Anda di halaman 1dari 25

Pengenalan Semua peringkat masyarakat tanpa mengira batasan usia, jantina, bangsa, agama perlu memupuk budaya inovasi,

pemikiran kreatif dan kritis. Inovasi bermaksud tidak terhad kepada komuniti saintifik, seni, kelompok profesional dan berpendidikan tinggi. Selain itu, istilah yang akar katanya berasal daripada bahasa Latin innovare yang bererti mengubah, memperbaharui itu berkait rapat dengan aktiviti reka cipta sesuatu karya, peralatan, kemudahan, perisian, sistem atau idea. Inovasi sebenarnya boleh dilakukan sesiapa saja dengan syarat mereka berani. Kini inovasi dan kreativiti digerakkan sebagai wahana pembangunan dalam usaha meningkatkan ekonomi dan proses pembangunan negara. Walaupun diterima umum oleh masyarakat ramai bahawa inovasi dan kreativiti amat penting dalam pembangunan sesebuah negara, tetapi hakikatnya inovasi dan kreativiti juga boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya pembangunan tidak mengambil kira

pembangunan budaya, agama yang akan mengawal aktiviti inovasi dan kreativiti tersebut daripada dicemari dengan unsur-unsur yang tidak sihat seperti jenayah dan penyalahgunaan kuasa. Oleh sebab ini, sebagai seorang bakal guru, kita hendaklah memupuk budaya inovasi berfikiran kreatif dan kritis bagi para pelajar dan memastikan tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif. Lantaran itu, seseorang bakal guru harus kreatif dan kritis serta sentiasa berusaha menghasilkan sesuatu yang baru dari masa ke semasa. Melalui tugasan ini, kumpulan kami telah memperkenalkan sebuah gagasan idea yang berkonsep menghasilkan SIM Kad yang paling sesuai kepada ibu bapa untuk menjalin hubungan dengan anak mereka. Seterusnya, masyarakat di bandar yang moden sibuk dan ingin menjimatkan masa. Oleh itu, kami telah menghasilkan satu pelan yang dapat membantu mereka. Sebagai contoh, kami telah membekalkan perkhidmatan melayari internet secara percuma. Ini telah membantu mereka mudah mencari maklumat dan menjimatkan masa mereka. Di samping itu, pelan kami juga membekalkan DOMPET FOX iaitu dompet elektronik yang boleh berfungsi sebagai kad pengenalan dan alatan pembayaran. Idea kami bermula dirangka apabila kami ingin

mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan anak mereka dan memudahkan masyarakat kini.

Nama Projek Nama Projek kami ialah FOX. Kami telah menubuhkan satu syarikat yang bernama FOX. Syarikat kami dinamakan FOX kerana diambil dari nama kami iaitu F dari perkataan terakhir nama Seow Kee Foo manakala O dari perkataan pertama nama Ong Ching Ting dan X dari perkataan tengah nama Jong Xun Cheng. Selain itu, FOX dalam bahasa melayu adalah musang. Kebanyakkan orang anggap musang adalah licik dan tidak boleh dipercayai. Walaubagaimana pun, terdapat juga kelebihan musang iaitu musang adalah haiwan yang bijak dan boleh bergerak secara pantas. Oleh itu, kami ingin membentukkan imej syarikat kami dengan menggunakan identiti musang dan menyeru semua orang menjadi pengguna yang bijak seperti musang. Walaupun musang dianggap licik dan tidak boleh dipercayai, tetapi syarikat kami FOX boleh dipercayai dan data yang dibekalkan oleh syarikat kami adalah pantas seperti musang.

Moto Moto kami ialah FOX Can Be Trusted. Kami berharap semua orang dapat mempercayai produk kami dan mengguna produk kami dengan lega. Selain itu, syarikat kami juga membekalkan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna dan memberi penerangan kepada mereka. Pelanggan juga boleh datang ke pejabat syarikat kami jika menghadapi masalah yang berkaitan dengan perkhidmatan kami. Jika pelanggan ingin tukar ke pelan lain, mereka boleh pergi ke mana-mana kedai telefon bimbit untuk mendapati perkhidmatan tersebut. Natijahnya, jika PIN number telah terkunci, pelanggan boleh memasuki kod nomber yang akan diberi oleh pelayan kami. Kod nomber tersebut merupakan rahsia dan mudah diingat oleh pelangan sebagai contohnya, hari jadi ibu bapa, kod istimewa bagi pelanggan. Di samping itu, data yang dibekalkan oleh syarikat kami adalah pantas dan boleh digunakan di setiap tempat. Jika pelanggan kami telah melancong ke luar negara, mereka boleh berubah ke talian telekomunikasi luar negara dalam setiap masa. Kes ini boleh dijalankan kerana atas sebab syarikat kami ada menjalin hubungan yang baik dan syarikat luar negara telah mengiktiraf kedudukan kami. Malahan, message pelanggan juga boleh simpan dalam SIM kad dengan had tidak melebihi 200 pucuk. Tuntasnya, perkhidmatan kami adalah dijamin dan pasti akan memuaskan hati setiap pelanggan.

Objektif Tujuan kami menubuhkan syarikat telekomunikasi yang bernama FOX adalah untuk mengeratkan hubungan antara rakan dan keluarga. Selain itu, Pakej kami juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa dan anak berkomunikasi dalam jarak yang jauh. Masyarakat kini merupakan masyarakat yang memerlukan internet. Oleh sebab ini, syarikat kami telah membekalkan perkhidmatan internet. Pelanggan memerlukan internet untuk mendapatkan maklumat dengan pantas dan lengkap. Contohnya, pelanggan dapat menperoleh maklumat dengan tepat apabila pelanggan melancong di mana-mana tempat. Lantaran itu, pelanggan juga dapat menyelesaikan masalah penginapan dan makanan melalui kemudahan internet. Malahan juga, dengan menggunakan kemudahan e-dompet pelanggan dapat membayar yuran tol dengan mudah. Pelanggan tidak perlu selalu menyediakan tunai apabila masuk lebuh raya. Di samping itu, pelanggan juga tidak perlu membawa dokumen-dokumen penting apabila keluar dari rumah, sebagai contohnya kad pengenalan, lessen dan sebagainya. Semua dokumen akan disimpan dalam SIM kad kami. Natijahnya, pelanggan juga dapat mendapat GPS percuma. Kebaikan ini banyak membantu pelanggan jika mereka selalu sesat jalan. Di samping itu, pelanggan yang suka melancong juga boleh menggunakan GPS sampai destinasi mereka.

Konsep Syarikat telekomunikasi di Malaysia telah banyak memperkenalkan pelan panggilan kepada pengguna telefon bimbit Malaysia. Walaubagaimanapun,

kebanyakkan pelan tidak dapat menarik hati pengguna kerana pengguna terpaksa mengisi kredit yang agak mahal untuk menggunakan pelan mereka. Oleh itu, kami ingin mewujudkan satu pelan yang sangat murah dan memberi banyak keistimewaan kepada pengguna. GPS yang dibekalkan setakat ini tidak begitu tepat dan sentiasa membawa pengguna ke arah yang salah. Ia juga lambat mengemas kini dan ini menyebabkan sentiasa ada kes pengguna memandu hingga ke jalan buntu dengan bimbingan GPS. Untuk menggelakkan masalah ini berlaku lagi, kami telah merangka satu perkhidmatan yang bernama GPS FOX yang memberi perkhidmatan GPS yang lebih mantap dan ia diberi dengan percuma. Masih banyak pelajar di kawasan luar Bandar tidak mampu membeli broadband dan ini menyebabkan mereka tidak mencari maklumat melalui internet. Kami telah merangka DATA FOX untuk memberi kemudahan melayari internet secara percuma untuk mencari maklumat demi pelajaran mereka. Sentiasa ada rakan saya lupa membawa dompet mereka apabila keluar berjalanjalan. Ini telah banyak membawa masalah kepada mereka. Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, kami telah merangka DOMPET FOX yang boleh menggantikan dompet biasa yang kita pakai. DOMPET FOX juga membolehkan masyarakat berhidup dengan lebih senang kerana tidak perlu lagi membawa duit siling yang berat.

Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran produk dan perkhidmatan kami adalah tertumpu kepada ibu bapa dengan anak-anak mereka serta remaja masa kini. Ibu bapa dan anak-anak telah menjadi sasaran kami kerana kebanyakkan ibu bapa berasa tidak tenteram apabila anak-anak mereka keluar bersama rakan mereka. Dengan pelan yang kami keluarkan, ibu bapa mampu menghubungi anak mereka pada bila-bila masa kerana kami telah memberi panggilan percuma selama 30minit sehari kepada ibu bapa untuk menghubungi anak mereka. Dengan panggilan percuma ini, ibu bapa juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak mereka. Selain itu, remaja juga merupakan sasaran kami. Panggilan dan sms percuma telah diberikan untuk memudahkan berhubung dengan rakan sebaya dan juga kekasih. Kemudahan DATA FOX telah memudahkan remaja yang masih dalam belajar untuk mencari maklumat dari internet dan juga log masuk laman web sosial seperti Facebook dan Twitter. Kemudahn GPS FOX juga sesuai dengan remaja yang sentiasa memandu di Bandar yang pesat supaya tidak sesat.

Tenaga Kerja 1.0 Pengurusan Akaun Kerani Akaun Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kita Membuat pengiraan yang sewajarnya Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad Mengira kos pengeluaran dan pengendalian Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja lain dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah yang perlu dibayar Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod saham dan sekuriti lain yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau majikan Menyelia pekerja lain

2.0 Pengurusan Perkhidmatan Kerani Pengangkutan (a) Pemandu Memandu kenderaan dan menghantar barangan atau produk. Memastikan kenderaan di bawah jagaan berada di dalam keadaan baik dan bersih setiap masa Bertanggungjawab menjaga keselamatan kenderaan Bertanggungjawab mengemaskini buku 'Log' kenderaan dan memasukkan kenderaan ke bengkel untuk tujuan pemeriksaan dan selenggara Bertanggungjawab mematuhi undang-undang jalan raya dan mematuhi pengendalian Borang Am 1993 mengenai laporan kemalangan

10

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh majikan dari masa ke semasa

Kerani Perkhidmatan (a) Pelayan Memberi perkhidmatan atas talian Memberi penerangan terhadap produk Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan melalui pertalian

(b) Mekanik Mengawasi pengoperasian Memastikan bahawa server selalu dalam keadaan prima. Pemeriksaan rutin terhadap server Menyelesaikan masalah server jika tidak berfungsi Meningkatkan kualiti server dari semasa ke semasa

Kerani Iklan Mempromosikan perkhidmatan secara online dan offline Memberi panduan kepada pengiklan baru tentang cara-cara mendaftar sebagai pengiklan Memberi info-info terkini berkaitan perkhidmatan terhadap pengiklan

3.0 Pengurusan Pemasaran Kerani Pemasaran Mencari pasaran baru untuk menjual produk Menarik minat dan mempromosikan produk-produk yang berkaitan kepada pelanggan Membuat kajian terhadap keperluan pemasaran

11

4.0 Pengurusan Perancangan dan Pembangunan Kerani Reka Bentuk Reka bentuk bungkusan produk Reka bentuk iklan yang mempromosi produk dan perkhidmatan Membentuk imej syarikat Reka bentuk dan susun atur produk

Kerani Penyelidikan dan Pembangunan Merancang produk dan perkhidmatan yang baru serta mendapat permintaan yang tinggi Meningkatan kualiti produk dan perkhidmatan dari semasa ke semasa Merancang, meyelidik dan menentukan produk dan perkhidmatan yang berkesan dan bersesuaian dengan kehendak pelanggan 5.0 Pengurusan Hal Ehwal Syarikat Kerani Hal Ehwal Membincang kontrak dan perancangan dengan syarikat lain Menjalin hubungan yang baik dengan syarikat lain Mengurus dan menyelesaikan hal ehwal syarikat

12

Kaedah Pelaksanaa Kerja Untuk bersaing dengan syarikat telekomunikasi lain, kami telah memperkenalkan beberapa keunikan FOX yang tidak terdapat di syarikat lain. Antaranya adalah PELAN FOX (panggilan dan sms percuma), DATA FOX (data percuma), GPS FOX (GPS PERCUMA) dan DOMPET FOX(e-dompet). Kami juga bekerjasama dengan pihak lain seperti pihak polis, pasaraya dan jawatankuasa lebuh raya. Atas kerjasama ini, DOMPET FOX dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana tidak terdapat halangan dari pihak-pihak tersebut. Kami juga bekerjasama dengan syarikat pembuat jam tangan dan cermin mata untuk membuat jam tangan dan cermin mata eletronik yang boleh mengaplikasikan GPS FOX secara sempurna. Untuk meningkatkan populariti syarikat FOX, kami telah mengambil keputusan untuk memberi sim kad FOX kepada pelajar sekolah menengah secara percuma. Isi semula kredit juga boleh dijalankan di mana-mana pasaraya atau kedai runcit yang bekerjasama dengan syarikat kami. Pelan FOX juga boleh didapati di mana-mana cawangan kami dengan harga RM9.90. Untuk mendapat keuntungan, syarikat FOX telah mengutip iklan dari syarikat lain yang ingin mengiklankan barangan mereka. Kami akan mengiklankan iklan mereka melalui menghantar sms kepada semua pengguna FOX. Kami akan mengecaskan iklan tersebut 10sen/iklan dari syarikat yang ingin mengiklankan barangan atau perkhidmatan mereka. PELAN FOX

FOX FOX PARENT

keistimewaan Panggilan percuma 10min/sehari setiap hari Mendapat 5% kredit daripada IBU/BAPA semasa isi semula kredit Terhad kepada 2 nombor sahaja
13

FOX BROTHER

Pangilan 3sen/30saat Selepas 30 saat, 10sen/min akan dikira 50 msg percuma diberikan Terhad kepada 3 nombor sahaja Panggilan dan sms percuma dari 8 pagi ~8malam Hanya terhad kepada 5 nombor sahaja Panggilan dan sms percuma seluruh hari Hanya tertakluk kepada 1 nombor sahaja Panggilan percuma selama 30 min/sehari. Tertakluk kepada 3 nombor sahaja

FOX BUDDY

FOX DARLING

FOX CHILD

10sen/min bagi kadar panggilan yang tidak disenaraikan diatas 1sen/sms bagi kadar sms yang tidak disenaraikan diatas. 10sen/mms bagi kadar mms yang tidak disenaraikan diatas.

Rindu rumah? Kedekut untuk menelefon balik kepada rumah? FOX telah mengeluarkan pelan ini untuk memberikan kebaikkan kepada anda. Mulai hari anda mendaftar sebagai salah seorang pengguna FOX, anda boleh mendaftar ibu bapa anda sebagai FOX PARENT. Anda boleh membuat panggilan percuma kepada ibu dan bapa anda sebanyak 10 minit sehari. Sekiranya ibu bapa mengisi semula kredit di nombor telefon mereka, anda juga boleh mendapat 5% ganjaran dari ibu bapa anda. Disebabkan seorang hanya digalak mempunyai seorang ibu dan seorang bapa, anda hanya mendaftar dua nombor sebagai FOX PARENT sahaja. FOX BROTHER telah diberi kepada anda untuk mendaftar adik-beradik anda. Anda boleh mendapat keistimewaan seperti menelefon FOX BROTHER dengan kadar yang sangat murah. 50 SMS yang percuma juga diberikan kepada anda untuk hubungi FOX BROTHER yang disayangi. Anda hanya dihadkan untuk mendaftar 3 nombor sebagai FOX BROTHER sahaja.

14

Setiap orang mesti ada rakan sebaya yang sentiasa lepak bersama, makan bersama dan main bersama. Kami juga menyediakan FOX BUDDY kepada anda untuk menghubungi rakan-rakan anda. Anda boleh menelefon dan sms kepada rakan anda secara percuma pada 8 pagi hingga 8 malam setiap hari. Anda hanya boleh mendaftar 5 orang rakan anda sahaja sebagai FOX BUDDY. Sekiranya ada seorang kekasih atau isteri/suami yang anda cintai? Dengan menggunakan FOX, anda boleh mendaftar mereka sebagai FOX DARLING. Anda boleh menelefon dan sms mereka secara percuma sepenuh hari tanpa bayaran. Untuk mengelakkan kes curang atau bergaduh berlaku, anda hanya dibenarkan untuk mendaftar seorang saja sebagai FOX DARLING. FOX CHILD telah ditawarkan kepada sesiapa pengguna FOX yang sudah berumah tangga. Anda boleh menelefon anak anda secara percuma selama 30 minit setiap hari. Dengan ini anda boleh mengeratkan hubungan dengan anak anda. Hanya 3 nombor saja boleh didaftarkan sebagai FOX CHILD.

DATA FOX Kami akan member data percuma kepada setiap pengguna FOX setiap hari. 50MB kuota data akan diberkan secara percuma setiap hari. Kelajuan melayari internet adalah 512kbps. Di sesetengah kawasan yang diliputi 4G, kelajuan internet akan dinaikkan secara mendadak. Pengguna FOX boleh menggunakan kuota 50MB ini untuk mencari maklumat dan membaca berita Online. Pengguna tidak boleh menggunakan kuta 50MB ini untuk memuat turun file, lagu, video ataupun lain-lain dari Internet. Ia juga tidak boleh dipakai untuk buff Youtube atau video lain. Pengguna FOX boleh menggunakan kuota ini untuk melayani Facebook, twitter atau laman web sosial yang lain tetapi tidak dapat LIKE, COMMENT, FOLLOW, SHARE, atau RETWEET. Tujuan kami memberi kuota 50MB kepada setiap pengguna adalah untuk menggalakkan pengguna FOX membaca berita dan mendapat maklumat dari Internet. Sekiranya pengguna FOX ingin memuat turun, reply comment atau post status
15

menggunakan telefon bimbit mereka, kami menawarkan kuota 100MB kepada pengguna FOX dengan hanya harga RM1. Kuota yang dibeli ini adalah bebas dipakai dan akan luput pada pukul 12 malam.

16

DOMPET FOX

Dompet tradisional Membawa wang tunai

DOMPET FOX Membayar telefon melalui kredit dalam

Membawa

kad

pengenalan

atau Disimpan dalam sim kad dan boleh dibaca dengan mengimbas di depan mesin tertentu

lesen memandu

Mengeluarkan wang atau IC dari Menggunakan kemudahan NFC atau dompet dan menyerahkan kepada kod QR petugas Dompet merupakan satu keperluan kepada semua orang. Dalam dompet kita ada kad pengenalan, lesen memandu, kad nama, dan juga yang paling penting, iaitu wang tunai. Jika anda terlupa membawa dompet, anda mungkin tidak dapat membayar tol lebuh raya, anda juga mungkin ditangkap polis kerana tidak membawa kad pengenalan dan juga pandu tanpa lesen. FOX akan bantu anda untuk menyelesaikan masalah ini. FOX telah memperkenalkan DOMPET FOX kepada semua pengguna FOX. DOMPET FOX merupakan satu perkhidmatan yang telah diperkenalkan untuk mengganti penggunaan dompet yang bebankan pengguna. Perkhidmatan ini mengesyorkan kepada sesiapa yang mempunyai smart phone yang dilengkapi dengan kemudahan NFC(near field communication). Apabila anda melalui tol di lebuh raya contohnya, anda cuma perlu menghulurkan telefon bimbit anda ke luar tingkap di depan mesin, tol akan dibayar begitu senang sahaja dan anda boleh teruskan perjalanan anda dengan gembira. Anda tidak perlu bawa wang tunai atau kad pintar untuk perjalanan anda. Semasa ada sekatan jalan raya, anda juga boleh mengeluarkan telefon bimbit anda dan mengimbas di depan mesin yang dibawa oleh polis, pihak akan mendapat segala maklumat anda yang seperti di atas kad pengenalan dan lessen memandu anda. Kami telah tolong anda menjimatkan masa dan prosedur
17

untuk mengeluarkan dompet, mengeluarkan kad pengenalan atau lessen dan juga menyimpan dompet. Semasa membeli belah, tidak perlu lagi anda mengeluarkan wang tunai anda atau kad kredit anda untuk membayar, sekali lagi anda perlu mengimbas telefon bimbit anda di depan mesin di kaunter, dan menaip kod empat digit di mesin tersebut yang merupakan kata laluan anda. Bayaran yang anda lakukan akan ditolak dari kredit anda. Jika anda punya telefon bimbit tidak mempunyai fungsi NFC, anda juga boleh menggunakan kod QR untuk menjalankan perkhidmatan yang kami memberikan tetapi mengambil masa yang lebih panjang berbanding dengan menggunakan NFC. Kod QR kami telah ditambah dengan unsur keselamatan supaya tidak dapat dibaca oleh mesin atau aplikasi kerana mengandungi banyak maklumat pribadi pengguna seperti Kad Pengenalan dan lesen pemandu.

GPS FOX Sentiasa sesat dalam Bandar raya yang besar? Sentiasa kehilangan arah semasa memandu? GPS yang dipakai sekarang mahal dan tidak begitu tepat? Tidak apa, FOX juga menyediakan kemudahan GPS kepada semua pengguna FOX secara PERCUMA. GPS FOX menyediakan kemudahan seperti mencari lokasi di mana anda berada, mencari jarak antara anda dengan destinasi, memberitahu keadaan kesesakan jalan raya dari semasa ke semasa dan memberi cadangan terbaik kepada pemandu untuk memilih perjalanan yang paling cepat dan selamat..

18

Produk Sampingan FOX Kami telah bekerjasama dengan syarikat pembuat jam tangan dan cermin mata untuk mengeluarkan produk sampingan FOX. Jam tangan FOX bukan satu jam tangan yang biasa, ia bukan sahaja dapat mengetahui masa, selepas memasang sim kad di jam tangan, anda boleh mendapat keadaan jalan raya terkini melalui GPS yang telah dipasang dalam jam tangan FOX. Sekiranya berlaku kemalangan di depan anda, anda boleh melaporkan kemalangan tersebut menggunakan rakaman suara yang terdapat dalam jam tangan sendiri. Semua pengguna GPS FOX yang berada dalam lingkungan 20km dekat dengan kemalangan tersebut akan mendapat maklumat ini dan menggelakkan menggunakan bahagian jalan raya tersebut supaya tidak tertangguh masa dalam sesakan jalan raya. Cermin mata FOX juga mempunyai kegunaan yang lebih kurang sama dengan jam tangan FOX. Cermin mata FOX merupakan satu cermin mata khas. Ia mengandungi satu kamera kecil, mengecas semula menggunakan tenaga solar dan sambung dengan jam tangan FOX atau telefon bimbit biasa melalui Bluetooth. Anda boleh menangkap setiap momen dengan hanya menekan satu butang di tepi cermin mata sahaja dan terus muat naik ke GPS FOX. Lokasi mengambil gambar tersebut akan dicatat dan akan muncul di GPS FOX. Ini dapat menggalakkan pembangunan perlancongan kerana pelancong dapat mengetahui apa-apa yang unik telah berlaku di tepi sisi mereka. Jam Tangan FOX dan Cermin Mata FOX akan dipasarkan bersama pelan kami dan harga jam tangan adalah RM200 dan bagi Cermin Mata pula adalah RM250.

19

Penutup Kerja kursus ini telah dibahagi kepada beberapa bahagian sebagai contohnya objektif, carta organisasi dan lain-lain. Dalam objektif kerja kursus ini, kami telah menerangkan beberapa kebaikan tentang pelan kami. Misalnya dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga, kemudahan e-dompet dan menjimatkan duit. Tegasnya, kebaikan ini memang akan memajukan ekonomi negara kita dan mewujudkan masyarakat yang harmoni jika pelan ini dijalankan. Seterusnya ialah kami telah membuat carta organisasi supaya syarikat kami dapat dijalankan dengan lancar. Setiap syarikat haruslah mempunyai bahagian masingmasing supaya dapat menyelesaikan masalah pelanggan dan dapat mencipta pelan lain untuk menfaedahkan masyarakat. Natijahnya, kami telah mencipta moto dengan kreativiti sendiri iaitu FOX Can Be Trusted. Nama FOX dicipta bukan sahaja mengikut nama ahli kumpulan kami, malah juga mempunyai maksudnya. Fox merupakan perkataan musang dalam Bahasa Inggeris dan musang merupakan haiwan yang bijak dan kami berharap pelanggan dapat bijak seperti musang dan memilih FOX sebagai SIM kad mereka. FOX Can Be Trusted bermaksud FOX boleh dipercayai. Kualiti dan perkhidmatan kami memang dipercayai dan pelanggan boleh menghubungi kami jika terdapat apa-apa masalah. Pelayan kami pasti akan memberi perkhidmatan yang puas hati dan berkualiti kepada pelanggan kami. Selain itu, kami juga akan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami. Akhirnya, kami haraplah masyarakat dapat menggunakan produk kami supaya dapat memodenkan masyarakat dan menikmati taraf hidup yang lebih tinggi.

20

Bibliografi Rujukan Internet Global Positioning System (GPS). Diakses pada April 20 2013, daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/Global_Positioning_System Kod QR. Diakses pada April 20 2013, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kod_QR

Near

Field

Communication

(NFC).

Diakses

pada

April

19

2013,

daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/Near_field_communication

21

REFLEKSI Nama No Kad Pengenalan :Ong Ching Ting :941124-07-5149

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia, saya Ong Ching Ting. Dalam proses menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperolehi banyak manfaat serta berbagaibagai fikiran. Walaupun banyak masa yang telah dicurahkan dengan mengorbankan masa tidur, namun hasil yang saya ingini tetap tercapai. Dulu, saya seorang yang tidak pandai mencari maklumat sama ada melalui perpustakaan mahupun melalui internet atas sikap kurang sabar. Dengan adanya bimbingan rakan sebaya serta pembimbing saya, Encik Shukri Mansor, saya telah mempelajari dan sedang menguasai kaedah tersebut. Semasa dalam proses menyediakan kerja kursus tersebut, saya sering kali tidak faham akan soalan yang dinyatakan. Hal ini demikian kerana pemahaman saya sememangnya lemah. Oleh itu, saya dengan rakan sekumpulan saya, Jong Xun Cheng dan Seow Kee Foo sering kali berjumpa dengan pensyarah-pensyarah berkaitan bagi menghilangkan persoalan saya. Dengan cuba memahami soalan-soalan dengan sedaya upaya, akhirnya saya dapat menyempurnakan kerja kursus dengan sempurna. Dalam proses menjalankan penganalisis maklumat, saya cuba membaca dan memahami maklumat yang saya peroleh. Mengikuti arahan tugasan projek tersebut, saya dikehendaki membuat perniagaan dengan mengikut kreatif sendiri dan mesti dapat menguntungkan syarikat . Oleh itu, saya telah berbincang dengan rakan sekumpulan dengan menyatakan idea masing-masing serta mencipta idea masingmasing untuk menyiapkan kerja kursus ini. Akhirnya, saya telah memahami kamahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan lebih jelas melalui kajian ini. Sekian, terima kasih.

22

Refleksi Nama No. Kad Pengenalan : SEOW KEE FOO : 941014-05-5163

Pertama sekali, saya dan rakan-rakan telah mendapat tugasan daripada pensyarah kami yang bertajuk Konsep Gagasan Idea Pelan Perkhidmatan atau Perniagaan. Sebelum saya membuat tugasan ini, saya berasa sangat takut kerana saya tidak begitu mengetahui dan memahami tajuk tugasan ini. Walau bagaimanapun, saya tetap berusaha menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Semasa saya membuat tugasan ini, saya mendapati bahawa maklumat sukar diperoleh. Oleh itu, saya dan rakan-rakan berusaha berfikir dan memberi idea masingmasing. Di samping itu, nilai yang dapat saya amalkan melalui tugasan ini ialah nilai kerajinan. Misalnya, saya telah bersungguh-sungguh mencari maklumat daripada internet. Natijahnya, saya juga mendapati bahawa tugasan ini amat penting kepada kita kerana kita dapat memupuk budaya inovasi berfikiran kreatif dan kritis serta menghasilkan sesuatu yang baru, segar dari masa ke semasa. Melalui tugasan ini, saya juga mendapati bahawa kreatif merupakan satu ciri yang penting bagi membantu seseorang individu berjaya dalam kehidupannya sama ada dalam perniagaan ataupun pendidikan. Di samping itu, saya dapat belajar cara untuk berniaga melalui tugasan ini. Misalnya, saya telah mengetahui carta organisasi sesebuah syarikat dan tugas-tugas setiap bahagian masing-masing. Lantaran itu, saya juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir melalui tugasan ini dan berfikir secara kreatif. Sementara itu, kami telah mendapati bahawa penghasilan pelan SIM Kad merupakan satu idea yang baik. Penghasilan pelan SIM kad ini bukan sahaja akan menguntungkan syarikat kami malah juga dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga kerana mereka dapat berkomunikasi melalui pelan kami ini. Tambahan pula, pelan yang kami hasilkan ini adalah tertumpu kepada ibu bapa dan anak-anak kerana

23

dalam pelan kami mempunyai salah satu kebaikan iaitu ibu bapa dapat menghubungi anak mereka secara percuma. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Shukri Mansor dan rakan-rakan kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada saya dan membantu saya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Saya berharap pelan ini dapat dipasarkan pada suatu hari nanti agar dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan anak mereka.

24

Refleksi Nama No IC : JONG XUN CHENG : 941202-13-5363

Terlebih dahulu saya ingin melafaskan kesyukuran kerana akhirnya saya serta rakan yang telibat berjaya melaksanakan serta menyiapkan kerja krusus ini sepertimana yang diarahkan oleh pensyarah. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama dan bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya dalam usaha menyiapkan kerja krusus ini terutama sekali pensyarah pembimbing kami yakni En Shukri Mansor. Selepas mendapat tugasan ini, saya telah berbincang dengan dua ahli kumpulan kami, iaitu Seow Kee Foo dan Ong Ching Ting, kami mengambil keputusan untuk menubuhkan satu syarikat tekomunikasi yang bernama FOX. Selepas perbincangan beberapa kali, kami telah memasukkan berapa idea baru seperti melayari internet secara percuma, GPS percuma dan dompet elektronik. Kami telah berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditentukan. Saya telah memperoleh nilai kerjasama. Dengan nilai kerjasama barulah kami dapat menyiapkan tugasan kami dengan sempurna. Selain itu, nilai kerajinan juga diamalkan kami. Kami telah rajin mencari idea dari internet dan juga bahan-bahan lain. Saya percaya pelan yang kami keluarkan adalah munasabah walaupun banyak pihak menyoalkan kami bagaimana kami memperoleh keuntungan jika memberi begitu banyak percuma kepada pengguna. Walaupun dalam prosess membuat kerja khusus ini saya hampir berputus asa kerana kekeringan idea, tetapi atas sokongan dari rakan sekumpulan, saya telah bangkit semula dan menyiapkan tugasan ini dengan komitmen. Sekiranya pelan yang kami rancangkan ini berjaya dipasarkan, saya pasti akan menukar ke pelan FOX kerana ia merupakan pelan yang boleh dipercayai!

25

Anda mungkin juga menyukai