Anda di halaman 1dari 9

Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga

dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai maslah.

KSSR mementingkan proses Pembelajaran dan Pengajaran dua hala. Dalam PnP dua hala, pelajar adalah digalakkan untuk memberi pandangan dan menyuarakan fikiran mereka. Ini dapat memberi keyakinan diri kepada murid Dengan adanya keyakinan diri yang tinggi, mereka mampu menghadapi pelbagai masalah dengan gagah pada masa hadapan

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

Masyarakat Malaysia kena kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi. Agama Islam diajar kepada murid yang beragama Islam manakala Moral diajarkan kepada murid bukan Islam. Pendedahan pendidikan kerohanian ini dapat membentuk murid yang berpegang kukuh terhadap agama dan nilai-nilai murni yang baik.

Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.

Pendidikan vokasional diperkenalkan Tujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang teknologi serta pembinaan. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggantikan kertas majong dan papan hitam

Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi

Kesan negatif penjajahan British masih kekal selepas kemerdekaan Malaysia Peluang perkejaan dan tempat tinggal dibahagi mengikut kaum Ini menyebabkan 13 Mei 1969 berlaku Kerajaan memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua kaum supaya mempunyai peluang yang adil dalam bidang ekonomi.

Pendemokrasian pendidikan telah dilaksanakan untuk memastikan setiap kanak-kanak dapat mempertahankan peluang pendidikan mereka Skim Pinjaman Buku Teks dan Rancangan Makanan Tambahan diberikan kepada pelajar yang tidak berkemampuan supaya tidak ada alasan untuk menghantar mereka ke sekolah

Anda mungkin juga menyukai