Anda di halaman 1dari 3

Penekanan Tema Penulisan

menyebabkan tema sesuatu penulisan dalam sejarah juga mulai meluas.

tertutup dan ekslusif kepada penulisan sejarah yang berkisar kepada golongan pemerintah semata-mata. Dalam penulisan sejarah seperti ini, tema penulisan sejarah tidak lari daripada membicarakan soal salasilah keturunan raja-raja, naratif berkaitan dengan jatuh bangun sesebuah kerajaan serta aturan dan perjalanan sesebuah kerajaan. Sebagai contoh, karya-karya pensejarahan Melayu tradisional seperti Sulalatus Salatin dan Tuhfat al-Nafis terikat pada tema penceritaan terhadap asal usul dan salasilah raja-raja yang memerintah, selain tema penceritaan yang berkait dengan peristiwa politik dan pentadbiran dalam kalangan pemerintah. Apabila pengaruh kolonial Inggeris mula menguasai Tanah Melayu, tema penulisan sejarah mulai meluas. Tema penulisan sejarah di Tanah Melayu pada ketika itu termasuklah sejarah pentadbiran British di Tanah Melayu, sejarah yang berkait dengan masyarakat, budaya, bahasa dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tema penulisan oleh para sejarawan-pegawai British ini dilihat cenderung ke arah euro-centic serta dilihat banyak mengangkat tema penulisan sejarah yang mengeketengahkan kejayaan pentadbiran British di Tanah Melayu. Sebagai contoh, penulisan Frank Swettenham dalam buku British Malaya pada tahun 1907 menulis bagaimana British berjaya bertapak di Tanah Melayu, pengenalan sistem Residen, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan perkembangan Tanah Melayu di bawah pentadbiran British. -20 juga, kemunculan para penulis tempatan mula mengangkat pelbagai tema dalam penulisan sejarah. Pada zaman ini, tema penulisan sejarah masih lagi berlegar mengenai pensejarahan yang berkisar kepada golongan diraja dan pembesar Melayu sehinggalah Abdul Hadi Hassan mengangkat tema pensejarahan yang bersifat kebangsaan pada tahun

1920-an iaitu Sejarah Alam Melayu.

tema penulisan sejarah yang mampu membangkitkan kesedaran dan semangat rakyat menentang penjajah mula diketengahkan. Pada zaman ini sejarah dan pahlawan-pahlawan zaman penjajahan British digunakan sebagai penggerak dan peransang semangat masyarakat menentang pentadbiran British. Contohnya muncul penulis sejarah Melayu seperti Ibrahim Haji Yaakob - Sedjarah dan Perjuangan Melayu (1948), Yahya Abdullah - Peperangan Tok Janggut atau Balasan Derhaka (1955), Abdul Talib Haji Ahmad - Sejarah Dato Bahaman Orang Kaya Semantan (1961) dan Mustafa Tam - Tawarikh Salasilah Kedah (1962).

mula bersifat Malaysia-centric. Telah wujud gesaan agar sejarah yang bersifat kebangsaan diwujudkan. Kemudiannya, dalam dekad 1970-an, tema

penulisan sejarah yang bersifat ilmiah mula diusahakan oleh ahli-ahli akademik dari dalam dan luar negara agar keobjektifan dalam pensejarahan Malaysia dapat dicapai. Sehingga kini, tema penulisan pensejarahan di

Malaysia dilihat merangkumi pelbagai aspek dan cabang kehidupan termasuklah politik, ekonomi, sosial, budaya, bahasa, hubungan antarabangsa dan sebagainya.

Motif Penulisan ujuan kepada penulisan sejarah di Malaysia. Dalam zaman feudalisme Melayu misalnya, penulisan sejarah dibuat atas arahan dan titah perintah daripada raja atau pembesar kepada pujangga dan penulis di istana. Antara motif penulisannya termasuklah untuk mengangkat martabat dan keagungan raja, sebagai panduan kepada para pemerintah yang terkemudian serta menjadi satu bentuk catatan ke atas segala peristiwa yang berlaku ke atas sesebuah kerajaan dari segi jatuh bangun mereka.

nulisan dibuat sebagai satu bentuk pendokumentasian terhadap pentadbiran British di Tanah Melayu. Pada awal abad ke-20 pula, kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu telah membawa kepada penulisan sejarah yang bersentrikkan tempatan. Motif penulisan sejarah pada ketika itu adalah untuk mengangkat dan meniup semangat anti-penjajahan di Tanah Melayu dengan mengangkat

tindakan-tindakan para penentang British seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman dll sebagai peristiwa yang penuh bersejarah. Selepas merdeka pula, antara motif penulisan sejarah termasuklah membantu kepada pembinaan sebuah negara bangsa supaya masyarakat mampu mengenali diri dan bangsanya sendiri melalui sejarah.

Anda mungkin juga menyukai