Anda di halaman 1dari 2

IMPAK

Impak produk inovasi ini iaitu dapat meningkatkan pengetahuan pelajar tentang
penggunaan penanda wacana untuk menggantikan kata hubung yang digunakan
berulang kali dalam satu ayat. Hal ini dikatakan demikian kerana pengulangan
penggunaan kata hubung akan menyebabkan pembentukan ayat panjang sehingga
menyebabkan ayat tersebut tidak gramatis. Oleh itu, produk inovasi ini akan memberi
pengetahuan kepada pelajar terhadap penggantian kata hubung oleh penanda wacana
yang membawa makna yang sama. Justeru, pelajar akan menggunakan penanda
wacana yang sama makna untuk menggantikan pengulangan kata hubung dalam ayat
yang sama.

Bukan itu sahaja, produk inovasi ini juga dapat memberi impak kepada pelajar
supaya mahir dengan penggunaan alat teknologi. Pelajar harus menyesuaikan diri
dengan mengaplikasikan alat teknologi dalam pendidikan supaya pendidikan dapat
menjadi lebih inisiatif. Hal ini demikian kerana produk inovasi yang kami hasilkan
berbentuk teknologi iaitu menggunakan aplikasi komputer Microsoft Power Point yang
dapat menunjukkan kelainan dengan produk yang tradisional. Penggunaan aplikasi
Microsoft Power Point dapat meningkatkan inovasi dalam pendidikan dengan adanya
kecanggihan teknologi maklumat. Penggunaan aplikasi Microsoft Power Point juga
sesuai dengan pembelajaran abad ke-21.

Tambahan pula, produk inovasi ini juga dapat memberi keseronokan kepada
pelajar semasa pembelajaran. Produk ini berbeza dengan produk tradisional dan dapat
membolehkan pelajar lebih menguasai tentang ilmu pengetahuan yang dipelajari.
Produk ini sesuai untuk pembelajaran abad ke-21 bahawa belajar sambil bermain
supaya menjadikan pengajaran dan pembelajaran tidak bosan. Belajar melalui bermain
adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada
pelajar supaya belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan
bermakna. Permainan yang berteraskan pembelajaran adalah efektif dalam
perkembangan pelajar.
KEBERKESANAN

Produk ini amat berkesan kerana data yang diperoleh daripada Google Form
menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersetuju bahawa produk ini dapat
memudahkan sesi PdPc kepada murid-murid dan para guru serta memberi impak
positif dalam bidang pendidikan. Data tersebut menunjukkan sebanyak 16 orang
responden iaitu sebanyak 80 peratus bersetuju dengan pernyataan ini. Terbuktilah
bahawa mereka berpendapat bahawa produk ini akan menjadikan pendidikan lebih
efektif dan dapat memudahkan pelajar untuk memahami penggunaan penanda
wacana untuk menggantikan kata hubung. Namun begitu, terdapat cadangan yang
ditunjukkan oleh responden untuk menambahbaikan produk lagi.

Anda mungkin juga menyukai