Anda di halaman 1dari 6

tanah melayu zaman penjajahan

TAJUK TUGASAN:
[ ULASAN BAB DALAM BUKU ]
NAMA PENSYARAH: EN. MOSLI BIN TARSAT

NAMA : CELESTINE SHATAZ AK UMPANG NO MATRIKS : BA 09160392 TEMPAT/MASA : BSG 1.6 (4PM 6PM)

BAHAGIAN I : LATAR BELAKANG Nama penulis/Penyelenggara : Abdul Latif Abu Bakar Tajuk Bab dalam Buku : Bab 4 (Gerakan Penentangan Terhadap Kuasa Di Melaka)

Tujuk Buku : Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia Halaman : halaman 51 halaman 76 Tahun Penerbit : tahun 1996 Penerbit : Universiti Malaya, Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN : 967 9940 93 4 (kulit Keras)* : 967 9940 91 8 (kulit Lembut)

Bab 4 ini telah membincangkan secara umum tentang gerakan penentangan yang dilakukan oleh masyarakat di Tanah Melayu di awal penjajahan yang dilakukan oleh pihak Barat terutamanya semasa pemerintahan pihak Portugis, Belanda dan juga British. Selain itu, penulis juga telah membincangkan kronologi beberapa peristiwa penting dalam penentangan yang dilakukan dan juga tindak balas oleh pihak penjajah ketika itu. Tidak lupa juga, penulis telah menyatakan juga sebab-musabab yang mencetuskan gerakan penentangan yang telah tercetus dalam setiap zaman pemerintahan yang berbeza-beza. Tahap yang pertama, penulis telah membincangkan topik berkenaan dengan penentangan terhadap penjajah Portugis dan juga Belanda. Pada tahap ini, penulis telah memberikan dua aspek perbincangan yang utama, iaitu, semasa pendudukan Portugis di Melaka dan era pemerintahan Belanda. Sebelum Portugis dapat menguasai kota Melaka, penulis menyatakan bahawa, pihak Portugis sememangnya telah tertarik dengan segala aktiviti perdagangan yang berlangsung dengan begitu pesat sekali di pelabuhan berkenaan. Jesteru itu, akibat daripada kehinginan yang begitu memuncak untuk menguasai kota Melaka, pihak Portugis telahpun menjalinkan hubungan dengan kota Melaka. Namun, tidak lama kemudian pelbagai konflik dalaman dan luaran yang telah berlaku di kota tersebut dan akhirnya telah mengakibatkan tercetusnya dua siri peperangan yang berlaku diantara pihak Portugis dan Kota Melaka sehingga mengakibatkan Kota Melaka dikuasai sepenuhnya oleh Pihak Portugis pada Ogos 1511. Perkara yang ditekankan oleh Penulis disini adalah berkenaan dengan gerakan penentangan oleh masyarakat setempat sebelum dan semasa Portugis menjajah Kota Melaka. Menurut penulis Portugis menjajah Melaka dengan menggunakan cara kekerasan dimana mereka telah menyerang kota Melaka. Dalam serangan Mereka itu, penulis menyatakan bahawa terdapat tentangan yang sengit daripada barisan pertahanan kota Melaka sendiri dimana kehadiran portugis terhadang apabila Sultan Ahmad telah memimpin angkatan perang Melaka Berjaya menghalang

kemaraan pihak Portugis. Keadaan ini tidak berkekalan dimana serangan portugis yang kedua tidak dapat dihalang oleh angkatan perang Melaka dan telah membawa kepada penguasaan portugis sepenuhnya terhadap kota Melaka pada 24 Ogos 1511 dimana Sultan Mahmud ketika itu telahpun berundur dari kota Melaka namun peperangan diantara keduadua pihak tidak berhenti setakat itu sahaja. Semasa pertapakkan Portugis di Melaka gerakan penentangan terus dilakukan oleh pihak Sultan Mahmud untuk menguasai kembali kota Melaka. Penulis telah menyatakan beberapa siri penentangan yang dilakukan salah satu daripadanya adalah, pada tahun 15161519 Sultan Mahmud telah menghantar pasukan mengawal Kuala Muar bagi menyekat barangan masuk ke Melaka. Pada tahun 1519 baginda bersama angkatannya berangkat ke Muar membina kubu di Pagoh untuk melancarkan serangan ke atas Melaka. Namun persiapan ini telah diketahui oleh pihak portugis dan mereka telah melancarkan serangan ke atas Muar dan Berjaya ditumpaskan oleh angkatan Sultan Mahmud. Kemuncak gerakan penentangan yang dilakukan oleh pihak Sultan Mahmud dapat kita perlihatkan setelah kemangkatan Baginda, dan digantikan Oleh Raja Ali iaitu putera baginda sendiri. Menurut Penulis, Raja Ali telah Menubuhkan Kesultanan Johor bagi menggantikan Kerajaan Melaka. pada tahun 1639, Laksama Johor iaitu, Tun Abdul Jamil telah membuat perjanjian dengan pihak Belanda iaitu Philip Lucasz bagi membantu mereka untuk menyerang pihak Portugis di Melaka. Hasilnya, Portugis dapat dikalahkan sekitar tahun 1641. Pada tahap yang kedua, gerakan penentangan ini dilakukan terhadap pertapakkan Belanda di Melaka. Penulis menyatakan bahawa impian pihak Belanda inigin memajukan perdagangan yang sedia ada di Kota Melaka tampaknya agak kurang Berjaya ekoran daripada perkembangan pesat aktiviti ekonomi yang dijalankan di pelabuhan Johor ketika itu. Gerakan penetangan yang dilakukan terhadap pihak penjajah tidak terhenti walaupun gabungan antara Belanda dan juga Johor mengalahkan Melaka namun Johor menyimpan hasrat untuk mengambil semula Kota Melaka. Oleh yang demikian, gerakan menantang Belanda terus dilakukan apabila Sultan Ibrahim Selanganr dan Yamtuan Muda Johor Raja Haji pada tahun 1748. Dalam gerakan ini, mereka telah kalah di tangan Belanda dengan peristiwa kemangkatan Raja Haji di medan petempuran tersebut dan Sultan Ibrahim pula telah lari ke Pahang untuk mendapatkan perlindunga. Namun tidak lama selepas itu, gerakan penentangan terus dilancarkan dan memperlihatkan kejayaan di pihak Sultan Ibrahim dan telah mendudukinya. Persaingan antara pihak Selangor dan Belanda ini telah berakhir apabila mereka telah mengikat perjanjian persetiaan pada tahun 1786.

Penulis juga telah menyentuh gerakan penentangan terhadap kuasa penjajah British di akhir perbincangan dalam bab ini. Penulis banyak menyentuh penentangan yang dilakukan oleh Pihak Pemerintah Kota Naning yang diketuai oleh Penghulu Dol Said akibat daripada mereka tidak mahu diiktiraf oleh British sebagai sebuah kawasan di bawah naungan Melaka dan perlu membayar cukai yang dikenakan. Kemuncak gerakan penentangan yang dilakukan oleh penghulu Dol said dan pegikutnya apabila beliau mengetahui bahawa Robert Ibbetson akan bertindak ke atas Naning. Oleh yang demikian Penghulu Dol Said mengumpulkan para pengikutnya. Dol Said dan para pengikutnya serta bantuan daripada negeri yang lain menurutpenulis telah melakukan beberapa serangan hendap dimana mereka Berjaya menumpaskan satu demi satu anggota pasukan British dimana nereka berundur semula ke Melaka pada 24 Ogos 1831 dengan kegagalan. Berakhirnya gerakan penentangan yang dilakukan Dol said dan para pengikutnya apabila British dikatakan telah Berjaya mengurangkan sokongan daripada pihak jiran Naning dan secara tidak langsung telah memecahbelahkan perpaduan melayu. Dengan sokongan daripada pihak Renbau yang dipimpin oleh Sayid Shaban, Naning telahpun ditumpaskan dan tealh berada di bawah naungan British pada15 Jun 1832. Dengan itu, penghuku Dol Said telah bertindak menyerah diri kepada pihak British pada 4 februari 1833. Objektif penulisan yang dihasilkan oleh penulis dalam bab 4 in adalah berkenaan dengan peristiwa gerakan penentangan yang dilakukan oleh para pemerintah dan juga rakyat di Tanah Melayu zaman penjajahan sekitar tahun 1500 sehingga tahun 1800. Penulis juga membincangkan tindakan yang dilakukan oleh pihak pihak penjajah untuk meguasai seluruh kawasan di tanah Melayu ketika itu. Selain daripada itu, penulis turut melakukan pengadilan moral dalam penulisannya dimana penulis telah memberikan setinggi-tinggi penghargaan terhadap beberapa gerakan penentangan yang berjaya dikukan oleh mereka yang terlibat dalam setiap siri penentangan tersebut. Sementara itu juga, penulis turut memberikan iktibar di dalam penulisannya melalui peristiwa penentangan yang telah dibincangkannya.

Metodologi yang digunakan oleh penulis dala menghasilkan penulisannya ini adalah metodologi sejarah yang menggunakan sumber Sekunder. Dimana penulis membincangkan beberapa fakta dan peristiwa yang berkenaan dengan Gerakan penentangan terhadap kuasa Barat di Melaka mengikut Kronolonginya iaitu gerakan penentangan zaman penjajahan Portugis, Belanda dan British sebelum membuat penilaian Moral pada akhir perbincangan

bab 4 ini. Sementara itu juga, penggunaan Metodologi sejarah yang agak ketara digunakan oleh penulis ini adalah berkenaan dengan penggunaan sumber rujukan perpustakan yang juga merupakan sumber yang kedua dalam metadologi sejarah untuk mengemukakan beberapa fakta yang telah dibincangkan dalam bab ini secara lansung ataupun tidak. Dalam penulisan bab 4 ini terdapat kelemahan dan juga kekuatan. Kekuatan penulisan dalam bab ini adalah. Kekutan dapat dilihat dari segi huraian fakta, sumber rujukan yang digunakan, kronologi peristiwa yang ingin diceritakan, aspek gaya bahasa yang digunakan mudah untuk difahami dan juga menepati topik yang ingin disampaikan. Dari sudut kekuatan pada huraian fakta yang diberikan, penulis telah menghuraikan setiap fakta yang dikemukakan degna baik contohnya, kekalah Sultan Ahmad dan pengikutnya untuk mempertahankan Melaka yang diserang oleh portugis ketika itu. Melalui fakta ini penulis telah menghuraikannya dengan membuat satu pengadilan moral dimana, penulis telah menyatakan bahawa walaupun pihak Sultan Ahmad telah mengalami kecederaan di tangan dan telah gagal untuk bertahan, namun Baginda tetap meneruskan Perjuangan dengan dibantu oleh angkatan Melaka. Huraian terhadap fakta ini telah memberikan penjelasan yang jelas lantas telah menghasilakn satu penulisan yang mantap. Penceritaan secara kronologi terhadap setiap peristiwa yang dibincangkan dalam bab 4 tersebut telah memudahkan para pembaca untuk memahami serta mengetahui initipati setiap apa peristiwa yang berlaku dan dibincangkan. Penceritaan secara berperingkat mengikut setiap peristiwa yang berlaku juga merupakan satu penulisan yang mudah difahami dan merupakan satu penulisan yang tersusun serta mantap lantas menghasilkan satu penulisan yang baik. Dari aspek penggunaan gaya bahasa dan juga pernulisan yang menepati initipati tajuk utama dalam bab ini dilihat mempunyai kekuatanntya yang sendiri. Penggunaan gaya bahasa yang tidak terlalu mendalam dan rumit, mengakibatkan ianya sesuai untuk dibaca oleh masyarakat umum selain daripada boleh menjadi bahan rujukan dalam penulisan akademik yang ingin dihasilkan. Penulisan yang menepati kehendak tajuk yang ingin dibincangkan juga mengakibatkan ianya mudah untuk difahami serta dihayati oleh setiap pembaca. Disebalik kekuatan yang ada pada penulisan ini, namun ianya juga mempunyai sedikit kelemahan, antara aspek kelemahan yang dikesan dalam penulisan ini adalah seperti terdapat huraian yang kurang Lengkap, huraian mengenai sesuatu topic agak sedikit dan

juga penulisan ini boleh dikatakan agak bias dimana penulis tidak menyatakan penentangan yang dilakukan oleh masyarakat megikut pandangan Barat. Aspek kelemahan dari segi huraian yang tidak begitu lengkap. Terdapat beberapa fakta yang kurang dihuraikan oleh penulis khasnya penceritaan mengenai gerakan menetang Belanda. Dalam topik mengenai Belanda ini, penghuraiannya tampak agak sedikit malah tidak ditekankan secara kronologi yang sedikit mendalam mengenainya. Hal ini telah menimbulkan rasa tanda tanya di kalangan pembaca mengenai zaman pemerintahan Belanda di kota Melaka ketika itu. Selain itu penghuraian mengenai pengadilan moral terhadap setiap peristiwa yang dibincangkan dalam penulisan bab 4 ini agak kurang. Penulisan ini boleh dikatakan agak bias dimana penulis menghasilkan karyanya dalam Bab 4 ini hanya menurut sumber tempatan dan membuat penilaian sendiri mengikut sifat nasionaliti dan semangat kebangsaan di dalam penulisannya. Penulis tidak menytakan sumber yang dan pendapat daripada setiap sumber barat yang berkenaan. Hal ini secara tidak langsung, tidak menampakkan perbandingan yang ketara dari sudut penjajah dan juga masyarakat tempatan di mana setiap pengadilan moral yang dikaitkan dengan kedua-dua sumber ini akan membuatkan pembacaan akan menjadi lebih menarik. Sebagai kesimpulannya, bab 4 yang dihasilkan oleh penulis merpakan satu penulisan yang sememangnya baik serta sesuai untuk bacaan umum dimana hasil penulisan dalam bab ini mudah untuk difahami dengan penceritaan setiap peristiwa secara berperingkat mengikut zaman penjajahan ketika itu dan perkara yang penting di dalam penulisan ini adalah berkenaan dengan tajuk dalam bab ini iaitu Gerakan Penentangan Terhadap Kuasa Barat diaman penceritaan yang secara kronologi ini dapat memberikan gambaran yang jelas terhadap segala isi-isi yang ingin disampaikan bersesuaan dengan tajuk penulisan bab tersebut. Oelh yang demikian, bab 4 ini sesuai untuk dibaca umum ataupun dijadikan bahan rujukan ilmiah.

Anda mungkin juga menyukai