Anda di halaman 1dari 5

APLIKASI MODEL ASSURE DALAM RPH

Tahun : 3 Tema : Kebudayaan Tajuk : Batik Malaysia

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.2 Membaca dan memahami perkataan, 2.2.3 frasa, dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Membaca dan memahami ayat dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

LANGKAH-LANGKAH A- Analyse learners Murid tahun 3 UM

RPH

15 orang lelaki, 15 orang perempuan Umur: 9 tahun Kelas pertama daripada 2 kelas bagi tahun 3. Pengalaman sedia ada: Murid telah didedahkan dengan teknik membaca yang betul pada sesi pelajaran yang lepas.

S- State objectives

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. membaca ayat daripada teks dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. ii. iii. menyatakan maksud ayat daripada teks dengan betul. membaca maklumat yang tercatat pada iklan dengan sebutan yang betul.

S- Select methods, media and materials

Kaedah: Terus, fonetik/ linguistik, eklektik, komunikatif Teknik: Nyanyian, perbincangan Media: lembaran kerja (lirik lagu, keistimewaan barangan batik), klip video (lagu kain batik), kain batik, komputer, Bahan sumber: -komputer riba -Tayangan video -Bahan 2D -Bahan 3D: kain batik

U- Utilize media and materials

Bahan: Set induksi Lembaran kerja lirik lagu, Power Point lirik lagu, rakaman lagu dan video Batik, bahan maujud kain batik Penggunaan: Membaca lirik lagu 1. Murid diminta melengkapkan lirik lagu bertajuk Batik yang diberi.

2. Murid membaca lirik lagu yang telah dilengkapkan dengan sebutan yang betul.

Menyanyi lirik lagu

3. Murid dipamerkan lirik lagu Batik pada slaid power point dan diperdengarkan irama lagu tersebut.

4. Murid menyanyi lagu Batik dengan sebutan dan irama yang betul.

5. Murid menyanyikan lagu tersebut sekali lagi dengan gerak tubuh yang sesuai dan kreatif.

Langkah 1: Teks (Power Point) Membaca teks 1. Murid membaca teks Batik Malaysia pada slaid power point secara beramai-ramai.

2. Murid dibimbing oleh guru membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. Murid membaca teks Batik Malaysia pada slaid power point secara beramai-ramai. 4. Murid dibimbing oleh guru membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

5. Beberapa orang murid diminta membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

6. Murid dibimbing membaca dan memahami frasa-frasa berkaitan dengan Batik Malaysia Contoh frasa: perusahaan batik motif-motif batik

corak-corak geometri kain sarung batik lepas buah tangan

Langkah 2: Teks (Power Point), lembaran kerja 2: keistimewaan barangan batik Membaca catatan perbincangan 1. Murid diagihkan dalam beberapa kumpulan. 2. Murid diberi tugasan di dalam kumpulan untuk menyenaraikan keistimewaan barangan batik. 3. Murid diminta menyenaraikan lagi 2 barangan yang boleh dihasilkan menggunakan batik. 4. Murid mencatat hasil perbincangan pada lembaran kerja yang diberi. 5. Murid membaca hasil perbincangan kumpulan tentang

keistimewaan barangan yang dihasilkan menggunakan batik dan 2 barangan yang boleh dihasilkan menggunakan batik. Langkah 3: Lembaran kerja 3(Iklan) Membaca maklumat daripada iklan 1. Secara kumpulan, murid berbincang dan menulis pengumuman berbentuk iklan. Contoh: Batik

2. Murid mempamerkan dan membaca maklumat yang tercatat pada iklan yang telah dihasilkan.

R- Require learner participation

PENGLIBATAN MURID: Murid bersama-sama menyanyikan lagu Batik.

Murid membaca petikan Batik Malaysia bersama-sama. Murid membentuk kumpulan dan membincangkan batik. Murid

mengenai

keistimewaan

barangan

menghasilkan iklan secara berkumpulan. MOTIVASI: -Kumpulan yang menghasilkan iklan yang menarik diberikan peneguhan positif. -Guru membantu murid dalam penghasilan iklan.

E- Evaluate and revise

PENILAIAN PENGAJARAN: Guru membuat refleksi terhadao kaedah, pendekatan, strategi dan bahan bantu mengajar yang digunakan semasa proses P&P serta memperbaiki kelemahan yang ada dalam sesi P&P yang akan datang. PENILAIAN PEMBELAJARAN: 1. Murid dapat membaca teks dalam kumpulan dengan sebutan yang betul. 2. Murid dapat memberi jawapan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca. 3. Murid dapat menghasilkan iklan yang menarik dan bersesuaian dengan topik Batik Malaysia. 4. Murid dapat memberi cadangan barangan yang boleh

dihasilkan menggunakan batik. 5. Murid dapat membentang hasil perbincangan dengan yakin dan jayanya.

NAMA: TEH MARDIANA BT ABU BAKAR (K), KHAIRUN NISA SABRI, AFFADHILLAH ABDUL RAHMAN, SITI SALWANI AQMA BT ABD. JALIL, MUHAMMAD HANIF B. HASAN BASRI

Anda mungkin juga menyukai