Anda di halaman 1dari 1

Aplikasi Alat Berfikir APC (Alternatives, possibilities and choices) Alternatif, Kemungkinan, Pilihan Dengan mengunakan Alat Berfikir

APC idea dan penyelesaian yang baru dapat dijana dan dilaksanakan. Dalam hal ini, kita dapat mencari alternatif yang baru bagi menyelesaikan dan mencari langkah bagi mengatasi masalah sosial di kalangan remaja di Malaysia. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Pihak ibu bapa memainkan peranan penting dalam pengawasaan anak mereka. Ibu bapa harus meluangkan masa yang lebih kepada anak-anak dan tidak mengabaikan mereka dalam mengejarkan kekayaan. Remaja yang bermasalah sosial ingin mendapatkan perhatian daripada orang lain, terutamanya ibu bapa mereka. Ibu bapa harus lebih memahami kehendak anak mereka agar tidak mudah terjebak dalam gejala sosial. Melalui pendekatan akademik kebanyakan strategi penyelesaian yang dinyatakan di sini memberi tumpuan pada golongan pelajar remaja. Pendekatan akademik ini dapat dilakukan dengan menambahkan lagi aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah-sekolah. Begitu juga dengan cara perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar yang baru dan teknik pengajaran luar kelas. Strategi ini dapat menarik minat pelajar remaja menghabiskan lebih banyak masa di sekolah daripada di luar sekolah yang tidak memberi manfaat kepada perkembangan mereka.

Anda mungkin juga menyukai