Anda di halaman 1dari 2

RASIONAL PROJEK

Rasional projek inovasi E-teksbook ini adalah untuk membantu guru untuk digunakan
semasa pengajaran dan pembelajaran. E-teksbook ini khas dibina untuk mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Melalui E-teksbook ini, murid-murid dapat mengakses dengan mudah
untuk mempelajari tajuk Gimnas Jaya yang terdapat dalam sukatan tahun 4. Selain itu,
murid-murid juga dapat mengukuhkan pemahaman mereka kerana dalam E-teksbook ini
terdapat gambar dan video yang dapat menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu
cara perlakuan dan pergerakan gimnastik. Projek ini juga sebagai suatu usaha untuk
mempelbagaikan teknik pengajaran dan pengajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru di
dalam kelas khususnya guru-guru Pendidikan Jasmani.

SKOP DAN BATASAN PROJEK

Skop projek inovasi E-teksbook – Gimnas Jaya adalah meliputi standard kandungan dan
standard pembelajaran yang terdapat dalam tajuk “Gimnas Jaya” dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani Tahun 4.

Terdapat juga beberapa perkara yang menjadi batasan kepada projek tersebut.
E-teksbook yang dihasilkan ini hanya untuk kegunaan sebagai alat pengukuhan dan
pentaksiran dalam pembelajaran tajuk “Gimnas Jaya”. Oleh itu, E-teksbook ini hanya boleh
digunakan selepas isi kandungan pelajaran disampaikan oleh guru. Penggunaan E-
teksbook ini juga membataskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran hanya boleh
dijalankan dalam makmal komputer ataupun bilik darjah yang dilengkapi dengan komputer.
Set komputer yang digunakan pula perlu dilengkapi dengan monitor, sistem unit, tetikus,
papan kekunci, pembesar suara atau fon kepala. Murid – murid pula perlu menguasai
kemahiran mengoperasi komputer dengan menggunakan tetikus dan papan kekunci untuk
menggunakan E-teksbook ini.
KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

E-teksbook yang terdapat di pasaran biasanya merupakan E-teksbook yang mendatangkan


keseronokan semata-mata dan ada kalanya akan menyebabkan ketagihan. E-teksbook
Gimnas Jaya ini pula berunsur pendidikan dan mampu digunakan sebagai alat pengukuhan
dan pentaksiran terhadap pemahaman murid tentang isi pelajaran Pendidikan Jasmani.

E-teksbook ini merupakan suatu perisian yang boleh diakses oleh murid pada bila-
bila masa dan di mana-mana tempat. E-teksbook ini adalah salah satu bahan bantu
mengajar yang menarik dan amat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran secara
lebih berkesan (Noor Azli Mohamed Masrop et al., 2015). Unsur interaktif mewujudkan
komunikasi dua hala antara pengguna dengan perisian. Pembelajaran interaktif merupakan
suatu kaedah yang dinamik kerana aplikasi multimedia memerlukan pengguna memberi
respons serta berinteraksi secara aktif. Ia juga mempunyai unsur hiburan nescaya lebih
menarik minat mereka.

ANGGARAN KOS PROJEK

Projek ini tidak memerlukan sebarang kos kerana segala pembangunan dan pelaksaan
projek dijalankan menggunakan perkakasan sedia ada dan perisian terbuka percuma yang
boleh didapati daripada internet.

Anda mungkin juga menyukai