Anda di halaman 1dari 4

Bagaimana

menggunakan

tablet

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran.
1) Dropbox

Dropbox merupakan ruangan penyimpanan gambar-gambar, video dan fail atau


dokumen yang disediakan secara percuma. Perisian aplikasi Dropbox adalah salah
satu cara yang paling mudah untuk tempat menyimpan data atau dokumen yang
hanya memerlukan jaringan internet bagi mengaskes ruangan tempat penyimpanan
tersebut. Dropbox merupakan aplikasi Cloud yang boleh dimuat turun ke gadget
seperti Tablet, iPad, telefon smartphone dan juga komputer. Selepas menyediakan
aplikasi Dropbox untuk aksesori yang bersesuaian, mudah untuk mengakses ruang
penyimpanan tersebut walaupun dimana jua berada.
1.1 ) Penggunaan Aplikasi Dropbox untuk Tablet dalam Pengajaran
Dropbox merupakan medium perkongsian fail secara online yang mudah untuk
diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sebagai seorang guru, mereka
memerlukan satu perisian yang dapat mereka menyimpan dokumen-dokumen
penting yang dapat diakses jikalau mereka tidak membawa laptop. Pekerjaan
sebagai seorang guru tidak boleh dipisahkan daripada kerja-kerja yang berkaitan
dengan pelbagai jenis dokumen seperti Dokumen Word, Powerpoint dan Excel. Oleh
itu, dengan adanya Dropbox, guru-guru tidak perlu risau jikalau mereka tertinggal
atau terlupa membawa laptop ke sekolah dan apabila ingin menggunakan bahanbahan pengajaran tersebut, mereka hanya perlu mengakses ke akaun Dropbox dan
mereka boleh dapatkan dokumen tersebut.

2) Keynotes

Keynotes merupakan aplikasi yang digunakan untuk membuat tayangan slide.


Keynotes amat mudah digunakan dan pengguna boleh berkongsi penyampaian
tersebut dengan rakan-rakan yang lain. Tidak kira di mana anda berada, iCloud
boleh menyimpan kerja anda dan dimuat turun secara 2utomatic ke dalam ruangan
penyimpanan.
2.1 ) Penggunaan Aplikasi Keynotes untuk Tablet dalam Pengajaran
Setiap pengguna tablet yang ingin membina persembahan dengan menggunakan
Keynotes boleh memilih daripada tema yang telah terdapat dalam aplikasi ini.
Pelbagai bentuk tema, saiz font serta jenis font yang disediakan dalam aplikasi ini.
Pengguna

boleh

menggunakan

sentuhan

pada

skrin

tablet tersebut untuk

mengakses setiap kelengkapan yang disediakan dalam aplikasi tersebut. Pengguna


juga boleh menggunakan papan kekunci yang turut disediakan bagi memudahkan
pengguna untuk menaip atau menulis tajuk slide yag hendak disediakan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, aplikasi Keynotes ini amat berguna untuk
guru atau pensyarah mengajar di dalam kelas. Kelebihan aplikasi ini ialah boleh
membuat persembahan slide yang berbentuk 3D. Bagi guru yang mengajar
matapelajaran Sejarah, mereka boleh import video atau membuat satu drama kecil
kemudian dipindahkan ke dalam Keynotes. Hal ini boleh membantu untuk menarik
minat

pelajar

dalam

matapelajaran

tersebut

kerana

Sejarah

merupakan

matapelajaran yang sukar untuk difahami sekiranya hanya berlandaskan kepada


pembacaan fakta-fakta yang sememangnya rumit. Bagi matapelajaran Geograf
pula, guru boleh melakukan penerangan dengan memberikan contoh seperti

penyediaan graf atau carta yang berbentuk 3D. Sekiranya guru terlupa membawa
bahan bantu mengajar ke sekolah,guru tidak perlu risau kerana aplikasi ini
menyimpan bahan seperti tayangan slide ini dan data tersebut boleh diakses
melalui simpanan yang terdapat dalam iCloud.
3 ) Evernote

Aplikasi Evernote mempunyai cirri yang lebih kurang sama seperti aplikasi Keynote.
Catatan-catatan serta pelbagai gambar-gambar yang berkaitan perihal-perihal
boleh dimuatnaik ke dalam aplikasi ini dan tersimpan selama yang ditetapkan oleh
pengguna. Evernote ini sama seperti aplikasi Web 2.0 yang lain yang banyak
memberikan faedah ke atas penggunanya. Dalam ruangan penyimpanan Evernote,
gambar juga boleh disimpan, disusun dan diberi penerangan ringkas untuk
menjadikan gambar tersebut mudah diperoleh pada masa akan datang.
3.1) Penggunaan Aplikasi Evernote untuk Tablet dalam Pengajaran
Penggunaan Evernote dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
pelajar untuk menguruskan perancangan tugasan mereka. Perancangan pelajar
akan lebih tersusun sekiranya melakukan catatan seperti tugasan yang mana harus
diselesaikan dahulu dan begitu juga sebaliknya. Dengan aplikasi Evernote ini, para
pelajar tidak perlu risau akan kehilangan atau terlupa dengan tugasan yang perlu
dilaksanakan. Caranya amat mudah iaitu, pelajar boleh mengambil gambar-gambar
penting untuk setiap tugasan tersebut dan memuat turun ke dalam Evernote.
Setelah memuat turun gambar tersebut, pelajar boleh menyusun semula gambargambar tersebut mengikut pembahagian atau mengikut susunan yang dikehendaki
oleh mereka.
Selain itu, aplikasi Evernote juga dapat membantu guru untuk menjadikan
tugasan mereka dapat dilakukan secara tersusun dan terancang bagi menyimpan

atau mencatat maklumat tentang tugasan pelajar atau nota rujukan sepertimana
aplikasi-aplikasi yang lain terdapat dalam Web 2.0. Sebagai contoh, seorang guru
yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni, tugasan yang dihasilkan oleh
pelajar boleh disimpan ke dalam aplikasi ini. Hal ini bagi memudahkan guru pada
masa akan datang sekirannya ingin melakukan penyemakan terhadap hasil kerja
pelajar dan juga bagi memastikan hasil kerja pelajar tersebut sentiasa disimpan
sebagai rujukan pada masa akan datang. Guru tersebut juga boleh mengakses
aplikasi ini untuk menyimpan video yang hendak digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh mengambil gambar video tersebut,
tajuknya atau pautan video tersebut. Mereka hanya perlu membuat beberapa
catatan atau penerangan ringkas, kemudian menghubungkan laman web tersebut
ke dalam Evernote. Apabila mereka ingin menggunakan video tersebut, mereka
hanya perlu mengingati video tersebut dan gunakannya pada bila-bila masa sahaja.

Anda mungkin juga menyukai