Anda di halaman 1dari 9

BAHAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Perkembangan yang pesat dalam penggunaan komputer dan teknologi


multimedia menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui suatu
anjakan paradigma. Penggabungan pelbagai elemen multimedia seperti teks,
grafik, audio, video, animasi dan interaktif turut mewarnai proses pengajaran
dan pembelajaran. Ia menjadi lebih menarik, memberangsangkan dan berkesan
malah dapat dijalankan secara berulang-ulang meskipun tanpa kehadiran guru.

Perisian ini dibina untuk murid yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan
Melayu di sekolah menengah ini dengan mengambil kira kesesuaian tajuk
dengan sasaran pengguna dan penghasilannya juga dijalankan dengan
menggunakan perisian Microsoft Office Power Point 2003, Windows Movie Maker
dan Adobe Photoshop 7. Ketiga-tiga perisian ini digunakan kerana kerja-kerja
pengubahsuaian grafik dan audio serta video lebih mudah dilakukan mengikut
citarasa yang bersesuaian dengan kehendak penghasilan bagi memenuhi
citarasa pengguna di peringkat sekolah menengah yang lebih memerlukan
ilustrasi yang bersesuaian dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan.

Perisian ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan pembelajaran secara interaktif


yang nyata boleh memberikan kesan pembelajaran yang berbeza dan amat
memberangsangkan murid di peringkat sekolah menengah. Ciri interaktif
multimedia dalam perisian amat sesuai ke arah menyokong keupayaan ingatan
manusia terutamanya bagi murid yang akan menempuh alam peperiksaan.
Secara keseluruhannya, kepentingan projek ini adalah untuk murid dan menjadi
panduan untuk guru sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Justeru,
murid juga dapat meningkatkan lagi pemahaman tentang sesuatu topik dan
secara tidak langsung ia dapat menarik minat untuk terus belajar serta
mengelakkan rasa bosan murid.

Berikutan ini, masih terdapat penggunaan rujukan secara tradisional seperti


buku dan papan hitam sepenuhnya sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dilakukan. Ini mungkin disebabkan kekangan dari
segi kelengkapan fizikal dan perkakasan untuk menghasilkan modul pengajaran
yang terkini. Kemungkinan juga, kemahiran guru dalam menguasai komputer
masih berada pada tahap rendah dalam memanfaatkan penggunaan komputer di
bilik darjah dengan optimum agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
ditingkatkan. Komputer yang terdapat di sekolah sepatutnya bukan hanya
digunakan untuk kerja-kerja rutin dan pentadbiran seperti pemprosesan
perkataan dan penyimpanan data sahaja tetapi dilanjutkan penggunaannya di
adalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

Perisian yang kami bina ini berpusatkan murid manakala guru hanya memilih
dan mengatur bahan pembelajaran yang sesuai supaya proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi menarik serta berkesan. Untuk menghasilkan perisian ini,
kami telah merujuk kepada buku teks Kesusasteraan Melayu SPM Bacalah
Dalam Bahasamu Jilid B untuk tingkatan 4 dan 5. Kami telah memilih genre
sajak Surat Kepada Ayah karya Azran Abdul Rahman. Seperti yang diketahui,
sajak merupakan suatu bentuk pengucapan yang lazimnya digubah dengan
pemilihan bahasa yang indah, berirama, dan mempunyai bentuk yang tersendiri.
Kami telah memfokuskan kepada nilai kemanusiaan dan pengajaran yang
terdapat dalam sajak ini ekoran daripada kajian kami terhadap teks ini yang
sering keluar dalam peperiksaan. Hasil pembelajaran puisi ini perlu dicapai oleh
murid dengan memahami maksud puisi dan menguasai aspek sastera yang
dipilih iaitu nilai kemanusiaan dan pengajaran. Dengan perisian ini, murid dapat
mengenal pasti aspek-aspek nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam puisi
tersebut dan dapat membandingkan antara nilai kemanusiaan dan pengajaran
serta dapat menghubungkaitkannya dengan kehidupan seharian.

Perisian yang kami hasilkan ini juga, memberi keselesaan kepada murid kerana
navigasi yang disediakan boleh menarik minat dan memudahkan murid
memahami fungsi-fungsi navigasi tersebut selain perisian ini amat mesra
pengguna. Navigasi yang disediakan juga membolehkan murid mengawal
maklumat dan mengarahkan aplikasi perisian tersebut. Selain teknik
persembahan perisian ini boleh mencungkil sikap positif terhadap diri sendiri dan
berupaya menyelesaikan masalah secara kompleks.

Perisian ini sebenarnya adalah untuk penggunaan murid sepenuhnya dan guru
sebenarnya dijadikan pembimbing untuk menerangkan panduan penggunaannya
kepada murid. Justeru, kami telah mengambil inisiatif untuk merekabentuk
sebuah perisian pembelajaran yang bersifat interaktif,
menepati
konsep
falsafah
pendidikan
negara,
serta
mengaplikasikan
strategi-strategi
pembelajaran yang dicadangkan oleh teori pembelajaran.

2.0

OBJEKTIF

Objektif yang disasarkan untuk murid dari penghasilan perisian ini ialah:

Membantu murid memahami sajak Surat Kepada Ayah karya Azran Abdul
Rahman dengan berbantukan video yang dihasilkan.

Meningkatkan lagi pemahaman murid terhadap nilai kemanusiaan dan


pengajaran dalam sesebuah sajak.

Membantu murid mengenal pasti aspek nilai kemanusiaan dan pengajaran


yang terkandung dalam puisi berkenaan.

Memberi penerapan dalam diri murid tersebut melalui hubungkait antara nilai
kemanusiaan dan pengajaran dengan kehidupan seharian.

Menarik minat murid untuk mempelajari Kesusasteraan Melayu dengan


penerapan elemen-elemen interaktif.

Meningkatkan kemahiran murid dalam pengendalian sesebuah perisian.

Objektif yang disasarkan untuk guru dari penghasilan perisian ini ialah:

Sebagai panduan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan kemahiran guru dalam pembinaan perisian.

3.0

SKOP

Skop perisian ini memfokuskan pembelajaran nilai kemanusiaan dan


pengajaran menerusi genre yang dipilih iaitu sajak Surat Kepada Ayah. Perisian

ini dibina dengan mengambil kira huraian dan sukatan pelajaran Kesusasteraan
Melayu peringkat sekolah menengah serta penerimaan dan pembelajaran muridmurid yang mengambil mata pelajaran tersebut. Perisian Surat Kepada Ayah
ini terdiri daripada enam menu utama iaitu Puisi, Sinopsis, Definisi, Nilai
Kemanusiaan, Pengajaran dan Latihan. Pada bahagian menu utama, murid dapat
mengawal turutan adegan dalam satu-satu aplikasi pengajaran dan
pembelajaran untuk berkomunikasi atau berinteraksi dengan perisian terbabit.

Dalam ruangan Puisi, kami telah menyelitkan puisi Surat Kepada Ayah melalui
paparan video. Disini telah diselitkan dengan multimedia iaitu bacaan sajak,
paparan teks serta beberapa grafik (imej). Seperti yang diketahui, multimedia
merupakan kombinasi pelbagai media sama ada dalam bentuk kaku dan
bergerak bagi membentuk satu program pengajaran secara formal. Kami telah
menggunakan perisian Adobe Photoshop 7 untuk mengubah gambar yang dipilih
dan seterusnya memasukkan gambar, bacaan sajak dan muzik latar ke dalam
Windows Movie Maker. Ruangan Sinopsis pula memaparkan ringkasan sajak
Surat Kepada Ayah dalam bentuk setiap rangkap untuk memudahkan lagi
pemahaman murid terhadap puisi berkenaan. Dalam ruangan Definisi pula
dipaparkan mengenai definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran secara
keseluruhannya manakala ruangan Nilai Kemanusiaan dan Pengajaran
memerlukan pemerhatian yang lebih dari murid kerana pada kedua-dua ruangan
ini terpapar nilai kemanusiaan dan pengajaran yang terdapat dalam sajak Surat
Kepada Ayah.Projek ini turut menerapkan kemahiran penghayatan melalui
ruangan Latihan yang disediakan. Pada ruangan ini dipaparkan lima soalan
tentang nilai kemanusiaan dan pengajaran yang dipelajari dalam perisian ini dan
turut disediakan panduan menjawab soalan dan terdapat navigasi pembayang
untuk menjawab soalan berkenaan. Setiap jawapan betul akan diberikan 2
markah dan setiap jawapan yang salah akan diberikan 0 markah. Pada ruangan
paparan betul dan salah terdapat beberapa animasi dan audio yang
merangsang murid untuk meneruskan pembelajaran menerusi perisian ini.

4.0

PEMBANGUNAN PERISIAN

Dalam membangunkan bahan pengajaran berbantukan komputer ini, kandungan


perisian perlu dirancang dengan lebih teliti dan dihasilkan secara sistematik
supaya bahan pengajaran dan pembelajaran ini bersifat mesra pengguna (user
friendly), dapat difahami oleh murid dan kandungan yang dipilih adalah
bersesuaian dengan mata pelajaran yang ingin diajar. Pada peringkat permulaan,
kami menentukan kandungan dalam perisian dan ini termasuklah merujuk buku
teks Bacalah Dalam Bahasamu Jilid B untuk tingkatan 4 dan 5. Perisian yang

dibina juga perlulah menitikberatkan kehendak murid supaya murid dapat


menggunakan dengan mudah dan bahasa yang digunakan hendaklah mudah
difahami. Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu dititikberat dalam pembangunan
perisian ini:

Antaramuka yang ramah pengguna (user friendly) dan menarik.


Saiz teks yang mudah dibaca.
Paparan teks yang sesuai dengan murid.
Rekabentuk butang yang bersesesuaian dan menarik.
Paparan grafik yang sesuai dan menarik.
Animasi yang sesuai dan menarik.
Audio yang jelas dan mudah dikawal.
Arahan dan bahasa yang mudah difahami.
Dalam pembangunan perisian ini, pemilihan struktur navigasi juga penting untuk
penerokaan susunan kandungan yang ingin disampaikan. Perisian ini
menyediakan interaktiviti dan murid akan bebas mengawal interaktiviti (nonlinear) yang disediakan untuk berinteraksi dengan komputer.

Selain itu, menekanan terhadap penghasilan antaramuka pengguna,


pemilihan butang atau ikon kawalan, penetapan ciri-ciri teks, grafik dan audio
juga penting untuk menarik perhatian murid.

Teks (Font)

Teks merupakan salah satu elemen yang penting dalam menghasilkan bahan
pengajaran berbantukan komputer. Teks membenarkan maklumat disampaikan
kepada murid dengan berkesan dan lengkap. Sehubungan itu, penggunaan teks
untuk menyampaikan maklumat dengan mengambil kira aspek warna teks, saiz,
jenis teks (font) dan jarak di antara setiap baris teks dan pemilihan tersebut
perlu menepati serta bersesuaian dengan sasaran pengguna mahupun konsep
yang digunakan dalam sajak Surat Kepada Ayah ini.

Audio dan Video

Audio atau bunyi lazimnya digunakan untuk memainkan suara, muzik atau kesan
latar kepada perisian. Menerusi pembelajaran secara tradisional seperti
penggunaan buku, papan tulis dan gambar rajah sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran, murid tidak berpeluang mendengar audio yang berkaitan dengan
kandungan pelajaran. Bahan pengajaran ini telah dimuatkan audio latarbelakang
yang beresuain dengan konsep bertujuan melahirkan keseronokan dan menarik
minat murid untuk terus belajar, di samping itu video mengenai Surat Kepada
Ayah juga dimuatkan untuk memberi kefahaman yang lebih kepada murid.

Grafik (Imej)

Grafik berkeupayaan untuk menyampaikan maklumat yang sekiranya


disampaikan dengan teks akan memenuhi beberapa muka surat. Ia juga mampu
menarik minat murid ke arah pembelajaran yang berterusan dan merupakan
sumber tambahan ke arah membantu murid untuk memahami konsep yang
dipelajari. Bagi bahan pengajaran ini, grafik yang digunakan bagi membantu
pemahaman serta merangsang minda murid adalah elemen latar belakang yang
menggambarkan beberapa imej seperti surat, kedua ibu bapa dan kejayaan.
Elemen grafik memainkan peranan dalam memberi gambaran kejelasan konsep.

Warna

Elemen warna memastikan peranan yang penting bagi menarik minat murid
menggunakan bahan pengajaran berbantukan komputer ini. Warna yang
digunakan perlulah bersesuaian dengan citarasa murid dan juga untuk
menggambarkan konsep, sebagai contoh warna latar belakang bahan
pengajaran ini menggambarkan sesuatu yang usang, lama serta sedih dan ini
bersesuaian dengan perasaan diri penulis surat yang sudah lama tidak berjumpa
dengan keluarganya. Bagi tulisan pula, warna yang bersesuaian digunakan bagi
memudahkan murid membacanya serta fokus pada apa yang dilihat. Pemilihan
sejenis warna untuk butang navigasi supaya kelihatan selaras dengan
persekitaran yang dibangunkan dan ini mengurangkan kekeliruan kepada murid.
Keberkesanan penggunaan warna boleh mewujudkan komunikasi dan aspek
estetika kepada bahan pengajaran yang dibina dan secara tidak langsung
mewujudkan kepuasan murid.

Animasi

Penggunaan animasi dalam bahan pengajaran ini tidaklah begitu banyak kerana
kami mengambil kira faktor penumpuan murid terhadap isi kandungan pelajaran
yang ingin disampaikan. Animasi yang dimuatkan dalam bahan pengajaran ini
hanyalah untuk mengurangkan tahap kebosanan murid bagi masa yang lama.

Selain itu, pembinaan bahan pengajaran berbantukan komputer ini turut


melibatkan aplikasi multimedia yang diperlukan berdasarkan konsep yang telah
ditetapkan. Kami telah menggunakan perisian Microsoft Office Power Point 2003,
Windows Movie Maker dan Adobe Photoshop 7 dalam penghasilan bahan
pengajaran ini.

Microsoft Office Power Point 2003

Perisian ini merupakan perisian utama yang digunakan untuk penghasilan bahan
pengajaran berbantukan komputer ini. Kemudahan perisian ini yang telah
dilengkapi dengan beberapa fungsi-fungsi memudahkan murid untuk
menggunakannya. Perisian yang dihasilkan ini juga berasaskan perisian Microsoft
Office Power Point 2003 sepenuhnya termasukkan pautan butang (hyperlink),
menyunting teks, memasukkan audio dan menyusun grafik.

Adobe Photoshop 7.0

Perisian ini digunakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian elemen grafik. Perisian


ini dipilih kerana ia adalah versi yang boleh memudahkan kerja-kerja mengubah
grafik kepada bentuk dan kesan yang dikehendaki.

Windows Movie Maker

Perisian ini telah digunakan untuk menghasilkan video. Penghasilan video


Surat Kepada Ayah adalah sepenuhnya menggunakan perisian ini. Elemen
grafik dan teks serta audio yang dihasilkan telah dihimpun dan dimasukkan ke
dalam perisian ini.

5.0

PERKAKASAN DAN PERISIAN

Berikut merupakan perkakasan dan perisian yang digunakan untuk membina


bahan pengajaran berbantukan komputer ini, antaranya ialah :

Perkakasan

a)

Central Processing Unit (CPU)

b)

Random AccessMemory (RAM)

c)

Kad video dan kad bunyi

d)

Papan kekunci

e)

Tetikus

f)

Monitor

g)

Pembesar suara

Perisian

a)

Microsoft Office Power Point 2003

b)

Windows Movie Maker

c)

Adobe Photoshop 7

Anda mungkin juga menyukai