawan. Boleh dikatakan, pemodenan yang kita lihat hari ini
pastinya tidak dapat diiktiraf tanpa ada sebarang sumbangan daripada Islam. Walau bagaimanapun,
Islam telah mengukir dakwat emas sebagai agama yang bukan sahaja menenggelamkan diri dalam
ibadah ritualistik tetapi juga memberi perhatian kepada perkembangan kemanusiaan.

Dengan ini, saya mencadangkan bahawa kajian yang membincangkan mengenai historiografi
Islam semasa abad pertengahan ini dapat dihurai dan dibincangkan dengan lebih terperinci lagi agar
pemahaman pembaca mengenai historiografi Islam ini dapat diperluaskan lagi disamping menonjolkan
sisi indah mengenai penulisan Islam dari permulaan kemunculannya sehinggalah kepada
perkembangan dan kemuncaknya pada abad pertengahan.

Anda mungkin juga menyukai