Anda di halaman 1dari 24

”TANGAN DE WAZAN”

SATU KIT INOVASI UNTUK


MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID
MENGENAL PASTI WAZAN ATAU
FORMULA DAN HURUF PENAMBAHAN
PADA KATA KERJA DASAR BAHASA
ARAB DAN KATA KERJA BERTAMBAH
BAGI MURID TINGKATAN 5 HAYYAN

OLEH
ZULIANA BT MD.SUKOR
SMKA SEGAMAT
KM 5 JALAN GENUANG,SEGAMAT BARU
85000 SEGAMAT, JOHOR.

1
ISI KANDUNGAN

Bil
Perkara Muka Surat
1. Isi Kandungan 2

2. Penghargaan 3

3. Abstrak 4

4. 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 5

5. 2.0 Isu Keprihatinan/Fokus Kajian 6

6. 3.0 Objektif Kajian 7

7. 4.0 Kumpulan Sasaran 7

8. 5.0 Pelaksanaa Kajian

5.1 Tinjauan Masalah 8

5.2 Tindakan Yang Dijalankan 9

5.3 Refleksi Kajian 20

9. 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 23

7.0 Penutup 23

8.0 Biblografi 23

9.0 Lampiran 1 – Gambar-gambar Sepanjang Kajian 24

2
PENGHARGAAN

‫ والصالة والسالم على رسوله األمني وعلى آله وأصحابه أمجعني‬.‫احلمدهلل رب العاملني‬

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya Kajian Tindakan saya yang bertajuk ”TANGAN DE WAZAN” SATU
KIT INOVASI UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID MENGENAL
PASTI WAZAN ATAU FORMULA DAN HURUF PENAMBAHAN BAGI KATA
KERJA DASAR BAHASA ARAB DAN KATA KERJA BERTAMBAH
(BERIMBUHAN) BAGI MURID TINGKATAN 5 IBNU HAYYAN telah pun saya
selesaikan beserta laporannya.

Kajian ini bertujuan untuk memperbaiki prestasi 5 orang murid Tingkatan 5 Ibnu
Hayyan dalam mata pelajaran Bahasa Arab kerana tajuk ini merupakan asas
kepada segala ilmu morfologi bahasa arab, seterusnya untuk menarik minat
murid untuk terus menguasainya.

Adalah diharapkan semoga laporan kajian tindakan ini dapat menepati kehendak
KPM seterusnya dapat memberi manfaat kepada murid dan guru yang lain.

Jutaan terima kasih dirakamkan atas kerjasama 5 orang murid Tingkatan 5 Ibnu
Hayyan sebagai kumpulan sasaran dalam menjayakan kajian ini. Ucapan terima
kasih juga kepada suami, anak-anak dan rakan-rakan yang mendorong saya
untuk menyelesaikan kajian ini dengan mencipta inovasi yang boleh membantu
anak-anak didik khasnya dan orang awam amnya. Juga kepada semua pihak
yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menyiapkan
laporan ini. Semoga kerjasama, idea dan tenaga yang dicurahkan mendapat
ganjaran daripada Allah S.W.T.

Sekian Terima Kasih.

ZULIANA BINTI MD.SUKOR


Guru Cemerlang Bahasa Arab SMKA Segamat

3
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pencapaian dan penguasaan murid
dalam mata pelajaran Bahasa Arab bagi tajuk wazan atau formula dan huruf tambahan
pada kata kerja dasar bahasa arab dan kata kerja bertambah (berimbuhan). Model
Kemmis & McTaggart (1988) digunakan sebagai asas kerangka konseptual kajian.
Seramai 5 orang murid dari kelas 5 Ibnu Hayyan yang belum menguasai kerana
pencapaian yang rendah dalam Ujian Penilaian semasa program Tasywiqullughah bagi
tajuk tersebut dipilih secara pensampelan. Pemerhatian, penilaian dan temu bual
digunakan sebagai instrumen bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi 5 orang
murid tersebut dalam PdPc yang telah dijalankan. Data dianalisis daripada markah
latihan murid, markah TOV, ujian pra dan refleksi pengajaran dan pemudahcaraan.
Berdasarkan analisis dan refleksi tersebut, didapati 5 orang murid ini keliru dengan
pelbagai jenis kata kerja bahasa arab, fungsinya, huruf penambahannya, bahagian-
bahagiannya dan kaitan antaranya apatah lagi untuk mengingat formula atau wazan
bagi pelbagai kata kerja. Bagi menangani masalah tersebut, kit TANGAN DE WAZAN
telah diinovasikan untuk menyelesaikan masalah ini. Setelah melalui pelbagai proses
penciptaan inovasi dan langkah-langkah aktiviti semasa proses PdPc, Ujian Pos
dijalankan untuk mengukur keberkesanan penggunaan kit TANGAN DE WAZAN bagi
menangani masalah berikut. Akhirnya hasil analisis ujian menunjukkan bahawa inovasi
TANGAN DE WAZAN telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan 5 orang murid
tersebut dalam tajuk wazan atau formula dan huruf penambahan bagi kata kerja dasar
bahasa arab dan kata kerja bertambah atau berimbuhan. Satu peningkatan yang sangat
membanggakan.

4
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Semasa saya mengadakan program Tasywiqullughah bagi kelas 5 Ibnu Hayyan,


masih lagi terdapat 5 orang murid saya yang belum menguasai tajuk wazan atau
formula dan huruf tambahan pada kata kerja dasar bahasa arab dan kata kerja
bertambah (berimbuhan). Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian semakan
latihan Ujian Penilaian semasa program Tasywiqullughah bagi tajuk-tajuk ilmu morfologi
tingkatan 4. 5 orang murid ini hanya mampu mendapat 12 markah dan ke bawah sahaja
daripada 100 markah. Perkara ini benar-benar membimbangkan saya.

Setelah mengadakan temubual, mereka menyatakan kekeliruan yang dihadapi


untuk membezakan wazan atau formula kata kerja bahasa arab dan menguasainya.
Pelbagai huruf tambahan dan barisnya dalam kata kerja bahasa arab dengan jenisnya
dan sub topik yang banyak menyukarkan lagi mereka untuk menguasai tajuk tersebut.
Walaupun pelbagai bentuk peta i-think yang telah dibimbing oleh guru sebelum ini untuk
menguasainya, mereka masih belum mampu membezakan wazan dan huruf
penambahan kata kerja bahasa arab.

Mereka juga turut mengutarakan kesukaran mereka untuk mengingat kesemua


wazan atau formula kata kerja bahasa arab yang banyak dengan pelbagai jenis huruf
dan baris dengan beul. Mereka sangat berharap saya dapat membantu mereka
menemui satu jalan penyelesaian yang mudah bagi mereka untuk mengingat dan
menguasai tajuk asas ilmu morfologi ini.

5
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menguasai tajuk wazan atau
formula dan huruf tambahan pada kata kerja dasar bahasa arab dan kata kerja
bertambah (berimbuhan). Tajuk Wazan Kata Kerja Dasar dan Bertambah dalam subjek
Bahasa Arab merupakan tajuk asas ilmu morfologi sebelum menguasai perkataan-
perkataan bahasa arab yang lain. Kegagalan memahami dan menguasainya akan
menyebabkan masalah yang berpanjangan. Pembentukan perkataan bahasa arab yang
lain bermula daripada pengetahuan sedia ada tajuk ini. Jika asas ilmu morfologi ini tidak
dapat dikuasai oleh murid, saya bimbang mereka boleh gagal dalam subjek Bahasa
Arab SPM dan menguasai seni bahasa arab. Sebagai seorang guru, saya perlu
berusaha untuk membantu mereka menguasai tajuk ini dengan cara dan teknik yang
paling berkesan.

Bagi mengatasi masalah 5 orang murid saya ini, saya perlu berusaha untuk
mencipta sesuatu inovasi yang sangat hampir dengan anak-anak murid saya, di mana
pun mereka berada . Mereka memerlukan sesuatu yang mawjud di depan mata untuk
mengingat dan menguasai setiap formula tajuk ini tanpa ada rasa keliru dan bingung.

Kajian ini memfokus kepada keberkesanan ” KIT TANGAN DE WAZAN” bagi


membantu murid-murid saya meningkatkan pemahaman dan penguasaan mereka
dalam hasil pembelajaran berikut :

• menyenarai dan membezakan wazan-wazan atau formula bagi kata kerja dasar
dan bertambah bahasa arab dengan betul pada huruf dan barisnya.

• menulis dan menyebut contoh-contoh kata kerja yang lain mengikut formulanya
yang sama.

• menulis dan menyebut huruf penambahan bagi kata kerja bertambah atau
berimbuhan.

6
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut:

3.1 OBJEKTIF AM

3.1.1 Untuk murid : Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam


tajuk wazan atau formula dan huruf tambahan pada kata kerja
dasar bahasa arab dan kata kerja bertambah (berimbuhan).
3.1.2 Untuk guru : Memperihalkan amalan penambahbaikan
pedagogi guru dalam meningkatkan penguasaan murid
terhadap tajuk wazan atau formula kata kerja bahasa arab dan
bahagiannya, di samping dapat menambah bahan bantu
mengajar bahasa arab.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

3.2.1 Murid dapat menulis 6 wazan atau formula kata kerja dasar 3
huruf dan 1 wazan kata kerja dasar 4 huruf dengan
menggunakan kit Tangan De Wazan.
3.2.2 Murid dapat menulis 9 wazan lagi kata kerja 3 huruf
bertambah (berimbuhan) dan huruf penambahannya dan 1
wazan kata kerja dasar 4 huruf bertambah dengan
mengunakan kit Tangan De Wazan.
3.2.3 Murid dapat menulis 1 kata kerja dasar dan 1 kata kerja
bertambah bagi setiap wazan pada lukisan tangan kanan dan
kiri dan menulis huruf penambahannya selepas didedahkan
dengan kit Tangan Dewazan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar Tingkatan 5 Ibnu Hayyan daripada


SMKA Segamat yang terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki. Mereka telah gagal
menjawab soalan tajuk ini dengan baik.

7
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan


pemerhatian, ujian pra dan pos, dan temu bual.

5.1.1 Pemerhatian – Semakan Latihan Murid

Guru meneliti setiap jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid


semasa menjawab soalan-soalan latihan yang diberi.

5.1.2 Ujian Pra dan Pos

Ujian pra yang mengandungi 25 soalan tentang tajuk Wazan Kata


Kerja Bahasa Arab diberikan kepada 5 orang murid. Data ujian
kemudiannya dianalisis.

5.1.3 Temubual

Seramai 5 orang murid yang mendapat markah rendah Ujian


Penilaian semasa program Tasywiqullughah untuk mendapatkan
gambaran sebenar tanggapan murid terhadap Tajuk Wazan Kata
Kerja Dasar dan Bertambah Bahasa Arab.

8
5.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.2.1 PENGENALAN TANGAN DE WAZAN

TANGAN DE WAZAN merupakan inovasi mawjud yang telah diilhamkan ideanya


menerusi jari manusia dan ruasnya, telapak tangan dan ruasnya dan juga
belakang tangan dan bentuknya bagi kedua-dua tangan kanan dan kiri dan
gabungan kedua-duanya. Berikut adalah isi kit Tangan De Wazan:

1. Tangan De Wazan untuk bahan bantu mengajar guru


2. Tangan De Wazan untuk bahan pembelajaran murid
3. Buku Mufrodat Perkataan Tangan De Wazan

Berikut pula kaitan idea inovasi antara ruas dan tangan dengan formula atau
wazan kata kerja bahasa arab yang telah dicipta :

1. Setiap ruas jari dan tapak tangan kiri hadapan mewakili 6 wazan dan formula
kata kerja dasar 3 huruf . Manakala belakang tangan kiri mewakili 1 wazan
dan formula kata kerja dasar 4 huruf.

2. Setiap ruas jari dan tapak tangan kanan hadapan mewakili 9 wazan dan
formula kata kerja tambahan 3 huruf . Manakala belakang tangan kanan
mewakili 1 wazan dan formula kata kerja tambahan 4 huruf.

3. Jumlah ruas dan bentuk tangan sangat bertepatan dengan huruf tambahan
dan kedudukannya.

9
WAZAN DAN FORMULA KATA KERJA DASAR 3 HURUF

CONTOH KATA KERJA DASAR 3 HURUF

Setiap ruas
mewakili 1 huruf
dan barisnya
wazan hingga
terbentuk
formula

Wazan kata
kerja sedang
berlaku, serupa
untuk 2 wazan
kata kerja

10
WAZAN DAN FORMULA KATA KERJA DASAR 4 HURUF

Wazan
mengikut
bilangan
jari dan
bentuknya

CONTOH KATA KERJA DASAR 4 HURUF

11
WAZAN DAN FORMULA 3 HURUF BERTAMBAH

Huruf
tambahan
bercantum

Setiap ruas
yang kosong
menunjukkan
perlu
dimasukkan
dengan huruf
JUMLAH WAZAN
pertama kata
BERTEPATAN
kerja dasar 3
DENGAN JUMLAH
huruf.
RUAS DAN
POTONGAN TAPAK
TANGAN DENGAN
Huruf GARISAN
tambahan
terpisah

CONTOH 3 HURUF BERTAMBAH

12
WAZAN DAN FORMULA 4 HURUF BERTAMBAH

CONTOH 4 HURUF BERTAMBAH

13
GABUNGAN TAPAK TANGAN KIRI DAN KANAN MENGHASILKAN
WAZAN DAN FORMULA BAHASA ARAB

14
BENTUK-BENTUK KIT TANGAN DE WAZAN

1.TANGAN DE WAZAN UNTUK GURU


( BOLEH DIPADAM DAN MATERIAL TAHAN LASAK )

2.TANGAN DE WAZAN UNTUK MURID


( BOLEH DIPADAM KERANA DILIMANAT DAN MATERIAL MURAH )

15
3.BUKU MUFRODAT TANGAN DE WAZAN
( MANUAL PENGGUNAAN DAN LATIHAN MURID UNTUK MENYENARAI
KATA KERJA MENGIKUT WAZAN DENGAN BENTUK TANGAN DAN RUAS )

CONTOH ISI DALAM BUKU MUFRODAT

16
5.2.2 AKTIVITI 1 : Murid menulis 6 wazan atau formula kata kerja dasar 3 huruf
pada lukisan ruas jari dan tapak tangan kiri mereka dan 1 wazan kata kerja dasar 4
huruf pada lukisan belakang tangan.

LANGKAH 1- Guru meminta murid melukis tapak tangan kiri mereka termasuk ruas
jarinya di atas kertas A4 berwarna kuning dan mengguntingnya mengikut bentuk tangan.
Murid melukis dan menggunting dengan lukisan tersebut dengan kemas dan sempurna.

LANGKAH 2- Setelah selesai, guru meminta murid menulis 6 wazan atau formula kata
kerja dasar 3 huruf pada lukisan ruas jari tertentu dan tapak tangan kiri mereka dan 1
wazan kata kerja dasar 4 huruf pada lukisan belakang tangan dengan bimbingan guru.

PEMERHATIAN : Murid-murid sangat tekun dan bersemangat melukis tangan sendiri

dan berhati-hati menulis wazan pada ruas dan tangan kiri mereka

dengan bimbingan guru.

PEMANTAUAN : Murid berjaya menulis 7 wazan pada ruas dan tangan dengan

ejaan dan baris yang betul.

RUMUSAN : Semua murid telah mengenal dan mengingat 7 wazan dengan betul
apabila aktiviti tersebut dijalankan.

17
5.2.3 AKTIVITI KEDUA : Murid menulis 9 wazan lagi kata kerja 3 huruf bertambah
(berimbuhan) pada lukisan ruas jari dan tapak tangan kanan mereka dan huruf
penambahannya dan 1 wazan kata kerja dasar 4 huruf bertambah pada lukisan
belakang tangan.

LANGKAH 1- Guru meminta pula murid melukis tapak tangan kanan mereka
termasuk ruas jarinya di atas kertas A4 berwarna hijau dan mengguntingnya
mengikut bentuk tangan. Murid melukis dan menggunting dengan lukisan
tersebut dengan kemas dan sempurna.

LANGKAH 2- Setelah selesai, guru meminta murid menulis 9 wazan atau


formula kata kerja 3 huruf bertambah pada lukisan ruas jari tertentu dan
tapak tangan kanan mereka dan 1 wazan kata kerja 4 huruf bertambah pada
lukisan belakang tangan kanan dengan bimbingan guru.

PEMERHATIAN : Murid-murid sangat tekun dan teruja melukis tangan kanan

dan berhati-hati menulis wazan pada ruas dan tangan kanan mereka

dengan bimbingan guru.

PEMANTAUAN : Murid berjaya menulis 10 lagi wazan yang berbeza pada ruas dan

tangan dengan ejaan dan baris yang betul pada lukisan mereka.

RUMUSAN : Semua murid telah mengenal dan mengingat 10 wazan dengan betul
apabila aktiviti tersebut dijalankan.

18
5.2.4 AKTIVITI KETIGA : Murid menulis 1 kata kerja dasar dan 1 kata kerja
bertambah bagi setiap wazan pada lukisan tangan kanan dan kiri.

LANGKAH 1 : Guru meminta murid menulis 1 contoh kata kerja bagi setiap
wazan yang ditulis pada tangan kiri dan kanan dan murid menulisnya.

LANGKAH 2 : Kemudian guru meminta murid menulis contoh tersebut dalam


Buku Mufrodat Tangan De Wazan supaya dapat dihimpunkan perkataan-
perkataan yang telah dipelajari.

PEMERHATIAN : Murid sangat yakin menulis 1 contoh bagi setiap wazan kerana

mereka telah memahami konsep dan formula kata kerja dasar dan

tambahan.

PEMANTAUAN : Murid berjaya menulis contoh kata kerja dengan ejaan dan baris yang

betul mengikut wazannya.

RUMUSAN : Semua murid dapat menguasai mengenalpasti kata kerja yang betul

bagi setiap wazan atau formula dan huruf tambahan pada kata kerja

dasar bahasa arab dan kata kerja bertambah (berimbuhan).

19
5.3 REFLEKSI KAJIAN

5.3.1 Pemerhatian – Semakan Latihan Murid

Murid amat teruja untuk menulis sendiri wazan dan contoh kata
kerja dasar bahasa arab dan kata kerja bertambah (berimbuhan)
pada inovasi Tangan De Wazan mereka dan yakin menjawab
segala latihan dengan betul.

SEBELUM SELEPAS
MENGGUNAKAN MENGGUNAKAN
INOVASI INOVASI

PETA I THINK SEBELUM ADANYA INOVASI DENGAN INOVASI TANGAN


KIT TANGAN DE WAZAN MASIH BELUM DE WAZAN, MURID MUDAH
MAMPU MENGEKALKAN INGATAN MURID MENGINGAT WAZAN

20
5.3.2 Ujian Pos

Ujian pos telah dilaksanakan untuk menilai keberkesanan Kit Tangan De


Wazan pada 5 orang pelajar tersebut.

Bil Nama Murid Markah Markah


Ujian Pra Ujian Pos

1 MURID A 10/50 44/50

2 MURID B 19/50 42/50

3 MURID C 17/50 43/50

4 MURID D 20/50 40/50

5 MURID E 27/50 48/50

Jadual menunjukkan peningkatan markah ujian pos murid setelah


diperkenalkan inovasi Tangan De Wazan. Kekeliruan dengan wazan dan
jenis kata kerja telah dapat diatasi. Murid telah menguasai asas kata
kerja dasar dan tambahan bahasa arab dengan baik.

MARKAH UJIAN PRA MARKAH UJIAN POS

21
SEMASA UJIAN PRA SELEPAS UJIAN POS

5.3.3 Temu bual

Temu bual yang dijalankan selepas KIT TANGAN DE WAZAN


diperkenalkan mendapati semua murid teruja dan seronok membina
Tangan De Wazannya sendiri. Malahan mereka telah menjumpai bahan
mawjud yang memudahkan mereka mengenal pasti dan mengingat
wazan kata kerja Bahasa Arab. Kekeliruan sebelum ini telah berjaya
diatasi. Semasa dalam peperiksaan juga mereka dapat mengingat wazan
tersebut dengan hanya melihat ruas, tapak tangan dan tangan belakang
masing-masing.

22
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-


• Mengaplikasikan kit Tangan De WaZan dalam tajuk morfologi dan
sintaks bahasa arab yang lain.
• Membantu pelajar dalam tajuk sintaksis atau nahu cara-cara iirob
mudah dengan inovasi yang baru.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan


yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar .
Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P
lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Apa yang lebih penting, sikap
pelajar selama ini yang kurang minat dan takut mempelajari bahasa arab akan
terhakis dari diri mereka.

7.0 PENUTUP

Kajian ini diharap dapat memberikan semangat baru kepada pelajar


untuk terus mempelajari bahasa arab dan menguasainya bagi setiap tajuk.
Selain itu, diharapkan juga kajian ini akan dapat mengikis pandangan pelajar
terhadap bahasa arab yang dikatakan susah dan ia dapat menarik minat pelajar
untuk terus mempelajarinya. Akhir kata ‘Marilah Cintakan Bahasa Arab Kerana Ia
Bahasa Al-Quran dan Bahasa syurga’.

8.0 BIBLOGRAFI
1. Dr George Mitri Abd Masih (1995). Mu’jam Tasrif al-Af’al al -Arabiyyah. Maktabah
Lubnan. Beirut Lubnan.
2. Md.Zubir Osman (2005) Panduan Qawaid SPM. Penerbitan Al-Madani Sdn.Bhd.
3. Mohd.Hamzah bin Sattar (2007) Tasrif Feel. Darul Fajar Al-Islami
4. Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri Johor (Jilid 5/2013). Jurnal Kajian
Tindakan Sekolah Menengah Negeri Johor. Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

23
9. LAMPIRAN

PROSES MEMPERKENALKAN INOVASI SELEPAS UJIAN PRA DAN LATIHAN

MURID LAIN JUGATERUJA DENGAN PENGHASILAN TANGAN DE WAZANNYA


MEMPERKENALKAN INOVASI KEPADA MURID LAIN KETIKA DALAM KELAS

ANTARA BENTUK INOVASI TANGAN DE WAZAN

24

Anda mungkin juga menyukai