Anda di halaman 1dari 4

ISL Minggu 3 Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka Peranan tokoh-tokoh dalam membawa kegemilangan Melaka 1. Parameswara a.

. Menurut Sejarah Melayu, selepas kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14, keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan membunuh gabenor yang dilantik kerajaan Ayuthaya, Temagi. Baginda kemudiannya mengasaskan kerajaan Singapura lama. Baginda terus memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana. b. Baginda mangkat pada tahun 1372 dan digantikan oleh anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 1386) dan cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399).Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta kerajaan Singapura dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Singapura selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. c. Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara dikatakan berhasrat mendirikan negeri barunya samada di Biawak Busuk atau Kota Buruk. Bagaimanapun, setelah mendapati Muar tidak sesuai baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Di tengah perjalanannya, baginda dikatakan singgah di Sungai Ujong sebelum sampai ke sebuah kampung nelayan di muara Sungai Melaka. d. Menurut catatan Sejarah Melayu, di sinilah baginda melihat seekor kancil menendang seekor anjing ketika baginda berehat di bawah pohon Melaka. Menganggapnya sebagai tanda "tuah", baginda menamakan negeri itu Melaka.Negeri Melaka kemudiannya meneruskan warisan Srivijaya sebagai sebuah entiti politik Melayu di kepulauan Melayu. 2. Hang Tuah a. Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kirakira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. b. Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka. c. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan mengambil mereka untuk bertugas di istana.

d. Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari yang merupakan seorang pendekar yang kebal dan tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan kepada Hang Tuah. e. Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka. f. Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat atau Hang Kasturi bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya. g. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya. h. Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. 3. Tun Perak a. Bendahara Melaka yang ke-5 , merupakan bendahara yang termasyhur antara semua bendahara Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding dengan Perdana Menteri moden. Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja dan beliau telah menjadi Penghulu Kelang dari tahun 1445 ketika berlangsungnya permusuhan antara kerajaan Siam dan Melaka. Maka, Tun Perak diperintahkan untuk datang ke Melaka bersama-sama orang Kelang yang lain, lelaki mahupun perempuan. Tindakan Tun Perak

membawa sekali golongan perempuan menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana mereka dikehendaki berperang. Tun Perak memberi alasan bahawa kedatangan perempuan adalah supaya lelaki akan berperang lebih bersungguh-sungguh untuk melindungi anak dan isteri mereka. Setelah menewaskan percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446, beliau dilantik oleh baginda Sultan Muzaffar Syah sebagai Bentara. b. Setelah Tun Perak menjadi Bentara, beliau tidak digemari oleh Tun Ali, iaitu Bendahara ketika itu. Tun Ali yang berketurunan Tamil ketika itu sudahpun lanjut usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan yang hendak melantik Tun Perak sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau dengan perbalahan antara pembesar yang memungkinkan kejatuhan pentadbiran negara, baginda mengahwinkan Tun Ali dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, iaitu kakak kepada Tun Perak. Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar Paduka Raja pada tahun 1456 sementara Tun Ali, Bendahara keempat, diantik sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja. c. Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakala Kedah pula menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah menjadi sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negara-negara jiran yang lain. http://shamsiahzahira-kt.blogspot.com/2009/05/tokoh-tokoh-terkemuka-zaman.html

Faktor sosioekonomi dalam membawa kemajuan Melaka 1. Melaka sebagai Pusat Perdagangan Apabila pentadbiran Melaka berjalan dengan baik, atas faktor kedudukan geografi, Melaka yang strategik di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat, terlindung daripada tiupan angin monsun Barat Daya ditambah pula sumber hasil negara seperti hasil pertanian dan hasil hutan yang banyak telah menyebab Sultan Melaka dan pembesarnya menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan. Pelabuhan Melaka ini akhirnya berkembang sebagai pusat perdagangan. Ramai pedagang yang singgah asalnya untuk mencari makanan dan air telah menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan dan pertukaran barangan dagangan. Syahbandar dilantik bagi menguruskan hal ehwal perdagangan ini. Pelbagai kaedah perdagangan diperkenalkan seperti sistem cukai dan surat kebenaran berniaga yang menjana ekonomi Melaka. Penggunaan mata wang yang diperkenalkan menjadikan perdagangan menjadi mudah, berkembang dan maju.

Dengan perancangan yang teliti oleh Kesultanan Melayu Melaka, Melaka akhirnya membangun dan menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal pada masa itu. Justeru itu, apabila Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan, Melaka yang sebelumnya sebuah negara yang ekonominya berasaskan agraria bertambah kepada ekonomi yang bersifat maritim. Melaka berjaya mengambil peranan Srivijaya selepas itu. Kesannya ekonomi Melaka meningkat dengan baik, kurang pengangguran kerana rakyat mendapat pekerjaan dan kemiskinan dapat dihapuskan. Hal yang demikian menjadikan Melaka bukan sahaja sebuah negara yang kuat malah berjaya dalam dalam bidang ekonomi. Seterusnya Melaka makmur dan sejahtera. 2. Melaka Menjadi Pusat Ilmu Pengetahuan Islam mula berkembang di Melaka melalui mubaligh Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah. Setelah Pameswara memeluk Islam, Islam berkembang dengan giatnya. Pedagang Islam dari Arab dan India mula memainkan peranan dalam pengembangan Islam sambil berdagang. Ada juga yang mengahwini penduduk Melaka. Melaka akhirnya menjadi pusat penyebaran Islam di rantau ini. Institusi keagaman seperti masjid, surau, madrasahmadrasah dan sekolah-sekolah pondok mula tertubuh. Dengan sokongan Sultan Melaka, istana dijadikan sebagai pusat kegiatan intelektual, Di situlah berkumpulnya golongan cerdik pandai, jurutulis, pengarang dan ulama tersohor.Melaka terus berkembang sebagai pusat ilmu pengetahuan. Pengenalan sistem tulisan jawi juga turut membantu pengembangan ilmu di Melaka.Banyak hasil penulisan dilakukan termasuk dua buah buku undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.Buku yang diterjemahkan juga turut dilakukan seperti buku-buku sastera hikayat dan saduran. seperti Hikayat Amir Hamzah , Hikayat Bualn Belah dan Hikayat Nabi Bercukur. Kejayaan Melaka dalam bidang ilmu pengetahuan telah menyebabkan Melaka terus maju dan berkembang. Melaka berjaya mengeluarkan cerdik pandai serta ulama yang berpengetahuan tinggi. Dengan terkenalnya Melaka sebagai pusat ilmu pengetahuan maka ramai cendikiawan datang ke Melaka dan menjadikan Melaka sebagai pusat rujukan dan keilmuan. http://hajikhaidir.blogspot.com/2012/04/faktor-faktor-yang-menyumbang-kepada.html

Anda mungkin juga menyukai

  • Sweet Hon's Gift - Google Forms
    Sweet Hon's Gift - Google Forms
    Dokumen2 halaman
    Sweet Hon's Gift - Google Forms
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • SG - Draft 2
    SG - Draft 2
    Dokumen2 halaman
    SG - Draft 2
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • 1234
    1234
    Dokumen1 halaman
    1234
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Draft
    Draft
    Dokumen2 halaman
    Draft
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Edu Teori&Model
    Edu Teori&Model
    Dokumen5 halaman
    Edu Teori&Model
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Abm
    Abm
    Dokumen3 halaman
    Abm
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Draft
    Draft
    Dokumen2 halaman
    Draft
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • RBT Quiz
    RBT Quiz
    Dokumen1 halaman
    RBT Quiz
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Simulasi
    Simulasi
    Dokumen3 halaman
    Simulasi
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Meransang Pemikiran
    Meransang Pemikiran
    Dokumen9 halaman
    Meransang Pemikiran
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Implikasi Teori Pelaziman Klasik Terhadap Proses Pengajaran Dan
    Implikasi Teori Pelaziman Klasik Terhadap Proses Pengajaran Dan
    Dokumen33 halaman
    Implikasi Teori Pelaziman Klasik Terhadap Proses Pengajaran Dan
    Xun Cheng
    100% (1)
  • Aturcara
    Aturcara
    Dokumen1 halaman
    Aturcara
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Abm
    Abm
    Dokumen3 halaman
    Abm
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Soalan Quiz
    Soalan Quiz
    Dokumen4 halaman
    Soalan Quiz
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Senarai Soalan
    Senarai Soalan
    Dokumen7 halaman
    Senarai Soalan
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Presentation 1
    Presentation 1
    Dokumen4 halaman
    Presentation 1
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Servis Sasaran
    Servis Sasaran
    Dokumen2 halaman
    Servis Sasaran
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Simulasi
    Simulasi
    Dokumen3 halaman
    Simulasi
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • 0 PBS Divder
    0 PBS Divder
    Dokumen27 halaman
    0 PBS Divder
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Laporan
    Laporan
    Dokumen1 halaman
    Laporan
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Impak Globalisasi Ke Atas Peluang Pendidikan
    Impak Globalisasi Ke Atas Peluang Pendidikan
    Dokumen2 halaman
    Impak Globalisasi Ke Atas Peluang Pendidikan
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Presentation 12
    Presentation 12
    Dokumen9 halaman
    Presentation 12
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Laporan
    Laporan
    Dokumen1 halaman
    Laporan
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Pen Gen Alan
    Pen Gen Alan
    Dokumen1 halaman
    Pen Gen Alan
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • SJH3102
    SJH3102
    Dokumen3 halaman
    SJH3102
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Soalan Survey
    Soalan Survey
    Dokumen2 halaman
    Soalan Survey
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Sample SJH 1101
    Sample SJH 1101
    Dokumen6 halaman
    Sample SJH 1101
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • KB Ass
    KB Ass
    Dokumen25 halaman
    KB Ass
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat
  • Subtitle
    Subtitle
    Dokumen1 halaman
    Subtitle
    Xun Cheng
    Belum ada peringkat